Rabu, 18 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hasan Ali Dan Umno Terduduk Apabila Bukan Dr. Rani Yang Dilantik Exco..

Posted: 17 Jan 2012 10:24 PM PST

Syabas Rani, Tahniah Ahmad

Saya mendahului ucapan syabas kepada Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman yang memberi laluan kepada Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dilantik menjadi Exco Kerajaan Selanggor bagi mengganti Hasan Ali yang telah dilucutkan jawatan selepas bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dibuang dari Pas minggu lalu.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah memegang jawatan Exco yang bertanggungjawab ke atas porfolio Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan dihadapan Sultan Selangor, di Singgahsana, Istana Bukit Kayangan Shah Alam lewat pagi ini.


Perlantikan Dr Ahmad Yunus menjawab spekulasi sebelum ini kononnya Dr Rani Osman akan dilantik menggantikan Hasan. Walaupun Dr Rani sudah mengatakan awal-awal dia tidak bersedia untuk memegang jawatan itu kerana ia satu tugasan yang berat tetapi beliau dianggap paling layak memandangkan kedudukannya dalam parti.

Perlantikan Dr Ahmad itu juga adalah satu strategi Pas yang tidak menjadikan perlantikan Dr Rani sebagai isu politik kerana pihak musuh sudah bersedia membuat ulasan bahawa Dr Rani berminat dengan jawatan itu. Perlantikan Dr Ahmad itu juga menyelamatkan Dr Rani dari kritik dan difitnah dengan tanggapan yang bukan-bukan.

Semasa berlangsung majlis angkat sumpah, selain MB Khalid Ibrahim dan pembesar negeri lain Dr Rani juga ikut sama.

Tahniah kepada Dr Ahmad Yunus semoga dengan perlantikan itu beliau dapat memikul tanggungjawab dengan sepenuhnya dan sekaligus menenangkan kolam yang berkocak akibat dilempar cawan oleh Hasan.

Perlantian Dr Ahmad telah memberi paku buah keras kepada pihak terterntu termasuk sebuah akhbar arus perdana yang menjadi penjilat buntut UBN yang sudah membuat write-up awal-awal lagi untuk menyerang Pas sekiranya Dr Rani dilanti menjadi Exco. Nampaknya artikel yang bakal disiarkan di muka 9 pagi esok ditarik balik.

Kebijaksanaan Pas membuat pilihan mengganti Hasan itu menyebabkan media arus perdana yang kesekian lama berdendam dengan Pas mengigit jari dan terkutil-kutil sendiri. [wm.kl.12:14 t/hari 18/01/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/terkini-tengahari.html


Tiada ahli keluar PAS kerana kecewa Hasan dipecat

Posted: 17 Jan 2012 10:15 PM PST

Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir menafikan dakwaan kononnya lebih 100 ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Umno.

Tindakan itu dikatakan kononnya disebabkan berlakunya pemecatan ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila ADUN Gombak Setia Datuk Hasan Ali dipecat daripada PAS baru-baru ini," kata Salehuddin yang disiarkan di Harakahdaily.


Katanya, fakta sebenar adalah pilihan raya umum ke-12 yang lalu pada 2008, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian daripada ahli Umno.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung Kerdas Dua baru-baru ini.

Salehuddin berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno.

"Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Sallehuddin berkata penyingkiran Hasan Ali dalam parti tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan," katanya lagi.


Zahid diminta perjelaskan pembelian pertahanan

Posted: 17 Jan 2012 08:49 PM PST

Tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat dijangka akan membangkitkan isu-isu berhubung pembelian kelengkapan pertahanan yang bernilai berbilion-bilion ringgit apabila mereka bertemu dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi esok, atas jemputan beliau.

Perwakilan itu terdiri daripda ahli parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara Tony Pua (kiri), ahli parlimen PKR bagi Machang Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad (atas, kanan).


Antara yang dijangka akan disentuh pada perbincangan nanti termasuk kontrak RM9 bilion Boustead Naval Shipyards bagi pembelian enam kapal pesisir atau Littoral Combatant Ships (Frigate Class).

"Kontrak ditandatangani meskipun Menteri Pertahanan memaklumkan kepada Parlimen dua kali pada Mac tahun lalu bahawa harga maksimum bagi mendapatkan kapal-kapal ini ialah RM6 bilion," kata Pua dalam satu kenyataan pagi ini.

"Ini merupakan peningkatan besar sebanyak RM3 bilion atau 50 peratus daripada bajet asal."

http://www.malaysiakini.com/news/186915


Nik Aziz: Melawan sejuk dan 'rohok'

Posted: 17 Jan 2012 08:35 PM PST

Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 pada 10 Januari lalu, ketika kesihatannya menjadi tanda tanya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau masih sihat, cuma selalu keletihan dan alah pada cuaca sejuk.

"Kesihatan saya macam inilah. Sekejap dia tenggelam, sekejap dia timbul. Tengok keadaan. Keadaan yang menyusahkan sayalah, cuaca.

"Cuaca sejuk memang saya banyak terganggu. Dia (jadi) letih, dia selesema banyak kalau sejuk," katanya ketika diwawancara di kediaman rasminya di Kota Bharu minggu lalu, dua hari selepas ulang tahun kelahirannya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun "rohok" atau banyak kerja yang meletihkannya, beliau masih cuba menghadiri pelbagai program kerajaan negeri dan parti, termasuk berulang alik ke Kuala Lumpur.

"Iulah masalahnya, sebab itu kalau tak penting sangat mesyuarat (itu) saya tak pergi Kuala Lumpur. Kesian tubuh saya.

"Tapi kalau benda itu menyangkut jawatan saya sebagai menteri besar, pesuruhjaya, saya pergilah. Itu pun kadang-kadang tak boleh pergi juga," katanya yang kelihatan bertenaga, menyembunyikan keletihan di riak wajahnya.

Berbaju Melayu jingga dan berdasi labuh tebal di luarnya, veteran politik Malaysia itu percaya beliau terpaksa menggagahi diri dengan kerja-kerja melibatkan aktiviti fizikal kerana ia "penting untuk akhirat",

"Sebagaimana kita duduk atas dunia, umur 100 tahun misalnya pun kita nak kepada harta, nak kepada sokongan, nak kepada pengaruh. Itu baru 100 tahun. (Tetapi) akhirat kekal,..

"Harta di akhirat pula namanya pahala. Atas dunia namanya ringgit, dolar, yen," katanya yang terkenal dengan logik-logik mudah ketika berceramah atau memberikan kuliah.

Ditanya tentang status rawatannya, Nik Aziz berkata, beliau sebelum itu baru sahaja memeriksa status kesihatannya di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara dan doktor mengesahkannya "bagus" tetapi "rohok" atau banyak bekerja.

Kehadiran Nik Aziz akhir-akhir ini dikatakan kurang memuaskan dan menyebabkan kehadirannnya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar menarik menarik perhatian ramai.

Dalam program itu, beliau bagaimanapun menunjukkan kecergasan dan bingkas bangun apabila pemimpin Pakatan di pentas diminta berdiri untuk membaca ikrar bersama.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menceritakan kembali saat genting ketika Nik Aziz dibawa ke hospital sebelum itu mengumpamakan seperti saat terhentinya detikan jantung manusia pertama ke angkasa lepas Yuri Gagarin dalam pengembaraan itu.

Sementara itu, berbeza dengan menteri besar lain, Nik Aziz bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri, malah dilihat mengambil tempat di hati sebahagian besar rakyat Kelantan sebagai sebagai pemimpin agama.

Malah, sejurus sahaja tamat ditemubual Malaysiakini Khamis lalu, azan Zohor seperti biasa dilaungkan di ruang tamu kediaman rasminya dan sejarah segera dihampar untuk diimamkannya.

Bukan sahaja kakitangan pejabat dan pembantunya, pengunjung yang mahu menemuinya di rumahnya - yang tiada langsung protokol ketat - juga turut bersolat bersama-sama.

Nik Aziz membuktikan kenapa beliau seorang menteri besar yang berbeza.


ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali Pelesit

Posted: 17 Jan 2012 07:06 PM PST


ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.


Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.


Azwan Ali Ditahan Polis Kerana Ugut Bunuh Umi Hafilda !

Posted: 17 Jan 2012 03:24 PM PST

Berikut adalah petikan dari twitter @AzwanNur berkenaan ugutan beliau untuk membunuh dan membakar Umi Hafilda.






Disebabkan kenyataan kasar dan bodoh Azwan Ali ni,dia ditahan polis. Kenyataan Azwan Ali itu boleh disabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaaan kerana melakukan ugutan jenayah. Tidaklah diketahui sama ada Azwan benar-benar bermaksud sedemikian atau hanya ingin mencari publisiti murahan. Namun sebentar tadi sekitar jam 11.00 malam,,tweet @AzwanNur kembali aktif..kena tahan kejap je kot soal siasat…



Homoseksual - Anwar Saman Utusan RM50 Juta

Posted: 17 Jan 2012 06:46 AM PST

Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)tersebut.


"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kehancuran dalam negara."

Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."

Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi. Saman itu dikemukakan oleh Edwin Lim Suren & Soh.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/terkini-malam.html


Kadir Dakwa Umno/BN Beli Undi Dengan Wang Tunai

Posted: 17 Jan 2012 05:31 AM PST

PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai "bom".

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

"Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan," kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

"Ia secara terang-terangan untuk membeli undi."


Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah "bom".

Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang "Amanah Merdeka" — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

"Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia," katanya.

"Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

"Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan," tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

"Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar," katanya. "Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar."

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-dakwa-bn-beli-undi-dengan-wang-tunai/


Penyokong Umno Macam Anjing Buruan

Posted: 17 Jan 2012 04:18 AM PST

Dengar cerita 'anjing sukum'.

Dalam tahun-tahun awalan lapan puluhan ada seorang yang semasa itu merupakan seorang veteran yang duduk bersama kami sebagai AJK UMNO Bahagian di tempat saya, bernama Yassin Mahmud. Beliau sudah tiada lagi bersama kita kerana beliau telah pergi menghadap Allah yang Maha Esa. Beliau seorang guru dan beliau juga adalah seorang yang serius tetapi nampak periang sifatnya. Beliau pernah menelah yang UMNO akan menjadi apa yang kita lihat pada hari ini, iaitu sebuah parti untuk 'warlords' dan beliau selalu membuka cerita UMNO ini dengan memberikan anologi yang melucukan terhadap apa yang akan terjadi kepada parti ini.

Beliaulah yang membuka cerita yang bertajuk 'anjing sukum' dan cerita ini pernah saya tulis tiga tahun dahulu. Anjing sukum ini pada beliau ialah anjing buruan yang taat kepada bossnya dan akan melakukan apa sahaja untuk menghambat segala binatang buruan bossnya untuk bossnya melapah dan memakan haiwan buruan, lebihan dari yang telah di jual oleh pemburu itu.


Anjing sukum ini dibela oleh pemburu itu guna untuk membantunya menghambat binatang buruan seperti rusa dan apabila rusa itu telah dihambat dan tidak berdaya untuk melarikan diri pemburu itu akan menembaknya. Setelah rusa itu jatuh maka pemburu itu akan menyembelih rusa yang di hambat oleh anjing sukum itu tadi.

Sedang pemburu itu melapah daging-daging rusa tersebut, anjing-anjing sukum ini menyalak-nyalak untuk mendapatkan habuan dan upah menghambat rusa itu tadi. Pemburu pantas memotong tulang-tulang rusa itu dan membalingkan tulang-tulang tersebut kepada tujuh lapan ekor anjing sukum itu. Maka anjing sukum itu pun terus diam sahaja dan berpuas hati dengan upah tulang-tulang yang dilemparkan oleh bossnya itu.

Pemburu itu terus sahaja melapah dan mendapat daging batang pinang dan lain-lain dari rusa tersebut. "Itu sahajalah gunanya kita di bawah ini kepada pemimpin-pemimpin kita.. Mereka nak jadikan kita macam anjing sukum sahaja" kata embong Yassin. Banyak pelajaran yang didapati dari orang-orang lama ini dan mereka tahu semua nilai kemanusiaan pemimpin-pemimpin UMNO walaupun semasa itu keadaan tidaklah begitu teruk seperti yang kita hadapi pada hari ini.

Sekarang apa yang diceritakan oleh embong Yassin itu memang benar-benar berlaku. Ramai di antara ahli-ahli UMNO nampaknya hanya dijadikan sebagai anjing buruan semata-mata. Kerjanya memburu musuh-musuh mereka dengan menggunakan anjing sukum ini untuk menghambat mereka yang di musuhi oleh boss-boss mereka.

Ada yang berjaya dan ada yang masih tidak mampu diburu. Itu sahajalah cerita pendek saya. Masa dan waktu mencemburui saya dan saya belum ada masa untuk menulis bahan-bahan serius yang lain buat hari ini.

Aspan Alias - http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/01/dengar-cerita-anjing-sukum.html


Khairy Marah Ambiga..

Posted: 17 Jan 2012 04:07 AM PST

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan penganjur perhimpunan BERSIH Datuk S Ambiga supaya tidak lagi mengugut kerajaan berhubung pembaharuan proses pilihan raya di negara ini.

"Kerajaan setuju gunakan dakwat kekal dan kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan yang lain dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR dah setuju untuk bersihkan senarai pengundi.

"Banyak permintaan daripada BERSIH dilaksanakan. Tidak perlu ada ugutan daripada Ambiga," katanya kepada pemberita selepas pelancaran BN Youth Ride Fest 2012 (BNYRF) di Kuala Lumpur hari ini.


Katanya kerajaan sebelum ini telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji sistem pilihan raya dan ia dibuat secara terbuka dengan keanggotaan terdiri daripada anggota PAS, DAP, dan PKR.

"Saya hendak beritahu kepada Ambiga, jangan ugut kerajaan. Sudah cukuplah ugut kerajaan. Kita semua tahu pilihan raya akan diadakan dalam sedikit waktu terdekat," katanya.

Ambiga (kanan) dalam satu sidang media hari ini membayangkan kemungkinan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan pihak berkuasa.

Mengenai pelancaran program hari ini, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada persatuan-persatuan berbasikal serta peminat-peminat sukan itu.

BNYRF 2012 ialah satu penjelajahan berbasikal yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Feb yang meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya dan berakhir di Dataran Merdeka.

Antara acara utama BNYRF adalah Kayuhan Jambori yang terbuka kepada semua peserta termasuk pelumba elit profesional dan berpeluang memenangi hadiah utama RM40,000.

- Bernama


Tiada ulasan: