Jumaat, 20 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MB KEDAH MENYOKONG AUKU ?

Posted: 20 Jan 2012 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

KEMELUT beberapa pelajar di KUIN, Kedah yang dikenakan tindakan mengikut AUKU agak mengelirukan kita sebagai penyokong PR.  MB Kedah, Us Azizan kini dijadikan sasaran bukan sahaja oleh puak-puak Umno, tetapi oleh sebilangan penyokong-penyokong PR sendiri kerana jelas kita ketahui bahawa AUKU amat ditentang oleh PR.

Us Azizan - MB Kedah

Diberitakan bahawa Us Azizan tetap bertegas untuk tidak menggunakan kuasanya (jika ada) bagi membebaskan kesemua pelajar berkenaan daripada kezaliman AUKU.  Namun demikian, difahamkan Us Azizan telah menawarkan rayuan untuk pelajar-pelajar berkenaan jika mereka mahu. Saya tidak pasti samada mereka telah membuat rayuan atau belum, tetapi pada pandangan saya jika benar AUKU itu zalim, mengapa perlu menunggu mereka membuat rayuan?

Saya tidak pasti samada Us Azizan turut bersetuju bahawa AUKU itu zalim.  Dan, saya juga kurang mengerti apakah kebijaksanaan yang dilakukan oleh MB Kedah ini bagi mengatasi isu berkenaan.  Atau, adakah sesuatu yang lebih memudharatkan pelajar-pelajar berkenaan sekiranya mereka dibebaskan dari cengkaman AUKU? 

Pada saya, sekiranya benar MB Kedah mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka dari AUKU, dan AUKU sememangnya ditentang oleh PR, maka mahu tidak mahu Us Azizan wajib membebaskan mereka.  Jika tidak, di mana kredibiliti janji-janji kita di dalam PR selama ini untuk menghapuskan AUKU?  Adakah benar, MB Kedah tidak berupaya membebaskan mereka dari AUKU kerana PR tidak berkuasa di Pusat?  Saya rasa, tentu ada cara yang lebih bijak dan berhemah yang boleh dilakukan oleh MB Kedah bagi mengatasi masalah ini.

Amat malang sekali, setelah kita berkumpul di dalam Konvensyen di Kedah baru-baru ini, kita masih tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu pelajar-pelajar yang dizalimi seperti mereka.  Di bawah ini, saya ungkapkan semula tulisan Sdr Nur Hadi Mohamad yang telah memberikan komen beliau di dalam Malaysiakini berkaitan isu ini.  Fikir-fikirkan lah..../wfauzdin.blogspot.com

-----------------------------------------------------------------------------------

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?

SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?  Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini. Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, "Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la..." Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

KES LIWAT DIRAYU - BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI HAKIM YANG JUJUR

Posted: 20 Jan 2012 04:56 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PELUANG dibuka sekali lagi untuk kita semua berhimpun apabila Peguam Negara akhirnya tunduk kepada tuntutan puak-puak kaki fitnah untuk merayu kes Fitnah Liwat II yang melibatkan DS Anwar Ibrahim dan pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya iaitu Saiful.

Walaupun semua tahu Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah menegaskan bahawa hanya tinggal keterangan lisan Saiful sahaja yang mahkamah perolehi, manakala bukti DNA ternyata hancur dan tidak langsung boleh digunakan, namun mahkamah di Malaysia tetap mahkamah di Malaysia.  Ini bukan soal hak atau keadilan Saiful, tetapi ini soal konspirasi yang telah berjaya dibuktikan sejak awal lagi kes ini dibuka.  Perlukah konspirasi yang terang jelas dapat kita lihat ini boleh diteruskan?  


Apakah dengan kes rayuan ini nanti boleh mengubah sikap Najib atau Rosmah mahu pun Musa Hassan untuk berani hadir ke mahkamah memberi keterangan?  Adakah di dalam kes rayuan ini nanti akan adanya bukti menunjukkan Saiful berada di dalam bilik bersama DS Anwar?  Mungkinkah terdapat bukti baru yang menunjukkan bahawa DNA DS Anwar itu selamat dan disahkan tidak terusik?  Mungkinkah juga di dalam kes rayuan ini nanti Seksyen Pertuduhan dari Liwat Suka Sama Suka berubah menjadi Liwat Paksa agar selari dengan keterangan Saiful sebelum ini?

Wujudkanlah beberapa kes rayuan sekali pun, kesemuanya tidak boleh memadam hakikat bahawa Saiful seorang pemuda lembik yang tidak mampu melawan seorang tua yang uzur.  Sudah tentu hakikat bahawa Saiful telah menjalinkan hubungan dengan salah seorang wanita Tim Pendakawa sebelum ini tidak boleh terpadam dengan kes rayuan ini nanti.  Mana mungkin kisah seluar dalam Saiful tertinggal di rumah teman wanitanya boleh dilupakan sebaik sahaja kes rayuan ini bermula.  Orang seperti ini boleh dipercayai keterangannya?  Di Malaysia, semua boleh.

Terlalu banyak persoalan tidak terjawab sepanjang kes ini berjalan sehingga kini.  Mengapa Najib berkata tidak mengenali Saiful, kemudiannya menyebut beliau mengenali Saiful kerana pemuda yang tidak mencuci dubur selama dua hari ini ke Pejabatnya untuk memohon biasiswa?  Kemudiannya, mengapa Najib bertukar cerita pula bahawa Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat?  Saiful diliwat secara paksa, kemudiannya minum kopi dan makan karipap?  Dikatakan pintu bilik terkunci, maka siapa yang menghantar kopi dan karipap?  Mengapa tuan rumah kondo disiasat Polis, tetapi tidak dipanggil memberi keterangan?  Mengapa CCTV hanya memaparkan Saiful berada di pintu lift, di mana CCTV yang menunjukkan Saiful memasuki rumah atau bilik yang dikatakan berlaku kejadian liwat?

Mengapa perlu banyak DNA di dubur Saiful termasuk DNA nya sendiri?  Mengapa keterangan awal Doktor di Pusrawi tidak digunapakai sedangkan di situlah Saiful mula-mula membuat pemeriksaan?  Itu hanya sebahagian persoalan yang sehingga kini tidak terjawab sepanjang perbicaraan lalu.  Maka, relevenkah kes ini dirayu?  Tidak serikkah mahkamah di negara kita menjadi bahan ketawa dunia luar?

Apa pun, ini satu lagi peluang yang diberikan kepada kita untuk terus berhimpun bagi menentang kerja fitnah ini.  Mungkin juga kita diberi peluang untuk merayakan lagi kemenangan kedua selepas kemenangan pertama di Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu.  Lawan Tetap Lawan !!/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: