Rabu, 18 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RAKYAT TIDAK PERCAYA ANWAR KAKI LIWAT - BLOGGERS UMPORNO MESTI SALAHKAN MAHDEY KUTTY DAN TOK JIB

Posted: 17 Jan 2012 08:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAHDEY KUTTY meroyan sakan bila sehingga kini Peguam Negara belum buat keputusan samada mahu merayu atau tidak di atas keputusan Mahkamah yang membebaskan Anwar pada 09 Jan yang lalu.  Sebagaimana bloggers Umporno yang lain, Mahdey Kutty amat bimbang jika Anwar terlepas begitu sahaja, maklumlah bukan sedikit `belanja' dan masa yang mereka habiskan semata-mata untuk memperbodohkan rakyat di dalam perancangan menjatuhkan Anwar.

Aku mahu sebut sikit saja.  Andainya perancangan mereka gagal kali ini, mereka sepatutnya kena salahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib serta sekutu-sekutu mereka.  Salah Mahdey Kutty dulu, apabila beliau tidak mahu jadi saksi beri keterangan di dalam kes Azizan Abu Bakar.  Semua tahu ketika itu Mahdey Kutty bercakap di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umporno sewaktu mahu memecat Anwar bahawa beliau tahu semua kisah dan skandal Anwar, maka Anwar mesti dipecat dari parti dan kerajaan.  


Di hadapan media dan TV, Mahdey Kutty beriya-iya sunguh mengaku beliau yakin dan percaya serta mempunyai bukti bahawa Anwar meliwat Azizan.  Malangnya, apabila kes tersebut dibicarakan dan Mahdey Kutty ini dipanggil sebagai Saksi, Mahdey Kutty tidak berani tampil.  Beliau mahu `soalan bocor' dahulu.  Jelas, kegagalan Mahdey Kutty membantu mahkamah untuk beri keterangan apa yang beliau tahu dan bukti apa yang beliau ada menyebabkan kes Liwat I ditertawakan dunia.  Akhirnya, Anwar setelah dipenjarakan didapati tidak bersalah.

Begitu juga kes fitnah Liwat II yang melibatkan seorang pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya dan pemuda yang mempunyai `skandal' dengan salah seorang Tim Pendakwa dan juga pemuda yang tidak mencuci duburnya dua hari, bernama Sepol ini.  Mereka patut menyalahkan Haji Tok Jib kerana Tok Jib tidak mahu menjadi Saksi di mahkamah di dalam kes ini.  Semua tahu, Tok Jib melalak di depan media dan TV mengaku bertemu Sepol dan menceritakan Sepol mohon biasiswa, kemudiannya Sepol mengadu diliwat sehingga sejuk-sejuk tangan Sepol dan pucat wajah pemuda ini ketika bertemu dengannya di rumah Tok Jib.

Tok Jib juga pernah berkata, Anwar jangan mencabar beliau kerana beliau tahu semuanya tentang moral Anwar dan beliau takut Anwar demam jika beliau dedahkan.  Di dalam keadaan Tok Jib tahu segala-galanya itu, mengapa Tok Jib tidak mahu membantu mahkamah untuk memperkuatkan kes dan dakwaan bahawa Anwar meliwat Sepol pemuda yang sembahyang Jumaat tanpa mencuci dubur dan mandi hadas ini?  Itu lah yang menjadi sebab mengapa amat sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar memang bermoral rendah.  Jadi, Bloggers pencacai Umporno harus menyalahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib kerana tidak bersedia untuk membantu mahkamah di dalam kes yang mereka berdua `amat tahu' sebenarnya.

Oleh yang demikian, nasihat aku usahlah Bloggers Umporno menyalak lagi menyalahkan pihak lain.  Di dalam kes fitnah Liwat II ini, Anwar berkata Sepol ada hak untuk merayu.  Anwar tidak takut dan gentar jika Sepol merayu.  Biarpun seratus kali Anwar dibicarakan pun, rakyat tidak hairan samasekali kerana fokus rakyat kini ABU (Asalkan Bukan Umno).  Jika mahu fitnah ini lenyap dari muka bumi, lenyapkan Umno dahulu./wfauzdin.blogspot.com


ROAD SHOW HASSAN ALI - JANGAN BIARKAN BELIAU DISANGKA GILA

Posted: 17 Jan 2012 11:01 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERTARIK dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang menawarkan keselamatan buat Dr Hassan Ali untuk `Road Show' mendedahkan `Parasit-Parasit' di dalam PAS sehingga menyebabkan beliau tercampak keluar dari PAS.  Baca di SINI.

Maka, bermulalah episod di mana `Pelesit akan memburu Parasit'.  Jika mahu diikut `fatwa' Hassan Ali, elok benarlah jika kita semua, ahli keluarga kita serta semua mahasiswa jangan melibatkan diri di dalam `Road Show' Hassan Ali kerana itu adalah `masalah peribadi' beliau.  Bukankah Hassan Ali pernah beranggapan sedemikian terhadap DS Anwar ketika menghasut kita serta para mahasiswa agar tidak terlibat menyokong Ketua Pembangkang tersebut di mahkamah pada 09 Jan yang lalu atas `fatwa'nya bahawa itu `masalah peribadi' DS Anwar?

Beliau berkata, DS Anwar tidak perlu mengheret rakyat di dalam masalah peribadinya.  Nah, sekarang Allah bayar `cash' dan kini Hassan Ali menghadapi `masalah peribadi' dan ingin membuat `Road Show' pula.  Namun, atas ihsan dan budi baik Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ini berjanji akan menentukan keselamatan Hassan Ali untuk bercakap apa sahaja yang terlintas di kepala otak Pakar Motivasi itu.  Mungkin tidak cukup ruang media pencacai yang selama ini Hassan Ali gunakan untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau sebagai seorang pejuang Islam yang terbuang.

Saya rasa kita patut hadir untuk menyaksikan episod `Pelesit mencari Parasit' di dalam `Road Show' ini nanti.  Biarpun itu sebagai masalah peribadi Hassan Ali, tetapi kita sebagai manusia yang bermasyarakat patut simpati dengan beliau.  Masakan kita sanggup melihat beliau bertegang urat leher dan kembang kempis hidungnya bercakap seorang diri di atas pentas itu nanti.  Jika ini berlaku, saya khuatir Hassan Ali akan ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana disangka gila berceramah seorang diri.  Bagi mengelakkan Hassan Ali ditangkap dan dimasukkan ke Hospital Tg Rambutan, marilah kita meraikan beliau beramai-ramai./wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan: