Selasa, 31 Januari 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Hasan Ali Jual Perabot Jati

Posted: 30 Jan 2012 11:12 PM PST


Akhirnya dia buka kedai perabot jati selepas kena pecat. Bukan eh? Habis tu?

Bekas ahli Pas, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai UMNO atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)... saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi, turut mengakui masih sayangkan Pas dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan "parasit" yang cuba merosakkan perjuangan asal Pas.

Sejak dipecat dari Pas pada 8 Januari lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai UMNO.

Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk "kuasa ketiga" yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata perkara tersebut belum diputuskan.

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. 

Bukti Kanak-kanak Suka Tengok Video Lucah

Posted: 30 Jan 2012 07:00 PM PST



LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.

Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.

Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa.

Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM

Anak-beranak Pembunuh!

Posted: 30 Jan 2012 05:15 PM PST


ONTARIO: Seorang lelaki Afghanistan, isteri dan anak mereka, dipenjara seumur hidup selepas juri mendapati mereka bersalah membunuh tiga adik beradik perempuan dan isteri pertama lelaki itu.

Juri mengambil masa 15 jam sebelum mendapati Mohammad Shafia, 58, isteri, Tooba, 42 dan anak mereka, Hamed, 21, bersalah atas tuduhan membunuh.

Keempat-empat mayat itu ditemui pada Jun 2009 dalam kereta yang tenggelam dalam satu terusan di Kingston, Ontario, tempat keluarga itu berhenti dalam perjalanan pulang dari Air Terjun Niagara.

MOHAMMAD bersama isteri (kiri) sementara gambar kecil ialah tiga anak mereka yang didakwa dibunuh pasangan itu.

Pendakwa raya berkata, ketiga-tiga adik beradik perempuan itu dibunuh kerana memalukan keluarga dengan berpakaian tidak senonoh, keluar dengan teman lelaki, bersosial dan bersembang menerusi Internet.

Selepas keputusan dibacakan, ketiga-tiga defendan sekali lagi berkata mereka tidak bersalah terhadap tuduhan membunuh Zainab, 19, Sahar 17, dan Geeti, 13, serta Rona Amir Mohammad, 52, isteri pertama Mohammad.

Selepas juri mengumumkan keputusan mereka, Mohammad yang bercakap menerusi seorang jurubahasa berkata: "Kami bukan penjenayah. Kami bukan pembunuh. Kami tidak melakukan pembunuhan itu dan ini tidak adil."

Isterinya, Tooba, dalam keadaan terisak-isak, juga berkata, keputusan itu tidak adil. 

"Saya bukan pembunuh. Saya ibu mereka," katanya.

Anak mereka, Hamed yang bercakap dalam bahasa Inggeris berkata: "Saya tidak menyebabkan kakak dan adik saya lemas."

Bagaimanapun, hakim, Robert Maranger tidak berganjak dan berkata, bukti yang ada jelas menyokong mereka bersalah kerana merancang dan membunuh keempat-empat anggota keluarga mereka.

Hakim, ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, menyifatkan pembunuhan itu sebagai perbuatan yang amat keji dan kejam.

Pihak pembelaan berkata, kereta itu terhumban akibat kemalangan selepas seorang daripada gadis berkenaan memandunya untuk bersiar-siar.

Pendakwa raya sebelum itu berkata, tertuduh membunuh anak perempuan mereka kerana memalukan keluarga apabila mereka melanggar peraturan, termasuk dari segi pakaian. 

Mangsa keempat ialah isteri pertama Mohammad yang mandul dan tinggal bersama keluarga itu di Montreal.

Hubungan itu, jika didedahkan, boleh menyebabkan mereka diusir pulang ke negara asal mereka.

Pendakwa raya, Laurie Lacelle sebelum ini memberitahu mahkamah: "Mohammad, Tooba dan Hamed bersependapat ada sesuatu yang mencacatkan salasilah keluarga mereka. Mereka memutuskan untuk membetulkannya."

Ketiga-tiga beranak itu menafikan pembunuhan berkenaan dengan mendakwa, bukti menunjukkan kematian itu satu kemalangan. - DM

Tiada ulasan: