Kelab Greenboc |
- Sumpah Saiful Pun Berjalan, Hanya 50 Turun Sokongnya
- Video Wawancara Al-Jazeera Dengan Anwar
- Permulaan Baik Keadilan Di Malaysia - Presiden PAS. Qazaf Hendaklah Diteruskan - Juham
- Konspirasi Yang Terbantut: Kereta Elizabeth Wong Dibom [Gambar Terkini]
- Lintas Lansung Keputusan Kes Anwar, Anwar BEBAS [updated]
- [Video & Bergambar] Menjelang Keputusan Kes Anwar - Ribuan Sudah Berada Di Ibu Negara
- Nasharuddin Terperangkap Lagi Dengan Media Pro-UMNO
- Hasan Ali Dipecat Dari PAS - Keluarnya Duri Dalam Daging [Ulasan GB]
Sumpah Saiful Pun Berjalan, Hanya 50 Turun Sokongnya Posted: 09 Jan 2012 02:01 AM PST Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan – pengadu dalam kes Liwat II – hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah. Setiausaha agung Permas, Zulkifly Shariff yang mengetuai perhimpunan hari ini, sebelum dilaporkan bahawa pertubuhan itu akan menggerakkan sehingga 5,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu. Ratusan para penyokong Anwar kemudiannya mula mendekati kumpulan tersebut apabila pasukan berbaju kuning dengan slogan "anti sex bebas 901" itu mula keluar daripada kawasan masjid tersebut dan menuju ke mahkamah. Perang mulut kemudiannya tercetus apabila kumpulan penyokong Anwar mula membantah tindakan kumpulan penyokong Saiful yang membawa kain rentang antaranya dengan slogan "tolak Anwar", "pertahankan sistem dan institusi kehakiman" serta "liwat tetap liwat." Polis antara lain menetapkan syarat supaya peserta perhimpunan hari ini tidak membawa apa-apa kain rentang. Tolak menolak dan pergelutan kecil kemudiannya berlaku di antara beberapa orang kumpulan penyokong berkenaan apabila beberapa orang penyokong Anwar berusaha untuk merampas kain rentang berkenaan. Keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan beberapa orang terjatuh. Pergelutan di kawasan jalan berhampiran pusat penjaja medan selera itu berlaku sejurus sebelum mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebasakan Anwar daripada tuduhan tersebut. Kumpulan penyokong Anwar ketika yang berang itu turut menghalau penyokong anti-Anwar itu supaya "balik." Kumpulan pro-Saiful kemudiannya terpaksa berundur dan memasuki kawasan masjid semula apabila terus diasak oleh kumpulan pro Anwar. Sekumpulan anggota polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid dan menghalang kumpulan pro Anwar yang melaungkan slogan reformasi, bertakbir dan berselawat. -mk |
Video Wawancara Al-Jazeera Dengan Anwar Posted: 09 Jan 2012 12:30 AM PST Anwar 'terkejut' tapi dakwa masih ada kepincangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan dari tuduhan liwat adalah sesuatu yang tidak dijangka dan disambut baik tetapi tetap menekankan bahawa sistem kehakiman di negara ini masih mempunyai kepincangan. Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu, Anwar berkata sebelum ini hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pernah berkata tertuduh Mohamad Saiful Bukhari Azlan sebagai"saksi yang benar dan berwibawa". Jelasnya, berdasarkan kenyataan itu, pasukan pembelaan kemudian membawa pakar-pakar antarabangsa untuk menangkis hujah pendakwaan dan berjaya memaparkan kelemahan dalam keterangan oleh beberapa doktor dan saksi pakar pihak pendakwaan. "Tidak ada cara mereka boleh teruskan (dalam membuktikan rasa bersalah saya). Itu yang dikatakan (oleh hakim) dalam penghakiman yang ringkas hari ini, "kata Anwar. Ditanya sama ada pembebasannya itu membuktikan bahawa badan kehakiman adalah bebas, Anwar tidak memberikan jawapan secara langsung. "Saya mesti akui hakim mempunyai sedikit ruang untuk bertindak secara bebas, tetapi hakikatnya asas sistem perundangan ada kecacatan," katanya. Menurut laporan oleh stesen televisyen antarabangsa Al Jazeera, Anwar dipetik berkata bahawa terdapat "keberanian" yang ditunjukkan oleh hakim itu. Sebelum ini, Anwar agak kritikal dengan tingkah laku Hakim Mohamad Zabidin yang memutuskan terdapat kes prima facie dan telah berulangkali memohon supaya beliau melucutkan dirinya. Sementara itu, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya masih belum bebas daripada pendakwaan lanjut kerana beliau juga cuba diheretkan dengan skandal video seks. Skandal seks itu didedahkan oleh gandingan 'Datuk T' - Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim- ia memaparkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar melakukan hubungan seks dengan seoarng pelacur. -mk |
Permulaan Baik Keadilan Di Malaysia - Presiden PAS. Qazaf Hendaklah Diteruskan - Juham Posted: 08 Jan 2012 11:30 PM PST PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembebasan beliau hari ini dan harap ia permulaan baik untuk proses keadilan di Malaysia. Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap, keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat. Gambar: Ustaz Hadi ketika tiba bersama pemimpin PAS di perkarangan mahkamah hari ini Kenyataan itu disampaikannya ketika ditemui para wartawan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Abdul Hadi berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersama dengan puluhan ribu rakyat nyang berhimpun bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar. Anwar dibebaskan oleh mahkamah selepas pihak pendakwa gagal memberikan bukti tanpa keraguan dalam kes ini. Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berkata, pihak mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel yang dikemukakan telah dikompromikan. "Kita harapkan keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya akan datang," kata Abdul Hadi. Beliau juga bagi pihak PAS melahirkan rasa shukur kepada Allah dan "kita ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar di atas pembebasan ini." Beliau berharap, ini permulaan baik kepada proses keadilan di Malaysia melalui sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehaikaman yang di amal dalam negara demokrasi. Bukan sahaja mahkamah ini, mahkamah rakyat juga perlu diberi keadilan dalam pilihan raya, katanya. Ketika ditanya wartawan, adakah mahkamah sudah dilihat adil, Abdul Hadi berkata, "Masih terlalu awal, beribu-ribu kes lagi banyak lagi kes yang kita perlu tengok." -HD Teruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful |
Konspirasi Yang Terbantut: Kereta Elizabeth Wong Dibom [Gambar Terkini] Posted: 08 Jan 2012 09:11 PM PST KTERKINI: Letupan Bom Laporan malaysiakini 11.38am Saksi kejadian yang merupakan seorang peniaga memberitahu tidak nampak apa-apa berlaku ketika letupan berlaku. 11.20am Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini. 11.15am Kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal. Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning. Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling. 11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat. 11.04am Keseluruhan tiga letupan kedengaran di kawasan mahkamah antara jam 10.15 hingga 10.55 pagi. Maklumat Baru Diterima, Kereta Eli Wong Exco Selangor Dibom! Keputusan mahkamah bukti Putrajaya perlu hentikan politik kotor terhadap Anwar, kata HRW Zunar: Ia mungkin tidak berakhir di situ saja Anwar bebas, disambut laungan 'reformasi' klik untuk baca |
Lintas Lansung Keputusan Kes Anwar, Anwar BEBAS [updated] Posted: 08 Jan 2012 07:10 PM PST Liwat II: Ribuan hadir luar mahkamah sokong Anwar Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008. Gambar: Anwar memberi ucapan sebaik sahaja dibebaskan dari pertuduhan liwat. Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah. Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang. Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka. Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini. Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ. Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi". Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar". ULASAN GB Kini tiada halangan lagi untuk Pakatan Rakyat ke Putra jaya. Tiada perebutan untuk menjadi PM. Teruskan kerja, teruskan perjuangan, teruskan azam dan tekad untuk mewujudkan sebuah negara aman, adil dan berkebajikan serta mendapat keampuanan Allah. TERSUNGKURNYA SEBUAH KONSPIRASI YANG HINA. TAKBIR 3X Gambar terkini Anwar setelah didapati tidak bersalah dan dibebaskan ehsan pulakdah Beliau bersyukur ke hadrat Allah kerana hari beliau dibebaskan dari pertuduhan. Anwar berkata yang paling penting bukan saya bebas tetapi rakyat wajib bebas dari cengkaman rejim. Beliau amat terharu dgn sokongan dari PAS, DAP, NGO dan rakyat yang memberi sokongan luar biasa hari ini. Beliau juga ucap terimakasih kepada polis kerana beri kerjasama yang baik. "Rakyat hakim negara!. Kita jumpa di mana nanti?" tanya Anwar. "Putrajaya!" sambut penyokong-penyokong yang hadir. Anwar bersama keluarganya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat sunat syukur. 10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya. Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid. Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin. 1046am Kira-kira 30 polis bergegas ke kawasan letupan dan memagarnya dengan garisan kuning. 10.22am Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin. Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat. Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat. Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara. Sementara Badrul mendakwa walaupun Anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri. "Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya. Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful. "Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong. "Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan. "Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya. 10.22am: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut. 10.10am: Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid 'boo' penyokong PERKASA dan Perkida. 9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu. 9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan. Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan. 9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan. "Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam. "Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian," katanya di luar mahkamah. Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya. Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan. 9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter: "Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!" 9.30 am : Mahkamah Tinggi KL membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. [BHOnline] 9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. "Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. "Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful." Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menangis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan. Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira. Court acquits Anwar, judge says possible 'samples compromised' Anwar bebas, mahkamah ragu kesahihan bukti 9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya. 9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah. 9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500. 9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah. 8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. 8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat. 8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan "reformasi' bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat. 8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah. "Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!" 8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini. Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir. 8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah. Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli. Jumlah mereka tidak lebih 50 orang. 8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno. "Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak," katanya. Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan. 8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan. Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka. 8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng. 8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut. Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka. 8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin. "Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang." 7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang. 7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah. 7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul. Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah. 7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa. 7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi. Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar. Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar. 7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba. 7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan. Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid. 7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh. Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh. 7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun. Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk. Jumlah kenderaan polis itu termasuk; 21 trak polis 1 meriam air 33 van 1 mobile command post 3 bas yang membawa anggota polis 4 Landrovers Light Strike Force 7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS. tamat kemaskini |
[Video & Bergambar] Menjelang Keputusan Kes Anwar - Ribuan Sudah Berada Di Ibu Negara Posted: 08 Jan 2012 03:25 PM PST Amanat Anwar: Ribuan banjiri ibu negara Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Malah, keadaan sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka -- yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara. Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok. Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok. Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan. "Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat," katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai. Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan esok, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini. Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut "tidak mungkin berlaku" lagi. Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang "lawan tetap lawan". Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan "Bebas Anwar 901" esok. -mk Ribuan juga bersama Anwar di padang Kelab Sultan Sulaiman
|
Nasharuddin Terperangkap Lagi Dengan Media Pro-UMNO Posted: 08 Jan 2012 09:16 AM PST Pertikai Anwar PM, Nasharudin Patut Dipecat Juga PENULIS tidak mahu bincang banyak soal pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali kerana tindakan pemecatan itu sepatutnya sudah dibuat lama dahulu, bukan selepas satu demi satu 'kemungkaran' yang dilakukannya sehingga membebankan PAS dan Pakatan Rakyat. Tapi bak kata pepatah lama, "Better Late Than Never". Masalahnya, terbaru ini penulis dimaklumkan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula sebentar tadi muncul di TV3 mempertikaikan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum akan datang. Tidak setakat itu Nasharudin juga mempersoalkan usaha mengadakan himpunan rakyat untuk membebaskan Anwar esok (Gerakan 901). Alasan Nasharudin ialah meletakkan kewibawaan dan kedaulatan mahkamah di tempat yang sewajarnya. Jika semua perasan, ulasan Nasharudin ini senada dengan Hasan Ali beberapa hari yang lepas cuma yang berbeza, Hasan Ali menjadikan soal moral Anwar dan jadual peperiksaan yang sedang berlangsung di hampir kesemua Universiti tempatan sebagai alasan utama Begitu juga dengan medium yang dipilih untuk menyatakan pendirian, TV3 (tidak perlu diulas panjang). Kebetulan, Nasharudin adalah antara 2 pemimpin PAS selain Hasan Ali (kini bekas pemimpin) yang sama terlibat dengan 'pemberontakan' yang berlaku dalam PAS tempoh hari, gara-gara tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Soalnya, baru sahaja Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan PAS akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Tidak berapa lama sebelum itu, DAP juga menyatakan pendirian yang sama. Kenapa Nasharudin pula memilih pendirian berbeza, melainkan dia juga mahu mengikut jejak Hasan Ali? Penulis boleh menerima kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang mempertikaikan soal perlantikan Perdana Menteri interim bagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara. Tapi tidak sama dengan kenyataan Nasharudin kerana persetujuan untuk memilih Anwar sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat itu bukan perkara baru malah sudah lama diperkatakan, terutama sejak pembentukan Pakatan Rakyat pada April 2008. Penulis harap, PAS tidak lagi mengulangi kesilapan sama mengendalikan masalah Hasan Ali dalam hal berkaitan Nasharudin Mat Isa ini juga. Kelihatan pada mata penulis, media-media pro UMNO sedang mula mendekati Nasharudin setelah Hasan Ali 'hilang nilai' apabila dipecat dari PAS. -suarapakatanrakyat klik untuk baca |
Hasan Ali Dipecat Dari PAS - Keluarnya Duri Dalam Daging [Ulasan GB] Posted: 08 Jan 2012 06:16 AM PST Kuala Lumpur, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Selangor akan bincang pengganti Hasan Ali Rabu depan Ulasan GB Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan. Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali. Tak payah GB sebutkan nama mereka. Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya. Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan ulamak dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang ulamak ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN! Seperti yang pernah GB katakan, seorang penampal poster dan seorang blogger picisan mungkin lebih layak diangkat menjadi pemimpin jika dia lebih ikhlas di dalam perjuangan daripada seorang Ketua Pemuda ataupun Ketua Ulamak parti sekalipun tetapi angkuh dan takbur. Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw. Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya. Sebelum PAS dapat mengalahkan musuh di luar, menjadi sangat penting bagi PAS untuk membersihkan musuh dalam selimut. Seperti yang GB ulas sebelum ini. Petikan: Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali. Alhamdulillah, akhirnya Allah mendengar rintihan itu dengan pimpinan PAS mengakui kebenaran kata-kata GB itu dengan mencantas dedalu yang lama bertenggek di dahan PAS. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan