A Mum Of Three Mohd |
| Posted: 13 Jan 2012 11:35 PM PST ![]() Desperate for support... Najib janjikan, 'durian runtuh' kepada para FELDA. Tapi, bukan sekarang katanya. Tak lama lagi. [sini] Hahahahha.... Tak lama lagi. Tunggu jangan tak tunggu. Kah kah kah... "Komer tolong teman, teman jamu komer dengan deghoyan" Komer ndak tak, deghoyan?? Kalau ndak... sokonglah UMNO@BN!! Weh.... jangan gelap mata dengan deghoyan yang dijanjikan si Najib. Entah-entah deghoyan mangko. Banyak benor janjinya. Pergi ke sana dia berjanji. Pergi ke sini dia berjanji. Main saikologi jer mamat ni dengan rakyat. Sebab, dalam keadaan ekonomi rakyat sedang nazak sekarang ni, $$$$$ bisa mengelapkan mata mereka. Ramai bertanya... mana datangnya duit untuk tunaikan semua janji-janjinya itu?? Entah-entah meminjam lagi, kot?? Pinjaman yang dok ada pun tak terbayor..... menggunung tingginya, ini .... nak meminjam lagi. Alamat bangkrup ler negara. Punyaler nak kekalkan kuasa, sanggup bikin janji yang boleh merugi dan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara yang memang tengah lembab ni. Aha... demi mengejar keuntungan politik jangka pendek, mereka sanggup jeopardise keadaan ekonomi negara dari segi jangka panjang. Biar negara papa kedana, asalkan kuasa mereka terpelihara. Hampeehh betoi!! Sebab itu... kita kena ubah. Jangan biarkan keadaan negara bertambah parah. Jangan tergelap mata dengan janji yang ditaburkan. Ingat... kestabilan negara kita dari segi ekonomi adalah survival kesejahteraan masa depan kita. Jadi, jangan biarkan keuntungan jangka pendek menghancurkan masa depan kita. Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke kuala Ayuh, kita bangkit menangkan Pakatan Rakyat dulu Insyaallah... negara dan rakyat akan sejahtera. Ingat orang Perak!! Lanun tak bermaruah inilah, yang merampas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dulu. PRU13 ini nanti.... kita perambat depa ke lubang kubor. Hidup Pakatan rakyat!!! |
| Posted: 13 Jan 2012 11:05 PM PST ![]() PARIT BUNTAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dibekukan, dilihat akan menyelesaikan kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging. Dengan keputusan ini, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.-SH Projek tersebut akan diawasi oleh Muhyiddin dan Noh Omar??? Hahahahaha.... Awasi tapi jangan cover bukti?? Kita tengok bagaimana Muhyiddin dan Noh Omar nak awasi projek ni. Dan ingat..... kamu berdua pun sedang diawasi. |
| Posted: 13 Jan 2012 09:27 PM PST ![]() Syukur alhamdulillah... Kita tak seperti mereka [para pemimpin UMNO] yang gila kuasa, pangkat dan jawatan. Para pemimpin kita cool jer.... Mereka faham, bukan senang nak pikul amanah. Besar implikasinya, kalau tak jalankan amanah dengan baik dan jujur. Silap-silap boleh mengundang murka Allah SWT. Nauzubillah... Lantaran itu.... masing-masing dengan merendah diri, mengelak untuk dilantik menggantikkan Hassan Ali. But... sebagai ahli yang taat kepada parti, maka mereka tidak akan menolak seandainya itu pilihan daripada pucuk mpmpinan parti. Mereka akan akur dan cuba sedaya upaya untuk memikul amanah yang diberi. Kalau ler UMNO dalam situasi ini.... siang-siang lagi banyak yang dah promote diri sendiri. Dan... of course, bodek akan menjadi senjata utama mereka untuk dipilih. Tak dapat kalau.... terkenyut. Hahahaha.... Siapa ganti Hassan Ali?? Tunggu minggu depan.... SHAH ALAM - Persoalan siapa yang akan dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam masih menjadi tanda tanya. Walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Hasan sah gugur daripada jawatan setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan tersebut, tiada nama calon pengganti dinyatakan. Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu. Siapakah yang layak dalam kalangan baki lima Adun Pas sebagai pengganti Hasan terus menjadi tumpuan. Exco baru menggantikan Hasan akan mengangkat sumpah Rabu depan. Berdasarkan sistem kuota, pastinya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abd Rani Osman, yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, mendahului carta.Namun, selain Dr Rani, terdapat dua lagi Adun yang dilihat mampu mengisi tanggungjawab dan tugas sebagai Exco mewakili Pas Selangor. Calon yang dilihat berpotensi adalah Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Berdasarkan pengalaman membantu Hasan dalam urusan berkaitan portfolio tersebut, tidak mustahil beliau layak diangkat sebagai pengganti. Dr Shafie yang juga bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika dihubungi Sinar Harian, enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut. Menurutnya, keputusan siapa yang lebih layak menjadi Exco adalah terletak di tangan barisan pimpinan Pas Pusat untuk menentukannya. "Saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini, terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk pilih siapa yang difikirkan lebih layak," katanya. Selain Dr Shafie, seorang lagi calon yang dilihat berkemampuan dan layak diangkat menjadi exco adalah Pembantu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang. Sekiranya dilihat latar belakang dan pengalaman beliau, Dr Ahmad merupakan pemimpin Pas yang layak yang dilantik sebagai Exco. Bagaimanapun, Dr Ahmad ketika dihubungi juga menolak andaian bahawa beliau calon berpotensi mengisi jawatan tersebut, sebaliknya menegaskan Dr Rani lebih layak. "Kita (Pas Selangor) telah membuat ketetapan pada mesyuarat sebelum ini, dengan mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam. "Keputusan ini dipersetujui oleh kesemua adun Pas di Negeri Selangor termasuk saya sendiri," katanya. Menurutnya, cadangan ini tertakluk kepada keputusan Pas Pusat, yang dijangka akan mengumumkan calon tersebut minggu hadapan. Sebelum ini, Dr Rani memberitahu Sinar Harian, beliau berharap dirinya tidak dicalonkan dan mahu pemimpin Pas Selangor yang lain menggalas tanggungjawab tersebut. Walau bagaimanapun menurutnya, Pas Selangor akan terima sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat dalam perlantikan tersebut. Pada 10 Januari lalu, Pas Selangor telah sebulat suara mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman menegaskan cadangan tersebut masih tertakluk kepada keputusan rasmi Pas Pusat, sama ada mahu melantik Dr Rani atau orang lain.-SH |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan