MiLo SuaM |
| Jahil! Perkasa anjur solat hajat selepas Asar! Posted: 08 Jan 2012 10:25 AM PST BILA orang yang tidak berkelayakan diberikan tanggung jawab memimpin, kononnya atas nama Islam, inilah jadinya. Terbaru, pertubuhan super rasis, Perkasa, menganjurkan solat hajat selepas asar. Pelik bin hairan, pertubuhan yang kononnya mengaku memperjuangkan Melayu, memperjuangkan Islam, tak tahu waktu-waktu yang diharamkan untuk melakukan solat sunat. Kononnya mengejarkan pahala sebaliknya dosa haram yang mereka dapat. Inilah contoh bagaimana Islam dipolitikkan untuk menunjukkan kononnya mereka sebagai pejuang Islam, namun kebodohan mereka terserlah menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat. Begitu juga dengan gambar di bawah ini, lihat bagaimana mereka berjuang dengan cara mencarut demi mempertahankan Islam. Orang begini nak diberi kepercayaan membela Islam, membela Melayu? Alamatnya jahanam Islam, jahanam Melayu. ReJaM© "Kali pertama solat hajat barangkali, waktu haram pun tak tahu..." |
| Syarat Polis diberikan selepas rundingan dan muafakat Posted: 08 Jan 2012 04:05 AM PST SEBAGAI salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya. Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja. Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak. Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN. Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis. KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara. N SURENDRAN Naib Presiden KEADILAN 8 Januari 2012 |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan