AdukaTaruna |
- Okupai paling best pada gua.
- Kenali 5 jenis artis / Selebriti.
- Kalau tak sokong, janganlah ganggu usaha dapatkan Malaysia Baru.
- Gambar Kek Untuk Mahasiswa malam ni.
- Falsafah gua isu Amalina. Ianya adalah satu PPAOA.
Posted: 05 Jan 2012 09:56 AM PST Oleh : AdukaTaruna [1] Gua mendapat jemputan untuk turut sama dalam program tertutup perjumpaan dengan Anwar. Hanya yang mendapat sms sahaja yang hadir. Antara yang sms gua ialah Abah Abu Samah. Gua cakap gua tak pergi. Gua pilih Okupai dengan mahasiswa. Gua doakan selamat semuanyalah. Then Abah balas sms gua dengan ayat omputeh. "Aduka, pls take this opportunity." Menatang apa nih? Sebab jauh dari gugel, gua pun tak balas time tu. Dan terus lupa nak balas. Wakakaka. [2] Dalam siri2 Okupai yang berlaku di Tambatan Diraja, kehadiran gua tak lah sebaik Jeming dan rakan2 yang lain. Tapi dalam banyak2 okupai yang gua hadir, gua rasa inilah paling best. Best sebab secara tak sengaja, peserta dari Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) join. Selain dari student UMK. Yang bestnya student MPKB ni ialah majoriti mereka berfikrah lawan dan jenis tak ambil pusing. Kami berdialog sambil makan kek. Macam2 isu dibangkitkan. Antaranya stand mengenai demo, stand mengenai tindakan Adam Adli turun bendera Najib, stand rusuhan, stand imej negara dan sebagainya. Gua rasa suka sangat apabila mereka berani membantah gua dan student2 UMK. Bantah sambil makan kek bersama-sama. Professional sungguh. Hahaha. Respek lu orang beb! Minggu depan, kalau kena gayanya, mesti panas. Sebab MPKB mesti repeat, tambahan pula student2 kebanyakannya sudah habis exam. Harap, minggu depan, kalau MPKB datang, orang2 macam gua sendiri, Jeming dan Topeng perlu lebih banyak beri laluan kepada MPKB dan UMK. Kita2 ni just control suasana jer. Seronok tengok adik2 (cam poyo plak sebut adik2), berbalas hujah secara pro, santai dan berkelah2. Sedikit gambar amatur dari gua. |
Kenali 5 jenis artis / Selebriti. Posted: 05 Jan 2012 02:50 AM PST Oleh : AdukaTaruna Artis / celebrity pada gua ada 5 jenis. 1. Berani berada dalam kelompok tertindas secara rasmi. 2. Berani berada dalam kelompok tertindas secara jemputan. 3. Tidak berani berada dalam kelompok tertindas (rasmi atau jemputan). 4. Berada di kelompok penindas secara rasmi kerana idealogi. 5. Berada di kelompok penindas kerana cari makan. Contoh jenis 1. Ini adalah contoh artis jenis 1. Sanggup masuk dalam ruang sempit dan ditindas demi membebaskan jiwa. Bob Lokman, Sham Kamikazee antaranya. Mereka berani secara rasmi. Contoh jenis 2. Contoh 2 adalah artis yang tidak akan masuk dalam kelompok tertindas secara rasmi. Tetapi berani memenuhi undangan secara professional. Antaranya ialah Ustaz Zamihan, Wardina, Amy Search, Zizan, etc. Contoh jenis 3. Contoh 3 ialah Awie dan pelbagai artis lagi. Mereka mungkin menyokong golongan tertindas, tetapi dalam senyap. Tidak akan berani memenuhi kemputan sekiranya ada. Tetapi jika jemputan pihak penindas tiada masalah. Contoh jenis 4. Mereka ini sememangnya berada dalam kelompok penindas kerana idealogi. Bukan kerana periuk nasi. Antaranya ialah Aznil dan Jin Samsudin. Contoh jenis 5. Jenis 5 ialah oppotunist. Cari makan. Antara contoh ialah Jamal Abdillah. Dan terbaru Afdlin Shauki. Afdlin gua percaya sebelum ini pro golongan tertindas. Tetapi tekanan persembahan yang dikaitkan dengan Rosmah oleh golongan tertindas membuatkan dia memasuki golongan penindas. Tidak boleh salahkan golongan tertindas. Mereka adalah tertindas. Dan persembahan Afdlin itu mereka angkat sebagai semangat walau mungkin Afdlin tidak bermaksud pun sedemikian. Tetapi Allah mengatakan patutkah mereka berkata itu dan ini sedangkan mereka tidak diuji? Dan Afdlin membuktikan dia gagal dalam ujian. Ujian semangat seorang yang ditindas. Wallahualam. |
Kalau tak sokong, janganlah ganggu usaha dapatkan Malaysia Baru. Posted: 05 Jan 2012 02:20 AM PST Oleh : AdukaTaruna [1] Mentang2lah Hasan Ali pegang rahsia UMNO-Hadi Awang, makin hari, makin berani dia yer. Terbaru kenyataan tidak sokong dan gesaan pelajar untuk hadir 901. Gua pun tak hadir. Tapi Anwarlah watak terbaik untuk dapatkan Malaysia Baru. Dapat Malaysia Baru adalah impian gua dan ramai lagi. Di Malaysia Baru, rakyat sangat berkuasa. Seltan pun rakyat bleh lawan. Kalau Anwar jahat pun, di Malaysia Baru, Anwar terlalu kacang untuk dilanggar hujah. Dia nampak jer hebat berhujah, dan memang hebat pun untuk majoriti rakyat. Itu fahaman gua dan rakan2. [2] Ya, memang benar sesetengah pimpinan dalam PAS mencurigai Anwar. Tapi untuk mendapatkan Malaysia Baru, demokrasi yang sebenar, mereka sekurang2nya tidak mengeluarkan kenyataan membantu Malaysia Lama. Diam adalah lebih baik. Apa yang berlaku kepada Hasan Ali adalah persediaan sejarah hina kepada kumpulan2 ini. Sejarah mereka akan ditulis. Qada dan Qadar. Teruskanlah Hasan Ali. Gua percaya tindakan2 lu termasuk dalam perancangan Allah. Wallahualam. |
Gambar Kek Untuk Mahasiswa malam ni. Posted: 04 Jan 2012 10:33 PM PST |
Falsafah gua isu Amalina. Ianya adalah satu PPAOA. Posted: 04 Jan 2012 09:31 PM PST Oleh : AdukaTaruna Gua bukannya baik. Banyak bertatih dan menyusu lagi. Tapi akidah kena jaga, bro.. syurga dan neraka ni ikut rahmat Allah jer. Tapi kalau akidah lari, nauzubillah woo.. [1] Layanan Allah terhadap Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Kerana Allah yang menjaga agamaNya. Apa sahaja yang melibatkan Islam secara langsung, sama ada musuh harbi, penganut Islam sendiri, pasti Allah mempunyai satu stand yang berbeza dengan selain dari itu. Pendekkan story, kita pergi ke kes adik Amalina. Adik Amalina sendiri, ibu bapanya sendiri melibatkan Islam (agama Allah) secara langsung. Sama ada persepsi, atau imej, atau apa sahaja secara direct. Adik Amalina sendiri, ibu bapanya sendiri juga telah membenarkan dengan rela dan sedar mereka dipergunakan untuk perjuangan kebangsaan (Melayu). Jika Amalina bukan melibatkan Islam, sudah pasti lain ceritanya. Sebab Amalina melibatkan Islam, sudah pasti Allah tidak mahu semua ini. Mengotorkan agamanya dengan kebangsaan yang sempit. Sebab itulah kebanyakan ikon yang mengotorkan Islam dengan kebangsaan akan dibinasakan Allah. Semoga mereka dan kita berfikir dan kembali kepadaNya. Falsafah ini gua perkenalkan dengan nama Proses Penjagaan Agama Oleh Allah (PPAOA). [2] Hafiz Hasyim pernah juara All England. Dia sendiri rela dan sedar dipergunakan bagi menyemarakkan fahaman kebangsaan. Dia disambut di airport ketika itu dengan wajah2 kebangsaan. Dipakaikan tengkolok, dan sebagainya oleh pejuang2 kebangsaan. Maka, PPAOA pun berlaku. Hafiz merudum dan tidak pernah berjaya bangkit. Jika Allah benarkan dia terus-terusan berjaya, maka kebangsaan akan menyubur. Perkauman akan berleluasa. Allah menjaga agamanya. Mana2 muslim yang mengotori Islam dengan dakyah sempit pasti akan dimusnahkan. Sebab dia melibatkan Islam secara langsung. Jika Kanoute Sevilla itu menyuburkan fahaman kebangsaan Afrikanya atau negronya atau bangsanya, maka Allah sudah pasti memusnahkan faktor2 yang mengikonnya. Dia tidak dibenarkan menjadi ikon. Kerjaya glamernya akan musnah. [3] Terlalu banyak perkara ini berlaku di depan mata kita. Hanya untuk manusia yang berfikir. Sufiah yang genius matematik itu pun diangkat ikon kebangsaan Melayu. Oleh kerana kebetulan dia muslim, maka Allah pasti akan menjahanamkan keIKONannya itu. Dia ditakdirkan memilih jalan yang salah. Begitu juga dengan Shukri Hadafi. Pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin. Ianya juga diangkat sebagai IKON assobiyyah. Ini akan merosakkan kesucian dan ketulenan Islam. Allah pasti menjaga agamanya. PPAOA. Akhirnya anak genius ini dikatakan terjebak dalam najis dadah. Dan Adi Putra dalam bahaya, jika AMK di bawah Sam mengIKONkan budak ini dalam perjuangan assobiyyah. Cuma mujur setakat ini budak ini tidak pro pejuang2 kebangsaan dusta. [4] Jika anda tidak melibatkan Islam secara langsung, maka, anda buatlah apa sahaja di dunia ini. Allah berlepas diri kepada kamu. Kecuali di hari pembalasan kelak. Namun, jika anda melibatkan Islam secara langsung, maka anda terikat dengan PPAOA. Penutupnya, mari kita lihat mereka yang diangkat sebagai IKON muslimin oleh mereka yang melibatkan agama Allah secara langsung. Sumber : Mengaji Pasti Boleh! Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar. Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara. Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A. Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat. Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau. Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan