Jumaat, 20 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara

Kerabu Bersuara ®


Ulasan Ringkas Dan Video: Kedah vs Kelantan [0-3] Liga Super 2012

Posted: 20 Jan 2012 07:33 AM PST

Kelantan berjaya menduduki tangga teratas Liga Super selepas berjaya membenam Kedah dengan jaringan 3 – 0 di Stadium Darul Aman, Kedah.

Gol Kelantan hasil jaringan penalti dari Ghaddar pada minit ke 33″ selepas Matyo dijatuhkan dalam kotak penalti kemudian Jaringan dari penyerang prolifik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 78″ selepas berjaya merembat kencang hasil hantaran Danny Antwi dan Minit ke 90″ Danny Antwi sendiri berjaya menjaringkan gol selepas kesungguhannya merampas bola dari penjaga gol Kedah Helmi Eliza berjaya dan tenang menyepak masuk ke gawang gol Kedah.

Kelantan mengumpul 10 mata dalam 4 perlawanan dengan mencatatkan 3 kemenangan dan satu keputusan seri.







Al Fatihah. Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Posted: 20 Jan 2012 03:12 AM PST

Merupakan tweet dari adik beliau.

Kami di team Kerabu Bersuara mengajaj anda semua menyedekahkan Al Fatihah.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau.

Thiqah, Wala' dan Road-Show

Posted: 20 Jan 2012 01:30 AM PST

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala' dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala', tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk 'nyah-parasit' dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Gambar TG Nik Aziz Sedang Berkhutbah Di Masjid Beijing, Rantau Panjang

Posted: 19 Jan 2012 10:33 PM PST

Salam.

Untuk pengetahuan semua, buat pertama kalinya Masjid Beijing mengadakan solat Jumaat.

Dan orang yang pertama memberi khutbah ialah Tok Guru Nik Aziz.

Allahukhbar.

Ketua Zon PAS Gombak Masuk Umno? Mari Teka Siapa Dia?

Posted: 19 Jan 2012 04:19 PM PST

JENG...JENG...JENG!

Cuba tengok dua gambar ni baik-baik2. Gaya berdiri, dahi, mata, telinga, tubuh badan dan lengan. Ini kes pelanduk dua serupa?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLWD5rL1v8VWQS9pTgtU8Iqi5fTeGfGii4ElhQDo-wmLdgR-9Op4np2j_OKjsODv29rrXGQQc2Jf5FjHWC3qIwqdkrtIZ91eV727cpi9bEIjJk_N-HtPTljF5MqSQQegu0EPTXO8yk2R7K/s640/SERUPA.png

Berikut kenyataan polis mengenai mamat di atas:

Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.

Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini.

Gambar dia bertaburan dalam Internet, polis boleh kata takde bukti? Macam ada yang tak kena jer. Betoi ke orang tu anggota polis? Takde tag nama dan pakai bandana serta bawa buku lima tu masuk dalam SOP polis ke? Atau dia pakai bandana sebab takut dikenali?

Ini pulak kata PAS tentang mamat yang mengaku ketua zon ni:

Bila masa PAS lantik dia (Mohd Jais) jadi ketua zon ... aku pun tak tahu... lagipun geng nie masuk Pas dulu, tak pernah mai surau pun...duk pakai seluar pendek.. duk karaoke depan umah..
- SU PAS kg Kerdas.

Ape pun, kot dah rupa serupa, perangai tentu serupa kan?

Adekah Hassan Ali gelak guling2 keseronokan bila bace berita penyokongnya kuar PAS (kononya)?

Sumber Dari Blog

Tiada ulasan: