Ahad, 8 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Dari Tong Tahi Hasan Ali Datang Ke Tong Tahi Juga Dia Dikembalikan..

Posted: 07 Jan 2012 11:51 PM PST





KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS


Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar

Posted: 07 Jan 2012 09:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.

Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."


Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi.

Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok.

Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube.



Kaki Khianat Ditahan Polis

Posted: 07 Jan 2012 07:56 PM PST

Tiga termasuk wartawan ditahan kes 'conteng'

Seorang wartawan adalah antara tiga lelaki yang ditahan polis kerana dipercayai menconteng dinding menggunakan penyembur cat di pelbagai lokasi berhampiran Brickfields awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka ditahan kira-kira 6.30 pagi itu kerana menulis perkataan biadap pada dinding berkenaan.

"Kami menemui contengan itu di Pasar Seni, Penjara Pudu, Bangsar Utama, Stesen Komuter Pantai Dalam dan Stesen Bas Jalan Raja Laut di sini," katanya kepada pemberita semalam.


Beliau berkata seorang daripada suspek adalah pemberita akhbar milik parti pembangkang manakala dua lagi penulis bebas.

Mereka ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) ketika dalam perjalanan ke Stesen Komuter Pantai Dalam.

Wan Abdul Bari berkata suspek yang berusia lingkungan 27 dan 30 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah serta Seksyen 509 kanun sama kerana menulis 'perkataan atau isyarat yang bertujuan menghina
kesopanan seseorang'.

Beliau berkata mereka ditahan berdasarkan aduan polis sendiri dan direman sehingga 10 Januari ini.



Mengapa DSAI akan Dipenjara

Posted: 07 Jan 2012 05:13 PM PST

Ada yang bertanya kepada saya sebelum saya bertolak ke Saudi, bagaimana dengan kes Anwar? Saya menjawab, dia akan didapati bersalah dan akan dipenjarakan. Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana pihak berkuasa tiada pilihan melainkan mendapati beliau bersalah. Sekian lama telah diwar-warkan bahawa beliau bersalah dan dihina dengan sebegitu rupa, kalau didapati tidak bersalah sudah pasti akan merupakan pukulan hebat terhadap Najib.

Pada masa yang sama Anwar akan menyatakan keputusan tidak bersalah adalah bukti betapa beliau difitnah dan dizalimi selama ini. Oleh itu, pada saat sebelum pilihan raya seperti sekarang, ianya mampu mengalihkan sokongan rakyat kepada PR dengan lebih lagi sehingga mengakibatkan BN akan terus terkubur di seluruh Negara. Oleh itu Anwar akan didapati bersalah dan dipenjarakan.


Anwar sudah berusia 64 tahun, dengan segala masalah kesihatannya, bersiap sedia untuk mengharungi kekejaman BN sekali lagi. Beliau sedang bergerak ke seluruh Negara, meninggalkan pesan supaya rakyat tidak putus asa dan perlu terus bangkit untuk mencapai kebebasan dari kerajaan yang zalim. Kecekalannya membanggakan semua. Kalau beliau ingin bersara dan menikmati sisa hidupnya dengan keluarganya, bebas dari ancaman dan ugutan, tiada siapa boleh menyalahkannya. Namun beliau terus berjuang kerana faham betapa besarnya perjuangan yang dibawanya.

Ada yang mengatakan ianya soal peribadi. Hakikatnya, kalau tidak kerana Anwar menentang penyelewengan BN, sudah pasti beliau menjadi PM selepas Mahathir. Kalau Anwar memikirkan peribadinya, mengapa digadaikan kedudukan dan jawatan demi perjuangan ini? Ianya bukan persoalan peribadi, ianya persoalan keadilan. Ianya persoalan masa depan rakyat dan Negara.

Dan beliau sedar bahawa beliau akan dipenjarakan dan mungkin dikasari seperti dahulu, wa naudzubillahi min dzalik. Namun beliau terus berjuang kerana faham, tiada siapa yang akan hidup buat selama-lamanya. Dengan peluang hidup yang satu ini, beliau ingin membuka jalan untuk seluruh rakyat supaya bebas dari kongkongan pemimpin BN yang zalim.

AYAT QURAN UNTUK DIRENUNGI

"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.". (Al-Hujurat 9)


Ayat ini adalah sebelum ayat "Sesungguhnya orang beriman adalah bersaudara…". Jika dilihat pada ayat ini Allah dengan jelas memerintah ummat Islam supaya memerangi golongan orang beriman yang tidak mahu berdamai dengan kembali kepada perintah Allah. Golongan ini terus ingin melakukan perperangan dan kezaliman terhadap yang satu lagi walaupun dinasihati untuk berdamai dan menerima apa yang ditetapkan oleh Allah sebagai kaedah penyelesaian. Walaupun Allah memperakui mereka sebagai golongan orang beriman, namun perintah untuk memerangi mereka jelas diberi. Dan mereka perlu diperangi sehingga mereka kembali berdamai atas apa yang telah Allah tetapkan.

Ayat ini mempunyai maksud yang jelas bahawa walaupun orang beriman adalah bagaikan saudara, namun perintah Allah mengatasi persaudaraan itu. Golongan zalim di kalangan orang beriman wajib ditentang oleh ummat Islam seluruhnya. Tidakkah penafian royalti itu zalim? Tidakkah fitnah liwat itu zalim?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Pengiring Wan Azizah disuntik jarum beracun

Posted: 07 Jan 2012 03:56 PM PST

Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.


"Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter.

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

"Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun," katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.

http://keadilandaily.com/mobile/?post=25268


Pemuda Pas Sama Bengong Macam Hasan Ali

Posted: 07 Jan 2012 07:19 AM PST

Pemuda Pas Juga Kena Sindrom Hasan Akidah

Naik Ketua Dewan Pemuda Pas Raja Ahmad Hiss marah dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan campur tangan dalam Pas meminta Pas mengambil tindakan kepada Hasan Ali yang menyeru mahasiswa supaya tidak menghadiri himpunan 901.

Kata Raja ahmad Hiss Azmin tidak perlu campur tangan mendesak Pas mengambil tindakan sebab Hasan masih ahli Pas.

Saya setuju kalau Azmin tidak membuat desakan itu secara terbuka. Azmin boleh menyuarakan rasa terkilan atas tindakan terbuka Hasan Ali itu. Tetapi sebenarnya Raja Ahmad juga tidak patut membuat teguran terbuka sama seperti Azmin. Dia juga perlu menyalurkan rasa tidak senang hati itu kepada ketuanya Nasrudin Hasan.


Biarlah Nasarudin yang menyampaikan kepada pucuk pimpinan rasa kurang senang pemuda itu. Bila Raja Ahmad juga menyatakan rasa kurang senang itu secara terbuka dia sama lah dengan Azmin. Sama-sama tidak bijaksana. Sama-sama 'gomal'.

Untuk adil juga Raja Ahmad sepatutnya menegur sama Hasan Ali yang tidak bijaksana membuat seruan itu. Hasan Akidah yang tidak pandai dan bijaksana dalam politik itu sepatutnya ditegur. Malahan menegur Hasan Akidah lebih afdal bagi Raja Ahmad daripada menegur Azmin.

Saya rasa dalam hal ini pemuda yang saya kira setengahnya masih tidak cukup umur politik lebih baik mendiamkan diri. Janganlah cuba menjadi tikus untuk membaiki labu dalam saat orang tua pertelagahan sesama sendiri yang masing-masing hendak menunjukkan cerdik. Pemuda lebih baik tumpu kepada isu-isu pilihan raya.

Isu yang baik pemuda patut membuat kajian berhubung dengan sistem saraan baru perkhidmatan (SBPA) yang kini tidak disenangi oleh kakitangan awam. Isu ini baik diketengahkan dengan luas untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menolak UBN dan menyokong Pakatan Rakyat.

Dengan mencampuri urusan-urusan bersifat peribadi begitu bukan tindakan dan cara berpolitik yang bijak dari pemuda. Kalau hanya untuk bercakap bagi mengelakkan air liur pekat dalam mulut baik tidak usah bercakap. Mungkin pemuda seperti Raja Ahmad atau Nasraudin dan sewaktu dengannya boleh cari buah sentol putik dan kulum dari pagi hingga ke petang.

Apa bila mereka bercakap seolah tidak setuju dengan himpunan 901 sedangkan presidan Abdul Hadi Awang menyatakan tidak setuju seolah kini wujud parti dalam parti dalam Pas. Protes secara senyap juga berlaku. Nasrudin Hasan yang mengatakan akan menghadiri himpunan 901 tetapi bukan kerana peribadi Anwar juga berbau sikap tidak menyokong himpunan berkenaan.

Kenapa terjadi senario demikian? Apakah Pemuda Pas juga telah terkena sindrom Hasan Akidah?

- www.msomelayu.blogspot.com


Parkir tempat perhimpunan hanya boleh muat 5,000

Posted: 07 Jan 2012 07:13 AM PST

Kawasan parkir di seberang Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang dicadangkan sebagai tempat untuk mengadakan perhimpunan aman Isnin ini, hanya boleh memuatkan kira-kira 5,000 orang dan apabila ia penuh, mereka yang datang kemudiannya akan diminta beredar dari situ, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Katanya, tiada siapa akan dibenarkan berhimpun di mana-mana tempat lain untuk tujuan serupa, kecuali di kawasan parkir yang dimohon penganjur dan diluluskan Polis Sentul itu.

Bercakap dalam majlis taklimat untuk pengarang media di ibu pejabat polis Bukit Aman, Ismail berkata kelulusan tidak diberi kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain di seluruh negara, kecuali di kawasan parkir di seberang kompleks mahkamah tersebut.


Perhimpunan berkenaan dirancang diadakan sempena pengumuman keputusan oleh Mahkamah Tinggi berhubung perbicaraan kes liwat terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ismail berkata walaupun 740 laporan polis dibuat untuk membantah rancangan mengadakan perhimpunan itu, polis membuat keputusan membenarkannya diadakan sejajar dengan semangat Rang Undang-undng Perhimpunan Secara Aman yang diluluskan dua dewan Parlimen baru-baru ini.

Sejajar dengan itu, beliau menasihati penganjur perhimpunan berkenaan supaya mematuhi syarat yang dikenakan polis dan telah mereka persetujui dalam perjumpaan selama kira-kira sejam setengah semalam.

Beliau berkata polis, yang sentiasa memantau keadaan di seluruh negara dan komen yang tersiar melalui ruang siber, mungkin mengadakan perjumpaan dengan penganjur perhimpunan itu esok untuk memastikan mereka benar-benar memahami syarat yang dikenakan untuk perhimpunan Isnin ini.

Di samping syarat mengenai lokasi perhimpunan dan orang ramai perlu bersurai apabila kawasan itu sudah dipenuhi, syarat lain ialah larangan penggunaan kata tanda (tagline) "Free Anwar 901" atau "Free Anwar" pada risalah dan sepanduk dan penyampaian ucapan di venue berkenaan.

Penganjur hanya dibenarkan menggunakan dua pelaung suara untuk tujuan mengawal orang ramai dan mereka juga perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat kacau atau mengganggu keamanan hingga boleh menjejaskan prosiding mahkamah.

Selain dilarang membawa senjata, peserta juga perlu beredar dalam tempoh sejam seleaps mahkamah mengumumkan keputusannya berhubung kes itu.

Ismail berharap peserta perhimpunan itu bersikap bertanggungjawab, berkelakuan sopan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan negara, yang kini mengalami pertumbuhan ekonomi relatif kukuh dan mencatat penurunan kadar jenayah.

"Ini bukan perkara main-main... jangan bertindak macam orang tidak berakal," kata beliau sambil mengingatkan peserta perhimpunan itu supaya menghormati sistem kehakiman negara yang membenarkan seseorang itu menggunakan semua peluang untuk membuat rayuan dan tiada siapa sepatutnya mencabar pentadbiran keadilan negara dengan berhimpun di jalanan.

Ismail berkata setiap rakyat negara ini berperanan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan perkara itu bukan tanggungjawab polis semata-mata.

http://www.malaysiakini.com/news/185975

Ahli PAS diarah patuhi persetujuan polis dan PKR

Posted: 07 Jan 2012 04:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengarahkan ahli dan penyokong agar mematuhi segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama antara pihak penganjur dan polis ketika menyertai perhimpunan 901 esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, mereka perlu mematuhi semua arahan itu untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar.

"Saya meminta semua ahli dan penyokong PAS yang menyertai perhimpunan esok agar mematuhi segala persetujuan yang telah dicapai antara Azmin (Ali) dengan polis semalam," katanya kepada Harakahdaily.


Azmin, Timbalan Presiden PKR, menemui polis semalam bagi membincangkan permohonan pihaknya untuk mengadakan perhimpunan bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Mahkamah dijangka akan menjatuhkan hukuman kepada Anwar esok dalam pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Pihak polis telah menyatakan persetujuan untuk memberikan kebenaran mengadakan perhimpunan tersebut berdasarkan akta perhimpunan awam yang baru diluluskan Parlimen.

Polis membenarkan peserta perhimpunan berhimpun di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Polis telah menetap syarat untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan termasuk perhimpunan hanya boleh dibuat di padang kereta itu sahaja.

Jika padang itu sudah penuh, mereka yang selebihnya hendaklah bersurai dari kawasan mahkamah.

Mereka juga dikehendaki jangan sesekali mengganggu persidangan mahkamah dan hendaklah bersurai sejam selepas mahkamah membuat keputusan.

Azmin dalam sidang mediannya berkata, pihaknya telah mengemukakan beberapa usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Dalam usaha memastikan segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga menyatakan perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran Bangunan Matrade.

"Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7442-ahli-pas-diarah-patuhi-persetujuan-polis-dan-pkr


Umno Melaka Naik Angin..

Posted: 07 Jan 2012 02:25 AM PST

Kira-kira 100 orang yang mewakili beberapa NGO menyerahkan memorandum di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah hari ini sebagai membantah tindakan membenarkan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" diadakan.

Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, turut menyertai penyerahan tersebut ialah Persatuan Ketua Kampung (Sidang-Sidang) Negeri Melaka, Perguruan Gerak Insan Seni Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Sejati Melaka.

Memorandum itu diserah oleh yang dipertua Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka, Ismail Othman, kepada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Menurut Ismail, walaupun perhimpunan dibenarkan di kawasan berkenaan tetapi pihaknya bimbang sekiranya ia membabitkan kumpulan yang besar, kemungkinan akan menganggu ketenteraman awam di situ.

"Tujuan kita menghantar memorandum ini adalah untuk menyatakan pendirian bahawa perhimpunan "bebaskan Anwar 901" adalah suatu perhimpunan yang sia-sia kerana jelas mengganggu proses mahkmah.

Yang dipertua PERKASA Melaka, Abdul Rahim Osman turut menyarankan rakyat supaya membuat penilaian sewajarnya terhadap tujuan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" diadakan.

"Walaupun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa iaitu polis namun kita merasakan keselamatan negara lebih penting daripada mempertahankan peribadi seseorang itu," katanya.

Sementara itu, Asisten Komisioner Salehhudin pihaknya menerima memorandum tersebut dan akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi polis di Ibu Pejabat Polis, Kuala Lumpur.

"Meskipun pihak polis telah membenarkan perhimpunan itu diadakan, namun saya harap mereka ini dapat patuh kepada peraturan dan syarat yang dibenarkan untuk menjamin ketenteraman awam dan keselamatan dapat dipelihara," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/185965


Hasan Ali menghina Presiden PAS

Posted: 07 Jan 2012 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu kerana mengeluarkan kenyataan "melawan arus" yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Hasan yang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.

"Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.


"Beliau juga mengatakan pergi ke mahkamah adalah perbuatan yang sia-sia, ini adalah satu penghinaan kepada presiden PAS dan satu perkara yang amat memilukan apabila seorang presiden dihina oleh seorang pemimpin yang kononnya menyanjung tinggi ulama namun tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang menghina presiden sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 an menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Semalam Abdul Hadi berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah "untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing."

Ekoran kenyataan Dr Hasan itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu.

Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan.

Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, PAS akan memanggil Dr Hasan untuk memberikan penjelasan dan tindakan akan diambil dengan mengikut perlembagaan parti.

Beliau menambah tindakan yang akan diambil PAS bukan disebabkan pengaruh atau desakan sesiapa.

"Tindakan PAS tidak berasaskan kepada apa orang cakap, kita buat tindakan mengikut bidang kuasa kita...tindakan ini bukan disebabkan Azmin Ali atau pemimpin lain.

"Begitu juga semasa pertemuan presiden dengan Dr Hasan Ali sebelum ini, ia bukan disuruh oleh sesiapa tetapi adalah tindakan PAS sendiri...kita mempunyai prosedur dan pendirian sendiri," katanya.

Mahfuz berkata sebarang bentuk hukuman akan diputuskan oleh kepimpinan PAS.

"Apa yang berlaku ini sangat mendukacitakan...ahli merungut dan kecewa dengan tindakan Dr Hasan Ali yang telah merosakkan suasana dalam parti," katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-hasan-ali-menghina-presiden-pas-kata-mahfuz-omar/


901: PKR tak terikat dengan sekatan polis, kata Azmin

Posted: 07 Jan 2012 01:45 AM PST

Timbalan Presiden PKR, Azmina Ali hari ini berkata bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan Isnin ini.

Oleh itu, katanya, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.

"Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat 6 Januari 2012.


"Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM," katanya dalam satu kenyataan.

"Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini,
selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," tambah Azmin.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan di laman Facebooknya semalam 10 syarat bagi perhimpunan tersebut, termasuk larangan membawa sepanduk, pembesar suara atau ucapan awam.

Syarat-syarat tersebut dikenakanoleh polis daerah Sentul, Kuala Lumpur - tempat lokasi Mahkamah Kuala Lumpur.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada 'loud hailer' tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/185954


Tiada ulasan: