Jumaat, 20 Januari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United

Muslimeen United


Kota Bharu Sentral @ Tunjong - Bandar Pintar Islam Moden Di Kelantan

Posted: 20 Jan 2012 07:13 AM PST

Kelmarin telah berlangsung Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Majlis disemprunakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pembangunan Kota Bharu Sentral yang akan dibina di tanah sawah seluas 16.99 hektar di Tunjong, Kota Bharu mulai Jun atau Julai ini bakal menjadi mercu tanda baru bandar pintar Islam moden untuk Kelantan.

Projek usaha sama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara-Timur Urban Development Sdn Bhd (Sara Timur) itu membabitkan belanja antara RM500 juta hingga RM600 juta dan dijangka siap lima hingga enam tahun.

Pengerusi Kumpulan Sara-Timur, Datuk Dr Zawawi Ismail berkata, pembinaan bandar pintar itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan akan dimulakan dengan pembinaan The Village Mall setinggi dua tingkat selain masjid, dewan konvensyen, kondominium, medan selera serta panggung wayang.

"Sebanyak 1,200 parkir kereta dalam bangunan disediakan untuk memudahkan pengunjung ke bandar ini," katanya dalam taklimat dan pengumuman pembangunan Kota Bharu Sentral@Tunjong di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengarah Urusan Sara-Timur, John Loi Hieng Yee.

Zawawi berkata, reka bentuk pembangunan turut diterapkan dengan unsur Islam kontemporari yang akan dicampur dengan seni reka kebudayaan Kelantan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, projek berkenaan mampu menyelesaikan masalah pembangunan tidak sekata dan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, banjir kilat dan pencemaran yang berpunca daripada pembangunan.

Beliau turut berharap pembangunan itu seiring dengan pembangunan rohani yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di dalam dan luar Kelantan.

Petikan Ucapan ringkas YB Dato' Husam Musa Dalam Majlis Pemumuman Kota Bharu Sentral @ Tunjong

Ramai yang amat skeptical pada awal hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk menubuhkan Bandar Baru Tunjong. Hari ini, Bandar Baru Tunjong menjadi rebutan. Sara-Timur dipilih kerana Track Record syarikat yang baik dan sesuai dengan citarasa Kelantan.

Kota Bharu Sentral @ Tunjongdicadangkan untuk menjadi Bandar yang original living. Kehidupan kota adalah selari dengan Islam. Hartanah paling mahal adalah di Mekah. Hotel tujuh bintang terdapat banyak di Kota Mekah dan Madinah.

Kisah nabi Yusof Alaihissalam misalnya sebagai contoh. Lahir disebuah desa di Hebron. Kemudiannya dihijrahkan "secara paksa" ke Kota Memphis – Kota Mesir Tua. Ia menjadi turning point kehidupan yang lebih baik.

Urban living bukan sesuatu yang asing bagi orang Islam. Peradaban kota boleh hidup selari dengan nilai-nilai Islam.









Polis Yang Bertindak Ganas Semasa Bersih 2.0 Sudah Di Kenali

Posted: 20 Jan 2012 01:04 AM PST



Berikut kenyataan polis mengenai mamat di atas:

Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu  didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.

Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini (di sini)

Gambar dia bertaburan dalam Internet, polis boleh kata takde bukti? Macam ada yang tak kena jer. Betoi ke orang tu anggota polis? Takde tag nama dan pakai bandana serta bawa buku lima tu masuk dalam SOP polis ke? Atau dia pakai bandana sebab takut dikenali?

Ini pulak kata PAS tentang mamat yang mengaku ketua zon ni:

Bila masa PAS lantik dia (Mohd Jais) jadi ketua zon ... aku pun tak tahu... lagipun geng nie masuk Pas dulu, tak pernah mai surau pun...duk pakai seluar pendek.. duk karaoke depan umah..
 
- SU PAS kg Kerdas (di sini)

Ape pun, kot dah rupa serupa, perangai tentu serupa kan?

Adekah Hassan Ali gelak guling2 keseronokan bila bace berita penyokongnya kuar PAS (kononya)?

 

Gambar TG Nik Aziz Sedang Berkhutbah Di Masjid Beijing, Rantau Panjang

Posted: 20 Jan 2012 12:56 AM PST

Salam.

Untuk pengetahuan semua, buat pertama kalinya Masjid Beijing mengadakan solat Jumaat.

Dan orang yang pertama memberi khutbah ialah Tok Guru Nik Aziz.

Allahukhbar.

Anwar saman Utusan Malaysia RM150 juta

Posted: 20 Jan 2012 12:53 AM PST




Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan mendakwa akhbar itu telah "mereka pembohongan" yang beliau mahu menghalalkan homoseksual.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan oleh firma guaman M/s
Daim & Gamany, ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut hari ini, peguam dan naib presiden PKR, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.

"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan," kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang akhbar harian bahasa Melayu itu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Utusan telah menyiarkan berita muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" pada 17 Januari di mana Anwar telah dikritik oleh Dr Hasan Ali kerana mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu, mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Komen Hasan - bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang telah dipecat oleh parti itu - disiarkan selepas wawancara Anwar disiarkan di BBC minggu lepas di mana beliau menggesa disemak semula "undang-undang lapuk". -M'kini

Exco agama: Yang pentingnya amanah, kata Mohd Sabu

Posted: 20 Jan 2012 12:52 AM PST


KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.
Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).

Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama.  Bukan semestinya orang agama  sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.

"Nasib yang melanda (Datuk Seri) Jamil Khir dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin memberitahu kita, yang penting ialah amanah dan takut pada Allah, bukannya siapa yg menduduki satu jawatan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kedua-dua menteri Umno yang disebut Mohamad itu kini terlibat dalam skandal dakwaan salahguna kuasa dan wang.

Jamil terpalit dengan skandal menggunakan wang zakat untuk membayar kos guamannya, manakala Muhyiddin pula tertekan sebagai menteri yang meluluskan projek RM250 untuk Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Awal pagi ini, Tuan Ibrahim menegaskan amanah merupakan benda terpenting dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun.

"Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Menyambung hujah Tuan Ibrahim, Mohamad berkata tiada gunanya sekiranya seorang ustaz diletakkan di sesuatu jawatan "kalau dana zakat yang terang-terang salah boleh dihujahkan sebagai betul."

"Buat apa? Tapi untuk Umno, lainlah, mereka parti yang suka tegakkan benang basah. Laporan ketua Audit Negara dah kata NFC bermasalah, masih nak buat audit baru untuk confirm audit ketua negara," sindir beliau.

Muhyiddin yang  turut terpalit dengan isu skandal NFC telah secara ironisnya mengumumkan hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Cadangan tersebut dibantah oleh Jingga 13 dengan alasan Muhyiddin sebagai menteri yang terlibat dalam skandal tersebut sudah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk berbuat demikian kerana sudah pasti ia akan menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia. -Hrkh

Bongkar! Najib Tipu Peneroka: Bukan ‘Durian Runtuh’ Tapi Wang Milik Peneroka Dikembalikan

Posted: 19 Jan 2012 04:34 PM PST

Lagi UMNO tipu warga Felda. PM umum semua peneroka akan mendapat durian runtuh atau dengan kata lain wang tunai yang jumlahnya akan ditentukan oleh kerajaan nanti. Apakah warga Felda tidak dapat membaca dan menilai kata-kata pemimpin UMNO ini?

Itu bukan durian runtuh tetapi adalah wang dan hak milik peneroka yang selama ini dirompak dari peneroka. Kerajaan terpaksa bagi semula wang itu sebab musm PRU13 dah dekat apatah lagi dengan banyak pembongkaran penyelewengan wang Felda yang dilakukan oleh pihak pengurusan Felda dengan direstui oleh pemimpin dan Kerajaan UMNO selama ini.

Wang yang dikatakan durian runtuh itu tidak sepadan dengan wang milik peneroka yang telah dirompak sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Jika tidak dibongkar oleh "ANAK", maka peneroka tidak akan tahu dan akan terus ditipu oleh UMNO selagi mereka berkuasa.

Namun begitu peneroka harus sedar, wang milik mereka yang telah disamun selama ini entah kemana perginya, dan wang yang diberikan yang tak seberapa nilainya itu nanti adalah wang dari pihak lain, mungkin wang yang dipinjam dari KWSP. Ianya adalah hutang. Bukan kerajaan yang berhutang tetapi peneroka yang berhutang secara paksa dan secara halus oleh puak UMNO.

Walau banyak mana pun yang diberi, peneroka jangan sekali-kali terpedaya dan rasa terhutang budi dengan kerajaan dan UMNO kerana wang itu sememangnya milik mereka dan sebenarnya jumlahnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang telah disamun oleh UMNO selama ini. Harus ingat! Jika peneroka mengundi UMNO pada PRU13 nanti dan mereka menang, mereka akan rompak lebih banyak lagi untuk membayar hutang tersebut. Jangan kena tipu lagi. Ini semua adalah permainan dan muslihat UMNO yang hanya bertujuan untuk mendapatkan undi peneroka dalam PRU13 nanti. Bila dah menang nanti, mereka akan tindas dan hisap darah peneroka semula. Jangan sekali-kali percaya dengan kebaikan dan mulut manis puak UMNO ini.

Mereka gadai tanah peneroka (FGVH), bila dapat untung berganda kelak, mereka akan sapu, dan berikan kuahnya kepada peneroka, dan jika berlaku kerugian kelak, mereka akan lepas tangan dan paksa peneroka membayarnya dengan mengenakan pelbagai cukai dan bayaran yang akan direka-reka kelak. PM kata jamin akan untung, siapa dia yang boleh beri jaminan bahawa (FGVH) akan untung? Jika rugi bagaimana? Akhirnya semua tanah milik peneroka akan tergadai dan terlepas kepada pihak asing. Maka ketika itu pemimpin UMNO dengan muka selamba akan berkata 'nak buat macamana, kita dah usaha, tapi rugi juga". Sebenarnya mereka yang gadaikan tanah-tanah itu dan mereka kaut keuntungan secara senyap dan terancang.

Penyenaraian (FGV H) ini adalah cara kerajaan untuk mendapatkan wang untuk membayar hutang negara. Mereka paksa peneroka supaya menerima perancangan mereka ini kerana hutang negara sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Mereka pinjam wang dari luar negara, kemudian rekacipta projek-projek mega yangmana mereka dan kroni mendapat keuntungan atas angin bernilai ratusan juta ringgit, apabila sudah tidak mampu untuk membayar hutang, mereka intai-intai mana-mana harta milik rakyat yang boleh dikorbankan secara paksa. Tanah-tanah peneroka adalah antara yang menjadi korbanya. Selepas ini, kita tidak tahu hak rakyat mana pula yang akan mereka korbankan demi untuk menutup penyelewengan dan pecah amanah mereka terhadap wang rakyat dan wang milik negara selama ini. Tak mustahil tanah-tanah milik Felcra dan Risda pula yang akan menjadi mangsa selepas ini.

Bangunlah wahai peneroka, jangan tidur dan bermimpi lagi. Terlalu banyak sudah pengkhianatan dan penipuan UMNO terhadap Melayu dan peneroka Felda. Wang yang akan diberikan nanti, ambil! jangan tak ambil kerana itu adalah antara hak peneroka yang disamun selama ini walaupun jumlahnya tidak setimpal dengan wang peneroka yang dihilangkan selama ini. Tetapi itu bukan durian runtuh. Yang dapat durian runtuh ialah puak UMNO selepas FGVH disenaraikan nanti. Mereka kaut hasil titik peluh peneroka secara sah dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri.

Mereka tidak peduli apa peneroka nak kata. Sudah banyak kes peneroka dibawa ke mahkamah dan berpihak a peneroka. Ini adalah antara bukti bahawa sudah berpuluh tahun hakmilik peneroka ditipu dan diselewengkan oleh puak UMNO. Apakah peneroka masih ingin mengundi dan menyokong UMNO dalam PRU13 nanti?

Ingatlah wahai warga Felda, jangan tersilap lagi. Cukuplah selama ini kamu mengundi UMNO. Telah jelas dan banyak sudah penyelewengan yang telah mereka lakukan terhadap hakmilik kamu. Bangkitlah, bersama-samalah kita tumbangkan UMNO dalam PRU13 nanti supaya hakmilik kamu terus terpelihara untuk generasi-generasi yang akan datang.

"Jika ARAK itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan, kemungkaran, kesesatan dan kekufuran. Untuk selamat dunia dan akhirat, benci dan jauhilah kedua-duanya"

PRU13 Pada 11 Mac

Posted: 19 Jan 2012 04:29 PM PST

Seremban: PAS berpendapat bahawa PM Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada awal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr.Hatta Ramli menyatakan parti-parti politik di Malaysia sekarang ini hanya tinggal 50 hari untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya.

"Berdasarkan maklumat dalaman UMNO sendiri, Najib akan membubarkan Parlimen pada awal Februari. Hari Pencalonan akan diadakan samada pada 25 atau 26 dan kita akan diberikan dua minggu untuk berkempen sebelum hari mengundi pada Mac 11.

Oleh itu kita hanya tinggal 50 hari untuk bekerja. Tidak ada banyak masa untuk kita duduk dan berehat," ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu di hadapan hadirin 500 orang sewaktu majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.

Dakwaan Hatta diperkuatkan dengan fakta bahawa cuti sekolah peggal pertana untuk tahun 2012 ialah dari 10 Mac hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

Lenggeng merupakan sebuah kerusi DUN yang berada di dalam parlimen Seremban. Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Seremban dan kesemua kerusi DUN di dalam parlimen Seremban di dalam PRU12 yang lalu kecuali DUN Lenggeng. PAS tewas di Lenggeng kepada Mustafa Salim dari Barisan.

"Gimmik Politik"

Sementara itu di majlis yang sama Ahli Parlimen Seremban John Fernandez telah menjadikan orangramai tertawa apabila menyifatkan cadangan SPRM kepada menteri kabinet termasuk ahli keluarga dan anak-anaknya mengisytiharkan harta kepada SPRM seperti "seorang bapa isytiharkan harta kepada anaknya".

"Ini lawak paling besar.Jika PM dan para menterinya benar-benar telus sila isytiharkan harta kepada umum sepertimana Ketua Menteri pulau Pinang dan para exconya mengisytiharkan asset-asset mereka baru-baru-baru ini. Malah anda boleh semak perinciannya melalui lamanweb kerajaan negeri.

"SPRM ialah sebuah badan berkanun kerajaan. Bagi saya ini hanyalah gimmik politik oleh kerajaan semata-mata kerana pilihanraya ke 13 semakin hampir," tambahnya.

Turut hadir ialah Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Timbalan Ketua PKR Seremban Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban MK Ibrahim Abdul Rahman. -FMT

Tiada ulasan: