Ahad, 15 Januari 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


MANTOYA 2 ; Bab 1 ; BERMULA DARI TANAH RAKYAT DI PADANG TERAP

Posted: 14 Jan 2012 06:24 PM PST


Isu pengambilan tanah sebenarnya bukanlah satu isu yang baru di Kedah.Ia adalah isu lama,seperti pengambilan tanah untk Syarikat Gula Padang Terap Berhad di zaman Dato' Syed Omar menjadi Menteri Besar Kedah.

Y.A.B Dato' Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin
PMN, JP. 28/05/1959 - 07/12/1967

Penduduk dan pemilik tanh dibeberapa buah kampung dalam daerah Padang Terap seperti Kampung Ulu,Kampung Kubang Palas,Kampung Padang Chenderai dan sekitarnya telah dijanjikan bahawa mereka akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa sekiranya mereka bersetuju menyerahkan tanah kepada kerajaan untuk dijadikan ladang tebu.
Kini sudah lebih 20 tahun ,mana tanah yang hendak diganti itu? Benar janji itu,setelah kebuh getah ditolak,dusun dimusnahkan dan sebahagian dari mereka berpindah ke satu perkampungan baru,ramai diantara mereka dapat bekerja diladang ataupun kilang.Tapi apakah jawatan mereka,berapakah kadar gaji yang dibayar kerana mereka bukanlah orang yang berkelulusan.Penduduk dan pemilik tanah tidak bersetuju kerana mereka akan kehilangan tanah yang sudah diusahakan dengan berbagai jenis tanaman seperti getah,dusun buah-buahan dan sawah padi atau sekurang-kurangnya tempat kediaman.Namun mereka terpaksa mengalah dengan janji-janji manis yang dihulurkan.Mungkin lebih manis dari tebu yang akan ditanam diatas tanah mereka.Antaranya penduduk dan pemilik tanah disitu akan berpeluang bekerja di ladang-ladang tebu dengan kadar gaji yang baik.Mereka boleh bekerja sehingga selama mana mereka mahu dan bersaya yakni tidak ada had umur.Selain itu tanah-tanah yang diambil itu juga akan diganti dengan tanah yang lain.
Kalau sebelumnya mereka boleh dapat antara RM 5 hingga RM 10 sehari dengan menoreh getah dikebun sendiri,tapi kerja sebagai buruh ladang atau tukang cucui lantai atau tukang kenbun dikilang,gaji mereka ketka itu (pertengahan 70an) ialah RM 2.75 sahaja.Setimpalkah kadar tersebut dengan pengorbanan mereka menyerahkan tanah yang sudah dapat mengeluarkan hasil? Janji pertama sudah terbukti tersisih dari sasaran.Janji kedua juga sudah diingkari pada awal 90an dimana ramai pekerja yang sudah melebihi umur 55 tahun diarahkan berhenti.Walhal mereka masih mampu menjalankan tugas yang diamanahkan.
Sekarang ini apa kerja mereka?Mencari rotan,menangkap ikan di Empangan Ah Ning dan buruh kasar dengan berbagai jenis kerja kontrak untuk menyara keluarga.Menyesal sudah tidak berguna.tanah sudah jadi milik orang lain.Gula Padang Terap juga sering bertukar tangan muktakhir ini.
Kerja dengan Gula Padang Terap juga tidak boleh kerana umur sudah lebih.GPT pun sudah jadi milik orang lain.Bukan lagi milik kerajaan yang mengemukakan berbagai janji dulu.Sekarang,ada dikalangan mereka yang sudah sedar sedang berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka.Mereka menubuhkan jawatankuasa tetapi setakat ini belum ada perkembangan positif yang memihak kepada mereka.
Peluang pekerjaaan dalam syarikat tersebut ,berapa kerat sangat dapat pada anak Padang Terap.Semua jawatan penting milik orang lain.Aduan mereka kepada wakil yang mereka pilih YB Drs.Awang Ahmad Sulaiman juga sia-sia kerana beliau diikat oleh GPT dengan jawatankuasa Ahli lembaga Pengarah.Undi mereka beri.Khidmat darinya masih ternanti-nanti.Kalau begini teruslah mereka gigit jari.
Cerita penduduk Padang Terap tidak erhenti dengan isu pengambilan tanahuntuk dijadikan ladang tebu sahaja.Isu penerokaan tanah Durian Burung juga turut menjadi fokus calon-calon UMNO ketika pilihanraya.Semasa pilihanraya umum 1990 dulu,seorang peneroka yang mendakwa penduduk asal Kampung Durian Burung,yang dikenali sebagai Pak Teh ( bekas pekerja GPT) menceritakan;
"Masa pilihanraya dulu,calon UMNO iaitu Drs.Afifuddin dan Drs.Awang Ahmad banyakkali mai(datang) rumah Pa Teh,depa janjlah kepada Pak Teh sebagai ketua peneroka tanah Durian Burung,kerajaan akan sukat dan bagi geran kepada semua peneroka kalau UMNO menang.
Drs.Afifuddin pun pi sendiri tengok tanah yang kami teroka bai banuan buat surau disitu,dia juga tanam pokok rambutan di tanah Pak Teh.Sehari sebelum pilihanraya,Drs.Afifuddin dan Drs.Awang Ahmad tiga kali mai rumah Pak Teh minta tolong undi depa.
"Kalau depa menang harapan peneroka untuk dapat tanah di Durian Burung cerah.Tapi lepas pilihanraya,lepas depa menang,peneroka-peneroka Dutian Burung dilarang masuk untuk bekerja disana.Kami sudah habis duit banyak.
"Kami tak bimbanglah nak belanja usahakan tanah tu kerana calon wakil rakyat dan janji.Tapi sekarang,Drs.Afifuddin langsung tak mai.Kami jumpa Drs.Awang Ahmad,dia kata tanah Durian Burung telah ditutup,siapapun tak boleh masuk.Kami tanya dia macam mana dengan tanaman kami,durian yang ada disitu(peninggalan nenek moyang) sudah berbuah.Drs Awang Ahmad kata, bulldozer tidak kira pokok durian ke pokok cempedak ke.."
Itulah antara keluhan penduduk Padang Terap yang sudah terikat dengan janji calon UMNO.Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Chenderai yang turut terlibat ,Encik Ahmad Hakim juga berkata ,penduduk dan pemilik tanah yang terlibat amat kecewa dengan sikap kerajaan yang didakwanya mempermain-mainkan rakyat.
"Kerajaan janji nak ganti tanah yang diambil untuk dijadikan ladang tebu.Tapi sekarang sudah lebih 20 tahun .Mana tanah ,mana janji.Amat dikesalkan lagi wakil rakyat yang merayu undi kepada kami dalam pilihanraya umum 1990 lalu menyifatkan kami penduduk Kampung Padang Chenderai sebagai setingan," katanya.Encik Ahmad yang telah mengorbankan tanah miliknya untuk GPT turut menjadi mangsa pihak syarikat,
Kelantangan beliau sebagai Ketua Kesatuan Sekerja di GPT menuntut hak lebih seribu kakitangan syarikat gula menimbulkan rasa ridak senang pihak majikan.
Kenyataan demi kenyataan kepada pihak akhbar termasuk Harakah menyebabkan beliau dipecat dari GPT dengan alasan pekerja tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.Disini timbul satu soal yang besar? Beliau memberi kenyataan atas sifatnya sebagai Ketua Kesatuan Sekerja.
Sebagai salah seorang orang kuat UMNO dan telah lama berjuang untuk UMNO ,beliau cuba menagih simpati pemimpin-pemimpin pasrti itu termasuk Menteri Besar Kedah,Tan Sri Osman Aroff.Itu adalah antara usaha terakhir mengikut saluranpolitik kerana nak harap ADUN Kuala Nerang membantunya beliau sudah dapat agak jauh semanggang dari api kerana ADUN itu telah diikat oleh GPT sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah.
Encik Ahmad berharap bisa yang ada pada Tan Sri Osman Aroff dapat mempengaruhi pihak syarikat membatalkan pemecatanya.Tapi Man Aroff juga tidak buat apa-apa,kalau buat pun mungkin bisa Man Aroff hanya bisa ular lidi.
Setelah semuanya gagal,kini beliau menggunakan saluran mahkamah dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah dua kali ditangguhkan...

usinkata;...sila lawat ke link dibawah ini utk update isu diatas..


Tiada ulasan: