Blog-list Malaysia |
- Isu Surau Salahiah - Blogger Pas Patahkan Hujah Bodoh & Dangkal Blogger Belaan Umno
- Penegerusi NFC Bayar RM1.755 Juta Untuk Merasuah Pegawai SPRM Dan PDRM
- Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar
- Polis muat naik video tangkis dakwaan kekasaran
- Beranikah PDRM Tangkap Dan Dakwa Taib Mahmud Dan Keluarga?
- Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang
- Ibu Mengaku Ini Memang Gambar Amalina
- Afdlin Tak Puas Hati Dengan Juri.. Macam Le Dia Tak Pernah Kutuk Orang..
- Pendedahan Seorang Ikon Palsu: RPK Akan Pulang!
- Wanita Umno Kena 'Basuh' Dengan Auntie Cina
- Bimbang Periuk Nasi Tergugat, Afdlin Shuki Sertai UMNO
- FRU: 'Tak sengaja' tembak meriam air
Isu Surau Salahiah - Blogger Pas Patahkan Hujah Bodoh & Dangkal Blogger Belaan Umno Posted: 04 Jan 2012 12:38 AM PST Debat Kedah Times lawan Saiburi Sudin (Kedah La) Selepas tertunggu-tunggu komen terhadap hujah mantop Exco Penerangan Kerajaan Negeri kedah, YB Abdul Ghani Ahmad terhadap 10 perkara yang beliau timbulkan, akhirnya muncul jugak jawapan dari sebuah blog pro Datuk Mukhriz iaitu Kedah Times berhubung isu Bangunan Salihiah, Kanchut. SS siarkan hujah mereka di sini tanpa tapisan biar rakyat nilai ungkapan yang penuh dengan maki hamun dan sumpah seranah itu. Ungkapan2 'mulia' yang dikeluarkan oleh pihak yang kononnya mahu perjuangkan Islam, pertahankan 'Rumah Allah'. Bodoh, kurang ajar, takdak otak, hipokrit, buta, bahlol, barua, pekak, penyangak dan lain2 lagi bahasa kesat telah digunakan oleh orang yang mengaku lebih alim dari 10 ulamak majlis Fatwa Negeri Kedah. Arwah mak SS selalu pesan dulu, jangan lancang mulut kita dok maki orang, dok kata orang bodoh, kerana ia adalah doa untuk anak cucu kita. Agaknya blogger UMNO pro Mukhriz tu sedang 'berdoa' untuk anak dia kot dengan ungkapan2 tu. Baiklah mai kita masuk gelanggang debat antara Saiburi Sudin dengan Kedah Times.... (teng, teng) Kedah Times: Beliau berani mengatakan Surau Al Salihin bukan rumah Allah dengan alasan tandas tidak terpisah dari bangunan utama. Apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Didalam kompleks pula ada bermacam-macam tempat najis dan berbagai-bagai perlakuan maksiat. Saiburi Sudin: Ambik akhbar Sinar Harian baca betoi-betoi. YB Ghani kata bangunan Madrasah Salihiah (ulang sekali lagi BANGUNAN, maksudnya bangunan keseluruhan tu..) tidak boleh dinamakan 'Rumah Allah' kerana di situ ada tandas, pejabat dan surau yang tidak terpisah. Tujuannya, jangan sewenang-wenangnya nak kata, bila runtuh bangunan tu bermakna runtuh Rumah Allah. Kalau setakat ada surau kat situ kita nak isytiharkan sebagai 'Rumah Allah' bermakna Wisma Darul Aman, Kompleks Shahab Perdana, Pekan Rabu juga adalah 'Rumah Allah' kerana dalamnya ada surau. Macam tu ka? KT tanya apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Jawabnya, samalah! mana boleh kata Aman Central itu 'Rumah Allah' hanya kerana sebuah surau besar akan dibina di situ. Masjid adalah sahih layak menerima gelaran Rumah Allah, tapi harus diingat ia hanya merujuk kepada bangunan rungan solat itu sahaja, tidak termasuk tandas masjid. Sebab itu ikut Mazhab Shafie bangunan musolla mesti terpisah dengan tandas. Tak taula pulak kalau ada mazhab baru UMNO yang isytihar tandas sebagai 'Rumah Allah'. Waliyazubillah. Kedah Times: Kenapa Majlis Fatwa/Mufti membuat keputusan kedua menyanggah keputusan pertama? Saiburi Sudin: Ada sorang rakan marahkan kerajaan negeri depan SS kerana 'runtuhkan surau untuk bina shopping complex'. Rupanya dia dapat maklumat tu dari TV3 dan Utusan Melayu. Bila diterang perkara sebenar dari A sampai Z. Orang tu pun faham, lantas berkata, "Kalau macam tu aku pun setuju 100%". Begitu juga dengan Majlis Fatwa, kali pertama dia membuat keputusan hanya berdasarkan isu 'roboh surau, untuk buat shopping complex', memang jelas haram. Tapi selepas diberi penjelasan dan Majlis Fatwa pun tahu hujung pangkal isu sebenar... maka keputusan kedua yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang sebenar dan tepat, tentulah keputusan kedua itu yang lebih berwibawa dan haq. Kedah Times: Bukankah Dato' Amiruddin Hamzah membawa kehendak Kerajaan Negeri dengan memaksa Mufti tukar keputusan Fatwa pertama? Saiburi Sudin: Fatwa tidak dibuat oleh Dato' Mufti seorang tetapi setelah bermuzakarah dengan 9 lagi ahli Majlis Fatwa yang arif lagi berwibawa. Jangan hina Mufti seolah-olah beliau boleh dipaksa buat keputusan menurut kehendak Exco. Ingat Mufti Kedah tu macam ulamak UMNO ke? Kedah Times: Adakah penukaran dari fatwa pertama kapada fatwa kedua oleh mufti telah dirujuk/sembah maklum kepada KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Ugama Islam Negeri Kedah? Inilah cara kerja pemerintahan yang diketuai oleh Ustaz Azizan yang berpelajaran tinggi agama. Saiburi Sudin: Prosedurnya mesti macam tu, kalau masih tak percaya pergi jumpa Dato' Mufti minta penjelasan. Kedah Times: Penjelasan yang diberikan dalam perkara ini amat bercanggah. Ghani sewenang-wenang mempergunakan KDYMM Tuanku Sultan sebagai sandaran. Jika benar tidak dipersembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan bermakna Ghani Ahmad adalah pembohong besar dan Kerajaan Kedah lebih besar pembohongannya, MB terutamanya. Sekarang terbukti bahawa bukan setakat Mufti yang bertanggungjawab dengan hal ehwal ugama Islam dipermainkan PAS, tapi KDYMM Sultan Kedah pun dipermainkan oleh Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah. Saiburi Sudin: Apa punya hujah.. "Jika benar tidak dipersembah..." lepas tu "Ghani Ahmad/kerajaan negeri Kedah adalah pembohong besar". Lepas tu lagi.. "Sekarang terbukti bahawa.." Orang berakal tak berhujah bersandarkan 'kalau', 'andai', 'jika', 'sekiranya'..lalu terus jatuh hukum. Macam nilah contoh.. "Sekiranya hang curi duit aku, hang memang jahat, tak guna punya orang, maka terbuktilah hang tipu kata hang tak curi, hang patut dihukum" @!#$%^&*#$... wayar putuih punya ayat. Kedah Times: BBSMS bukan cakap fasal sejarah. Yang dicakapkan, dipersoalkan dan dipertahankan ialah TANAH WAQAF KHAS untuk kegiatan Islam di surau tersebut. Bangunan yang ada sekarang memang baru dibina semula sejak dua tahun yang lalu. Saiburi Sudin: Habag terus terang macam tu bukan ka senang. Ini tidak, siang malam TV3, Utusan Meloya lapor 'Surau yang berusia 100 tahun' (ulang beratus kali).. sampai la la ni pun tiap2 hari dok sebut benda tu, Naina Marikan sebut surau 100 tahun ada nilai sejarah wajar dikekalkan. Takpala Naina tu orang Penang dia tak tau apa satu... ini Mat Bashah, Datuk Tengku Non Persatuan Kerabat yang dok kelewark dalam Aloq Setaq tiap-tiap hari pun sebut 'surau 100 tahun' apa kejadahnya. Nampak sangat tak ikuti perkembangan langsung tapi gatai nak bagi ulasan. Kedah Times: Ghani kata Madradah ini dibuat sebagai tempat perniagaan. Itu ada pengimarahan surau. Awat, salah?. Saiburi Sudin: YB Ghani ada kata salah ka? Yang salahnya dok pi habag satu satu dunia kononnya kerajaan negeri nak runtuh 'Rumah Allah' seolah-olah seluruh bangunan tu adalah tempat musolla. Habagla elok-elok kata yang nak diruntuh tu bangunan Salihiah yang di dalamnya ada surau, pejabat, tandas dll. Kedah Times: Tiada anak qariah bersolat jamaah di surau itu? Itulah butanya Ghani niiih... Pernahkah Ghani Ahmad bersolat disurau tersebut setiap waktu solat, terutamanya waktu solat subuh? Hee.. Ghani, berdua orang bersolat disitu pada masuk waktu sudah dikira jemaah tauuuu... bahlol. Saiburi Sudin: Seorang pemimpin tak perlu pi tengok sendiri. Dia ada kakitangan untuk siasat. PM dok ceramah macam-macam isu tu, awat setiap kejadian dia turun pi tengok sendiri ka? Untuk jawab soalan ni senang saja, pi sendiri waktu Maghrib, Isya dan Subuh kat surau tu maka dapatlah jawapannya. Sejak isu ni disensasikan, baru ada lampu kat surau Maghrib dan Isya, tuu pun ada orang ke takdak tak tau. Tapi nak habag lagi sebelum ni.. lepas waktu Asar siap boh rantai dengan pedai ayam (pad lock). Tujuan isu tak dak orang berjemaah ni dibangkitkan, nak habag bagi.. kesian dekat pewakaf tu. Bukankah jika wakaf tu dipindahkan (istibdal) ke tempat yang lebih dimakmurkan... dengan modal RM1.48 juta tu mampu bina 7 buah surau di tempat lain, insya Allah pahala mengalir dekat pewakaf tak putus-putus dengan banyaknya. Tang mana pulak wakaf yang baharu tu nak buat? Itu serah dekat MAIK, depa akan umumkan nanti nak buat tang mana nak buat apa, lagu mana tapi buat tetap buat depa tak boleh guna duit tu selain wakaf yang lebih baik, depa pun reti hukum hakam, toksah dok kalutlah. Kedah Times: Orang berdemontrasi memang datang dari luar kawasan itu, kerana, itulah namanya perihatin terhadap tindakan keji Kerajaan PAS Kedah berusaha nak runtuhkan surau itu, maka dari segenap ceruk rantau mereka akan datang menyokong. Merekalah juga yang akan datang lagi untuk pertahankan surau tersebut dan mereka akan bermandi darah disitu. Saiburi Sudin: Habih 200 ahli kariah kononnya yang ada kat situ awat tak prihatin sama? Betoi ka dari segenap ceruk rantau? Yang SS tau Bet Ketua Pemuda Taman Wira angkut puak muda UMNO Taman Wira dengan beberapa orang geng Perkasa. Nak burukkan peribadi tak maula, tapi SS kenai sekog-sekog kalau hak mai dari Taman Wira tu. SS nasihat beberapa orang dari depa tu elok lengkapkan solat fardhu 5 waktu dulu sebelum kalut dok solat hajat politik tu. Toksah cadang nak mandi darahlah, buat mati katak saja. Kedah Times: Pernahkah Ghani ke Pulau Pinang. Disana, ditengah-tengah 100% masyarakat Cina, di Cullia Street, di Jalan Burmah, di Jalan Meclister, malah di jalan tempat asal kedai kitab Allahyanham Yussuf Rawa bapak kapada MP Parit Buntar masih tersergam mesjid/surau tanpa seinci pun diusik dan sudah beratus tahun ianya berada disitu. Dimana duduknya umat Islam yang bersolat disurau/mesjid disitu tiada sapa yang tahu. Apabila tiba saja waktu solat azan akan berkumandang, tiada siapa pun yang melarang. Saiburi Sudin: Maka terjawablah fitnah yang mengatakan azan dilarang dikumandangkan di masjid dan surau di Pulau Pinang yang diperintah PR yang ketua menterinya DAP. Kedah Times: Jadi, sama lah juga dengan surau Salihin. Jangan jauh, lihat Mesjid Nagor Alor Star, tiada seorang pun umat Islam disekitar itu, tapi ianya masih disitu dan adaaa... je umat Islam yang bersolat jamaah. Ghani, awak jangan perbodohkan orang. Saiburi Sudin: Tak sama aih, kat surau Salihiah tu.. waktu Maghrib, Isya dan Subuh pada kebanyakan waktu tak ada orang pun pi dok memakmurkan surau tu. Kedah Times: Memadailah awak perbodohkan rakyat di DUN Air Hitam, awak lari tak bagi bantuan masa banjir. Saiburi Sudin: Taktik alih isu setelah takleh pii dah isu bangunan Salihiah. YB Ghani lari pi mana? Yang SS tau siang malam dia berendam air banjir bersama penduduk. Pi tanya orang Jerlun, jangan tanya ahli UMNO Johor Bharu. Yang tak nampak batang hidung ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Cuba tanya dia, berapa kali dia turun masa banjir besaq hari tu? Kedah Times: Tanah Gereja tidak termasuk lokasi strategik? Heeey.. Ghani, awak ni jadi Exco pekak kaaa...? Dalam lokasi kawasan konon nak dibangun Aman Central niiiii.... Gereja dihujung/sempadan tanah projek sebelah pekan dan surau dihujung sebelah jalan kancot. Bersambung tanah tuuuu... Pi lah roboh dan ambil juga tanah gereja tuuuu... Awat, Kerajaan PAS takut kat kristian tak takut kat Islam? Saiburi Sudin: YB Ghani dah bagi alasan tapi masih tak faham. Shopping Complex dikunjungi oleh semua orang, yang nak ramai pun orang Melayulah sebab orang Melayulah pengguna terbesar di negara ini. Buat shopping complex yang ada sebuah surau besar, gah boleh nampaknya syiar Islam di situ sudah tentu membanggakan kita. Tapi kalau runtuh gereja, depa nak bina balik dalam shopping complex tu.. hangpa syok sangatka shopping complex pertama di Kedah ada gereja? Ok, katakanlah depa setuju pi buat gereja tu tang lain sebagai ganti, nak cari tang mana di Kedah ni buat gereja baru? Belakang rumah Chot? Tepi rumah Sobri Sudin? Biaq pi lah gereja tu dok tangtu, sesuai sangat bukan dalam perkampungan orang Islam pun daripada depa buat lain gereja di tempat baru, akan timbul lagi kontroversi baru. Kedah Times: Ghani jangan memandai-mandai nak samakan Al Bukhari runtuhkan Mesjid Alor Malai dengan Sanny Ho nak runtuhkan surau Salihin. AlBukhari runtuh Mesjid tak buat kompleks perniagaan, dibiar dan diindahkan lagi dengan suasana sekitar perkuburan. Yang Sanny Ho/Kerajaan PAS nak runtuhkan surau Salihin ini, nak dirikan komplek perniagaan yang didalamnya nanti akan ada segala punca dan bentuk maksiat yang akan merusakkan anak-anak muda Islam di Alor Star. Saiburi Sudin: Tok sah dok loyaq buruk memang tak sama.. sana runtuh masjid, sini roboh surau. Sana Giant, sini Aman Central. Yang samanya ialah konsep istibdal, yakni pindah wakaf kepada yang lebih besar manfaat. Wakaf masjid lama tu pindah ke masjid Bukhari yang baru, bukan pindah fizikal masjid tapi pindah kepentingan, maknanya masjid baru tu adalah kesinambungan dari masjid lama sebab tak boleh buat dua masjid dalam satu khariah. Wakaf Madrasah Salihiah pindah ke tempat lain yang akan diputuskan oleh MAIK. Runtuh bangunan Salihin bukan kerana keperluan buat kompleks. Tak cukup tanah wakaf besaq kelemboi tu nak buat keseluruhan Aman Central tapi runtuh untuk naik taraf surau kat situ, daripada dok tersorok celah pembangunan yang nanti akan nampak lebih lekeh dan tersisih. Betoi ka segala bentuk maksiat akan muncul di situ, tolong senarai sat kedai-kedai maksiat tu? Kedah Times: Perbezaannya diantaranya kerja AlBukhari dengan Sanny Ho yang diizinkan oleh Kerajaan PAS/Kerajaan Islam konon amat jauh. Barua punya Exco Penerangan.... Heeyy Ghani, awak buang lah kupiah putih dan title USTAZ dihujung nama awak tuuuuu... HIPOKRIT. Persoalannyaaa... Ghani niii... bukan penyangak kaaa?. Memang Ghani ni penyangak yang bertopengkan Islam. Saiburi Sudin: Itulah bahasa orang yang nak mengangkat martabat Islam konon, pakat-pakat nilai tengoklah nuu. Nak kalih isu pulak dah, dari isu masjid dan surau kepada isu Bukhary dan Sanny Ho. Kalau nak bahas bab penguasaan ekonomi Melayu/Cina.. tunggu lepas ni, sebab apa Melayu jadi 'kucing kurap' dalam ekonomi Malaysia? Siapa pengkhianatnya? Laa kita fokus isu Salihiah dulu. Kedah Times: Masaalahynyaaa.... PKNK dijadikan alat menangguk kekayaan kapada kroni-KRONI PAS dan MB Kedah, juga sesiapa penyangak-penyangak PAS yang hidup kaya raya sekarang ini. Saiburi Sudin: Tak perlu serahkan pada SPRM, tapi kita serahkan kepada Allah SWT untuk 'menjawab' segala fitnah jahat yang dilemparkan terhadap pemimpin PAS itu. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar member taufik dan hidayah kepada golongan yang ghurur atau tertipu dengan perjuangan yang kononnya mengangkat martabat Islam tapi hakikatnya mereka sedang memusnahkan imej Islam. Amiiiiin. Dipetik dari Kedah La |
Penegerusi NFC Bayar RM1.755 Juta Untuk Merasuah Pegawai SPRM Dan PDRM Posted: 04 Jan 2012 12:12 AM PST PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan segera terhadap Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail atas apa yang mereka dakwa sebagai percubaan merasuah penjawat awam melalui pihak kedua berjumlah RM1.755 juta. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya boleh membuktikan bahawa wang tersebut dibayar Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mempengaruhi siasatan ke atas NFC. "Wang tersebut dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh sendiri," katanya pada satu sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, dekat sini, Rabu. Dalam sidang media itu, Rafizi turut mendakwa tugasan menyogok wang tersebut kepada pegawai SPRM dan PDRM telah diserahkan Mohamad Salleh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shamsubahrin Ismail Resouces Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail. Jumaat lalu, Shamsubahrin telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan cuba menipu Dr Mohamad Salleh melibatkan wang berjumlah RM1.755 juta. Bagaimanapun ahli perniagaan tersebut tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Rafizi berkata beliau bersetuju hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 3 petang, Rabu. Beliau akan menyerahkan dokumen untuk siasatan yang dipercayai mampu membongkarkan pelbagai penyelewengan dalam NFC. "Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seseorang yang saya tidak kenali melalu e-mel. "Dokumen berbentuk buku cek itu menunjukkan senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki NFC dan mengandungi 1,099 transaksi dari tarikh 5 Januari hingga 31 Disember 2009," jelasnya. Rafizi berkata, beliau yakin dengan keterangan dan dokumen yang akan diserahkan, pihak berkuasa tidak mempunyai masalah mendapatkan bukti dan mendakwa mereka yang terlibat. "Sepatutnya perkara ini tak perlu dilengahkan. Siasatan perlu dibuat dan ditamatkan segera," tegasnya. Kata beliau lagi, berdasarkan dokumen tersebut yang turut diedarkan kepada pihak media, orang ramai tidak perlu ragu-ragu tentang kesahihan maklumat yang diberikan memandangkan ianya maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri. Mengulas lanjut mengenai dakwaan rasuah Mohamad Salleh, Rafizi berkata selain dokumen asas, siasatan sendiri turut dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan. Jelasnya, kes tersebut merujuk kepada Akta SPRM 2009 Bahagian iV Perkara 16 dan 17. "Kita dah semak dengan peguam, dengan orang-orang yang terlibat, sebab itulah ambil masa sedikit. "Hal ini sudah jelas. Beliau (Mohamad Salleh) yang bekalkan wang suapan malah menandatangani cek itu. Dia juga yang bersetuju dengan cadangan Datuk Shamsubahrin untuk pujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," katanya sambil memaklumkam menerima dokumen tersebut kira-kira dua bulan lalu. NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober tahun lalu mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti yang disasarkan. Dipetik dari Mafiaboss2u |
Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar Posted: 03 Jan 2012 11:50 PM PST NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini. Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan. "Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," katanya. Mengulas larangan pihak polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu, Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram. Tahun lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih. Namun beberapa sehari sebelum Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran pihak stadium. Sementara itu, Azmin pada satu sidang media semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini. Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7393-perkasa-akan-sekat-himpunan-bebaskan-anwar- |
Polis muat naik video tangkis dakwaan kekasaran Posted: 03 Jan 2012 11:43 PM PST Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik. Video berkenaan dimuat-naikkan di YouTube oleh pengguna yang menggunakan nama PDRMsia. Durasi setiap video adalah antara satu dan dua minit setengah. Semua empat klip video ini bermula dengan satu kenyataan berikut: "Kepada semua rakyat Malaysia, adakah anda inginkan bakal pemimpin yang sebegini? "Kepada para ibu bapa, adakah anda ingin melihat anak-anak anda terlibat dengan kegiatan sebegini? "Kepada para pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini? " Rakaman menunjukkan kelakuan sekumpulan pelajar di pintu utama ke UPSI pada malam menjelang Tahun Baru 2012. Ia juga memamaprkan usaha seorang pegawai polis cuba berunding dengan pemimpin pelajar supaya mereka bersurai dalam masa 15 minit, tetapi diengkari pelajar berkenaan. Sebaliknya, pelajar dilihat tidak mematuhi arahan itu dan mencemuh polis. Walau bagaimanapun, rakaman video itu berakhir setakat itu. Tiada apa-apa ditunjukkan tentang apa yang berlaku apabila polis bergerak ke arah penunjuk perasaan. Sebelum ini, dilaporkan secara meluas bahawa pada kejadian berkenaan,14 pelajar ditangkap dan dua lagi cedera ketika ergelutan dengan polis pada awal pagi 1 Jan itu. Tangkapan dibuat kira-kira jam 2:40 pagi. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dilaporkan pengsan dalam pergelutan itu manakala Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Muhammad Safwan Anang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana cedera. Sehari selepas kejadian, Safwan memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau dipukul ketika cuba membantu seorang rakan yang cedera. Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili pelajar, semalam berkata mereka mempunyai bukti mengenai kekasaran polis yang didakwa itu. http://www.malaysiakini.com/news/185664 |
Beranikah PDRM Tangkap Dan Dakwa Taib Mahmud Dan Keluarga? Posted: 03 Jan 2012 07:46 PM PST Desakan tahan Taib: Interpol serah kepada polis M'sia Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu. Menurut kenyataan akhbar oleh BMF, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)". "Sekiranya anda ingin memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang dinamakan itu, anda dinasihati supaya menghubungi polis negara berkenaan dan / atau badan kehakimannya." Menurut BMF, maklumat laman web Interpol, menyebut NCB bagi Malaysia secara langsung terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negara. Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain yang berpangkalan di enam negara menggesa Malaysia untuk menangkap Taib dan 13 ahli keluarganya atas dakwaan "salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah". Sepucuk surat 10 halaman memperincikan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia melalui pos berdaftar, tetapi menurut BMF, pihak berkuasa gagal memberikan jawapan. Siasatan BMF menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai kepentingan dalam lebih daripada 400 syarikat di 25 negara dengan nilai yang dianggarkan ratusan bilion dolar Amerika. |
Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang Posted: 03 Jan 2012 06:27 PM PST Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani. Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar. Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara. Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A. Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat. Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau. Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. http://mengajipastiboleh.blogspot.com/2012/01/salam-hangat-diperkatakan-seluruh.html |
Ibu Mengaku Ini Memang Gambar Amalina Posted: 03 Jan 2012 06:16 PM PST "Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. "Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Baca selanjutnya di sini |
Afdlin Tak Puas Hati Dengan Juri.. Macam Le Dia Tak Pernah Kutuk Orang.. Posted: 03 Jan 2012 04:05 PM PST Afdlin kecewa sikap juri malukan peserta? Walaupun akur dengan kemenangan orang lama, Osbon di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM), tidak siapa tahu gelora di hati kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Menjadi peserta pilihan peminat, Boboi tampil dengan pelbagai kreativiti setiap minggu, namun Boboi terpaksa akur di tempat kedua setelah tewas dengan Osbon yang diterajui Os dan Abon. Ketika sidang media selepas tamat malam penentuan minggu lalu, Boboi dilihat tidak banyak bercakap. Harun misalnya, lebih selesa mendiamkan diri dan menyerahkan segala soalan dijawab Afdlin. Bagi Afdlin, takhta MLM memang layak menjadi milik Osbon, malah mereka berbangga dengan kemenangan Os dan Abon yang lebih senior daripada mereka. Bagaimanapun, dari riak wajahnya jelas menunjukkan Afdlin sebenarnya kecewa. Sementara itu, Afdlin, turut menegur sikap juri yang menggunakan kuasanya untuk memalukan peserta yang bertanding. "Saya memang tak setuju dengan juri yang suka memalukan peserta, tidak kira apa jua pertandingan. Jika teguran yang diberi itu membina, ianya perlu dan jika tidak, jangan sampai kelantangan itu mengaibkan orang. "Saya bercakap di pihak juri kerana saya pernah menjadi juri. Jika tidak suka, cakap saja tidak suka dan jangan bercakap sehingga mereka terasa. "Peserta yang datang untuk bertanding adalah dijemput. Sama seperti kita ke rumah orang. Buat apa dijemput, jika selepas itu dihamburi dengan maki hamun. Jadilah orang yang bijak dalam menggalas tanggungjawab," katanya. Apa yang diluahkan Afdlin dalam sidang media itu bagaimanapun pernah diluahkannya menerusi laman sosial, Facebook miliknya, sehari sebelum final MLM. Kenyataan itu dibuat lebih menjurus kepada juri tetap, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Malah Chef Wan turut membidas kenyataan Afdlin, namun membuang entrinya tidak lama selepas itu. Bagaimanapun, ketika malam final lalu, Afdlin meminta izin kepada AC Mizal untuk memeluk Chef Wan selepas persembahan pertamanya. Dari situ, penonton dan peminat dapat menilai Afdlin adalah individu yang profesional dan tidak mengaitkan masalah peribadi dengan kerja. |
Pendedahan Seorang Ikon Palsu: RPK Akan Pulang! Posted: 03 Jan 2012 06:12 AM PST Akhirnya, Raja Petra Kamarudin sudah mendapat tiket beliau untuk kembali ke tahan air! Kita fikir, berapa lamakah anda boleh dibung negara dan berpura-pura untuk berjuang untuk demokrasi di Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom? Kita semua ada perut untuk diisi. Saya masih ingat lagi pendedahan yang dibuat oleh RPK melalui Malaysia Today yang membuatkan orang seperti saya memulaukan Barisan Nasional dan menginginkan Malaysia yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak tanpa kerajaan yang dipimpin UMNO. RPK yang membuatkan kita ketagih dengan blog, dia membuat kita meng-emel pendedahannya kepada rakan-rakan kita dan yang paling penting, dia telah mengembalikan minat kita kepada penulisan. Memang benar, saya tidak pernah menulis untuk topik politik sehinggalah saya menjadi peminat RPK dan tagged beliau. Setiap pagi saya akan mulakan dengan Malaysia Today kemudian barulah saya membaca surat khabar lain. Dia juga telah menyebabkan saya memulaukan New Straits Time yang saya sudah pun baca selama 10 tahun dan saya hanylah membaca berita domestik dan antarabangsa secara online. Memang saya dapat berjimat wang dan kini hampir 5 tahun saya tidak membeli suratkhabar mainstream. Jumlah orang yang saya telah yakinkan untuk tidak membeli suratkhabar juga semakin meningkat. Tidak syak lgi RPK telah memberikan kepada kita sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti. Dia juga sering merujuk kepada manuskrip, undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu kelihatan seolah-olah dialah pakar dalam undang-undang terhandal di negara. Kali pertama rakyat Malaysia dapat akses untuk hentam UMNO! RPK telah membuat kita melihat perkara dari perspektif beliau tetapi kutukannya terhadap Umno lah yang menjadi perkara utama. Terutamanya kes pembunuhan Altantuya dan penglibatan Rosmah Mansor begitu juga dengan akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat peribadi P Balasubramaniam. Dengan pendedahan kejahatan Najib dan Rosmah, beliau telah pun di angkat menjadi wira. Ia juga menunjukkan untuk pertama kali, betapa teruknya imej Najib dan Rosmah. Dengan pendedahan RPK, Umno dan BN dilihat tidak lebih daripada penyangak murahan. Kita juga menjadi obses dan menginginkan berakhirnya rejim jahat ini. Akhirnya kita makan, tidur dan bernafas politik Malaysia menentang BN. Sememangnya hampir semua yang dia katakana mengenai Umno dan BN adalah benar ataupun menjadi kenyataan walaupun Menteri dalam negeri, Hishamuddin mengatakan bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia Today hanyalah 40% fakta. Kemuncaknya adalah pada pilihanraya 2008, di mana RPK membuat ceramah di Kampong Raja Uda dan ia pasti akan diingati untuk satu jangkamasa yang lama bersama dengan penceramah lain, Kit Siang dan Anwar Ibrahim dan ceramah mereka yang mengutuk UMNO terutama yang ada di Selangor telah membuatkan semua terkedu. Mungkin inilah yang cuba dicipta Umno menggunakan RPK- tetapi pastinya dalam mode yang bertentangan. Tetapi, mampukan RPK mempengaruhi rakyat Selangor bahawa Anwar itu jahat dan Najib itu wira? Sangat menyedihkan yang kehidupan RPK sudak berputar sebegitu. Dia seharusnya menjadi orang yang disanjung bukanlah alat UMNO. 2008, penangkapan dan buang negara Keputusan pilihan raya 2008 adalah titik paling tinggi buat RPK. Pembankang mengambil 5 negeri termasuk Selangor yang merupakan harta paling berharga mereka. IA juga telah menurunkan jumlah wakil BN dalam Parlimen untuk BN. Saya tidak pasti dengan anda tetapi dia telah membuatkan kami bekerja keras ketika itu. Saya dan rakan-rakan berkempen menentang Samy Vellu di Sungai Siput.Kami benar-benar mahu Samy kalah pada ketika itu jadi kami telah berbelanja RM7 ribu untuk kempen di sana termasuk menghantar sms kepada ramai orang yang tidak dikenali. Kemudian, beliau ditangkap dibawah ISA dan perbicaraan dijangka berlaku. Beliau menjadi wira kami dan beliau juga mmepunyai pembaca blog dan peminat yang berjumlah lebih daripada 50 000. Saya masih ingat ketika kami membawa lilin di seluruh bandar termasuk yang paling puopular di Amcorp Mall di mana kami bersama isetri beliau Marina. Kami juga berdiri di luar mahkamah untuk berjam-jam lamanya untuk perbicaraan dan kami tidak pedulikan panas ataupun penat. Ada juga diantara kami yang ditangkap tetapi kami tidak peduli. Kami bersama RPK yang telah menunjukkan kepada kami Malaysia yang lebih baik. Kemudian, dia melarikan diri di luar negara. Kami juga gembira untuk dia dan mengharapkan yang terbaik untuk dia dan Marina, kerana sekurang-kurangnya dia masih boleh menulis di luar negara dengan aman dan selamat. Kami juga menangis mengenangkan anaknya yang di tangkap dan dipukul dan kami rasakan ia adalah pembalasan dendam dari pihak Umno kepadanya. Kami doakan keselamatan dia dan anaknya sehinggalah pada hari dia memberi temuramah pertama dengan The STAR. Kejutan The STAR Kami rasakan bahawa dia telah mengecewakan kami dalam temuramah tersebut. Bagaimana setelah sekian lama mengutuk Rosmah dia dengan tiba-tiba menjadi jinak dan mengutarakan sokongan kepada Rosmah dan Najib dalam temuramah itu. Pada ketika itu, pembaca blognya sudah merasa syak. Pembaca terus memulaukan dia. Dia sudah menjadi orang suruhan. Sungguhpun begitu, ada yang masih belum berputus asa terhadap dia kerana sedar mungkin dia dipaksa berbuat demikian. Ayah yang mana akan membenarkan anaknya di sakiti kerana dia dan kerjanya? Kami syak mereka yang bekuasa sedang mengambil langka-langkah ekstrim untuk menjinakkannya. Mungkin ada betulnya. Anaknya kemudian dibebaskan tidak lama selepas temuramah itu. Kini saya ingin beranya kepad RPK mengenai hubungannya dengan Anwar- sememangnya selama ini hubungan itu kadang-kadang panas, kadangkala sejuk dengan Anwar dan juga parti Keadilan. RPK masuk dan keluar parti itu bila saja dia mahu. Sedari mula, memang dia tidak begitu suka kepada Anwar dan orang keadilan. Ini kerana mereka berasal dari Umno. Disebabkan ini, RPK merasakan mereka sudah biasa dengan rasuah dan sikap berat sebelah. Semasa dalam Umno, Anwar sering cari pasal dengan orang India. Orang India tidak digemari oleh Anwar. Semasa era Reformasi, ramai yang bersimpati dengan Wan Azizah, kemudian Nurul Izzah dan barulah Anwar tetapi, menerusi Kempen Bebaskan Anwar oleh RPK, dia telah menjadikan kita percaya kepada Anwar semula. Putaran terakhir? Rakanku RPK, hari ini kamu telah memilih untuk menghentam Anwar. Kami tidak kisah kerana itu pandangan kamu atau apa yang kamu rasa salah dahulu sudah menjadi betul sekarang. Untuk kamu, kami sudahpun menerima Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang benar Anwar bukanlah malaikat dan samalah juga dengan Najib dan Rosmah kesayangan kamu itu. Anwar seorang yang berkarisma dan oleh sebab itulah beliau dapat menjadi penghubung kepada perikatan Pakatan dan mengaharungi rintangan yang dilemparkan Umno dan BN. Walau macam mana benci pun kamu kepada Anwar, Anwar tetap menjadi katalis kepada Pakatan- satu-satunya pambangkang yang boleh melawan BN. Kami rakyat Malaysia perlukan Pakatan untuk mengimbangi BN. Pakatan telah mendapat kekuatan selama 3 tahun ini. Memang ada kelemahan. Mungkin betul atau tidak menurut RPK bahawa Pakatan tidak akan menang PRU 13. Kami tidak kisah itu semua. Kami cuma mahu menghentikan 54 tahun penyalahgunaan kuasa Umno dan BN. Tidak kisahlah apa yang kamu mahu katakan, tidak lama lagi kita aka nada pembangkang dalam kerajaan dan mereka sudah pun matang pada waktu itu. Kamu katakana bahawa kita akan kehilangan Selangor, tetapi saya yakin ini tidak akan berlaku. Apapun pandangan anda terhadap Anwar, kami tidak kisah. Walaupun Anwar telah liwat Saiful atau melanggan pelacur Thai itu, kami tidak kisah. Itu adalah masalah peribadi sehinggalah ia dibuktikan benar. Kami hanya kisahkan Pakatan dan Anwar adalah katalis mereka. Pakatan lebih kuat daripada kamu dan blogger Umno juga lebih baik daripada kamu Jika Anwar tidak penting mengapa Najib bayar kamu begitu banyak atau berusaha gigih untuk dapatkan kamu bercakap dipihaknya? Mengapa masih peduli untuk hentam Anwar? Apa yang bagus sangat mengenai Anwar jika dia tidak bagus? Dan, amat menyedihkan walaupun temuramah sensasi dalam suratkhabar Melayu, saya tidak yakin ramai rakyat akan lupa dengan skandal NFC dan kekejaman polis terhadap pelajar UPSI dan protes Adam Adli dan juga keputusan kes Liwat II pada 9 Januari. Keputusannya akan sama. Rakyat akan membenci Umno kerana Najib dan Rosmah. Akhirnya, bukan Anwar yang kalah disebabkan temuramah kamu itu. Kamu sendirilah yang kalah dan kalah teruk. Tidak RPK. Hari ini kamu telah membeli kebebasan kamu dan akan kembali tidak lama lagi. Saya rasa ada udang disebalik batu dalam kes kamu dan saya rasa kamu tidak benar-benar percaya dengan apa yang kamu cakapkan bahawa kamu tidak kisah kepada pengkritik kamu seperti saya. Yang sedihnya, mereka yang seperti Big Dog Zakhir Mohamad, Rocky's Bru Ahhrrudin Attan dan Parapu Kari atau Papagomo adalah jauh lebih baik daripada kamu kini. Sekurang-kurangnya mereka kekal dengan pendirian mereka. Saya ucapkan selamat maju jaya untuk kamu dan selamat tinggal kepada kamu dan Malaysia Today. Dipetik dari - Malaysia Chronicle |
Wanita Umno Kena 'Basuh' Dengan Auntie Cina Posted: 03 Jan 2012 06:04 AM PST KUALA LUMPUR 3 Jan: Sekumpulan Wanita Umno mendapat 'ceramah khas' dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, 'Untie Bersih' di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini. Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini. "Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman," kata Annie. Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan 'mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada'. Manakala seseorang menyampuk dengan berkata 'tengok videolah, video ada, ada bukti. Jangan jadi lembu'. Ceramah ringkas Annie beberapa minit itu bagaimanapun tamat selepas wartawan mengerumuni beliau bersama kumpulan Wanita Umno terbabit. Ketika ditemui wartawan, Annie bagaimanapun terkejut apabila diberitahu wanita Umno itu datang kerana mahu membuat laporan polis terhadap himpunan menyokong Anwar pada 9 Januari ini. "Kes anak muda dipukul jauh lebih penting dari buat report itu. Sebagai wanita, mereka (Wanita Umno itu) sepatutnya memperjuangkan anak muda dan bukannya bersubahat dengan kerajaan sekarang yang berterusan menyekat kebebasan rakyat yang hanya berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat," tegasnya yang juga bekas guru. Annie mula dikenali selepas beliau terlibat dalam himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Beliau hadir di balai itu bagi memberi sokongan moral terhadap mahasiswa yang membuat laporan polis akibat dikasari dalam insiden yang berlaku di UPSI, baru-baru ini.Keadilandaily TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT |
Bimbang Periuk Nasi Tergugat, Afdlin Shuki Sertai UMNO Posted: 03 Jan 2012 03:47 AM PST Hari ini Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. bagi aku ini satu langkah bijak olehnya.. Takkan korang dah lupa kot.. baru-baru ni dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, kan si Adflin Shauki ni dah mengutuk Rosmah Mansor habis-habisan.. sila lihat video di SINI Jadi untuk menyelamatkan periuk nasi jalan terbaik baginya ialah dengan menyertai UMNO.. takkanlah Rosmah nak marah dan sekat Ahli UMNO dari mencari makan kot… Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik Serah Borang Jadi Ahli UMNO KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun salim Bachik. Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang. Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan 'double standard' kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO. "Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik. "Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan," ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO. Pendapatnya itu disokong sepenuhnya oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bacik. Menurut Harun, penilaian seharusnya dibuat terhadap hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli UMNO. "Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan. "Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk UMNO kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO," terangnya. - MediaUMNO |
FRU: 'Tak sengaja' tembak meriam air Posted: 03 Jan 2012 03:40 AM PST Dua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini memberitahu inkuiri Suhakam bahawa tembakan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dalam insiden 9 Julai merupakan insiden yang tidak disengajakan. Pengendali unit meriam air tersebut, Sjn Idzha Salim berkata kesilapan itu antara lainnya disebabkan penglihatan yang terhad ketika kejadian pada kira-kira 2.40 petang itu. Beliau bagaimanapun menghentikan tembakan air dengan serta merta apabila mengetahui bahawa kawasan yang menjadi tempan perlindungan peserta perhimpunan BERSIH itu merupakan kawasan hospital. Tambahnya, tindakan itu juga dilakukan atas arahan pengawai penyelianya, Insp Nor Hisham Razali yang mengetuai operasi trak berperisai Unit 5 Cawangan Meriam Air FRU. Ditanya jika tindakan menyembur air itu membahayakan peserta demonstrasi BERSIH dan juga anggota unitnya sendiri memandangkan penglihatan terhad, Idzha berkata "demi tugas, demi bangsa dan negara saya rela berkorban." Terdahulu, Nor Hisham yang juga tampil sebagai saksi, turut mengakui bahawa meriam air tersebut ditembak secara "tidak sengaja" ke dalam kawasan Hospital Tung Shin apabila mereka mengejar dan menyuraikan kumpulan peserta berkenaan. "Bila disedari, terus kami hentikan serta merta," katanya. Arahannya untuk menghentikan semburan air itu juga tercatat dalam diari tugas unit meriam air tersebut, yang dikemukakan sebagai bukti dalam inkuiri. Katanya lagi, beliau tidak dapat melihat sekiranya sasaran meriam air berkenaan turut melibatkan wanita mengandung ataupun kanak-kanak. "Sasaran ditujukan kepada orang yang berhimpun dan tidak mahu berpecah, bukan ke atas individu," katanya yang tidak menafikan bahawa kumpulan peserta perhimpunan itu juga terdiri daripada warga tua. "Penglihatan kabur, tapi kerajaan telah beri amaran dan keluarkan kenyataan bahawa tarikh tersebut tidak boleh hadiri perhimpunan. "Barang siapa yang sertai adalah melakukan kesalahan," katanya lagi ketika ditanya Lim yang mewakili Majlis Peguam. http://www.malaysiakini.com/news/185598 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan