Selasa, 31 Januari 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


PRU 13 Akan Diadakan Jun 2012?

Posted: 31 Jan 2012 05:37 AM PST



Oleh Shahbudin Husin
Meskipun Najib dan Muhyiddin kini sedang rancak turun ke negeri-negeri dalam siri program bertemu rakyat dan dalam masa yang sama desas-desus tarikh piliharaya umum masih menjadi teka-teki, gambaran yang jelas ialah Najib tidak akan berani membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini.



Najib dipercayai memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk meyakinkan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipimpinnya. Untuk itu, beliau dan timbalannya dipercayai akan mengadakan sekurang-kurangnya dua lagi pusingan untuk bertemu rakyat di setiap negeri sambil menghulurkan pelbagai jenis bantuan dan 'gula-gula'.

Ini berikutan dalam beberapa kunjungan beliau ke negeri-negeri ni sebelum, Najib dan Muhyiddin dikatakan mendapati sokongan rakyat yang diterima daripada rakyat belum benar-benar mantap selain persiapan jentera UMNO dan BN sendiri belum bersedia sepenuhnya.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim daripada kes liwat pada 9 Januari lalu juga ( meskipun pendakwa kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan) menyebabkan moral ahli-ahli UMNO kini berada di tahap sangat rendah. Ini tentunya memerlukan masa dan suntikan semangat untuk dipulihkan.

Dengan kemungkinan Najib dan Muhyiddin akan turun sekurang-kurangnya dua pusingan lagi ke negeri-negeri, barulah matlamat memulihkan moral, memantapkan lagi sokongan rakyat dan memperkemaskan jentera parti diyakini betul-betul dapat dilakukan.

Selain itu modal paling besar bagi Najib untuk mempertaruhkan masa depan politiknya ialah dengan penyenaraian Felda Global Venture (FGV) di Bursa Saham. Najib, di sebalik adanya bantahan dan pertikaian terhadap langkah itu, tetap berkeras mahu menyenaraikan juga FGV dengan sedaya upaya meyakinkan para peneroka bahawa ia adalah suatu tindakan yang membawa keuntungan kepada masa depan mereka.

FGV akan mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada April tahun ini dan usaha ke arah itu kini sedang giat dilakukan.

Kerasnya hati Najib mahu menyenaraikan FGV sebenarnya ada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang. Ini kerana didapati bahawa hampir 60 kerusi Parlimen sekarang ini mempunyai tanah rancangan Felda dan Najib benar-benar mahu menggunakan kedudukan itu sebagai sesuatu yang menguntungkan politiknya. Dengan menyenaraikan FGV di BSKL dan syarat wajib bahawa sekurang-kurangnya 25 peratus daripada sahamnya mesti dijual di pasaran terbuka, ia bermakna melalui penyenaraian itu Felda akan memperolehi banyak wang kerana FGV adalah sebuah syarikat yang besar dan menjadi perhatian ramai.

Adalah diyakini dengan wang yang diperolehi itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada peneroka sebagai keuntungan yag kononnya wajar mereka perolehi. Selain itu para peneroka juga akan diberikan saham yang bolah dijual bila-bila masa.

Jika mengikut jadual yang ditetapkan, FGV mula disenaraikan pada bulan April dan ini bermakna selewat-lewatnya sebulan selepas itu pengagihan "durian runtuh" kepada para peneroka akan dapat dilakukan.

Najib dalam hal ini benar-benar optimis bahawa dengan penyenaraian itu dan diikuti pula dengan perolehan wang yang akan masuk ke dalam kocek para peneroka, ia akan menyebabkan undi para peneroka akan tetap berpihak kepada BN. Dan kalaupun tidak semua, sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada hampir 60 kerusi Parlimen yang ada tanah rancangan Felda itu akan berpihak kepada BN.

Dengan sebelum ini Najib telah memberikan bantuan RM500 melalui BR1M, RM 100 untuk pelajar sekolah dan RM 200 baucer buku untuk pelajar universiti, durian runtuh daripada penyenaraian FGV ini adalah "gula-gula terbesar" kepada rakyat sebelum pilihanraya umum yag diyakini Najib mampu menjadikan terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan keadaan-keadaan ini, adalah munasabah bahawa pilihanraya umum akan diadakan selepas penyenaraian FGV itu dan masa yang sesuai adalah awal bulan Jun kerana cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu akan bermula pada 28 Mei.

Sama-samalah kita tunggu!

Siapa Berkuasa ? Najib Atau Tun Mahathir Dan Gangster Umno ?

Posted: 30 Jan 2012 03:52 PM PST



Kenapa semakin ramai rakyat Malaysia percaya UMNO dan presidennya Perdana Menteri Mohd Najib Razak, seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai!
Sebab utama kerana Najib telah kehilangan integriti setelah kekayaan negara dan segala-galanya harta milik rakyat menjadi "milik peribadi", termasuk sebahagian besar pemilikan itu dilakukan para kroni beliau.



Najib dituduh sebagai seorang pembohong tegar! Yang ganjilnya, dia tidak peduli langsung. Dia tidak terasa malu bermuka-muka dihadapan rakyat dan masyarakat umum. Jika hari ini dia boleh menggambarkan dirinya sebagai seorang malaikat, keesokan harinya dia boleh berlagak seperti seorang diktator dalam "Banana Republic"
Muka tebal atau tidak, tapi ini lah yang berlaku bila AG didesaknya membuat rayuan pembebasan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan Sodomi II.
Sebagai perbandingan, Anwar konsisten. Daripada mula beliau mengakui hak AG untuk membuat rayuan. Setelah rayuan difailkan, Anwar tidak gelabah dan dia tidak mengatakan keputusan itu tidak wajar walaupun ramai rakyat berpendirian begitu.
Sebaliknya MP Permatang Pauh itu berpendapat, rayuan kes sodomi itu tidak sama sekali menjejaskan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya daripada Najib dan UMNO!
Kenyataan dan pendirian Anwar satu testimoni terhadap keyakinan diri yang kukuh. Bukan seorang pemimpin flip-flop!
Semua rakyat tahu, para ulamak, termasuk 40 ulamak muda, profesor universiti, bankers, ahli-ahli perniagaan, anggota polis dan tentera, judiciary dan ramai lagi dipergunakan Najib dan BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.
Malah para hakim juga boleh dibeli seperti dibuktikan dalam insiden pita rakaman Lingam yang tersebar luas menjelang PRU 2008.
Tun Mahathir dan rejim UMNO lebih cenderung melihat Anwar dalam penjara seperti pernah mereka lakukan pada 1998 untuk terus kekalkan kuasa. Anwar adalah manusia yang jadi penghalang mereka terus duduk di atas singgahsana kuasa dan hidup seperti maharaja!
Memasukkan Anwar dalam penjara akan melemahkan pembangkang pada tanggapan puak ini.
Najib bijak berlakon dan pandai berpura-pura. Seolah-olah keputusan rayuan tidak kena mengena dengan beliau. Tapi siapa lagikah yang percaya dengan Najib? Dia membenarkan Tun Mahathir dan gangsternya, melakukan kerja-kerja itu.
Tun Mahathir awal-awal lagi secara terbuka berkata tidak ada salahnya kerajaan mempertikai keputusan hakim yang membebaskan Anwar.
Najib cuci tangan dan dia mahu kelihatan seperti seorang yang baik, seorang wassatiyah dengan tidak memalukan dirinya sebagai seorang Perdana Menteri jika membuat rayuan.
Amat malang kepada orang Melayu mempunyai seorang pemimpin dan perdana menteri yang begitu lemah. Najib tidak mengawal partinya sebaliknya parti mengawal dia!
Selepas Anwar dibebaskan dari tuduhan Somomi II, berita itu merupakan headlines akhbar-akhbar utama di seluruh dunia sebagai bukti bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa percaya Anwar difitnah dalam konspirasi Najib dan UMNO!
Masyarakat antarabangsa dan sebahagian besar rakyat Malaysia yakin dan percaya, Dato Seri Anwar adalah pemimpin terbaik untuk Malaysia untuk keluar dari kemelut yang dialami sekarang.
Nampaknya pihak pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa dalam rayuan itu kerana mahkamah jelas berada dipihak BN. Apapun isu RM250 juta skandal lembu NFC Shahrizat membayangi kes tersebut. Ini membuktikan rakyat Malaysia sudah membuat keputusan siapa perdana menteri mereka. Orang itu tentu sekali bukan Najib!
Harapan diletakkan kepada Anwar untuk membawa mereka yang bersalah dengan penipuan dan membawa keluar wang rakyat sebanyak RM888 bilion daripada 2000-2009.
Seperti kata-kata seorang pemandu teksi KL, Tan Sri Khir Toyo tidak akan didapati bersalah melakukan jika BN masih bekuasa di Selangor!

Tiada ulasan: