Selasa, 24 Januari 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kisah boros Rosmah dapat liputan media berpengaruh Singapura

Posted: 23 Jan 2012 07:37 PM PST

SEMALAM Datin Rosmah menafikan laporan akhbar berpengaruh Australia, The Sydney Morning Herald tentang kisahnya berbelanja boros sehingga lebih RM300,000 di sebuah butik di Sydney dalam satu percutian peribadinya bersama Najib.

Namun Rosmah hanya menafikan laporan akhbar Australia tersebut yang menggelarkan beliau sebagai "First Lady of Shopping" dengan sepatah kata "saya selalu menjadi mangsa" [Malaysiakini].

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Namun hari ini, portal berita berpengaruh Singapura, Asia One mengeluarkan laporan berita yang serupa di bawah tajuk "Malaysian PM's wife spends $130k on shopping spree". Berikut printscreen laporan tersebut.




Sungguh menghairankan apabila portal berita berpengaruh dari negara luar negara begitu berani mengeluarkan laporan ini sekiranya ia tidak benar. Jika ia fitnah, Rosmah patut mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berita ini.

Setakat nafi dan nafi kambeng pun pandai nafi, mungkin kambeng lebih pandai untuk membuat penafian. Berani ke Rosmah nak saman akhbar luar negara ini? Mungkin lebih mudah jika beliau bayar saja editor akhbar ini agar meminta maaf



ReJaM© "Duit banyak, bayar jelah biar diorang mengaku buat fitnah kah kah kah... "

Wajah "close up" ketua samseng yang menyerang ceramah ABU

Posted: 23 Jan 2012 06:00 PM PST

SEBELUM ini kita dah dedahkan no pendaftaran motorsikal yang ditunggang oleh samseng-samseng Umno Jalan Kebun yang menyerang program ceramah Asal Bukan Umno, ABU dan merosakkan beberapa buah kedai penjaja Melayu serta mencederakan seorang lelaki India rujuk sini [no plate]

Di bawah ini gambar ketua samseng yang dipetik daripada rakaman video saat dia sedang beraksi menghalau dan memaki hamun orang ramai yang berada di dalam dewan MBSA, Jalan Kebun.

Saat ini difahamkan tiada penduduk beragama Islam di dalam dewan kerana mereka sedang menunaikan solat di masjid berhampiran. Hanya sekitar 100 orang penduduk bukan Islam berada di dalam dewan.



Salah seorang rakan samseng ini telah mengirimkan beberapa keping gambar miliknya. Rakannya mendedahkan bahawa samseng ini memang terkenal dengan perangai samseng di kampung, juga merupakan anggota Waris juga penyokong kuat Perkasa.









Semasa serangan ini berlaku, pihak polis ada di tempat kejadian. Tapi yang peliknya Polis langsung tak ambil sebarang tindakan meskipun sudah ada seorang lelaki India yang tercedera. Mamat samseng ni ada ilmu pukau ke?


ReJaM©" Encik Polis, rakyat memerhatikan anda, sila tangkap samseng ini!"

Kerana popular, aplikasi Aku Jimat kini berbayar

Posted: 23 Jan 2012 04:37 PM PST

KEPADA korang yang lambat download aplikasi Aku Jimat yang dihasilkan mirip Rosmah Mansor [Aku Jimat] memang rugi sebab lambat download.

Sebelum ni applikasi ni percuma tengok screenshot kat bawah ni.




Namun kerana promosi besar-besaran terhadap aplikasi ini, korang terpaksa bayar untuk memuat turun ke dalam iPad ataupun iPhone.




ReJaM©"Untung besar siapa yang develop aplikasi ni...."

Faekah Hussin ikut jejak langkah Taib Mahmud!

Posted: 23 Jan 2012 08:14 AM PST

SEBELUM ini kita marah kepada Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, apabila beliau menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri untuk menghalang musuh politiknya daripada memasuki Sarawak.

Taib Mahmud yang gila kuasa itu dikritik hebat kerana menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan seorang warganegara daripada memasuki Negeri di bawah pentadbirannya.

Ya, Taib Mahmud memang melakukan kesalahan besar kerana bertindak seolah-olah Negeri Sarawak milik bapaknya. Siapa dia suka dia benarkan masuk, siapa dia tak suka dia boleh halang terutama musuh politiknya.




Kali ini Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin nampaknya mengikut jejak langkah yang dibuat oleh Taib Mahmud. Orang yang dilihat sebagai musuh politiknya dihalang pula daripada memasuki Selangor.

Apakah bila orang lain buat perkara buruk kepada kita kita boleh bantah, tapi kita boleh pula buat perkara yang sama kepada musuh kita? ReJaM tak fikir Menteri Besar Selangor bersetuju dengan tindakan ini. Jika ia benar-benar berlaku kita patut bantah!




Ingatlah, rakyat menilai. Jangan kamu ingat bila kamu berada di atas kamu boleh buat sesuka hati kamu. Negeri Selangor bukan milik kamu, ia milik rakyat.

Seekor semut pun tidak patut kita zalimi, jangan kita nafikan haknya untuk menetap dalam habitat. Apa lagi haiwan yang lebih besar dari itu contohnya bapak katak yang boleh bertukar-tukar warna.



ReJaM© "Walaupun Ibrahim katak itu orang gila, dia masih rakyat Malaysia..."

Tiada ulasan: