Kelab Greenboc |
- Bekas Pemimpin Umno Dakwa Pemimpin Melayu Menipu Bangsanya Sendiri
- Kain Rentang Fitnah Pemuda PAS Selangor, Salah Siapa?
- Gadis Lari Ikut Jantan Tipu Keluarga Dakwa Diculik
- Najib Dan UMNO Masih Amalkan Khurafat: Tepung Tawar Van Skuad Sayang
- Zizan Tolak Tawaran RM18,000 Semata-mata Untuk Bersama Ust Azhar
- Rosmah Mati Kutu, Kolumnis SMH Pertahankan Dakwaan Beliau Berbelanja Besar
- Polis Disyaki Terbabit Lindungi Samseng UMNO Dalam Serangan Majlis Anjuran ABU
- Najib Akui UMNO BN Terdesak Dapatkan Sokongan Masyarakat Cina Untuk Menang Pilihanraya
Bekas Pemimpin Umno Dakwa Pemimpin Melayu Menipu Bangsanya Sendiri Posted: 24 Jan 2012 11:57 PM PST Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara. Bekas wakil rakyat Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang. Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet. Bekas ADUN Pulau Manis, Pahang itu menegaskan punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri. Katanya, Kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya. Namun, katanya, 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya. Oleh itu, beliau berkata walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri. Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu. Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz bukanlah calang-calang orang dalam Umno. Beliau adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya. Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian. Dato' Mohd Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan. Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya, dan hubungan baiknya dengan Najib, adakah ia memberi kesan kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno. Baru-baru ini juga, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi. Beliau berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalamannya sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi. "Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan, "Ia secara terang-terangan untuk membeli undi," katanya. Abdul Kadir masih memegang jawatan dalam Umno, berkata, beliau mahu mengingatkan rakyat tentang 'Amanah Merdeka' yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil. Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan. "Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia, Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah, Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan," tambahnya. Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral. "Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar, selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar,"tegasnya. Abdul Kadir manambah, semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka. Kedua-dua mereka yang menyuarakan kebenaran adalah mereka yang pernah memimpin jutaan ahli-ahli Umno. Walaupun pendedahan seperti ini telah banyak dibuat oleh bekas-bekas pemimpin Umno, namun adakah orag-orang Melayu dikampung-kampung tahu? Adakah oang-orang Melayu yang pernah mereka pimpin itu percaya? -apakhabarganu |
Kain Rentang Fitnah Pemuda PAS Selangor, Salah Siapa? Posted: 24 Jan 2012 09:30 PM PST Pemuda PAS Selangor kecam pasang kain rentang KUALA LUMPUR, 24 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba untuk melaga-lagakan Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor apabila didapati beberapa kain rentang telah dipasang di Selangor yang menunjukkan sikap tidak puas hati Pemuda PAS Selangor. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan menegaskan pihaknya menafikan segala kenyataan yang tertera di kain rentang tersebut dan menganggap tindakan itu hanyalah tindakan pihak yang 'nakal' yang cuba untuk mengeruhkan hubungan baik Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengarahkan pemuda-pemuda di setiap kawasan untuk menurunkan kain-kain rentang ini dan membuat laporan polis di tempat masing-masing," ujarnya dalam satu kenyataan. -HD Ulasan GB Baru saja GB tegur sikap dan pendirian Pemuda PAS Pusat yang mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan perubahan portfolio 'penting' yang sebelum ini disandang oleh PAS. Sikap dan pendirian Pemuda tidak seiring dengan pendirian pimpinan PAS Pusat tetapi lebih mirip kepada sikap dan pendirian UMNO. GB mengulas begini, petikan: Agak aneh pendirian Pemuda PAS. Sepatutnya mereka pergi bertemu pemimpin PAS terlebih dahulu sebelum pergi menemui MB Selangor. Ternyata apa yang dinyatakan di atas akhirnya menjadi kenyataan. Pihak "tertentu" mengambil kesempatan daripada pendirian Pemuda PAS untuk menaikkan kain rentang menyatakan DPP Selangor menuntut jawatan EXCO Agama daripada Kerajaan Negeri Selangor. klik untuk baca |
Gadis Lari Ikut Jantan Tipu Keluarga Dakwa Diculik Posted: 24 Jan 2012 06:44 PM PST Gadis Dakwa Diculik Dicekup Bersama 4 Remaja Lelaki KANGAR: Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun 'merancang' bahawa dia diculik dan dirogol membawa padah apabila dicekup bersama empat remaja lelaki termasuk teman lelakinya di sebuah hotel di Jitra, Kedah, malam Sabtu lalu. Gambar fail Dalam serbuan pada jam 9 malam, pelajar sebuah sekolah menengah agama di Ayer Hitam, Kedah itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapa angkatnya menggunakan talian tidak dikenali, yang antara lain mengandungi ugutan bunuh jika kejadian culik itu dilaporkan kepada polis. Dia berbuat demikian semata-mata untuk meluangkan masa bersama teman lelakinya tanpa diganggu ibu dan bapa angkatnya. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bapa angkat mangsa berusia 53 tahun kemudian membuat laporan polis pada jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu. Menurutnya, mangsa keluar rumah sebelum kejadian sebelum dihampiri seorang lelaki tidak dikenali. Katanya, selepas kejadian berkenaan kira-kira jam 8 malam itu, mangsa pulang semula ke rumah dan menceritakan perkara itu kepada bapa angkatnya sebelum dia keluar semula ke pasar raya dan diculik suspek. Abdul Rahman berkata, kandungan SMS berkenaan berbunyi 'dendam lama masih belum selesai dan jangan buat laporan polis atau mencari mangsa jika tidak mahu mangsa disembelih'. "Pada jam 9 malam Sabtu lalu, polis menyerbu bilik sebuah hotel murah di Jitra, sebelum menemui mangsa bersama empat lagi remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun bersamanya," katanya di sini, semalam. Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol dua kali oleh seorang suspek sebelum ditinggalkan di bilik itu bersama rakan lain. "Siasatan mendapati mangsa sengaja merancang penculikan berdasarkan maklumat diperoleh daripada semua suspek, malah SMS berkenaan dipercayai dihantar seorang daripada mereka. "Remaja perempuan berkenaan dipercayai merancang helah penculikan berkenaan bagi mengaburi mata keluarga angkatnya supaya tidak mencarinya yang ingin bersama salah seorang suspek di situ," katanya. Beliau berkata, hasil pengakuan teman lelaki mangsa berusia 15 tahun itu juga mendedahkan bahawa mangsa kerap keluar dan tidak pulang ke rumah hampir dua malam sebelum kejadian. "Polis juga diberitahu teman lelaki mangsa bahawa mereka sering keluar berjumpa di Jitra, Kedah sebelum polis mengadakan operasi mencari mangsa di situ. "Mangsa direman polis bersama empat suspek lelaki itu sebelum membebaskan mereka dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh atau menyebabkan kematian. "Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu juga menyiasat empat suspek remaja berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa," katanya. -HM |
Najib Dan UMNO Masih Amalkan Khurafat: Tepung Tawar Van Skuad Sayang Posted: 24 Jan 2012 05:18 PM PST Najib tepung tawar van Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan KOTA BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan. Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada jam 11.50 pagi ini. Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Halimah Mahamad. Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam. Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd Fatmi di Jalan Hospital di sini. Sementara itu, Halimah berkata, van Skuad Sayang itu akan digunakan 14 bahagian UMNO di negeri ini manakala sebuah lagi akan digunakan Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Beliau berkata, kemudahan itu akan dapat melancarkan lagi kegiatan Pergerakan Wanita UMNO Kelantan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negeri. "Sebelum ini, Wanita UMNO menggunakan kenderaan sendiri termasuk untuk masuk ke kampung bagi mendekati rakyat dan membantu meringankan beban mereka," katanya. Beliau berharap dengan adanya van berkenaan, ahli pergerakan itu akan lebih gigih lagi mendekati dan memberi bantuan kepada rakyat. - BERNAMA Garis Panduan Hukum Khurafat Dan Azimat Ulasan GB Apa cerita Jamil Khir yang bertanggungjawab di dalam hal-ehwal agama di dalam UMNO dan kabinet? Mana mufti-mufti? Mana sekalian para ustadz dan ulamak dalam UMNO? Mahu share juga ker dalam bab khurafat yang terpampang jelas dilakukan oleh PM? Kebenaran terdedah jua: bahawa Najib dan UMNO masih terkongkong dengan amalan-amalan khurafatnya, lagi mahu bising cakap pasal Islam dan wasatiah. Wasatiah Najib dan UMNO membolehkan kerja-kerja khurafat dan syirik di kalangan masyarakat Islam di negara ini. |
Zizan Tolak Tawaran RM18,000 Semata-mata Untuk Bersama Ust Azhar Posted: 24 Jan 2012 02:59 PM PST Cerita Disebalik penglibatan Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik. Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000. Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur. Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000. Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah. Dipetik dari status founder wootmedia.my klik untuk baca |
Rosmah Mati Kutu, Kolumnis SMH Pertahankan Dakwaan Beliau Berbelanja Besar Posted: 24 Jan 2012 07:35 AM PST Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000 Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia. "FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney? "Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu. Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar". Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. -mk klik untuk baca |
Polis Disyaki Terbabit Lindungi Samseng UMNO Dalam Serangan Majlis Anjuran ABU Posted: 24 Jan 2012 05:45 AM PST Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu. ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini. Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu. Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis. Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok. Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar. Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut. -mk Samseng Umno Terbabit Serang Ceramah ABU-Hindraf |
Najib Akui UMNO BN Terdesak Dapatkan Sokongan Masyarakat Cina Untuk Menang Pilihanraya Posted: 24 Jan 2012 04:03 AM PST Najib: Pengundi Cina masih setia pada BN KUALA LUMPUR – Kerajaan akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina supaya memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Gerakan, hari ini. Beliau berkata, sejarah telah membuktikan orang Cina adalah pengundi setia BN sejak sekian lama dan mahu sokongan ini berterusan. "Kita akan pikat orang Cina supaya sokong calon boleh menang untuk pilihan raya nanti, tidak kira dari Gerakan atau MCA, malah MIC dan Umno. Kami percaya, mereka adalah pengundi yang setia pada BN dan kenapa mahu menyokong orang lain (pembangkang)? "Sejarah menunjukkan yang negara ini telah diterajui BN dan orang Cina di belakang kejayaan ini termasuklah dalam memajukan ekonomi negara. Begitu pun, pada 2008, orang Cina mengubah selera dengan memprotes dan tidak memberi undi kepada kita ," katanya. Menurutnya, orang Cina seolah-olah 'terpaksa' mengubah selera itu kerana percaya kepada pembangkang kononnya memperjuangkan hak mereka dan kerajaan sedar dengan perkara ini dengan mengambil langkah-langkah tertentu untuk menarik semula kepercayaan itu. Untuk itu, katanya, kerajaan bukan sahaja membela nasib orang Cina terutama yang pendapatan rendah, malah semua kaum termasuklah Melayu dan India. "Membantu meringankan beban mereka adalah strategi kerajaan untuk menawan hati orang Cina dan pada hari raya ini dengan tahun naga, saya berharap, ia membawa rahmat kepada negara ini. "Sama-sama kita kekalkan apa yang ada sekarang dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan berharap tuah naga akan bersama-sama dengan kita," katanya. Ketika diajukan soalan mengenai perancangan kerajaan mengambil alih semula Pulau Pinang daripada DAP, katanya, semua berjalan baik dan "kita telah melakukan kerja bersungguh-sungguh ke arah itu." Mengulas mengenai usaha Umno untuk membantu Gerakan 'merampas' kembali negeri itu, Najib berkata, "kita akan lakukan bersama-sama." "Umno tidak keseorangan dalam perkara ini," katanya. -SH Ulasan GB Kenyataan Najib bahawa Kerajaan akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina supaya memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membuktikan dengan jelas bahawa BN memang terlalu terdesak sekarang ini untuk dapatkan sokongan masyarakat Cina. Jika tidak kenapa gunakan ungkapan "akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina" itu? Itu buktikan Najib BEGITU TERDESAK sekarang ini. Kedua, apakah ianya termasuk dengan cara-cara yang tidak demokratik seperti penambahan undi pos dan penggunaan warga asing - kerana ungakapan "akan guna apa cara" memberi implikasi bahawa UMNO BN sanggup melakukan apa saja asalkan menang? Ketiga, kita ingin beritahu kepada Najib dan SPR khususnya: bahawa kamu boleh melakukan penipuan pilihanraya. UMNO BN boleh menang lantarannya, tetapi kemenangan yang sedemikian adalah kemenangan yang rapuh dan tidak berkat. Satu hari UMNO BN akan lebih hancur dan binasa. Mubarak di Mesir sentiasa menang dengan penipuan sehingga 95% pengundi kononnya mengundi parti mereka. tetapi apakah kesudahan yang berlaku ke atas Mubarak? Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Ya memang UMNO tidak ke seorang menuju ke lembah kebinasaan, UMNO dan MIC, malah pengurusan SPR yang ada kini akan turut sama menyertainya! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan