Khamis, 5 Januari 2012

Addin

Addin


Pemuda UMNO Cuba Jadi Hero Untuk Selamatkan Ariff Alfian

Posted: 05 Jan 2012 11:11 AM PST

Masih ingatkah kisah Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar perubatan yang telah tiga tahun menghilangkan dan dipercayai berkahwin dengan teman sejenisnya di Ireland? Bagi membantu kemelut 'kehilangannya' serta membantu pihak keluarganya dalam usaha untuk menyelesaikan notis tuntutan bayaran balik pinjaman sebanyak RM890,000 yang digunakan untuk membiayai pelajarannya,Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh telah terbang ke United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Namun apa yang mengecewakan, Muhd. Khairun mendedahkan yang beliau telah 'dihalang' untuk bertemu dengan Ariff Alfian di sana. " Saya telah berusaha bermacam-macam cara namun semasa berada sini , saya telah 'dihalang' untuk bertemu dengan Ariff Alfian….antara halangannya termasuklah undang-undang Ireland sendiri yang 'melindungi' pelajar tersebut. " Patutlah ibu bapanya masih gagal menemui anak mereka sendiri walaupun sudah lapan kali ke sini dalam tempoh tiga tahun," katanya pada Mynewshub.my dari London.

Kisah Ariff Alfian mula mendapat perhatian ramai apabila bapanya, Rosli Harun meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya itu yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun itu buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana. Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin. Dalam pada itu, Muhd. Khairun berkata, pihaknya kini sedang berusaha agar Petronas boleh menyaman Ariff Alfian di negara tersebut.

"Kita kena ingat, yang sengsara adalah mereka yang menjadi penjamin kepada wang yang dipinjamnya itu…jumlahnya bukan sedikit. " Sebab itu antara tujuan kita hendak bertemu dengan Ariff Alfian adalah untuk memberitahunya agar tidak lari dari masalah tersebut dan menyelesaikannya segera," tegas beliau.

Petronas menamatkan penajaan Ariff Alfian berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.~mynewshub.my

Addin :

Usaha murni.. lepas ni banyak lagi gejala sosial dan maksiat yang berlaku di dalam negara kita ini untuk di selamatkan oleh Pemuda UMNO.. terutama banyak perkara mungkar yang berlaku dalam UMNO itu sendiri.. Ada berani??




Geng Ali Rustam Bakar Mercun Bersebelahan Ceramah Anwar

Posted: 05 Jan 2012 07:00 AM PST

Addin hadir jugak ke ceramah Anwar malam tadi di Bukit Baru, Melaka. Seperti biasa, UMNO jugak membuat ceramah bersebelahan. Ceramah Anwar di hadiri ribuan orang.. ceramah Ali Rustam di hadiri puluhan orang. Pelbagai gangguan di lakukan oleh UMNO dan kuncu-kuncunya... bakar mercun dan kuatkan pembesar suara. UMNO makin tak menentu di Melaka. Pentunjuk kejatuhan UMNO BN di Melaka pada PRU 13 nanti.

Sambutan Hangat Buat Anwar Di Melaka Menggusarkan Ali Rustam

Agaknya memang benar jangkaan beberapa pemerhati politik yang menyebut Melaka bakal tumbang kepada PR di dalam PRU akan datang.  Jika dilihat pada sambutan program Jelajah DS Anwar di Melaka malam tadi, harapan untuk melihat Umno ke pintu lahad amat cerah.



Tahniah rakyat Melaka yang kini sudah terbuka mata hati mereka.  Umno tidak boleh selama-lamanya menipu rakyat Melaka.  Rakyat Melaka mungkin telah menyedari bahawa KM mereka Ali Rustam dahulu pernah melakukan rasuah politik wang sewaktu pemilihan Umno dan ini disahkan sendiri oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.  Maka, rakyat kini insaf dan tidak mahu lagi bertuankan Ali Rustam.   


Umno mesti dikuburkan, itulah yang digambarkan oleh rakyat Melaka kini.  Malam tadi, negeri yang dahulunya `pekat' Umno kini semakin menipis.  Kehadiran ribuan rakyat Melaka malam tadi di dalam program DS Anwar sudah tentu bikin Ali Rustam resah gelisah. ~wfauzdin



Alhamdulillah! Sufiah Yusuf Pelajar Genius Matematik Sudah Insaf Dari Pelacuran

Posted: 05 Jan 2012 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR - Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam. Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

"Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu. "Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada," katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. "Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

"Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positifditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah," katanya. Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah. ~hmetro


Tiada ulasan: