Anak Sungai Derhaka |
- Scandal NFC: Takkan beku harta saja kot...
- Anwar cabar Najib debat lagi....
- Najib beku aset NFC.. Apa macam pencacai UMNO sekarang?
- Pembebasan Anwar: Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan.
- Pembebasan Anwar menjadi nadi kekuatan untuk polisi Pakatan
| Scandal NFC: Takkan beku harta saja kot... Posted: 14 Jan 2012 07:31 AM PST ![]() SHAH ALAM – Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak membekukan aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sehingga siasatan pihak berkuasa berhubung kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging itu selesai, menandakan Perdana Menteri mula memikul pertanggungjawaban awal, setelah mendiamkan diri selama tiga bulan. Najib mengumumkan keputusan itu awal hari ini di Perak. Pengarah Stretegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, keberkesanan langkah membekukan aset itu bergantung kepada sejauh mana tindakan itu akan dilaksanakan. "Saya menyeru Perdana Menteri memastikan bahawa kesemua aset yang dibeli menggunakan dana NFC oleh syarikat-syarikat lain milik keluarga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, turut dibekukan. "Pendedahan PKR setakat ini jelas menunjukkan bahawa hartanah dan aset berharga yang dibeli tidak diletakkan di bawah NFC tetapi dimiliki oleh syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil," katanya. Semalam, Sinar Harian Online melaporkan Rafizi tetap konsisten mahu kepimpinan Najib membekukan operasi dan aset NFC, projek ternakan lembu, yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat. Menurutnya, kerajaan harus membekukan aset NFC sementera siasatan dijalankan, harus menghentikan operasi NFC dan menghentikan sebarang bayaran dan menghalang NFC daripada membuat sebarang keputusan-keputusan penting. "Soal Datuk Seri Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan siastaan dijalankan, ia adalah perkara kedua, bukan keputusan signfikan," katanya. Kata beliau, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan membekukan dana yang disalurkan sebab ia membabitkan wang rakyat dan negara. Sehubungan itu, Rafizi berkata, Najib perlu membentangkan pelan menyeluruh kerajaan untuk membekukan dan mengambil kembali aset-aset ini kerana tindakan membekukan aset NFC sahaja adalah tidak memadai walaupun ia satu langkah permulaan yang baik. Mengulas tentang keputusan Najib menyerahkan kawalan projek NFC kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri, Noh Omar, beliau tidak setuju dengan keputusan itu. Beliau mendakwa, keseluruhan penyelewengan yang berlaku di NFC adalah dibawah seliaan mereka sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini. "Kejadian dana yang besar yang dipindahkan ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat berlaku pada ketika kedua-dua orang menteri ini sepatutnya memastikan dana hanya dibelanjakan bagi tujuan aktiviti perniagaan NFC sahaja." "Kecuaian mereka sebelum inilah yang menyebabkan dana rakyat diselewengkan untuk membeli kondominium mewah, tanah banglo, melancong ke luar negara dan lain-lain," katanya. Rafizi berkata, tindakan Najib menyerahkan tanggungjawab kepada timbalannya dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani seumpama mencuci tangan, dengan harapan kedua-dua mereka ini pula yang mendapat tempias. "Rakyat tidak berminat dengan permainan politik dalaman Umno asalkan keseluruhan wang yang telah diselewengkan dikembalikan kepada rakyat dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan." "Saya mendesak supaya langkah awal membekukan aset NFC ini disusuli pula dengan pelantikan pentadbir korporat untuk mengambil alih pentadbiran NFC dan melaporkan kepada Dewan Rakyat kesemua penyelewengan yang telah berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat milik keluarga menteri," katanya. Beliau menambah, sekiranya tindakan membekukan aset tidak disusuli dengan perantikan pentadbir korporat, ia tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga seperti mana keputusan mengarahkan Shahrizat mengambil cuti berbayar selama tiga minggu sahaja. Sinar Harian |
| Anwar cabar Najib debat lagi.... Posted: 14 Jan 2012 04:59 AM PST ![]() ALOR SETAR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi cabarannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya. Beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan Barisan Nasional serta Pakatan Rakyat (PR). Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan liwat Isnin lalu. "Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, hari ini. Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail. Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali. "Najib kena pastikan media Malaysia tidak menjadi seperti media di Mesir pada zaman Hosni Mubarak dengan memberi ruang yang cukup kepada pembangkang. "Kerajaan juga mesti memastikan institusi pemerintahan seperti badan kehakiman, badan penguatkuasaan, polis, pecegahan rasuah dan jentera kerajaan lain telus dan profesional ketika menjalankan tugas," katanya. Anwar yang juga Ketua Umum PR mempelawa Najib berdebat dengan beliau Oktober lalu. Sinar Harian |
| Najib beku aset NFC.. Apa macam pencacai UMNO sekarang? Posted: 14 Jan 2012 04:40 AM PST ![]() Pada awal isu penyalahgunaan dana NFC ini didedahkan oleh Rafizi dan diikuti serangan dari Blogger Pro PR, pencacai-pencacai UMNO ini adalah satu fitnah dan ada pula yang mengatakan isu ini sengaja dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat untuk melemahkan Wanita UMNO. Biarpun apa yang didedahkan lengkap dengan data dan dokumen untuk menyokong pendedahan ini mereka masih tidak mahu percaya. Semalam Shahrizat dilaporkan telah bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan siasatan dilakukan dan hari ini Najib pula membekukan segala harta milik NFC. Masihkah diragui akan penyelewengan dana yang dilakukan oleh keluarga Ketua Wanita UMNO ini?? PM: Aset NFC dibeku hingga siasatan selesai PARIT BUNTAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dibekukan sehingga siasatan pihak berkuasa berhubung kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging itu selesai. Sehubungan itu, kata beliau, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar akan mengkaji penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu NFC dan keputusan Ketua Wanita Umno itu bercuti adalah "keputusan terbaik." "Ya, saya sudah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan (pergi) bercuti adalah keputusan terbaik untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan yang rapi," katanya lagi. "Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di sini hari ini. Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu NFC. Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya. Projek itu yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan diuruskan oleh keluarga Shahrizat dengan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan pengerusi eksekutifnya. Semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, pihaknya konsisten mahu kepimpinan Najib membekukan segala operasi dan aset NFC. Sehubungan itu tegas Rafizi, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu mengambil tindakan itu dan ia menjadi keutamaan demi kepentingan rakyat berbanding keputusan Shahrizat mengambil cuti tiga minggu. "Bagi saya, sebagaimana kami telah katakan dari dahulu lagi, kami konsisten dengan pendirian bahawa kerajaan harus membekukan aset NFC sementera siasatan dijalankan, harus menghentikan operasi NFC dan menghentikan sebarang bentuk bayaran dan menghalang NFC daripada membuat sebarang keputusan-keputusan penting. "Soal Datuk Seri Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan siastaan dijalankan, ia adalah perkara kedua, bukan keputusan signfikan," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Kata beliau, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan membekukan dana yang disalurkan sebab ia membabitkan wang rakyat dan kepentingan nasional. Kelmarin, Shahrizat mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai hari ini daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ketua Wanita Umno itu berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri. Dalam kenyataannya Shahrizat berkata: "Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif." NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu. Ekoran laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana RM250 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC. Beberapa pemimpin PKR turut meminta Shahrizat memikul tanggungjawab selaku anggota Kabinet dan melepaskan jawatannya. Sinar Harian |
| Pembebasan Anwar: Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan. Posted: 13 Jan 2012 06:15 PM PST Perkara atau laporan di atas adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan @ Lidah Rasmi UMNO berikutan keputusan Mahkamah yang membebaskan DS Anwar Ibrahim, dari tajuk yang terpampang jelas ianya adalah satu laporan yang cuba memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim. Laporan di bawah pula adalah apa yang di siarkan oleh laman web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, yang tidak akan disiarkan oleh mana-mana media yang menjadi tunggangan UMNO/BN.. LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini. Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. "Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat" Sumber : Milo SuaM |
| Pembebasan Anwar menjadi nadi kekuatan untuk polisi Pakatan Posted: 13 Jan 2012 06:11 PM PST ![]() ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) memperoleh publisiti yang meluas ekoran pembebasan Anwar Ibrahim Isnin lalu dan menyasarkan untuk menjadi kunci kemenangan kumpulan pengundi ketika Konvensyen Nasional di sini hari ini. Perikatan yang menguasai empat negeri ketika pilihan raya 2008 berkumpul di sini untuk persiapan terakhir mereka menjelang pilihan raya yang dijangka tahun ini. "Kita mesti cepat mengambil kesempatan di atas momentum tersebut (yang diterima daripada pembebasan) dan membina kepercayaan terhadap parti," demikian menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider. "Kami berharap akan mendapat peluang dalam media arus perdana dan media baru," katanya. Pakatan pembangkang berkenaan memfokus kepada empat perkara pokok iaitu, perkhidmatan awam, Felda, monopoli dan ekonomi termasuk hubungan antara kerajaan pusat dan negeri -pada konvensyen ketiga mereka di sini esok. Difahamkan PR berharap untuk menarik pengundi Melayu, kakitangan awam, golongan pekerja, dan Malaysia Timur, blok pengundi besar untuk menguasai Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, isu berkenaan telah di bawa oleh manifesto Buku Jingga sebelum ini, dan PR menggunakan konvensyen berkenaan untuk penjelasan lebih lanjut terhadap sesetengah polisi. "Kami akan mengenal pasti lebih lanjut mekanisme untuk melaksanakan polisi berkenaan," katanya kepada The Malaysian Insider. "Konvensyen pertama, kami membentangkan prinsip utama. Konvensyen yang kedua, kami melihat pelan perancangan, dan kami akan menyelak semula pada konvensyen ketiga ini." Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, PKR berharap agar pengisian polisi ini dapat meyakinkan pengundi bahawa "Pakatan serius untuk membentuk kerajaan." Dzulkefly menambah, adalah menjadi satu keutamaan untuk memperkemaskan empat polisi terbabit supaya masyarakat sedar dan tidak diselubungi "kesalahfahaman dan tersalah anggap." "Kami tidak menguasai media arus perdana, jadi sekiranya kami tidak membangkitkan perkara ini, rakyat tidak akan dapat pemahaman yang lanjut," tambahnya. Ahli Parlimen Kuala Lumpur turut mengutarakan cadangan agar wakil bukan politik dibenarkan untuk berucap dalam konvensyen tersebut. Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong hari ini berkata perkara ini adalah demi menunjukkan keoada pengundi bahawa PKR bukan sekadar mensasarkan menawan Putrajaya, malah turut berusaha untuk memuaskan aspirasi rakyat. "Ini bukan sekadar perkara berkaitan parti sahaja, tetapi pendemokrasian dan institusi nasional yang lebih baik," desaknya. The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan