Isnin, 2 Januari 2012

Addin

Addin


Siapakah Artis Yang Mengaku Sebagai Rasul?

Posted: 02 Jan 2012 02:00 PM PST

Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air. Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

"Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar," katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan. ~hmetro

Addin :

Dunia akhir zaman, sesat lagi menyesatkan.. macam UMNO..


Bukti Pelaburan Jutaan Ringgit UMNO BN Untuk 'Cyber War' Tidak Berbaloi

Posted: 02 Jan 2012 08:15 AM PST

Addin andaikan setelah UMNO BN berbelanja besar hingga jutaan ringgit untuk 'cyber war' berjaya dan boleh di banggakan. Namun andaian Addin dan mungkin juga sesetengah pengunjung setia blog-blog politik agak meleset. Buktinya.. setelah ranking blog PR vs BN yang di keluarkan oleh blogger Cenangau ini. Apa yang di banggakan UMNO BN sekadar dapat bersaing seperti ini? Umum mengetahui, blogger PR tiada mendapat peruntukan walau satu sen pun dari Pakatan Rakyat namun blogger PR mampu sampai ke tahap ini. 

Bekalan semangat yang ada buat blogger PR ialah.. ingin menentang habis-habisan UMNO BN yang menzalimi dan menipu rakyat Malaysia sekian lamanya.. rejim toghut ini harus dijatuhkan!!

ehsan Cenangau

Jikalau di lihat pada kedudukan, blogger pencacai UMNO BN hanya menguasai 4 kedudukan teratas dalam 10 blog teratas dan selebihnya di kuasai blog pro PR. Ini bermakna blogger pencacai tidak menguasai secara solid  'cyber war' ni.

Bak kata blogger Siasah mengenai ranking ini.. blogger pencacai UMNO BN  banyak menayang cerita-cerita lucah dan gambar-gambar lucah..dan tidak hairanlah blogger pencacai UMNO BN agak menarik perhatian umum. 

Lihat ranking sepenuhnya di sini. Anda semua boleh menilainya keberkesanan jutaan ringgit yang di laburkan UMNO BN. Jangan lupa.. itu duit kita semua.

Addin :

Pujian buat blogger Cenangau.. teruskan usaha murni ini.

Panas!! Pelajar UPSI Tuduh Adam Adli And The Geng Ganas..

Posted: 02 Jan 2012 07:58 AM PST

Seorang pelajar UPSI, Hidayah binti Harun mengatakan Adam Adli and the geng adalah ganas di akaun facebooknya. Apa buktinya membuatkan pelajar UPSI itu menuduh Adam Adli and the geng sebegitu. Melainkan pelajar UPSI itu kaki bodek.. Hidayah binti Harun merupakan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI.. patutla pun. 

Nor Hidayah binti Harun mengatakan kumpulan Adam Adli dan SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.


Tuduhan tersebut terlalu semberono.. apa buktinya? Rakaman video semasa berlaku perhimpunan tersebut menunjukkan segala-galanya. Pihak polis telah membuat provokasi hinggakan tercetus ketegangan. Para pelajar tersebut hanya menuntut untuk kebebasan akademik tetapi dilayan seperti penjenayah.. sedangkan penjenayah sebenar masih bebas.


Baca tuduhan Setiausaha MPP UPSI itu  di sini.

Ini Sebab-Sebab UMNO BN Bakal Kalah PRU13 Di Terengganu

Posted: 01 Jan 2012 09:31 PM PST

PRU13 bakal hampir tiba, cakap-cakap mengatakan bulan Mac ni. Addin ada dapat info daripada seorang polis yang memaklumkan PRU 13 bakal berlaku pada PRU 13, ini info daripada SB (anjing belaan UMNO). Apa yang pasti PRU 13 bakal berlaku pada tahun ni. Dari pemerhatian Addin, UMNO Melaka sudah menggerakkan jenteranya. Program UMNO di merata tempat, rimas di buatnya. 

Gula-gula UMNO di tabur merata tempat, rakyat di perbodohkan.. rakyat didungukan. Gula-gula UMNO mungkin termakan sekiranya 10 atau 20  tahun lepas.. tetapi sekarang rakyat makin cerdik pandai..UMNO saje yang semakin hari semakin bodoh..

"Majoriti Senyap" Bakal Tumbangkan UMNO BN Terengganu Pada PRU 13

BESUT – Bantuan dan 'sogokan politik' yang terlalu banyak, diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyebabkan wujud kelompok 'majoriti senyap'.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, kumpulan itulah yang akan menumbangkan Umno/BN dalam pilhanraya Umum ke-13 akan datang.

Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, beliau mendapat maklumat bahawa risikan pihak keselamatan baru-baru ini membawa 'label merah' sebagai tanda bahaya kepada BN Terengganu.

"Saya dapat sedikit maklumat daripada rakan-rakan kita, risikan tentera yang dibuat sejak akhir-akhir ini memberikan laporan kepada pihak atas sana, pihak mereka, bahawa Terengganu ini berada dalam label warna merah untuk Umno dan Barisan Nasional,

"ertinya mereka ada satu kebimbangan yang kuat untuk bergerak mempertahankan kemenangan mereka di Negeri Terengganu,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada program Mukhaiyyam Qiadi PRU13 Pemuda Kuala Nerus disini, Sabtu 31 Disember.

Menurutnya, walau pun Umno kelihatan kuat, laporan keselamatan menunjukkan sebaliknya kerana masyarakat tidak berani menzahirkan sokongan mereka sebenar, bimbang tidak mendapat 'habuan' tersebut.

Beliau mendedahkan bagaimana peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menjadikan agihan bantuan wang zakat sebelum Eidul Fitri lalu, sebagai 'umpan' untuk menarik sokongan di kalangan orang-orang PAS.

Katanya, JKKK telah pergi ke rumah orang-orang PAS yang menjadi sasaran dan memujuk mereka supaya menerima wang zakat itu.

"dia (JKKK) 'target focus' (sasarkan) pada orang-orang kuat PAS, setelah dipujuk akhirnya seorang daripadanya setuju untuk menerima dan menghadirkan diri ke majlis agihan bantuan itu,

"namun begitu, apabila beliau hadir dan mendengar ucapan yang menghentam PAS pada majlis tersebut, menyebabkan orang PAS tadi, akhirnya mengangkat suara,

"(beliau membantah) dan berkata, tolong beri tahu (ke) penceramah tu, dia tak paham dasar Umno dan dasar PAS,"terang Ustaz Wan Azhar.

Ahli PAS itu, katanya, bercakap agak kuat dan berkata lagi, beliau datang ke majlis itu untuk ambil duit zakat dan bukan untuk mengubah sikap dan pendiriannya, bahkan, duit zakat yang diterimanya, akan salurkan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional .

Kata Wan Azhar, apabila sebutan itu didengari oleh kira-kira 15 hingga 16 orang yang disangka memberi sokongan penuh kepada Umno/BN, namun keadaan sebaliknya berlaku.

"15-16 orang ni (sekelilingnya), pergi pegang tangan dia dan berkata, serupa saja kita ni, demo kata kawe 'biru-biru ni' memang biru,

"tapi InsyaALlah, pada pilihanraya kali ke-13 in kita akan jatuhkan BN,"katanya. ~buletinonline



Tiada ulasan: