Jumaat, 20 Januari 2012

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Agenda Yg Belum Berakhir...Anwar akan diheret lagi..ke penjara....????

Posted: 20 Jan 2012 08:30 AM PST

Penganalisis Politk sudah menjangkakan Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keputusan Mohamed Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II.

Peristiwa yang berlaku dalam kes membabitkan bekas penasihat politik dan pakar strategi Najib Razak, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharribbu, tidak fikir ia akan menimpa atau keadaan sama berlaku ke atas Anwar. Begitu mustahil dirasakan kalau ia ada persamaan dari segi sikap dan pendirian pihak pendakwa raya.

Dalam kes Razak Baginda peguam negara tidak mengemukakan notis rayuan keputusan mahkamah yang membebas dan melepaskan Razak dari terbabit dengan tuduhan membunuh Altantuya. Rasanya tidak perlu ditafsirkan kenapa berlaku dan wujud perbezaan itu. Hak mengemukakan notis rayuan dalam apa-apa kes jenayah terserah kepada pihak Peguam Negara dan proses merayu itu adalah dibenarkan dalam sistem perundangan negara.

Kalau pendakwa merasakan sesuatu keputusan hakim itu lemah, boleh dipertikai atau terkhilaf , pendakwa berhak membuat rayuan untuk membolehkan lebih banyak hakim memutuskannya. Maksud di sini ialah untuk memastikan keadilan diperolehi dan terjamin untuk semua pihak.

Persoalannya... apakah pihak keluarga Altantuya telah mendapat keadilan secukupnya dari apa yang berlaku? Apakah pembebasan dan perlepasan Abdul Razak Baginda itu tidak mngecewakan keluarga Altantuya Sharibbu? Dan apakah rayuan dan desakan termasuk menggunakan media masa tidak dilakukan oleh keluarga Altantuya supaya pendakwa membuat rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan Abdul Razak?

Dalam kes Razak Baginda, pendakwa begitu pantas memaklumkan yang mereka tidak akan membuat rayuan. Seolah-olah pendakwa sudah berpuas hati dengan keputusan penghakiman yang diterima. Semacam kelegaan serta merta diberikan pendakwa itu kepada Abdul Razak. Seolah pihak pendakwa telah meneliti serta merta keputusan kehakiman terhadap Razak itu. Apakah keputusan kehakiman mengenai pembebasan Abdul Razak itu sudah disedikan awal dan diberikan hari yang sama? Kalau benar begitu ia amat berbeza dengan kes melibatkan Anwar ini. Apakah terdapat sistem yg berbeza kiranya melibatkan pihak pembagkang...???

Pendakwa terpaksa mengambil masa hingga saat-saat akhir untuk membuat atau mengemukakan notis rayuan itu. Alasan pihak pendakwa mereka perlu meneliti keputusan penghakiman yang dibuat oleh Mohamed Zabidin Mohd Diah. Kesenjangan masa itu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan tanggapan. Ada mengatakan bahawa pendakwa tidak akan merayu. Kalau tidak merayu bermakna keputusan Zabidin itu tidak boleh digugah lagi.

Akibat kesenjangan itu menyebabkan ada di antara penyokong DSAI merasa lega dengan apa yang berlaku. Mereka menerima bahawa Anwar dibebas dan dilepaskan dengan mutlak. Secepat itu juga saham Anwar naik mendecut dan rakyat juga mendapat suntikan semangat baru. Perjuangan rakyat untuk menumbangkan UBN menjadi berkobar-kobar semula. Banyak majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan Anwar itu yang dianggap kemenangan rakyat diadakan. Dalam keseronokan itu tidak ada yang membuat perhitungan dan bacaan lain dari merasakan keseronokan itu.

Tetapi ada juga para penganalisis telah menduga sendirian, kenapa rayuan tidak disegerakan dan dibuat pada saat-saat akhir. Terasa ia ada motifnya. Mungkin ia disengajakan untuk melihat keadaan selepas Anwar dibebaskan. Yang hendak diperhatikan ialah gelora dan semangat rakyat selepas Anwar dianggap suci dan bersih. Kelewatan itu mungkin untuk melihat momentum yang wujud. Sebelum hari perbicaraan..., ramai yg sudah mempersoalkan sejauh mana Najib Razak sebagai perdana menteri tidak terlibat dengan keputusan yang akan dibuat terhadap kes itu.

Ternyata kesenjangan yang mungkin disengajakan itu berjaya. Kerana semangat dan gelora rakyat berubah secara drastik sebaik keputusan itu dibuat. Rakyat menjadi bersemangat kembali dan majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri Anwar mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan ini menyeronokkan satu pihak dan menggeletarkan satu pihak lain. Senario ini diambil kira.

Mungkin setelah melihat keadaan itu maka keputusan dibuat agar pembebasan itu hendaklah dikaji semua. Rayuan perlu dibuat. Ramai juga yg perasan..,desakan dan ritihan si pengadu (pembacuh kopi dan ayahnya serta Dr Mahathir) hanyalah helah semata-mata. Ia mungkin sandiwara untuk menarik simpati supaya kes itu dirayu. Walhal sudah ada perancangan seperti dimaksudkan itu di sebalik tindakan peguam negara itu yang melengahkan menyatakan sama ada hendak rayu atau tidak.

Mengenai kes Anwar ini ia anih dan pelik dan luar biasa. Sebelum ini tidak ada campur tangan awal terhadap proses rayuan ini sama ada perlu merayu atau sebaliknya. Tetapi dalam kes Anwar ini ada desakan awam agar pendakwa membuat rayuan. Bekas PM sendiri ikut sama bersuara dengan berselindung di sebalik keadilan untuk satu pihak. Kenapa?

Pada awalnya ramai diantara kita sudah yakin apabila pendakwa seakan terus membisu daripada mengemukakan notis rayuan, bahawa pintu mahkamah dalam kes itu sudah pun ditutup. Mungkin beranggapan bahawa pendakwa tidak akan merayu dan kes itu tamat dengan kemenangan mutlak . Tetapi apa yang berlaku kini sebaliknya.

Rayuan itu boleh menyebabkan berbagai kemungkinan. Ia boleh menukarkan warna putih menjadi hitam atau merah atau mengekalkan warna asli. Yang paling manakutkan ia boleh membawa Anwar ke Sungai Buloh. Dan paling ditakuti ia boleh menyebabkan Anwar kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya. Madah klasik mengenai politik; sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, dan jangan merasai pelik dengan tindakan orang politik. Demi kuasa dan kedudukan orang politik sanggup membelakang adat dan hukum agama.

Memang benar, Anwar bersedia menghadapi rayuan. Peguam Anwar Karpal Sigh juga mengatakan dia tidak gentar dengan rayuan. Memanglah begitu adat berlawan dan mempertahankan diri. Tetapi jauh di lubuk kami merasakan tentu mereka lebih enak kalau kedua-duanya tidak ke mahkamah lagi. Bukan saja Anwar, tetapi seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mengharap pintu mahkamah ditutup kemas dan semua akan memberi tumpuan kepada menuju untuk membuka pintu Putrajaya. Tetapi apabila rayuan dibuat ia boleh mengenjatkan sedikit tumpuan itu.

Entah terbetik didalam hati ... bila rayuan dibuat ia boleh mengulangi sejarah dua tahun lalu. keadaan terbalik mungkin boleh berlaku. Dalam kes liwat I dulu, hakim Mahkamah Tinggi, Ariffin Jaka telah mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan Anwar dipenjarakan sembilan tahun.

Bagaimana pun hukuman itu dinafikan apabila mahkamah rayuan terdiri dari tiga orang Hakim membatalkan keputusan itu dengan 2 - 1. Dua hakim tidak mempercayai Anwar liwat dan satu hakim mempercayai. Anwar dibebaskan tetap persepsi dia meliwat tetap melekat di kepala sesetengah khasnya yang membenci kepadanya.

Apakah kali ini akan terbalik, hakim mahkamah rayuan akan menolak keputusan hakim yang membebaskan dan melepaskan Anwar dan mereka mendapati Anwar didapati bersalah? Ironisnya di sini kalau dulu hakim mahkamah rayuan melepaskan Anwar kali ini hakim mahkamah rayuan akan mensabitkan Anwar.

Selain itu apa yang berlaku dalam kes menuntut siapa berhak menjadi MB Perak antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kadir dua tahun lepas akan berulang kembali. Pada mulanya mahkamah membuat keputusan yang Nizar Jamalduddin adalah menteri besar yang sah. Belum sempat ayam berkokok untuk keesokkan harinya mahkamah membuat keputusan lain mengesahkan kedudukan Zambry sebagai MB yang sah. Keputusan yang drastik dan terbelaik kuang itu menyebabkan rakyat Perak menjadi mabuk dan gila!

Apakah akan berlaku demikian dalam kes Anwar ini? Mulanya mahkamah memberi kelegaan dan kegembiraan kepada Anwar dan penyokongnya, kemudian selepas itu mahkamah juga akan menyentak dan menarik balik kegembiraan itu? Begitukah?

Kita tidak boleh membuat spekulasi lebih jauh dari itu. Bagaimana pun persediaan perlu dibuat untuk menghadapai kemungkinan-kemungkinan berpandukan kepada sejarah dan peristiwa masa lampau. Istidraj tidak mustahil boleh terjadi dalam apa juga keadaan dan kepada siapa juga termasuk terhadap kes Anwar ini.

Yang paling gusar apakah ramalan ramai, bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik saja Anwar digiring ke penjara masih valid? Inilah yang menganggu pemikiran banyak orang sekarang ini. Kita boleh mengatakan sama ada Anwar di dalam atau di luar, Pakatan Rakyat terus mara dan mara... tetapi hakikatnya kalau Anwar berada di dalam ia memarahkan Pakatan Rakyat?

Dan kita tidak tahu apakah setelah hakim mahkamah rayuan nanti ditakdir menolak keputusan Hakim Zabidin itu Anwar masih boleh mengemukakan merayu kepada peringkat lebih tinggi!

Tiada ulasan: