Isnin, 9 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ibrahim Ali Masih Berharap Agar Anwar Dipenjarakan...

Posted: 09 Jan 2012 12:43 AM PST

Ibrahim Ali: Nasib Anwar belum selamat jika Saiful kemuka rayuan

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Walaupun mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat namun Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan "segalanya belum muktamad."

Ini kerana jelas beliau, pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

"Saya percaya pendakwa raya akan membuat rayuan supaya berlaku adil kepada (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan), pengadu yang mengaku diliwat oleh Anwar.


"Jika pendakwa raya merayu (maka) proses keadilan belum selesai. Selepas Mahkamah Rayuan, (kemudian) ada lagi Mahkamah Persekutuan. Jadi segala-galanya belum muktamad," kata Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Keputusan itu diraikan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta keluarga Anwar yang turut hadir memberikan sokongan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ibrahim-ali-nasib-anwar-belum-selamat-jika-saiful-kemuka-rayuan/


Perkasa Sembahyang Sunat Selepas Asar? Ajaran Baru Ulama Muda Umno Ke??

Posted: 09 Jan 2012 12:37 AM PST


Akibat dikelilingi oleh puak-puak yang jahil hukum agama termasuk ulama' muda maka pertubuhan yang kononnya mengaku memperjuangkan Melayu, PERKASA yang memperjuangkan memperjuangkan Islam, tak tahu waktu-waktu yang diharamkan untuk melakukan solat sunat.

Kononnya mengejarkan pahala sebaliknya dosa haram yang mereka dapat.


Inilah contoh bagaimana Islam dipolitikkan untuk menunjukkan kononnya mereka sebagai pejuang Islam, namun kebodohan mereka terserlah menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat.

Untuk pengetahuan Brahim Katak, Solat Hajat merupakan Solat Sunat Mutlaq antara lain seperti solat sunat Taubat yang merupakan solat sunat yang boleh dilakukan bila-bila waktu sahaja, selain dari waktu yang ditegah bersolat (eg: sewaktu matahari tegak, terbit, terbenam, selepas subuh dan selepas solat Asar).

Sabda Nabi Sallallahu 'alahi wasallam-; "Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam" (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa'id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).

Abu Hurairah menceritakan; "Rasulullah menegah dari mengerjakan solat selepas asar hingga terbenam matahari dan selepas subuh hingga terbit matahari" (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah. Bab al-Auqat allati Nuhiya 'an as-Solah fiha).



Maklumlah Brahim katak dikelilingi golongan yang jahil agama seperti ini!!!!

http://karatijau.blogspot.com/2012/01/panassvideo-penyokong-perkasa-lari.html


Penyokong kegembiraan raikan pembebasan Anwar

Posted: 09 Jan 2012 12:30 AM PST

Di sebalik kehadiran polis yang ramai dan tiga letupan sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur, seorang nenek berusia 56 tahun menolak cucunya yang kurang upaya berusia 10 tahun, sambil mengendong cucunya yang berusia tiga tahun.

"Ibu bapa mereka bekerja, jadi saya bawa mereka bersama-sama, untuk menyokong Anwar. Saya telah menyokong beliau sejak tahun 1998," katanya dengan bangganya.

Wanita itu adalah antara lebih 5,000 penyokong yang berhimpun di luar kompleks mahkamah sejak awal pagi ini untuk mendengar keputusan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebahagian besar mereka yang datang berpendapat Anwar akan dijatuhkan hukuman bersalah tetapi menggagahkan diri untuk datang dan meneruskan saki baki perjuangan tanpa ketua umum PKR itu.

"Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!" kata bekas speaker Perak V Sivakumar.

Tetapi keadaan sekitar bertukar kepada kekeliruan seketika apabila diumumkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan beliau dibebas dan dilepaskan.

Setelah mendapat pengesahan berita itu, penyokongnya terus melonjak keseronokan dan menjerit, "Anwar tidak bersalah!".

Ramai yang kelihatan bergembira sambil memeluk satu antara lain seolah-olah Malaysia telah memenangi kejohanan bolasepak Piala Dunia.

Sambil bertepuk dan melompat dengan gembira, laungan "reformasi" mula bergema dan memekakkan telinga.

Di kamar perbicaraan, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus memeluk suaminya dengan gembira dan menahan sebak setelah merana dan trauma sejak perbicaraan bermulka pada tahun 2008.

Sejurus itu, pasangan berkenaan keluar dari bangunan mahkamah dan mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya. Mereka disambut tepukan gemuruh dengan laungan "reformasi" terus bergema sehingga menyebabkan keadaan hinggar binggar seketika.

Anwar kemudian mengisytiharkan bahawa perjuangan mereka masih jauh daripada tamat.

"Kita telah dengar tadi bahawa saya kini bebas. Tetapi ini bukanlah mengenai kebebasan saya. Tugas kita sekarang ialah untuk membebaskan rakyat ... Bebaskan rakyat! ... Bebaskan rakyat."


Rakaman Peserta Perhimpunan 901 BAWA SENJATA BERBAHAYA

Posted: 08 Jan 2012 10:30 PM PST



Senjata berbahaya atau sekaki payung?. Apabila rakaman ini di zoom dekat, imej pemegang payung yang disangkut pada tali pinggang semakin jelas.

Dalam keriuhan orang ramai yang menghadiri perhimpunan 901, pihak polis berjaya merakamkan gelagat seorang peserta yang 'membawa senjata berbahaya'. Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang sedang berdiri di lereng bukit, sambit 'senjata' tersebut tergantung di tepi seluarnya.


Bagaimanapun rakaman yang dirakam dari jauh itu tidak jelas menunjukkan jenis senjata tersebut. Selepas diperhatikan, 'senjata' yang dimaksudkan lebih menyerupai sekaki payung. Mungkin kerana payung ini disangkutkan pada tali pinggang lelaki tersebut menyebabkan ia kelihatan seakanb senjata berbahaya - pedang jika dilihat dari jauh. Ada beberapa faktor yang menguatkan bahawa objek tersebut bukan senjata :

1. Lelaki itu berdiri dihadapan orang ramai dengan jelas, tenang dan terbuka. Jika dia membawa senjata merbahaya, pasti orang ramai yang memberikan reaksi. Sama ada mereka menangkap lelaki tersebut dan menyerahkan kepada polis, atau orang ramai berlari bertempiaran kerana ketakutan dengan senjata tersebut.

2. Polis yang menjaga keselamatan (termasuk jurukamera polis yang merakamkan kejadian tersebut) pastinya akan mengambil tindakan segera dengan melaporkan dan menangkap suspek tersebut. Polis pastinya tidak akan membiarkan suspek yang sengaja mendedahkan dirinya dihadapan orang ramai secara terbuka itu begitu sahaja.

3. Imej pemegang payung yang disangkut pada tali pinggang seluar agak jelas kelihatan ketika rakaman ini di zoom lebih dekat.


Syukur semuanya berjalan dengan baik walaupun ada provokasi menggunakan letupan mercun berhampiran bangunan medan Mara. Polis yang mengawal dengan baik hari ini juga telah meminta orang ramai bersurai selepas ada provokasi tiga letupan tersebut.Para peserta yang sebelum ini berkumpul di perkarangan mahkamah telah bersurai sepenuhnya.

http://pulakdah.blogspot.com/


Himpunan 901 dicemari letupan bom, pergelutan

Posted: 08 Jan 2012 09:14 PM PST

Perhimpunan di sekitar kompleks mahkamah hari ini dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan di antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong kepada pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan.

Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Ketua polis Kuala Lumpur DCP Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu, menurut laporan.


Polis turut menemui peranti bom termasuk bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan, Mohamad Saleh dipetik sebagai berkata.

Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan di lokasi tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/186078


Saiful: Hukuman di akhirat pasti

Posted: 08 Jan 2012 09:09 PM PST

Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau reda dengan keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwatnya.

Bagaimanapun, tegasnya, walaupun tidak di dunia, hukuman di akhirat nanti pasti akan berlaku.

"Tidak di dunia,namun di (padang) Masyar PASTI," kata bekas pembantu Anwar dalam pesanan Twitter.

Beliau tidak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta ketika keputusan diumumkan hari ini.


Dalam pesanan Twitter sama, Saiful berkata, beliau akan terus tenang, berdoa, istiqamah dan bersabar terhadap apa yang menimpanya.

"Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah engkaulah matlamatku dan aku mencari keredaan-Mu)," tulisnya lagi.

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibuat Saiful pada 2008 kerana hakim mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan pengadu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, mahkamah tidak dapat mensabitkan ahli politik berumur 64 tahun itu dengan pertuduhan semata-mata berdasarkan kepada keterangan Saiful.

http://www.malaysiakini.com/news/186077


Kereta Elizabeth Wong di Bom! -UPDATED!

Posted: 08 Jan 2012 07:50 PM PST


Updated : Okey, kat atas neh gambar di lokasi kejadian. Gambar neh oleh wartawan metro. Bom tangan buatan sendiri neh telah mencederakan seorang mangsa. Sapa yang gila babi main bom pagi2 neh. Memang sohai siot.

Dasar penyokong yang tak boleh terima hakikat kebenaran.

Dipetik dari ameno world

Terkini - Kereta Eli Wong Exco Selangor Dibom!

Posted: 08 Jan 2012 07:33 PM PST


Kami baru mendapat berita dari facebook mso yang kereta exco selangor dibom.

Minta sahabat beredar dengan selamat.

Sumber dari kerabubersuara.blogspot.com

Sidang Media Anwar Selepas Bebas

Posted: 08 Jan 2012 07:12 PM PST


Liwat 2 - Sekitar Perkarangan Mahkamah Jalan Duta Pagi Tadi

Posted: 08 Jan 2012 07:10 PM PST






TERKINI - Lambaian Kemenangan Anwar Ibrahim Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Posted: 08 Jan 2012 06:00 PM PST


Anwar sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain.

Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.

Hakim membebaskan Anwar dari tuduan liwat. Keputusan yang benar-benar upset. Keputusan ini sudah tentu disambut dengan linangan air mata kegembiraan oleh puluhan ribu penyokong Anwar yang berhimpun sejak awal pagi.




TERKINI - Hakim Bebaskan Anwar..

Posted: 08 Jan 2012 05:33 PM PST

LAPORAN LANGSUNG


9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Terkini Liwat 2 - PEKIDA.. Hehehe

Posted: 08 Jan 2012 05:12 PM PST


9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.

9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terkini Liwat 2 - Tak Sampai 50 Orang Ahli Pekida Dan Perkasa Yang Hadir

Posted: 08 Jan 2012 05:01 PM PST

8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan SriKhalid Ibrahim.

8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan "reformasi' bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.


8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!"

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.

8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.

Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.


Terkini Liwat 2

Posted: 08 Jan 2012 04:42 PM PST

LAPORAN LANGSUNG

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.

8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.


"Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak," katanya.

Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.

8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.

8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang."

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

‘Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim’ kata Hasan Ali

Posted: 08 Jan 2012 03:50 PM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan — Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui pemecatan ke atasnya oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menjelaskan, segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS.

"Anwar Ibrahim punca saya dipecat," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini di kediamannya dalam satu sidang media malam tadi.


Hasan (gambar) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar adalah kerana tidak mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Anwar.

"Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya rasa amat kotor.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

Tambahnya, Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang yang 'meragukan' dan dia turut berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat merupakan individu yang lebih layak memegang jawatan itu.

"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

"Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?"

"Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya lagi.

Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut bukan sahaja tidak dihargai dan dibimbing, malahan disekat oleh PAS sendiri.

Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam ini adalah sebagai menyatakan sokongan peribadinya kepada Hasan, yang padanya sentiasa komited memperjuangkan Islam walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang langsung kepada beliau untuk member penjelasan.

"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan masih ada ruang untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro Umno ingin menjadi ahli Umno.

"Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya.

Ibrahim Ali pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini.

"Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip," katanya lagi.

Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

Menurut Abdul Hadi, kenyataan yang dikeluarkan Hasan melarang ahli PAS daripada menyertai perhimpunan pembebasan Anwar 901 yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi hari ini adalah menghina keputusan presiden yang menyatakan sokongan terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti," kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.

Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Hasan turut menyatakan PAS sudah tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya.

Hasan turut menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok adalah perbuatan sia-sia.


Liwat II: Ribuan mula banjiri di luar mahkamah

Posted: 08 Jan 2012 03:43 PM PST


Kira-kira 1,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun sebelum itu hujan renyai-renyai.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.


Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

LAPORAN LANGSUNG

7.12 am: Di Masjid Kuala Lumpur, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.


Setelah Dipecat Macam Mana Pula Kedudukan Hasan Ali Dalam Kerajaan Selangor??

Posted: 08 Jan 2012 05:35 AM PST


Yang mungkin lebih menariknya, apa reaksi istana Selangor lepas ni. Pasainya MB Selangor Khalid Ibrahim tentu akan rombak anggota Exco negeri Selangor dan singkirkan Dr. Hasan Ali dan tindakan nak rombak Exco mesti mendapat perkenan sultan.


Apakah Dr. Hasan Ali yang dikatakan Exco kesayangan istana akan dibela oleh pihak istana dan kalau betul Dr. Hasan Ali adalah Exco kesayangan istana, setakat mana pihak istana sanggup nak bela.

Lebih cepat Khalid Ibrahim buat tindakan lebih bagus.

Gua cilok dari sini


Zaid Ibrahim Mohon Kemaafan Dari Anwar

Posted: 08 Jan 2012 05:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.


" Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated (Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.


Nasharuddin Mat Isa Teringin Dipecat Jugak Ke??

Posted: 08 Jan 2012 04:19 AM PST


Duduk elok-elok tak nak.. Mau juga keluar kat TV3 suku.. Saja nak cari penyakit.. Bodoh yang tak boleh diajar.. Hehehe..

Hasan Ali Belakon Sedih Pulak..

Posted: 08 Jan 2012 03:44 AM PST

Hasan: Saya sedih dibalas sedemikian rupa

Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu.

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya hari ini mengumumkan memecat Dr Hasan atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".


Pemecatan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa pusat lebih tiga jam di Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu.


Dr Wan Azizah: Message On Eve Of 901 (January 09)

Posted: 08 Jan 2012 01:43 AM PST


Tiada ulasan: