MiLo SuaM |
Bodoh! Pengiring keluarga Anwar, Fayad dituduh racun diri sendiri! Posted: 07 Jan 2012 04:58 PM PST MALAM tadi di dalam satu ceramah yang diadakan di Cheruk Tok Kun, pengiring keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri dipercayai telah disuntik jarum beracun yang akhirnya mengakibatkan beliau terpaksa dihantar ke hospital rujuk sini [jarum beracun]. Laporan tidak rasmi pihak hospital mendakwa Fayad telah disuntik dengan dadah jenis Morphine. Seperti biasa blogger United Malays No Otak, Umno akan memutar belitkan cerita dan mengelirukan pembacanya dengan hujah-hujah yang tampak benar. Anda boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Fayad yang sedang sakit terlantar di hospital dikatanya sengaja membenarkan diri beliau disuntik. Blogger yang mendakwa dirinya seorang doktor itu mengeluarkan hujah bahawa tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat! Mungkin ada benarnya kata beliau, namun penggunaan Morphine Pekat (concentrated Morphine) dan modified syringe (picagari ubahsuai) dengan isipadu yang besar, serta jarum yang lebih pendek memungkinkan masa yang diambil menjadi lebih singkat. Secara analogi, air gula pekat hanya diperlukan sedikit untuk memberikan rasa manis pada secawan MiLo SuaM. Doktor menyuntik 1 mL (cc) cecair tentulah berbeza dengan pembunuh nak suntik racun. Tidak ada kira-kira sakit atau tidak orang yang disuntik, tidak ada pertimbangan berapa banyak cecair yang mahu disuntik yang penting suntik. Ditambah dengan keadaan Fayad yang barangkali tidak pernah mendapat rawatan narkotik, boleh mengakibatkan dirinya lebih terjejas. Perlu diingat, orang yang menyuntik juga sudah bersedia memikirkan cara terbaik untuk menyuntik. Kita tak tahu berapa mL Morphine sudah masuk melalui tangan Fayad, apa yang jelas beliau sudah terlantar di hospital. Logikkah Fayad berpura-pura sakit? Bodohkah doktor di hospital? Mungkinkah Fayad sengaja meracuni dirinya sendiri? Lagilah tak masuk akal. Gambar kesan tusukan jarum di tangan Fayad juga menunjukkan bahawa beliau tidak dicucuk oleh jarum biasa, lubang di tangannya agak besar. Kita tak tahu picagari, atau alat bagaimana yang telah digunakan untuk meracuni Fayad. Apa yang jelas tangan kirinya telah berlubang dan keadaannya kritikal. Sejak dahulu lagi hujah United Malays No Otak, Anwar tumbuk muka sendiri, Anwar cederakan diri sendiri, Teoh Beng Hock bunuh diri, Sarbaini bunuh diri, Mat Sabu jatuh sendiri, and you name it! Bila ada saja kecelakaan kepada pihak Pakatan Rakyat, belum apa-apa mereka dah simpulkan bahawa kecelakaan itu sengaja dibuat sendiri. Kini Fayad pula dituduh racun diri sendiri. Kambeng punya orang! ReJaM© "Teringat kata Tun Mahathir, Harun Din sakit jantung kenapa tak ubat diri sendiri?" Kronologi Fayad diracun, klik sini [Anak Sungai Derhaka] |
Pengiring Wan Azizah Fayad, disuntik jarum beracun Posted: 07 Jan 2012 09:54 AM PST PENGIRING keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri yang sebelum ini cedera parah akibat ditembak bom asap di saat melindungi Anwar Ibrahim pada perhimpunan BERSIH 2.0, rujuk sini [Fayad], sekali lagi menjadi mangsa. Semasa mengiringi Wan Azizah dalam satu program ceramah di Cheruk Tok Kun, malam tadi, Fayyad dipercayai terkena jarum suntikan beracun, saat dikerumuni ribuan rakyat semasa masuk ke pentas ceramah. Keadaan wajah beliau sedari awal sudah kelihatan pucat dan tidak bermaya akibat suntikan itu. Akhirnya, semasa perjalanan pulang jantung dan nadi Fayad didapati terhenti, memaksa mereka berpatah balik untuk ke hospital. Berikut gambar terrbaru Fayad di hospital yang diambil dan dikirimkan oleh salah seorang rakan. Maklumat terbaru, tidak rasmi dari pihak hospital mendakwa Fayad telah disuntik menggunakan dadah jenis Morphine. Meskipun masih dalam keadaan lemah dan kritikal, jantung beliau dikatakan sudah kembali berdegup. Rujuk link ini untuk melihat bagaimana dadah jenis Morphine mampu bertindak sebagai racun yang mampu membunuh [MedlinePlus] ReJaM© "Maklumat lanjut menyusul..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan