Politiksukusakat |
NFC, heret sama Najib dan Muhyiddin untuk disiasat! Posted: 15 Jan 2012 10:15 PM PST WAN NORDIN WAN YAACOB KUALA LUMPUR : Siasatan skandal penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Negara (NFC) harus melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar. Ini kerana, dua individu ini adalah pihak yang bertanggungjawab dalam meluluskan projek berkenaan dan menganugerahkan kepada sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sektor perladangan, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS dekat sini 16 Januari lalu. PAS mahu satu Suruhanjaya DiRaja yang bebas ditubuhkan bagi menyiasat skandal penyelewengan RM250 juta dengan mengutamakan persoalan asas bagaimana projek itu boleh diluluskan, katanya. Menurut Mahfuz, projek berkenaan diluluskan oleh Jawatankuasa Projek Berimpak Tinggi yang dipengerusikan Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Selain itu, selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula, Muhyiddin pula terbabit secara langsung dalam mesyuarat yang sama mewakili kementerian, katanya. Justeru, siasatan harus melibatkan dua individu ini yang nyata gagal melihat bahawa pengurniaan projek dan pinjaman RM250 juta kepada NFC ini akan membawa padah kepada kerugian, katanya. "Kita lihat, siasatan yang berjalan hari ini (oleh SPRM) hanya tertumpu kepada operasi NFC semata-mata, dan bukannya soal bagaimana projek ini diluluskan dan siapa yang meluluskan, dan bagaimana prosedur pinjaman dilakukan," katanya. Apa yang menjadi kemusykilan kepada rakyat adalah, persoalan kelemahan kerajaan yang gagal menyediakan dokumen pinjaman semasa pinjaman diberikan kepada NFC, katanya. Hanya selepas beberapa tahun barulah dokumen itu disediakan, katanya lagi. Beliau juga berpandangan, pembekuan aset NFC yang diumumkan kerajaan bukanlah suatu jalan yang membolehkan kerugian yang dialami dalam projek ini dikembalikan semula. "Sekiranya semasa pembekuan, aset yang tinggal hanyalah kandang lembu dan tahi lembu sahaja, ia akan menyebabkan kita gagal memperolehi pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC.Yang kita dapat mungkin sekali tahi lembu dan kandang lembu sahaja, bukan RM250 juta," katanya. Lebih dari itu, dalam aspek pengurusan pembekuan aset sebenarnya membawa makna bahawa ada sesuatu penyelewengan atau kes yang berlaku dalam NFC, katanya. Justeru, beliau menggesa kerajaan mendedahkan kes tersebut kepada umum kerana pinjaman RM250 juta adalah wang rakyat yang mana rakyat harus tahu ke mana alirannya. Sementara itu, Mahfzu turut memuji langkah Shahrizat bercuti untuk membiarkan penyiasatan skandal NFC berjalan dengan baik. Begitupun beliau turut mencadangkan beberapa individu lain yang terbabit dalam meluluskan projek dan memberi pinjaman bercuti bagi siasatan dijalankan secara telus. Pada 15 Januari lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan sementara menunggu siasatan daripada pelbagai pihak termasuk dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Pada tahun 2007, syarikat itu dilantik untuk menjalankan projek ternakan lembu tetapi prestasinya dibidas oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010. Ia kemudiannya didedahkan bahawa syarikat itu dimiliki oleh keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir Dato' Seri Dr Mohammad Salleh adalah salah seorang pemegang saham dan menjadi Ketua Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan. Syarikat itu mengundang pelbagai kontroversi apabila PKR berjaya membuktikan bahawa ia telah membuat beberapa 'pelaburan' yang boleh dipersoalkan, termasuk menggunakan pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan untuk membeli kondominium mewah, tanah di Putrajaya dan juga kereta mewah. Pada 12 Januari, Shahrizat mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa beliau akan bercuti selama tiga minggu sementara menunggu siasatan dijalankan. Berikut adalah skandal penyelewengan yang membabitkan keluarga Shahrizat Jamaluiddin. Info : National Feedlot Corporations (NFC). Pengerusi : Dato' Dr Muhammad Salleh Ismail (suami Shahrizat) Pemegang Saham : 1) Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); 2) Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) 3) Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) Modal oleh kerajaan : RM250 juta -Syarikat milik keluarga Shahrizat juga dikatakan menggunakan dana melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta di Bangsar (One Menerung). -Shahrizat dan keluarganya untung lebih RM600,000 menggunakan wang rakyat yang disalur menerusi NFC. -Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan. -Keuntungan RM600,000 itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC. -Pegangan saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC. - Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. -Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia )SSM) menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. -Sementara jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit. -Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan wang rakyat yang disalurkan kepada National Feedlot Corporation. -Kos itu bersamaan dengan RM511 bagi setiap ekor lembu yang disembelih oleh NFC pada tahun 2009. -Sementara rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu disembelih dalam tahun 2009, katanya. -Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11 peratus (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat. -Dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk industri daging negara, telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Shahrizat seperti National Meat Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan Real Food Company (RFC). -Wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd. -Syarikat itu menjalankan perniagaan restoran mewah dan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan di Singapura. -Syarikat itu menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalur kepada NFC. -Komunikasi dalam bentuk email di antara anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran dengan Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran milik keluarga menteri itu di Singapura. -Email itu membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah berkenaan. -Dalam tempoh tiga bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Shahrizat dianggarkan memindahkan S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. -Dana NFC dijangka dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat milik keluarga Shahtrizat di Singapura. -Kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura. -Kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts bernilai hampir 10 juta. -Pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009. -Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu. -Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009. - Terdapat 15 keping cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand. - Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian. - Pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran. - Membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (Suami Shahrizat) dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (anak Shahrizat). |
You are subscribed to email updates from Politiksukusakat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan