shalehudin |
- Video: 7 maut kemalangan tahun baru
- Bangsa UMNO wajib baca, biaq sedaq diri sikit... kahkahkah...
- Bukti pecacai UMNO memang bengong...
- PENTING! Untuk wanita yang nak 'Cool'
- Jangan sampai jadi Najis... kahkahkah...
- Dinsman pun tabik kat Adam Adli
- Muhyiddin boleh terjun laut oo camnih... kahkahkah...
- Tolong kawan dah jadi salah paling besaq...
- Budak parah dibaham anjing...
- Raja Petra perasan bagusss... kahkahkah...
- PANAS!! Polis buat apa yang Islam haramkan
- Khir Toyo jentik pun tidak, demo AUKU sampai koma depa belasah...
- Awas!! Darah Mahasiswa ada harganya...
- Kaka peluk Islam?
Video: 7 maut kemalangan tahun baru Posted: 02 Jan 2012 09:30 AM PST |
Bangsa UMNO wajib baca, biaq sedaq diri sikit... kahkahkah... Posted: 02 Jan 2012 08:00 AM PST Mengapa PAS pilih DAP, KeADILan tapi tolak Umno? Oleh ABU FIRDAUS APAKAH akar PAS? Akar PAS ialah parti politik Islam untuk Se-Malaysia. Parti politik menyertai proses yang ada untuk mendapatkan kuasa. Islam dalam perjuangan adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang berakhlak, memberikan kebajikan kepada rakyat dan melaksanakan keadilan. PAS adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira anutan agama, kaum dan fahaman politik. Inilah akar PAS, dan parti ini masih memilikinya. Adakah bekerjasama dengan DAP dan KeADILan itu lari daripada akarnya? Tentulah tidak. Untuk mendapatkan kuasa, sebagai sebuah parti politik, ia perlu kerjasama dengan parti lain. Tidak salah. DAP memperjuangan negara mengimpikan Malaysia yang adil, justeru ia boleh bekerjasama dengan parti Islam. Sememangnya DAP dan KeADILan mempunyai fahaman tersendiri yang ciricirinya berbeza dengan PAS, tetapi platform Pakatan Rakyat menyediakan kerjasama yang selaras. Mengapa PAS memilih DAP dan KeADILan tetapi menolak Umno? Rekod Umno dan BN yang dipimpinnya adalah korup dan tidak dapat diterima. Tetapi tidakkah DAP dan KeADILan akan menjadi korup juga apabila memegang kuasa begitu lama seperti Umno? Boleh jadi tetapi hakikatnya buat masa ini rekod korup dipegang oleh Umno kerana mereka yang berkuasa terutama di peringkat Pusat. Mengapakah PAS mahu bekerjasama dengan DAP dan KeADILan sedangkan mereka bukanlah parti orang Islam seperti Umno? Persefahaman bersama Pakatan Rakyat dapat diterima oleh Islam yang selaras dengan PAS. Tetapi rekod Umno yang korup tidak dapat diterima oleh PAS. Apa yang disebut sebagai Islam boleh datang dalam pelbagai bentuk. Baik secara langsung atau tidak langsung. Keadilan dan kebebasan adalah Islami walaupun tidak diistilahkan sedemikian. Sebaliknya yang telah lari dari akar ialah Umno. Ketika melawan MalayanUnion dan memperjuangkan kemerdekaan, akar Umno adalah kebebasan dan keadilan. Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya ialah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Tetapi selepas pelaksanaannya, ia menimbulkan imej korup. Gejala korupsi adalah penyelewengan landasan pada mana-mana parti. Demokrasi bertujuan untuk mengimbangi supaya dikurangkan ancaman korupsi. Kuasa mutlak membawa kepada korupsi penuh. Justeru, imbangan dan pembetulan wajar dilakukan dan itulah inti demokrasi. Korupsi di sini bukanlah bermaksud dari sudut kewangan semata-mata tetapi lebih utama ialah kekuasaan. Keseluruhan mesej Islam ialah perlindungan masyarakat daripada korupsi. Inilah akar PAS dan juga Pakatan Rakyat. Umpamanya, mesej utama zakat adalah keadilan sosial yang merupakan usaha menghalang korupsi di kalangan elit masyarakat. Selain itu, PAS bukan saja memiliki dahan dan ranting. Daripada akar itu, sudah berkembang dahan iaitu tradisi dan pengalaman parti. PAS adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia, seperti mana juga Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki, Parti Annahdhah Tunisia, Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi dan Parti Kebebasan dan Pembangunan (PFD) Mesir. |
Bukti pecacai UMNO memang bengong... Posted: 02 Jan 2012 07:20 AM PST TNCHEPA ugut bar 'exam', dibuang kolej serta merta Sumber UPSIKini Tanjong Malim, 2 Jan- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) mengugut seorang mahasiswi UPSI dari mengikuti peperiksaan akhir ekoran terlibat dengan gerakan menuntut kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan bebaskan Adam Adli tempoh hari. Mangsa, Yuyu Luna (gambar) melaporkan kepada UPSIkini bahawa beliau diugut oleh TNCHEPA, katanya "Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.." Dalam pada itu, Yuyu Luna juga telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan orang atas yang memusuhi beliau dan mahasiswa. Menurutnya "tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan " Walaubagaimana pun beliau dilihat masih bersemangat dan menganggap ia satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, katanya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku. Wawancara bersama Yuyu Luna, mangsa tahanan polis Pihak mediawan UPSIkini telah menghubungi seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan dilokap bersama-sama 16 mahasiswa berhubung demonstrasi tuntut kebebasan akademik, mansuh AUKU dan bebaskan Adam Adli semalam. Berikut wawancara mediawan UPSIkini bersama Yuyu Luna atau nama sebenar beliau Siti Nurul Piteriah, mahasiswi UPSI yang menjadi mangsa tahanan polis selama 12 jam. UPSikini: Kami dimaklumkan saudari antara yang ditangkap dan berada di lokap. Mohon perkembangan terkini mengenai apa tindakan bakal dikenakan UPSI terhadap saudari? Yuyu Luna: Dah di bebaskan bersama 16 mahasiswa yang lain jam 5 petang tadi, tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan ataupn "membalas dendam atas kederhakaan ". Upsikini: Apa perkembangan sisatan polis tadi? adakah akan dicas dengan apa-apa akta, atau dibebaskan dengan jaminan sahaja? Yuyu Luna: Tadi di dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan pada 20 hari bulan dan masih kabur atas kesalahan apa saya d tangkap jam 3.30 pagi tadi, sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya kebalai. UPSIkini: Penipuan dari pihak polis? Apa yang polis beritahu sewaktu ditangkap? Yuyu Luna: Saya tidak ditangkap, tetapi di beritahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dia orang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu . Saya anggap ini satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, pesan saya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku. Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'. |
PENTING! Untuk wanita yang nak 'Cool' Posted: 02 Jan 2012 05:00 AM PST WANITA... Berhentilah Merokok..... Selamat malam dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam. Hurm, seperti mana tajuk di atas entry kali ini adalah berkaitan dengan isu rokok. Jika isu lelaki merokok memang sudah menjadi kebiasaan. Tapi bagaimana pula persepsi anda terhadap golongan wanita yang merokok? Tahukah anda bahawa lebih ramai remaja wanita yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi 'cool'. Persoalannya 'Cool' ke wanita hisap rokok? Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada tahun 203 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009. Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan budaya Barat, filem, Laman web dan Internet, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. "Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih 'cool' jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. "Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan," katanya. |
Jangan sampai jadi Najis... kahkahkah... Posted: 02 Jan 2012 03:00 AM PST |
Dinsman pun tabik kat Adam Adli Posted: 02 Jan 2012 01:30 AM PST Syabas Adam Adli! Oleh Dinsman BILA diberitahu ada pelajar yang bertindak menurunkan bendera gambar Najib di PWTC, saya macam tak percaya, dan tak beri perhatian serius kepada berita itu kerana menganggap mungkin orang tersalah faham berita atau ada orang sengaja mereka-reka cerita. Saya sendiri memang tak ikuti berita, sama ada di televisyen mahupun akhbar harian. Sehinggalah ada orang SMS kepada saya meminta carikan anak muda bernama Adam Adli, pelajar UPSI Tanjung Malim, untuk diajak ke program Paksi di Felda Sg Tengi pada 23 Disember, kerana pelajar ini seorang anak muda yang berani berkata benar. "Paksi duk cari anak muda yang berani berkata benar, nah sekarang kita sudah ada orangnya. Adam Adli. Baca interbiu dengan dia dalam Sinar. Memang dia berani dan tak takut berkata benar. Dia yang turunkan bendera gambar Najib tu.: Wah, rupa-rupanya memang betul ada anak muda kita yang berani bertindak senekad itu. Menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, di laman PWTC pula tu! Tabik Adam Adli! Kamu memang berani. Baca wawancara dengan kamu itu, memang jelas kamu berani dan tahu apa yang kamu buat. Bukan setakat aksi nakal seorang anak muda, tetapi aksi yang lahir dari suatu kesedaran dan keyakinan diri. Alhamdulillah, kita masih ada anak muda yang boleh kita harapkan untuk berjuang kerana kebenaran dan keadilan. Di zaman yang bukan sahaja anak-anak mudanya sudah kehilangan semangat perjuangan tetapi orang-orang dewasa yang intelektual, ilmuan, ulama dan budayawan pun semuanya sudah menjadi manusia materialis yang tanpa kesedaran kebenaran kecuali segelintir sahaja, kita berasa sangat lega apabila muncul seorang yang seperti Adam Adli ini. Ya betul, saya jadi macam tak percaya pada berita itu pada mulanya bukanlah kerana apa, kerana sudah terlalu lama melihat masyarakat kita yang semakin hari semakin hilang kesedaran terhadap harga diri, semakin hilang kesedaran terhadap kepentingan dan makna kebenaran dan keadilan, semakin tidak mempedulikan apapun yang terjadi di sekeliling, dan semakin mementingkan kesenangan hidup materialis. Melihat kawan-kawan yang ramai di kalangan penulis, budayawan, ilmuan, intelektual dan agamawan pun semakin tidak mempedulikan kemungkaran yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pimpinan dalam pelbagai bidang (bukan sahaja politik), menyebabkan kita seperti tidak mahu berharapan lagi. Berjuang tetap berjuang, tetap meneruskan perjuangan, dan tetap positif dengan perjuangan. Tetapi oleh kerana realiti yang dihadapi hari-hari nampaknya seperti tidak juga membawa perkembangan yang diharapkan, maka harapan pun jadi seperti sudah membeku. Seniman Paksi Rakyat (Paksi) sebenarnya tidak pernah berhenti berusaha mencari sahabat-sahabat seniman dan budayawan yang masih punya kesedaran terhadap kebenaran, terutamanya di kalangan anak muda (dipelopori Rozan dan Benz). Maka itulah apabila tercetusnya peristiwa berani seorang pelajar menurunkan bendera gambar Perdana Menteri itu, kawan-kawan pun SMS mencadangkan supaya Paksi mencarinya untuk diajak bergabung dalam aktiviti-aktiviti seni-budaya Paksi. Memang itu suatu peristiwa besar sebenarnya. Terima kasih Sinar kerana menangkap saat penting peristiwa itu dan memberi ruang untuk anak muda itu menyatakan gejolak rasa-fikir dan semangat "berani kerana benarnya" itu; walaupun ramai 'orang dewasa' dan pemimpin establishment yang marah dan menuduhnya tidak beradab dan sebagainya. Saya mengambil kesempatan ini menyatakan sokongan dan hormat kepada tindakannya yang sebenarnya sangat diharapkan dan sangat diperlukan oleh masyarakat kita hari ini. Ramai orang yang suka nak buat perkara macam itu sebenarnya, tetapi hanya seorang yang ada keberanian melakukannya. Syabas! Hormat dan terima kasih juga kepada ayah dan ibunya yang bukan sahaja memahami tindakan anaknya itu, malah menyokongnya. Kebetulan pula peristiwa ini terjadi di saat PAS sedang menghadapi suatu masalah rumit yang ditimbulkan oleh seorang Dr Hasan Ali, yang pernah menjadi Naib Presiden PAS, Pesuruhjaya Negeri Selangor, dan masih menjadi seorang Exco kerajaan negeri Selangor. Entah bagaimana, saya tibatiba berasa peristiwa Dr Hasan Ali itu tidaklah begitu penting lagi, dibandingkan dengan peristiwa Adam Adli ini. Yang itu merosakkan harapan, yang ini pula membawa harapan baru. Penting lagilah harapan baru ini. Tenggelamlah berita Dr Hasan Ali yang cuba menarik perhatian umum dengan tindakannya menghentam pimpinan PAS itu. Ya betul, seperti SMS Cikgu Khairuddin Masjid Batu kepada saya, katanya: "Bagi saya isu Dr Hasan hanya isu kecil yang bersifat setempat. Tidak akan berlaku perpecahan dalam PAS. Apa saja tindakan beliau sama ada keluar atau tidak, tak menjadi kudis bagi PAS." Kata Pengerusi Masjid itu lagi: "Ahli-ahli PAS telah biasa kehilangan pemimpin yang lebih besar dan pengaruh yang lebih kuat, seperti Asri Muda dan Nakhaei. PAS tetap utuh dan bertambah kuat." Betul, kita boleh lupakan saja isu Hasan Ali itu dan beri perhatian kepada kemunculan semangat baru seperti yang dibawa oleh Adam Adli ini. Harapan yang membeku pun jadi cair dan segar semula. Semoga ia adalah suatu permulaan bagi sesuatu yang lebih bermakna, di ambang pilihan raya umum yang semakin dekat ini, memberi kekuatan baru yang lebih berkualiti lagi kepada PAS. Atau seperti kata Adam Adli: Kita mahu "merasakan kemenangan" yang kita inginkan itu! Insya- Allah. |
Muhyiddin boleh terjun laut oo camnih... kahkahkah... Posted: 02 Jan 2012 12:30 AM PST 80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor KUALA LUMPUR- Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi. Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program. Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri. Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy. Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain. Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya". Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.- Harakahdaily |
Tolong kawan dah jadi salah paling besaq... Posted: 02 Jan 2012 12:18 AM PST Siswa: Saya dipukul ketika bantu rakan Mahasiswa yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim semalam mendakwa beliau beliau dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis. Bercakap kepada sidang media selepas dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, Muhammad Safuwan Anang, 23, juga mendakwa beliau tidak melawan langsung pasukan keselamatan dalam insiden di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tampil lemah dengan kerusi roda yang disorong isterinya, Muhammad Safuwan mendakwa, dalam kejadian semalam, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras. Pihak polis Perak semalam bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.- M'kini |
Posted: 01 Jan 2012 11:36 PM PST Budak perempuan parah dibaham anjing bapa LONDON - Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera parah selepas diserang anjing peliharaan bapanya, semalam. Jorja Caze-Ramscar dilaporkan diterkam dan diheret anjing Alaska - dinamakan sebagai Luna - dari kerusi secara tiba-tiba. Ibu Jorja, Karine, 36, berkata mereka bersiap-siap untuk makan malam apabila budak terbabit diterkam Luna yang sebelum itu duduk di sebelah mangsa. "Luna mengheret Jorja ke lantai dan membaham mukanya dengan mulut yang besar," katanya. Akibat serangan itu, Jorja menerima 20 jahitan di mukanya, selain perlu mendapatkan rawatan pakar mata. Luna, 15 bulan, dipelihara bapa Jorja, Clive Ramscar, 42, yang menetap di Dunstable, Bedfordshire.- TS |
Raja Petra perasan bagusss... kahkahkah... Posted: 01 Jan 2012 08:00 PM PST RPK yang perasan bagus sangat bubuh paku lagi kat medan rakyat nak lawan Umno Oleh Penarik Beca Sejak 29/3/1982 apabila dia masuk Umno, saya sikit pun tak minat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah ketika itu, orang-orang Abim yang masuk Umno saya benci sangat-sangat. Tetapi, apabila rakyat bangkit pada tahun 1998 dan 1999, saya tak lempaq taik kat kebangkitan itu walaupun saya tidak menyertainya. Dan, tak lempaq taik kat kebangkitan tu tak bermakna saya dah minat kat Anwar. Menjelang pilihan raya umum tahun 2008, Hindraf bangkit dan merancang himpunan besar-besaran. Banyak tuntutan mereka yang bukan sahaja saya tak setuju, malah sakit hati nak baca. Walaupun saya hampir tak ada kenangan manis dengan orang-orang Hindu dan saya selalu sakit hati, tetapi saya tak la pulak lempaq taik kepada hak dan usaha mereka untuk berhimpun. Ni saya tulis fasal sahabat Mamat poyo tu sendiri. Terus terang, saya langsung tak ada kemampuan nak tengok Haris Ibrahim hatta gambarnya sekalipun - sama seperti saya mengelak dan tutup TV apabila siaran berita dan seumpamanya menyiarkan rakaman atau gambar para pemimpin Umno kerana saya tak boleh tahan langsung dah nak tengok muka depa. Baru-baru ni Haris datang berceramah dekat dengan rumah saya, iaitu di Taman Melewar, memang saya tak pergi dan tak mungkin saya pergi. Tetapi, saya tak hasut orang supaya jangan pergi. Mudah ja. Ketika depa dok lawan musuh rakyat, saya tak akan tibai musuh kepada musuh rakyat itu. Depa dok tengah lawan Umno, biaq la. Saya tak kata, "jangan pi ceramah tu. Haris Ibrahim pun ada!" Di pihak yang lain pula, walaupun ada juga kenangan yang tak best (biasa la tu), tetapi saya mempunyai terlalu banyak kenangan manis dengan PAS. Pergaulan harian saya pun lebih banyak dengan orang PAS walaupun saya tak lagi menjadi ahli PAS. Meskipun begitu, bila ada segerombolan yang tidak bermaruah yang berselingkuh, berkendak dan bermukah dalam gelap dengan Umno dan work to the benefit of the worst public enemy, saya bantai depa sampai hari ni. Saya tidak bantai PAS. Saya bantai pecacai-pecacai Umno yang membawa kad keahlian PAS tu. No love lost sebab yang berpakat dengan public enemy pun public enemy juga. Balik kepada cerita Anwar. Saya selalu kata yang saya berterima kasih sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar dan menghambat Mamat itu dari Umno. Tetapi bila Anwar ditahan di bawah ISA, saya kata kalau babi sekalipun ditahan di bawah ISA, aku tak setuju. Hari ni saya nak sebut, kalau babi sekalipun yang lawan Umno, aku tak akan susahkan dia ketika dia tengah dok berlawan dengan Umno. Tetapi sejak kebelakangan ni kita melihat semakin jijik kelaku Mamat perasan yang lempaq taik kepada rakyat yang nak berlawan dengan Umno. Dia ni tak habis-habis bajet diri dia macam bagus sangat. Lepas ni hampa tengok la, dia akan kata dia dah perangkap media-media pecacai Umno apabila dia mengizinkan mereka menemubual dia. Kononnya dia dah buat coup. Tobat lahum dia tak akan mengaku yang dia dah sabotaj sebahagian rakyat yang nak berlawan dengan Umno - walaupun dengan cara mereka sendiri. Mamat tu sentiasa perasan bagus sangat. Itulah penyakit dia yang paling teruk yang dimanfaatkan Umno untuk mensabotaj rakyat yang sedang berlawan dengan taghut itu. Dia sama ja dengan Dr Hasan Mohamed Ali. Sembang deras konon lawan Umno. Sedangkan, yang orang nampak dengan jelas dia memanfaatkan Umno. Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi. |
PANAS!! Polis buat apa yang Islam haramkan Posted: 01 Jan 2012 06:30 PM PST Juanda: 'Polis patut bertindak dengan bijaksana bukan kemarahan' KUALA LUMPUR, 1 Jan — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kepada kecederaan orang awam. Menurut Juanda, insiden tindakan kasar polis semasa menghuraikan demonstrasi aman mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi amat membingungkan. Beliau berkata sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk. Tambah Juanda, sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah lain seperti kecederaan. "Pembantaian mahasiswa di UPSI amat membingungkan. Kenapa sampai perlu menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama? Apakah pintu musyawarah (berunding) sudah tertutup? "Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan. Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya dalam tulisannya di laman Facebook. Awal pagi tadi beberapa mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI telah ditahan polis kerana ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai. Kumpulan mahasiswa itu mendakwa polis telah bertindak kasar dengan "memukul, menendang dan menumbuk" mereka, yang menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri. Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu. Pemimpin PKR dan DAP mengkritik tindakan kasar polis terhadap kumpulan mahasiswa itu. Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan anggotanya bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan menegaskan "tiada pergelutan" yang berlaku semasa tangkapan dibuat. Tambah Juanda, pihak polis sepatutnya bertindak secara bijaksana dalam menghuraikan demonstrasi itu. "Sewaktu api fitnah sedang mara menjulang, pihak berkuasa sewajarnya mencari sesuatu yang sudah semakin hilang pada hari ini, iaitu kebijaksanaan. "Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian," katanya. |
Khir Toyo jentik pun tidak, demo AUKU sampai koma depa belasah... Posted: 01 Jan 2012 05:24 PM PST Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama" |
Awas!! Darah Mahasiswa ada harganya... Posted: 01 Jan 2012 04:28 PM PST Darah Mahasiswa ada HARGANYA!! Carefull Bangsawan UMNO! Story malam tahun baru, mahasiswa jadik mangsa kekejaman KERAjaan! bangun anak muda! sahabat kamu di patahkan tulang rusuknya hanya kerana menuntut akan keadilan! kekejaman sang pemerintah ini mesti kita tamatkan! |
Posted: 01 Jan 2012 02:30 PM PST Kaka Pemain Bola Sepak Real Madrid Memeluk Islam Oleh: siasahkini "Nih berita baru dan gambar baru. Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam. Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai. Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih. Kalau berita nih benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa. Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita nih benar. Tapi berita nih memang heboh di dunia arab sekarang nih. Mungkin kaka telah memeluk agama islam. Dalam pasukan Real madrid pun ada 4-5 orang individu beragama islam seperti karim benzema, Nuri sahin, Hamid altintop, Mesud ozil dan Khedira. Aku tahu sikit-sikit jer tentang depa nih sebab aku tak minat dengan pasukan nih. Ini kerana pasukan nih merupakan musuh utama pasukan kegemaran aku Barcelona. Disini aku sertakan link mengenai berita pengislaman Kaka nih..(Klik Sini) |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan