Isnin, 2 Januari 2012

PERAKITE

PERAKITE


Lebih 80,000 hadiri malam countdown Selangor : Ustaz Azhar dan Zizan

Posted: 01 Jan 2012 04:21 PM PST

Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Adalah difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan Umno-BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laman-laman blog dan FB kelihatan banyak mengulas mengenai kemeriahan program berkenaan. memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.  Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Hadiran  juga berharap program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik  diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ia ditampilkan secara kreatif. (blog Pena Kusisip)

Najib dijangka rombak kabinet ?

Posted: 01 Jan 2012 03:43 PM PST

Perdana Menteri dijangka merombak Kabinetnya bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya ekoran skandal yang membabitkan sekurang-kurangnya dua menterinya, menurut sumber dalaman Umno.
Pegawai kanan Pejabat PM sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Dato Seri Najib Razak memerlukan lebih ramai orangnya di Kabinet. 

Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya," menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.


Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Adalah difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.
Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan " peperangan kerusi" untuk pilihan raya awal. "Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Setakt ini hanya bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh bersuara secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya. Kebanyakan menteri menjangka mereka akan dipilih semula. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008," demikian menurut sumber.
Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.
Umni kini diselubungi isu Shahrizat (yang didesak meletakkan jawatan oleh kalangan Umno sendiri) ekoran skandal lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut laporan Ketua Audit Negara terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.
Umno juga kelihatan terbukti terkait dengan rasuah apabila bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah dan rumahnya bernilai jutaan ringgit. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Islam) Datuk Seri Jamil Khir Baharoom (mengikut laporan Ketua Audit Negara) menggunakan RM63,650 daripada wang Lembaga Zakat untuk membiayai kos guamannya dalam kes Anwar Ibrahim menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan. (edited)

Abdullah Hishan kosongkan jawatan Timbalan Presiden PAFA

Posted: 01 Jan 2012 03:32 PM PST

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) kini tidak mempunyai Timbalan Presiden kerana penyandang jawatan, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim terpaksa mengosongkan jawatan itu.

Ini berikutan beliau diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara menyebabkan beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam badan sukan.


Menurut sumber, larangan yang tidak membenarkan seseorang yang diisytihar muflis memegang jawatan dalam sebarang pertubuhan berdasarkan Akta Pembangunan Sukan 1997 .


Berikutan itu menurut sumber terbabit, Abdullah Hishan rerpaksa mengosongkan semua jawatan termasuk sebagai salah seorang naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dimenanginya dalam kongres badan induk itu pada 2010.


Beliau berkata, arahan memaklumkan mengenai larangan itu kepada semua ahli gabungan badan induk bola sepak negara itu terkanding dalam surat bertarikh 7 Disember lalu.



Abdullah Hishan yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Daerah Taiping (PBDT) memenangi jawatan Timbalan Presiden Pafa dalam kongres ke-52 pada 2010 Ahli perniagaan berasal dari Taiping itu menyertai Pafa pada 2008 apabila memenangi jawatan Naib Presiden.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mestilah, baca lah blog ni
http://parpukari.blogspot.com/2010/07/email-panas-dari-pembaca-tentang.html

baca ulasan kat bawah. kalau masih berjawatan dlm arena bola, mampuslah sukan bolasepak kita.