Selasa, 31 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Demi rakyat... UMNO@BN punya taik.. PR cuci.

Posted: 31 Jan 2012 08:00 AM PST

Rumah baru penduduk Berembang siap April ini

Khaulah Azwar, 31 Jan 2012
AMPANG, 31 Jan: Projek perumahan baru untuk penduduk Kampung Berembang yang tertangguh sejak empat tahun lalu dijangka siap menjelang April tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad ketika meninjau tapak projek itu berkata, beliau telah diberi jaminan tersebut oleh kontraktor yang bertanggungjawab.

"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta agar ini adalah tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh, dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya.

Menurutnya, selepas beberapa kali tertangguh, pihak Kerajaan Negeri Selangor memantau secara serius perkembangan projek tersebut.

Ia kerana, penduduk di situ sudah menunggu lama janji pihak kontaraktor yang gagal menyiapkan projek tersebut seperti jadual asal.

"Setiap dua minggu saya mendapat laporan projek perumahan daripada kontraktor dan telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.

"Malah, pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, kita telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan," katanya.

Projek perumahan tersebut berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta termasuk 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.

Ianya diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International.

Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk asal.

Sebelum PRU 2008, ketika Selangor masih dibawah penguasan BN, penduduk Kg Berembang
telah mengadakan bantahan ekoran kerajaan pada ketika itu mahu merobohkan kediaman mereka bagi melaksanakan program setinggan sifar.

Sebahagaian besar penduduk pada masa itu membantah dan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri yang pada waktu itu dipimpin Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo.

"Saya di fahamkan, siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambil alih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu kerana ianya bersifat menindas rakyat".

"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," kata Iskandar.

Sementara itu, Ketua Kampung Berembang, Noralizan Ali, 59 pula berkata, beliau gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.

"Saya benar puas hati degan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Sealangor dalam menyelesai masalah rakyat. Bersyukurlah kepada Allah SWT.

"Kita sudah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Kami dah tinggal di bawah kabel rasanya empat hingga lima tahun," katanya.

Kah kah kah... JATI pulak dah.

Posted: 31 Jan 2012 06:06 AM PST


J-A-T-I...???

Kah kah kah kah...

Gelinya hati.

Kena dengan parasit... JATI pun bisa mati!!

Kah kah kah kah...

Asan Jati.... Asan Jati....

[sini]

Jom kita tawan Perlis bersama Haron Din

Posted: 30 Jan 2012 04:45 PM PST

Istiqamah dalam perjuangan untuk melebarkan sayap PAS@Pakatan Rakyat ke negeri Perlis, maka... Tok Guru Haron Din dikhabarkan telah memberi 'green light' untuk bertanding dalam PRU13 di negeri utara tersebut.

Walaupun sebelum ini, beliau pernah kalah sebanyak dua kali, namun.... ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bertanding. Kalah sekali... kalah dua kali... tidak semestinya kita akan terus mengalami kekalahan.

Melihatkan sokongan serta semangat berkobar-kobar rakyat untuk me-NYAH-kan penguasaan politik UMNO di Malaysia amnya dan di Perlis khasnya, maka tidak mustahil, kita akan beroleh kejayaan pada PRU13 nanti, insyaAllah.

Haron Din tanding PRU13, ketuai Pas Perlis
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
30 Januari 2012
Haron Din

KANGAR - Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut-turut sekali gus mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan.

Menurutnya, Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif beberapa minggu lalu.

"Haron Din bersedia bertanding buat kali ketiga walaupun dua kali tertewas dalam PRU terdahulu dan Pas bersedia menyerahkan mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai untuknya.

"Bagaimanapun, saya yakin beliau akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen sahaja dan mampu menang pada kali ini berdasarkan sokongan padu ditunjukkan rakyat Perlis," katanya pada sidang media di Kompleks Pas Perlis semalam.

Hashim berkata, Pas menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan padu ditonjolkan rakyat sehingga ramai pihak yang berebut-rebut menyampaikan sumbangan kepada parti bagi persiapan PRU.

Menurutnya, trend itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang datang berjumpa dengan pemimpin Pas negeri untuk menyampaikan sumbangan sehingga kadang-kadang mencecah ribuan ringgit.

Hashim turut menyifatkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini mendapat jaminan padu rakyat bukan Islam Perlis untuk bersama-sama mereka setelah bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada.

[sumber]

Tiada ulasan: