Rabu, 18 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA

Azwan nak bunuh Ummi Hafilda

Posted: 17 Jan 2012 04:51 PM PST

KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

"Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

"Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis 'Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar'.

"Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi, semalam - myMetro

Pulak dah ...Gambar Ajai bermesra dengan seorang gadis

Posted: 17 Jan 2012 04:32 PM PST

Rasanya semua orang tahu lelaki di gambar di bawah adalah komposer tekenal Ajai. Abang Nara respek betul dekat Ajai dan isteri yang sangat cool apabila gambar ini dikeluarkan di dalam BiPop baru-baru ini. Kedua-duanya tak melatah dan mengambil sikap tak kisah. Respek.
ajai
Kata Ajai:-
Ia sedikit pun tidak mengganggu kerjaya, diri dan keluarga saya. Tanyalah isteri saya, dia pun faham dengan kontroversi seperti ini dan tak hairan pun. Lainlah kalau foto itu menunjukkan saya bercium dan berbogel atau kena tangkap khalwat. Namun ia sekadar foto biasa
Isteri Ajai, Liza jugak tidak kisah kerana setakat ini Ajai tidak pernah tak pulang ke rumah. Maknanya Ajai tidak pernah bermalam di luar. Apa pun Abang Nara respek dengan tahap tolak ansur yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini. Kalau wife Abang Naralah, mahu mengamuk satu dunia. Hehehe. - beautiful nara

Pulak dah ...Gambar Ajai bermesra dengan seorang gadis

Posted: 17 Jan 2012 08:03 AM PST

Cek RM300 ribu. Azalina disoal SPRM

Posted: 17 Jan 2012 07:00 AM PST

berita lanjut DI SINI

Tiada ulasan: