Anak Sungai Derhaka |
- Debat di London : Khairy baik, tetapi Rafizi lebih baik.. oleh itu Rafizi '1'. Khairy '0'...
- Anwar sokong Israel?.. Ini penjelasan dari The Wall Street Journal.
- EKSKLUSIF! Peralatan Stadium Sultan Mizan RM50Juta dicuri
- Kad Raya khusus buat Ibrahim Ali...
- Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan - Raja Rezza Shah
- Aziz Bari digugur gelaran profesor
- Israel: Mahathir kecewa kenyataan Anwar? Alahai Tun.. cuba tengok surat apa nih?
Debat di London : Khairy baik, tetapi Rafizi lebih baik.. oleh itu Rafizi '1'. Khairy '0'... Posted: 31 Jan 2012 06:15 AM PST "Khairy baik, tetapi Rafizi lebih baik" itu adalah pendapat daripada pelbagai hadirin ketika diminta mengulas mengenai peperangan dinamik di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli. Amat merugikan apabila rakyat Malaysia di rumah terlepas di dalam program perbahasan yang meriah, merangsang dan menarik ini kerana ia adalah wacana intelektual untuk semua. Tiada maki hamun. Tiada panggilan gelaran-gelaran atipikal yang biasa kedengaran di parlimen Dewan Rakyat. Perdebatan meriah antara Khairy dan Rafizi, menjadi inspirasi kepada Malaysia agar perdebatan seperti ini perlu direplikasikan di Malaysia. Kedua-dua mereka adalah produk-produk Universiti Inggeris dan kesopanan yang mereka tunjukkan, dihadapan orang ramai yang bersemangat terhadap mereka, telah membuktikan kepada barisan lama di dalam Umno bahawa perdebatan awam adalah sihat dan tidak perlu ditakuti. Walaupun ia tidak sehingga taraf Mitt Romney dan Newt Gingrich, bagi Malaysia, ia adalah percubaan pertama yang sangat cemerlang. Kedua-dua mereka menyampaikan hujah-hujah mereka pada sebuah majlis pertama tahun 2012 yang dianjurkan oleh United Kingdom dan Eire Majlis Pelajar Malaysia. Topik mereka adalah 'Dasar Awam: Wawasan 2020 - Malaysia bergerak ke arah yang betul?. Ia bukanlah perbahasan yang Rafizi mahu. Cadangan beliau untuk membincangkan kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Permintaan pertama tidak rasmi kepada Khairy, melalui media pada 14 Nov, diikuti oleh jemputan rasmi seminggu kemudian. Semuanya tidak dilayan jadi acara di London ini adalah alternatif. Pelajar telah mengorbankan hari Ahad mereka untuk mendengar penceramah lain seperti, Rafidah Aziz, Marina Mahathir, Pang Khee Teik, Yunis Raiss, Karim Raslan, Zainah Anwar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Carool Kersten. Tanpa ragu-ragu bintang-tarikan mereka ialah pada segmen 'Khairy dan Rafizi'. Kehadiran adalah rendah pada waktu pagi tetapi oleh masa sesi mereka dewan persidangan menjadi penuh dan melimpah ke bilik bersebelahan. Perwataan pendebat berbeza bagaikan langit dan bumi. Khairy yang tampil dengan gaya gung-ho kelihatan pintar dengan sut kemas bagaikan gaya seorang usahawan. Tinggi dan gelap, beliau sangat berbeza berbanding Rafizi yang mengambil sikap mesra dan bertolak ansur, dengan pakaian berwarna biru muda, warna Keadilan, seakan menghantar mesej bawah sedar yang halus. Jika Khairy kelihatan seolah-olah seperti 'Aksi Figura', Rafizi (kanan) menyampaikan imej beliau seseorang yang teratur dan teliti, menunjukkan latar belakang mereka yang berbeza. Jika Khairy kelihatan seperti dia akan menakluk orang ramai, Rafizi dalam pakaian kasual itu pintar, kelihatan lebih terjamin dan mudah didekati, memaparkan bukan sikap acuh tak acuh dan tidak berpura-pura. Ramai yang biasa dengan ceramah Khairy sebelum ini berpendapat bahawa dia mungkin akan menjadi pemidato yang lebih baik dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris, dan merasa ragu-ragu jika Rafizi dapat menandingi kemahiran berdebat pemimpin Pemuda Umno ini. Mereka terbukti salah. Bercakap dari hati Sepanjang perdebatan itu, Khairy gagal untuk mendapat apa-apa kelebihan berbanding Rafizi. Khairy kelihatan cuba terlalu keras. Dia mungkin menjangka isu kejatuhan Shahrizat Abdul Jalil akan disebut dan tidak langsung menyangka apabila Rafizi mengabaikan isu-isu seperti NFC itu. Rafizi meraih kesan awal dengan mengakui peranan yang dimainkan oleh bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed, yang dia kreditkan dengan memberikan negara arah tuju. Rafizi ringkaskan keadaan ekonomi dan berkata bahawa jika Wawasan 2020 dapat dicapai, sasaran yang ditetapkan untuk kadar pertumbuhan ekonomi tahunan telah dikekalkan sejak tahun 1990, tetapi ini tidak mapan. Selain itu, sasaran ekonomi telah terkeluar. Hujah Rafizi ditambah lagi dengan fakta-fakta yang mudah diperolehi daripada rakyat-rakyat yang hidup di jalanan. Beliau turut bercakap tentang jurang perbezaan kekayaan, dan 40 peratus daripada penduduk negara ini berpendapatan bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang, kebanyakannya bumiputera . Beliau membezakan ini dengan orang-orang kaya di atas masyarakat yang terdiri daripada sebahagian kecil masyarakat. Beliau mengaitkan fakta-fakta ini dengan kemarahan rakyat. Khairy yang gagal menolak penilaian ekonomi Rafizi ini mula menghujani orang ramai dengan angka-angka dan akronim seperti ETP, FDI, Indeks Pembangunan Manusia dan krisis kewangan Asia. Adakah ini disengajakan?. Adakah niatnya untuk mengelirukan atau dia sekadar tersilap?. Terdapat terlalu banyak untuk diserap dalam satu hujah. Ia adalah sukar untuk disahkan dan sukar untuk dikaitan dengan pergelutan purata rakyat Malaysia. Sambil mengakui bahawa beliau bercakap dari hati, hujah-hujah Rafizi hadir dalam bentuk yang mudah dihadamkan manakala penggunaan statistik Khairy telah membutakan kami dengan sains dan menjadikan dia seolah-olah kaku seperti kayu yang hanya membaca mengikut skrip. Pemimpin Pemuda Umno berulang kali mencabar Rafizi soal perpaduan dalam Pakatan Rakyat dan berjenaka: "Berapa kukuhkah perpaduan di dalam PR?" Mengambil isu di Kedah, Khairy menyerang pendirian Menteri Besar yang menggunakan Akta Universiti dan dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap pelajar dan tidak konsisten dalam janji Pakatan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak juga yang diakuinya. Khairy memuji beberapa langkah Buku Jingga, dan bersetuju dengan pembangkang di atas keperluan perisytiharan aset. Khairy turut mengakui dakwaan Rafizi bahawa rakyat Malaysia sentiasa berjaya untuk kembali pada masa kesusahan hanya kerana daya tahan mereka. Perdebatan Rafizi: "... kita perlu yakin kepada masyarakat ...." Dan parti-parti politik mesti "terlibat dengan rakyat". Khairy menegaskan bahawa telah ada suara reformasi dalam Umno. Beliau tidak bersetuju dengan "satu aliran" yang dilakukan oleh sekolah-sekolah kita, Perkasa dan Ibrahim Ali. Rafizi menyampaikan kekuatan perpaduan Pakatan secara bertulis berdasarkan perlembagaan. Tidak seperti BN, yang hanya boleh mengurus senarai yang longgar bercampur dengan pencapaian yang dibina di atas 50 tahun pembangunan negara, dan bukannya perlembagaan. Khairy mempertahankan kerajaan dan menampilkan pembaharuan Najib, pemansuhan ISA, pindaan yang dicadangkan kepada AUKU, masyarakat liberal di Malaysia dan hakikat bahawa parti itu komited untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Khairy memainkan kekuatan politik tetapi Rafizi mempunyai kelebihan berbanding Khairy. Sekurang-kurangnya dua kali semasa perdebatan, Rafizi memuji populariti Khairy, terutamanya di kalangan pelajar yang ramai di antara mereka ialah ahli-ahli Kelab Umno. Pada satu ketika dia menggelar Khairy "aset negara". Walau bagaimanapun, beliau menambah, populariti Khairy ini tidak dapat diterjemahkan dalam mempengaruhi Kabinet atau Perdana Menteri. Rafizi berharap Khairy akan menjadi Menteri Dalam Negeri dan kemudian mengusik beliau mengenai kemungkinan menjadi Menteri Pelajaran untuk membantu menekan pelbagai pembaharuan yang beliau sebutkan. Pada satu ketika, beliau juga cuba untuk menarik pemimpin Pemuda Umno untuk mempertimbangkan untuk menyertai pembangkang, kerana persamaan dan pandangan yang dikongsi. Seorang pemerhati politik berkata: "Rafizi menang bergaya dan hebat. Khairy telah dihapuskan ". Seseorang pelajar berkata, "Rafizi 1, Khairy 0." Laporan dari Malaysiakini ini diterjemahkan oleh Pulakdah |
Anwar sokong Israel?.. Ini penjelasan dari The Wall Street Journal. Posted: 31 Jan 2012 03:31 AM PST Biarpun Anwar telah mengeluarkan kenyataannya dalam Bahasa Malaysia yang menjelaskan tentang apa yang telah dinyatakannya dalam satu wawancara oleh Wall Street Journal, ianya masih dijadikan sebagai isu untuk menyerang beliau. Bukan saja pemimpin UMNO yang berpura-pura tidak faham malah memperlihatkan sikap hipokrit sebenar mereka dalam hal hubungan antara Malaysia dan Israel yang kononnya tidak pernah wujud, malah pencacai-pencacai mereka turut memperlihatkan kebodohan mereka. Dan hari ini The Wall Street Journal telah mengeluarkan kenyataannya memperjelaskan tentang isu ini.. bagaimanapun aku yakin para pencacai UMNO tidak akan faham apa yang ditulis kerana ianya di dalam Bahasa Inggeris.. Sebelum itu baca dulu kenyataan Anwar nih! Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin." Berikut pula adalah artikel dari The Wall Street Journal yang memperjelaskan keadaan.. Israel Dominates the Debate in Malaysia – Again Recent comments by Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim have demonstrated yet again how issues related to Israel continue to divide this majority-Muslim country – and could influence the country's next national election. |
EKSKLUSIF! Peralatan Stadium Sultan Mizan RM50Juta dicuri Posted: 31 Jan 2012 01:17 AM PST Tragedi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh berlaku pada 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi, ianya telah mengakibatkan hampir 60 % struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh mengakibatkan struktur besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk dan kerugian awal yang dianggarkan sejumlah RM25 juta. Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 3 Julai 2009 dalam mStar , menyatakan bahawa kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk mengetahui punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak. Malah beliau juga berkata perunding itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan. Manakala Utusan Malaysia pada 6 Jun 2009 melaporkan , bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan. Buletinonline.com pada 15 Julai 2009 pula melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. Pengarah (Bahagian Perisikan) SRPM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata setakat ini, lebih 90 peratus siasatan kes berkenaan, yang melibatkan elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan telah dijalankan. Sudah hampir 3 tahun.. dimanakah laporan siasatan oleh SPRM ? 19 Disember 2011, Sinar Harian melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu mengambil keputusan membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bermula awal tahun depan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan berlaku. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerja membaik pulih yang akan dilakukan itu melibatkan padang bola terlebih dahulu kerana ia rosak akibat tidak digunakan sejak kejadian struktur bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu. Malangnya.. sebelum proses baik pulih yang dijangka menelan belanja puluhan juta RM bermula.. Berita Harian pula melaporkan Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak lesap dipercayai dicuri. Siapa yang harus kita persalahkan?? Tapi biar siapapun yang bersalah yang pasti wang dari pembayar cukai akan digunakan untuk menggantikan atau membaiki apa yang telah rosak dan hilang itu.. Yang pasti juga ialah para kroni akan bergembira!! Sumber gambar dan lagi gambar-gambar sila lihat di SINI |
Kad Raya khusus buat Ibrahim Ali... Posted: 30 Jan 2012 09:07 PM PST Aku tak tahu siapa sebenarnya yang buat kad raya khusus untuk Ibrahim Ali ni.. pagi-pagi lagi dah ada dalam mail box aku, dihantar oleh seorang sahabat bukan Melayu, beliau meminta aku mengirimkannya kepada Ibrahim Ali. Malangnya aku tak ada e-mail address Presiden PERKASA tu, jadi aku publish disini.. Inilah padahnya jika kita gagal untuk memahami apa yang boleh menyebabkan kita tidak menghormati adat dan budaya Bangsa lain yang bersama kita tingal dan membangunkan bumi Malaysia ini.. Tindakan Ibrahim Ali yang memberikan 'Ang Pow' di dalam sampul yang berwarna putih beberapa hari lalu dianggap sebagai satu penghinaan oleh ramai masyarakat Tionghua ini kerana bagi mereka pemberian sumbangan dalam sampul berwarna putih hanyalah dilakukan dalam majlis pengkebumian atau semasa menziarahi simati. Mudah cerita.. tindakan Ibrahim Ali ni umpama memakai kasut di dalam rumah kita yang berbangsa Melayu.. Ini kata DS Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, "Ah Jib Gor", "Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan. "Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial." Itulah.. bila tak tahu, tak mahu bertanya.. Bodoh Sombong katakan.. Sesiapa yang ada e-mail address Ibrahim Ali tolong e-mail kat dia sat Kad Raya ni.. |
Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan - Raja Rezza Shah Posted: 30 Jan 2012 08:12 PM PST Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata kata Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa. Raja Rezza berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London. Timbul pula persoalan di sini.. siapa Raja Rezza Shah untuk turut bersama rombongan Rosmah? Siapakah yang mennanggung perbelanjaannya sepanjang berada disana, jika perbelanjaan beliau semasa disana turut ditanggung oleh Kerajaan Malaysia dengan menggunakan wang rakyat, siapa beliau? Jika Raja Rezza Shah berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London mengapa pula Rosmah yang perlu sibuk untuk memilihnya hinggakan Kapp dilaporkan mengunjungi penthouse hotel Darling pada malam sebelum Tahun Baru untuk menunjukkan contoh kain kepada Rosmah? Kenapa perlu ditunjukkan kepada Rosmah dan bukannya ditunjukkan kepada Raja Rezza Shah? Tapi... Rosmah Mansor dah menafikan laporan oleh wartawan Andrew Hornery dari Australia Sydney Morning Herald tentang beliau berbelanja sakan di sebuah Butik di Sydney ini kan? Festival Fesyen Islam: Rosmah tak 'belanja sakan' Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata kata Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa. Menjawap soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Raja Rezza (kanan) berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London. Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia." Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana "aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif". Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganyan, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian. Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya. Pembelian itu buat kali pertama didedahkan dalam akhbar terkemuka Australia Sydney Morning Herald, oleh wartawan Andrew Hornery dalam kolumnya yang melaporkan bahawa Kapp berkata beliau diterbangkan ke Malaysia dengan 'pakaian contoh' untuk Rosmah sebelum menyiapkan 61 pesanan yang lain. Hornery juga melaporkan bahawa Rosmah dan Najib menginap di penthouse Hotel Darling, yang menelan belanja kira-kira A$20,000 semalam semasa percutian peribadi mereka di negara itu. Kapp juga dilaporkan mengunjungi penthouse hotel berkenaan pada malam sebelum Tahun Baru untuk menunjukkan contoh kain kepada Rosmah. Rosmah mendakwa laporan itu "tidak benar" dan sengaja "dibesar-besarkan". Bagaimanapun Hornery dan wartawan fesyen Patty Huntington, yang menulis di blog Frockwriter tetap mempertahankan laporan mereka. Malaysiakini |
Aziz Bari digugur gelaran profesor Posted: 30 Jan 2012 07:41 PM PST KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. ''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan. Lidah Rasmi UMNO |
Israel: Mahathir kecewa kenyataan Anwar? Alahai Tun.. cuba tengok surat apa nih? Posted: 30 Jan 2012 10:08 AM PST Mungkin Mahathir telah lupa pada 16 Ogos 1999, bagi pihak UMNO beliau telah mengutuskan satu surat kepada Ehud Barak mengucapkan tahniah kerana Ehud Barak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Israel… tengoklah kat akhir entry ni.. Dalam surat ini Mahathir juga melahirkan hasratnya untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv.. Sebelum itu baca laporan ni dulu… Israel: Mahathir kecewa kenyataan Anwar Alahai Tun.. kalau duduk diam-diam jaga cucu dirumah atau pergi ke masjid kan lebih baik.. Cuba korang tengok siapa yang menandatangani surat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel dan melahirkan hasrat mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv ni.. Dalam Surat ini Tun Mahathir Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya. Kalau dilihat di dalam surat ini, Jelas sekali Tun Mahathir memohon pertolongan dari PM Yahudi itu untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" berhubung dengan Pilihanraya Umum Malaysia yang akan diadakan tidak lama selepas itu. Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO! Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO. Malah Tun Mahathir yang lantang menentang Yahudi ini menawarkan kepada Ehud Barak pendekatan hubungan Diplomatik yang baru kepada Tel Aviv. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, Namun di sini jelas sekali Mahathir menawarkan hubungan diplomatik kepada Israel. Apa semua ini? Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image Tak jelaskan?? ha.. korang klik kat image di bawah.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan