Ahad, 15 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isteri bersama lelaki misteri atas katil punca Hattan bercerai

Posted: 15 Jan 2012 10:29 PM PST

Di laman sebuah forum hiburan popular, Cari Forum, baru-baru ini telah terpampang gambar bekas isteri kepada penyanyi-komposer terkenal, Hattan, Fara Asyikin , berpelukan bersama seorang lelaki, di atas katil. Gambar itulah di katakan menjadi punca kepada penceraian Hattan dan Fara Asyikin.

Difahamkan blog milik Fara Asyikin telah di godam oleh seorang individu yang tidak diketahui siapa indentitinya. Tapi yang pasti, individu itu tidak berpuas hati dengan dia dan Hattan. Farah Asyikin juga di dakwa berhutang dalam jumlah yang banyak kepada seseorang dan penggodam itu meminta beliau untuk menggunakan suami, Hattan bagi membayar segala hutang piutang tersebut.

Tak cukup dengan itu, Farah Asyikin juga di katakan pernah mengandung hasil hubungan bersama seorang ...
kekasih berbangsa asing ketika berada di Jakarta, Indonesia dan telah menggugurkan kandungan itu.

Beberapa bulan lepas, kecoh apabila Hattan mengamuk di sebabkan gosip yang tersiar di sebuah akhbar mega tempatan, mengatakan kononnya penyanyi Biso Bonar itu bercerai di kala perkahwinan barunya, mencecah usia 2 minggu. Malah dia dengan tegas menafikan perkara tersebut.

Bagaimanapun, timbul pula berita, memang benar Hattan dan isteri menceraikan Farah Asyikin dengan talak satu. Dan rumah tangga yang di bina pada November tahu lalu hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja.

Senadainya betul cerita ini, bererti wanita itu memang mempunyai masalah peribadi yang agak dahsyat sebelum berkahwin dengan Hattan.

Pun begitu Hattan sehingga ke hari ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada media berhubung gosip ini. - mD

Hari-hari terakhir Shahrizat. Dipaksa ambil cuti selepas timbul email berkaitan suaminya

Posted: 15 Jan 2012 04:35 PM PST

Kelihatan seperti Shahrizat Jalil mungkin akan menghadapi hari-hari terakhir kerjaya politik beliau. Cuti kecemasan 3 minggu yang dipohonnya daripada Perdana Menteri Najib Razak mungkin akan menjadi tetap kerana telah timbul pula dakwaan bahawa orang atasan NFC telah membayar seorang "Datuk penipu" untuk mempengaruhi pihak polis dalam siasatan mereka dalam kes rasuah sebuah syarikat penternakan lembu.

Sudah ada spekulasi bahawa orang atasan itu adalah suaminya, pengerusi eksekutif NFC, Salleh Ismail. Shahrizat yang enggan mengulas apabila cuba disoal oleh wartawan petang tadi.

"No, no, no, excuse me," Shahrizat yang juga ketua wanita UMNO berkata apabila ditanya mengenai .......
dakwaan yang dibuat pemimpin PKR bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk email yang mengatakan ada yang tidak kena di NFC.

Dipaksa keluar

Email tersebut ditulis oleh Megat Najmuddin Megat Khas, salah seorang ahli dalam lembaga penasihat SPRM.

Dalam email itu, Megat menulis bagaimana seorang peguam NFC telah memberitahu beliau bahawa seorang pegawai NFC telah ditipu dengan membayar wang kepada seorang penipu yang dipercayai adalah Shamsubahrin Ismail yang juga dikenali dengan nama jolokan "Datuk Fixit" untuk mempengaruhi siasatan yang sedang dibuat pihak polis.

"Situasi nampaknya agak serius untuk Shahrizat. Jelas bahawa banyak yang perlu diterangkan dan bagus untuk beliau diberi ruang untuk penyiasatan dijalankan. Tetapi, ini bukanlah penamat. Najib haruslah melakukan lebih lagi untuk menyelamatkan aset NFC," kata naib presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

"Tanpa terburu-buru membuat kesimpulan atas siapa pegawai NFC itu, telah lama jelas kedudukan Shahrizat. Beliau sedang berhadapan dengan yang paling sukar dalam parti UMNO itu sendiri jadi beliau janganlah terlalu banyak membuat rundingan kerana mereka-mereka ini merbahaya. Mereka merasakan bahawa beliau adalah liabiliti untuk UMNO pada PRU 13 nanti dan mereka tidak akan berhenti sehingga Shahrizat meletak jawatan."

Misteri semakin terungkai

Sememangnya Shahrizat telah mencuba untuk berjuang dalam mendapatkan tempat untuk anak-anaknya yang juga berkerja untuk projek meningkatkan 40% bekalan daging di negara.

Ia dilihat sebagai ancaman yang tidak nampak untuk membongkarkan kegiatan rakan-rakan beliau dalam UMNO, beliau telah memberitahu pemberita "siapa dalam UMNO yang tiada masalah?"- merujuk kepada kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh parti pemerintah itu.

Bagaimanapun, pembongkaran oleh PKR baru-baru ini yang menunjukkan email itu kepada sidang media telahpun mengena pada sasaran. Datuk fixit telah ditahan pada bulan lepas dan reman beliau telah dipanjangkan kerana cuba merasuah polis dalam siasatan kes RM250 juta NFC.

Pada masa itu, tiada berita bahawa Datuk Fixit telah dibayar atau diupah untuk melakukan yang demikian oleh 'orang penting NFC'. Suami Shahrizat, Salleh juga mengatakan bahawa Datuk Fixit bukanlah ahli keluarga ataupun pernah bekerja dengan NFC.

Sekarang, dengan perlahan-lahan, misteri semakin terungkai. Sebuah gambaran yang lebih jelas timbul.

Antara dakwaan ke atas suami dan anak-anak Shahrizat adalah mereka telah menyalahgunakan RM188 juta daripada RM250 juta daripada pinjaman kerajaan untuk penternakan lembu dengan membeli 2 buah kondo mewah di Bangsar dan Singapura, sebidang tanah di kawasan perumahan di Putrajaya, sebuah Mercedes Benz mewah, diskaun berjuta ringgit dan pemindahan wang kepada restoran milik keluarga yang juga membeli daging daripada NFC.

"Saya harap SPRM akan dapat menyiasat sama ada saya terlibat atau tidak dengan keputusan yang dibuat kerajaan terhadap NFC yang mana suami saya, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail adalah pengerusi eksekutifnya." Kata Shahrizat dalam kenyataannya petang tadi.

Terdesak dan diselubungi spekulasi

Mengesahkan bahawa beliau telah menulis email tersebut yang disebar kepada sekumpulan besar individu, Megat Najjmuddin telah menulis:

"Beliau (Peguam itu) telah memberitahu tentang cerita penipu ini mengenai bagaimana dia telah dengan manis mulut menyakinkan pelanggannya yang terdesak untuk memberinya wang dan dia akan membuatkan pihak polis kurang kejam dalam penyiasatan mereka! Sangat sedih apabila memikirkan betapa terdesaknya seseorang yang sudah tersepit."

Walaubagaimanapun, Megat memberi amaran bahawa apa yang diberitahu peguam itu adalah spekulasi semata-mata.

"Ia adalah email peribadi dan pendapat peribadi saya jadi tiada siasatan telah dimulakan. Banyak khabar angin di sini. SPRM sedang menyiasat perkara itu." Menurut beliau yang dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Malaysia Chronicle

SAH : DRB-Hicom beli Proton

Posted: 15 Jan 2012 04:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Khazanah Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber.

The Malaysian Insider difahamkan syarikat berkenaan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.

"DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini," menurut sumber berkenaan.

Sumber lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antar RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada JUmaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

Dengan anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah lebih daripada RM3.29 billion.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd

Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala beberapa pihak lain dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi bersama Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital. UMW Holdings Bhd,

Sime Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd menafikan dakwaan mereka mempunyai minat terhadap Proton.

DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.

"DRB-Hicom melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan," menurut DRB-Hicom sebagai respon ketika bursa saham.

Laporan berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.

Arkitek projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat tersebut.

Beliau dengan lantang menentang cadangan Khazanah untuk menjual kepentingan syarikat kepada syarikat Jerman pada 2007 wlaaupun perjanjian terbabit akan memanfaatkan Proton untuk memperluaskan rangkaiannya berikutan Volkswagen berhasrat untuk mengeksport keretanya ke Asean.

Aset bersih Proton sesaham adalah RM9.80, tetapi saham-saham tersebut kurang memuaskan ekoran pendapatannya yang berkurang dan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidiarinya di UK, Lotus International.

Dalam pasaran domestik, Proton telah kehilangan penguasannya terhadap pasaran terhadap pembuat kereta nasional Perodua, dan pada masa sama, kenderaan asing sedang menguasai pasaran automotif tempatan dengan persekitaran yang lebih liberal.

Aset utama Proton adalah tiga kilang pengeluarannya, tetapi sama ada DRB-Hicom akan membayar untuk premuim tersebut, khazanah hanya berkata akan tunggu dan lihat tindakan seterusnya.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pembuat kereta daripada Amerika General Motor berminat untuk membeli 50 peratus kepentingan kilang Proton di Tanjung Malim pada harga RM800 juta, dibawah harga keseluruhan membangunkan keseluruhan fasiliti tersebut yang bernilai RM1.8 billion.

Sementara itu, turut timbul keraguan dalam kalangan dunia korporat kerana empayar perniagaan Syed Mokhtar yang terlalu luas, meliputi pelabuhan, perkhidmatan pos, bekalan kuasa, pertahanan, dan perkhidmatan kewangan. - TMI

TERKINI : Ceramah Mat Sabu di Gemas

Posted: 15 Jan 2012 07:13 AM PST

Lagi aksi panas Zul Handy Black dalam filem 'Keramat'

Posted: 15 Jan 2012 05:50 AM PST

Zul Handyblack atau nama sebenar Nurzul Suphia'an Sa'ban pernah dikecam hebat menerusi filem Mantra kerana berlakon tanpa seurat benang namun selaki lagi beliau mengejutkan banyak pihak dengan aksi panas yang dilakonkan didalam filem "keramat".

Tetapi,menurut bekas vokalis kumpulan Rock Handyblack ini apa yang dilakukan adalah atas dasar profesional.Menurut filem tersebut,Zul digoda oleh adik iparnya sendiri,lakonan Mon Ryanti.

Biarpun masih memakai tuala pada badannya, keberanian Zul melakonkan adegan sebegini berpotensi mencetuskan kontroversi sekali lagi.Menurut Zul lagi,dia mengakui aksi ini agak panas,tetapi tidak lah sepanas filem Mantra dahulu dimana tiada seurat benang pun di badannya.

Tetapi,aksi didalam filem ini pasti mengundang kontroversi banhyak pihak dan sebagai pelakon Zul akan menghadapinya secara pro.

"Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas?

Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu,"katanya. - KLpos

Pelajar USM nak bom helicopter Najib ...

Posted: 15 Jan 2012 04:31 AM PST

GEORGETOWN - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.

Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Antaranya penuntut itu menulis, "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah.

"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok. - Sinar Harian

Tiada ulasan: