BRIGED MP SEGAMBUT |
| Saat genting Nik Aziz di hospital Posted: 14 Jan 2012 07:57 AM PST Kehadiran menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini menarik perhatian ramai memandangkan tahap kesihatan mursyidul am PAS itu dikatakan tidak memuaskan sejak akhir-akhir ini. Beliau yang kelihatan agak cergas, bingkas bangun apabila para pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas ketika diminta untuk berdiri bagi upacara membaca ikrar. Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini. Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata Wan Abdul Rahim. "Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula. "Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat. "Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali. Nik Abdul Aziz selepas itu meluangkan masa untuk berucap dengan agak lama dan membuka cerita dengan mengimbau kembali pengalamannya ketika PAS "ditendang" Umno daripada kerjasama dalam BN. Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini. "Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!' "Kalau kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi. Beliau turut menceritakan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang membolehkan masyarakat pelbagai agama di negeri itu hidup dengan harmoni. Antara peristiwa yang dibangkitkannya ialah satu laporan dalam satu penerbitan kerajaan negeri itu mengenai tindakan seorang balu yang menerima bantuan daripada kerajaan Kelantan. Balu berkenaan telah menghadiahkan semula bayaran sebanyak RM2,000 tersebut kepada satu masjid di Kelantan, kata Nik Abdul Aziz. Seorang lagi warga bukan Islam di negeri itu turut menghadiahkan sebanyak RM20,000 kepada satu lagi masjid. Individu berkenaan juga sebelum ini telah menghadiahkan sebanyak RM10,000 kepada masjid berkenaan, kata Nik Abdul Aziz lagi. Turut berucap dalam sesi penggulungan pimpinan petang ini ialah pemimpin tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
| ds ROSMAH BUKANCALON PERDANA MENTERI,SIAPA YG BOIKOT UMNO DARI DALAM? Posted: 13 Jan 2012 11:32 PM PST Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini. "Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi. Mohamad turut mengulas mengenai keputusan perbicaraan kes Liwat II yang dihadapi ketua umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang menarik perhatian ramai. "Ramai tanya sebelum 9 Januari, kalau Anwar masuk penjara siapa nak jadi perdana menteri? Pemikiran akan datang, PM daripada Pakatan. "Mereka tidak fikirkan lagi perdana menteri akan datang sama ada Datuk Seri Najib (Razak) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), (Datin Seri) Rosmah (Mansor) jauh sekali," kata penceramah popular itu lagi yang disambut dengan ketawa gamat daripada kira-kira 2,000 orang yang hadir. Dalam ucapan itu, Mohamad turut mencanangkan slogan "BN Menang, Malaysia Bankrap" dan juga "Bersihkan Malaysia" yang turut disahut para hadirin. "Kita nak selamatkan Malaysia daripada BN. Kita beritahu kepada rakyat, slogan mereka 'BN Menang Rakyat Senang' rakyant senang itu tukar kepada 'BN Menang, Malaysia Bankrap'." Modal yang sama turut digunakan Mohamad dalam satu ceramah di satu kawasan pengundi Cina dalam kawasan parlimen Pokok Sena pada malam tadi. Ceramah yang turut menampilkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan