MiLo SuaM |
Tragedi berdarah UPSI, Mahasiswa Islam seru solat hajat dsn Qunut Nazilah Posted: 03 Jan 2012 06:25 PM PST TABIR 2012 disambut dengan lembaran 'Tragedi Berdarah' di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. Tragedi itu menyaksikan 17 mahasiswa ditahan dan Muhammad Safwan Anang, Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) cedera parah dibelasah pihak polis kerana melakukan demonstrasi aman menuntut kes Adam Adli supaya digugurkan pihak universiti. Seakan satu kelucuan apabila membaca kenyataan Datuk Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Perak, bahawa kecederaan ahli kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan 'rempuhan yang mereka lakukan sendiri', dan bukan dipukul polis seperti didakwa. Ya, 'rempuhan sendiri' sehingga menyebabkan koma dan bermandi darah pada waktu kejadian. "Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan.", ujar Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Sudahlah penguasa! Rakyat sudah muak. Sampai bila mahu berdalih lagi. Kezaliman demi kezaliman yang dilakukan kepada mahasiswa semakin menjengkelkan Apabila mahasiswa pro-kerajaan melakukan demonstrasi membantah tindakan Adam Adli tempohari, ia diistilahkan sebagai 'perhimpunan aman' manakala demontrasi aman oleh mahasiswa yang bersama dengan Adam Adli dinamakan sebagai 'perhimpunan haram', 'mencetuskan' keganasan' dan lain-lain label yang negatif. Bertali arus hentaman media kepada mahasiswa mengenai isu ini. Kepada sang penguasa, Anda mungkim selamat di dunia dengan jaminan 'orang atasan' anda. Anda mungkin boleh bersenang lenang dengan putar-belit anda. Namun, mahkamah akhirat tetap menanti anda. Mungkin ada yang beralasan, "Tak semua polis begitu. Ada yang baik dan bersama-sama dengan perjuangan mahasiswa, cuma mereka dipaksa.". Marilah merenung mutiara nasihat dari Hasan al-Basri radhiallahuanhu kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. 'Umar bin Hubairah mengadu kepada Hasan al-Basri radhiallahuanhu, katanya: "Sesungguhnya Khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi satu kesalahan di sisi agama?" Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu." Kepada mahasiswa, Perjuangan tetap perlu diteruskan. Bukankah cabaran itu adalah lumrah buat orang yang beriman? Firman Allah: Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah: 214) Allah SWT menjanjikan pertolongan saat kita menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dari-Nya. Dengan ini, semua mahasiswa di seluruh dunia khususnya di Malaysia diseru melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah. Moga-moga dengan munajat ini, Allah SWT memberikan kemenangan buat mahasiswa, dan pastinya kemenangan buat perjuangan rakyat. Mari kita realisasikan, 'Tahun 2012: Tahun Kebangkitan Mahasiswa"! Gamis Inspirasi Anak Muda Akram Ikramin Tabi Azamudden Presiden GAMIS (Gerakan Mahasiswa Islam) ReJaM© |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan