Rabu, 25 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Rosmah belanja mewah ketika rakyat ikat perut- Haniza

Posted: 25 Jan 2012 03:00 AM PST

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 25 Jan: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewenangnya berbelanja mewah tanpa mempedulikan penderitaan rakyat yang mengikat perut untuk terus hidup, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.

Menurutnya, ketika perdana menteri menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan mengamalkan konsep bersederhana, isterinya sendiri menonjolkan sikap boros berbelanja.

"Kita tidak pertikaikan kalau itu duit dia, tetapi ia menunjukkan betapa beliau tidak prihatin penderitaan rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk untuk terus hidup.

"Sesetengahnya terpaksa meminjam dari along kerana tiada duit. Sedangkan dia (Rosmah) sendiri berbelanja bermewah-mewahan," kata Haniza.

Beliau mengulas laporan kolumnis Sydney Morning Herald baru-baru bahawa Rosmah membelanjakan RM325 ribu untuk berbelanja di sebuah butik di Sydney, Australia.

Menurut Haniza, ia bukan pertama kali berita mengenai pemborosan Rosmah – yang sebelum ini dikaitkan dengan cincin RM24 juta- disiarkan media luar negara.

Lebih dikesalkan, kata beliau, Rosmah bukan sahaja tidak memohon maaf kepada rakyat Malaysia, sebaliknya menafikan berita yang disiarkan akhbar berkenaan.

"Dia tidak belajar dari Imelda Marcos- contoh yang pernah dikutuk rakyat Filipina yang juga tidak jauh dari negara ini," tambah beliau.

Dalam pada itu, Haniza yang juga Adun Taman Medan meminta perbelanjaan bagi projek Permata, yang dikendalikan di bawah Rosmah turut disiasat.

"Kalau begitu cara perbelanjaan, projek permata di bawah Rosmah juga wajar disiasat untuk mengetahui bagaimana ia dibelanjakan. Ini kerana jutaan ringgit telah disalurkan untuk Permata," katanya.

Akhbar Sydney Morning Herald, di bawah seksyen Private Sydney oleh kolumnis Andrew Hornery, baru-baru ini melaporkan Rosmah membelanjakan RM325 ribu ketika bercuti di Australia.

Laporan itu, yang memetik pereka fesyen Sydney, Carl Kapp, juga mendakwa Rosmah menghabiskan A$20,000 (RM65,100) untuk menginap di penthouse Hotel Darling yang bertaraf lima bintang hanya untuk tempoh semalaman.

Kolumnis itu juga mendakwa pereka tersebut diterbangkan khas oleh Rosmah ke Malaysia bulan depan dengan membawa koleksi 61 pakaian sutera, termasuk seluar dan topi yang ditempah oleh isteri perdana menteri itu.

"Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan," Kapp dipetik berkata kepada kolumnis berkenaan.

NFC: Ketua Audit Negara kesal pihak pertikai kredibiliti juruaudit

Posted: 25 Jan 2012 01:40 AM PST

Wartawan Sinar Harian
January 25, 2012

SHAH ALAM - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal ada pihak yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya di sebalik kontroversi projek ternakan daging lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah
dikesali," kata Ambrin dalam satu kenyataan.

Ambrin berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.

Ahad lalu, Perkasa mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.

Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.

"Mohamad Salleh menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Laporan Audit Dalaman dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara.

"Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara, (Tan Sri Ambrin Buang) memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka," katanya pada satu sidang media.

Keyakinan UMNO Rampas Kelantan : Presiden UMNO Dicabar Bertanding di Kelantan

Posted: 24 Jan 2012 11:16 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tidak melihat sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan UMNO untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS di dalam pilihanraya umum yang akan datang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein. Kenyataan beliau itu dilaporkan di halaman 3, akhbar Utusan Malaysia hari ini 25 Januari 2012. Bagi pihak DPPNK, keyakinan sebegini adalah perkara lumrah dan bukanlah kali pertama disuarakan oleh pimpinan UMNO samada di peringkat pusat mahupun negeri Kelantan.

Untuk rekod, sukalah DPPNK mengingatkan bahawa di dalam pilihanraya umum 2008, UMNO Kelantan di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan yang sama bahkan lebih hebat lagi telah mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Dr. Awang Adek sendiri yang pada hari ini sedang berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima sejumlah deposit wang yang meragukan ke dalam akaun peribadi milik beliau.

Bagaimanapun, keyakinan UMNO Kelantan pada masa itu hancur berkecai apabila Awang Adek tewas di kedua-dua buah kerusi yang ditandingi iaitu DUN Perupok dan Parlimen Bachok manakala UMNO pula tewas di sebahagian besar kerusi yang ditandingi dan hanya mengekalkan enam kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Demikian juga dengan pilihanraya umum 1995, 1999 dan 2004, setiap kali menjelang pilihanraya umum pasti akan sentiasa keluar kenyataan pimpinan UMNO yang yakin dapat merampas Kelantan. Dalam keyakinan itulah, Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS semenjak tahun 1990 sehingga ke hari ini.

Justeru, apabila keyakinan ini diulangi sempena lawatan Presiden UMNO ke Kelantan dua hari lepas, DPPNK melihat ia sebagai satu perkembangan yang biasa. Bahkan DPPNK mempelawa Presiden UMNO untuk bertanding di mana-mana parlimen di negeri Kelantan yang telah disifatkan oleh beliau sebagai 'winnable state'.

Dengan perkembangan krisis dalaman UMNO di peringkat negeri Kelantan serta di peringkat pusat ditambah sambutan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akhir-akhir ini, DPPNK yakin insya-allah, bukan sahaja Kelantan gagal ditawan oleh UNMO bahkan Putrajaya sekalipun akan bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 25 Januari 2012

Gambar TG Nik Aziz Semasa Pelepasan Kelantan Ride Sempena Tahun Melawat Kelantan

Posted: 24 Jan 2012 08:31 PM PST

Gambar Santai YAB MB Selangor Semasa Di KLIA Semalam

Posted: 24 Jan 2012 07:16 PM PST

Gambar yang sempat diambil semasa MB menghantar skuad lawan pedang Selangor ke Berlin.

Coretan Ringkas Berkaitan Isu Semasa Pertukaran Potfolio Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Dan Warisan Oleh Adun Bangi. Wajib Baca!

Posted: 24 Jan 2012 04:30 PM PST

Bertujuan Mendapat Restu Dari Perhubungan PAS Negeri Selangor

Shah Alam, 30 Safar 1433 = 24 Janauri 2012 (Selasa)

Hadir ke pertemuan antara Perhubungan Negeri dengan Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun Negeri Selangor (Mesyuarat Khas) di Pejabat Perhubungan Negeri pada malam ini kerana respond kepada jemputan, tetapi bagi Adun Bangi lebih dari itu, iaitu mempunyai beberapa tujuan:

1. Amanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam pengumumannya semasa perlantikan Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Adun Sijangkang dan mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Negeri Selangor sebagai Exco Belia dan Sukan Serta Adat Dan Warisan Melayu. Dalam majlis itu diumumkan juga perlantikan antaranya melibatkan Adun Bangi sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Sudah tentulah perlatikan ini dirujuk dan mendapat persetujuan dari pihak PAS Pusat.

Terima kasih di atas amanah yang diberi dan kehadiran Adun Bangi ke pertemuan malam ini adalah sebagai memohon restu dari Perhubungan Negeri yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor Y.B. Dr. Abd. Rani bin Osman.

2 Kehadiran Adun Bangi pada malam ini juga bagi mendapat penjelasan dan restu dari Perhubungan Negeri, bahawa Adun mempunyai amanah tugas sebagai Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Dan Warisan yang dilantik secara berwathiqah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Wathiqah bertarikh 30 Mei 2008. Adun Bangi telah merujuk kepada Setiausaha Politik kepada Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor dan memaklumkan bahawa perlantikan tersebut adalah berterusan. Pada malam ini Adun dimaklumkan oleh Perhubungan Negeri bahawa amanah sebagai Pembantu Exco Hal Ehwal Islam itu berterusan yang kini di bawah Y.A.Berhormat Dato` Menteri Besar Selangor. Tetapi menurut maklumat itu bidang Infra-Stuktiur Dan Kemudahan Awam adalah dilantik orang lain. Dengan penjelasan itu Adun memaklumkan kepada Perhubungan Negeri bahawa Adun Bangi akan hadir bertugas di Pejabat Hal Ehwal Islam yang kini di bawah Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor.

3. Kehadiran Adun Bangi pada malam ini juga ialah untuk bertemu mata dengan Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Adun Sijangkang yang kini dilantik sebagai Exco Belia Dan Sukan dan Adat Melayu Dan Warisan untuk mengucap tahniah kepadanya di atas perlatikan beliau sebagai Exco berkenaan. Y.B. Dr. Ahmad Yunus adalah sebagai Boss Adun Bangi yang baru, kerana bidang Adat Melayu dan Warisan terletak di bawahnya. Sebelum dari itu Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Dan Warisan terletak di bawah satu Exco di bawah Y.B.Dato` Dr. Hasan Ali. Y.B. Dr. Ahmad Yunus memang hadir pada malam ini, tetapi beliau seperti biasa bersifat low profile duduk di sudut belakang dalam pertemuan tersebut. Adun Bangi mengambil kesempatan menemuinya mengucap tahniah di atas perlantikannya sebagai Exco dan berbincang secara ringkat mengenai tarikh untuk turun bersama ke PADAT (Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor yang Adun Bangi diamanah menjadi Pengerusinya (Di Bangunan Muzium Negeri Selangor) bagi mendapat taklimat dan memulakan tugas.

Semua tugas yang diamanahkan kepada Adun Bangi, bukanlah sesuatu yang baru, kerana kedua-dua tugas ini juga diamanahkan kepada Adun Bangi, sebagai Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu Dan Warisan. Cuma selepas perlatikan Y.B. Dr. Ahmad Yunus bidang Adat Melayu dan Warisan ini terletak di bawah Exco Belia dan Sukan di samping Adat Melayu Dan Warisan. Cuma kali ini Adun Bangi diberi tugas khas sebagai Pengerusi kepada PADAT (Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor). Ini bererti Adun Bangi berada di bawah dua Exco.

Dengan perlantikan ini bererti Adun mendukung amanah di dalam tiga bidang utama, iaitu sebagai Adun Bangi, Pembantu Exco Hal Ehwal Islam di bawah Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor dan Selaku Pengerusi PADAT. Kesemuanya menuntut komitmen yang tinggi dari Adun, tetapi ketiga-tiga bidang adalah kecintaan Adun, sebagai wakil kepada penduduk Bangi yang amat dekat dengan hati Adun, kerana kepercayaan dan amanah yang diberi, Selaku Pembantu Exco Agama yang bidang ini menjadi keutamaan di dalam pendidikan yang dilalui Adun sebagai pelajar Sekolah Agama Menengah (Sekolah Arab Thanawi), menjadi Guru Agama di Sekolah Arab selama 7 tahun dan apabila di universiti dari Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah tidak lari dari bidang keislaman, manakala bidang ketiga iaitu (PADAT) yang berhubung dengan budaya adalah sebahagian besar dari pengajian Adun yang berhubung dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Jadi ketiga-tiga bidang adalah bidang Adun dan kecintaan Adun, di atas rasa kecintaan di samping tugas, Adun bahagikan kecintaan, tugas dan komitmen Adun secara saksama dan maksimum insya Allah.

Sekian.

Gangster Taik Kucing? Polis Tutup Mata?

Posted: 24 Jan 2012 04:16 PM PST

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/404239_156934471085476_100003067720629_200874_1910291617_n.jpg


Apa lagi yang tak cukup? jangan buat orang ramai hilang kepercayaan bro!

Tiada ulasan: