Jumaat, 20 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hak Milik Tanah - AMK desak Polis Siasat Satim Diman.

Posted: 20 Jan 2012 04:36 AM PST

Syukri Hamzah

alt

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Satim Diman.

Ketuanya, Irwan Ismail ketika ditemui pemberita berkata, mereka menuntut pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu dengan terperinci berdasarkan bukti-bukti yang dilampirkan bersama laporan polis tersebut.

"Laporan polis hari ini adalah berdasarkan percubaan untuk menukar hak milik tanah yang dimiliki oleh Umno bahagian Puchong, di mana Satim adalah ketuanya, kepada syarikat bukan bumiputera," kata Irwan.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa tanah itu adalah sebenarnya milik bumiputera. Oleh itu, kami meminta pihak polis untuk menyiasat motif sebenar tindakan (Satim) tersebut, "katanya.

"Kami percaya bahawa dia telah membuat banyak keuntungan dengan hanya sebagai orang tengah," tambah beliau.

Sebagai susulan kepada laporan polis hari ini, mereka akan membawa isu tersebut untuk perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.

" Kita ingin membawa kebenaran kepada rakyat. Mereka harus sedar bahawa orang yang diharapkan untuk melindungi bangsa Melayu sebenarnya pengkhianat terbesar, "katanya.

PAS bidas Lawatan PM ke Parlimen Wilayah hari ini.

Posted: 20 Jan 2012 04:34 AM PST

Radhi Razak

KENYATAAN MEDIA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN BERKENAAN LAWATAN PERDANA MENTERI DI PARLIMEN WANGSA MAJU, BANDAR TUN RAZAK DAN LEMBAH PANTAI HARI INI.


PAS Wilayah Persekutuan berharap lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kali ini dapat memberi manfaat kepada warga Kuala Lumpur dalam memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti hidup di ibu kota ini.

alt

Ini kerana warga Kuala Lumpur amat mengharapkan pelbagai kemudahan dan insentif dapat dinikmati oleh mereka serta segala permasalahan mereka dapat diselesaikan dengan baik. Sebaliknya warga Kuala Lumpur tidak mahu lawatan PM sekadar memenuhi jadual politik dan memberi janji kosong yang penuh retorik sahaja.

PM seharusnya menggunakan kesempatan lawatan ini untuk menjenguk rakyat serta berkongsi kesusahan dengan mereka. Rumah-rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu dilawati dan melihat sendiri bagaimana suasana kehidupan masyarakat golongan berpendapatan rendah.

Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas adalah penghuni setia PPR yang dambakan perhatian dan bantuan. PM sebaiknya lihat sendiri tahap kebersihan PPR dan kesukaran parkir di kawasan tersebut, merasai sendiri kesesakan lalulintas di jalan utama ibu kota, bersesak dengan orang ramai dalam kenderaan awam, serta turun ke pasar dan melihat sendiri kehidupan rakyat ala kadarnya.

Dari sudut lain, PM perlu turun sama mendengar cetusan hati para peniaga di sekitar Chow Kit, pemandu-pemandu bas dan teksi di ibu kota, serta golongan lain yang turut berkongsi sama mencari rezeki di tengah ibu kota Kuala Lumpur ini.

Selain itu, penduduk dan pemilik Kampung Baru mungkin ternanti-nanti adakah siri lawatan PM singgah bertemu dengan penduduk di situ. Jika Menteri Besar Selangor sanggup turun dan bersemuka dengan rakyat dengan usaha membantu penduduk, apakah PM pula berani mendengar pertikaian penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang diluluskan oleh kabinetnya.

Apakah PM sanggup membaca sendiri sepanduk dan kain rentang yang membantah tindakan kerajaan meluluskan RUU tersebut?

PAS WP berharap lawatan kerja PM ke Kuala Lumpur dapat menginsafkan beliau betapa kehidupan sebahagian warga KL tertinggal jauh dari arus kemodenan dan memisahkan jauh antara mereka dengan golongan berada. Mungkinlah lawatan ini menjadikan PM lebih prihatin dengan masalah rakyat disamping bertegas untuk membanteras segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sedang membarah di dalam parti dan pemimpin kanannya seperti yang didakwa ramai hari ini.

PM perlu jadikan lawatan ini untuk mengajar beliau supaya melantik pemimpin-pemimpin bawahannya yang benar-benar membela rakyat dan mengerti kesusahan mereka, bukan mengkayakan diri mereka sendiri. [VIDEO LAWATAN : PM Beri Sokongan Kekal Perkampungan Melayu KL]


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan

Isu Exco Agama - PAS sindir 'Seleweng Wang Zakat & Jamil Khir'.

Posted: 20 Jan 2012 04:20 AM PST

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR - PAS menyelar strategi yang didakwa sedang dipergiat beberapa Pemimpin UMNO menggunakan isu pengasingan Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Selangor sebagai serangan terbaru memburuk-burukkan PAS menjelang PRU13.

Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, UMNO/BN masih berfikiran cetek apabila berpandangan Pemimpin PAS hanya layak memegang Exco berkaitan Agama semata-mata.

"Pemikiran UMNO yang masih berada dalam kotak lama, apabila menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak," jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut dengan nada menyindir mempersoalkan kelayakan seseorang Pemimpin memegang tanggungjawab pengurusan Agama lantas menyalahgunakan jawatan tersebut dengan melakukan penyelewengan Wang Zakat.

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?," katanya lagi.

Sebelum ini, Pakatan telah mendesak agar pihak SPRM menyiasat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana didakwa terlibat secara tidak langsung dalam penyalahgunaan kuasa Wang Zakat merujuk kepada Laporan Audit Negara baru-baru ini.

PAS kata beliau akan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan yakin dengan penggubalan portfolio bagi jawatan Exco sepertimana yang dilaporkan sebelum ini.

"PAS yakin dengan Dr Yunus Ahmad yang baru dilantik sebagai exco dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan, bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti."

Dr. Yunus kelmarin telah dilantik secara rasmi memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi portfolio Adat Resam dan Belia Sukan.

Khalid selaku Menteri Besar Selangor telah memilih untuk memegang portfolio Hal Ehwal Agama dan menjelaskan ianya bersifat sementara sebelum akan diputuskan pada satu tempoh selepas ini bagi menyerahkan sepenuhnya kepada Dr. Yunus.

FITNAH!!! Akhirnya Blogger UMNO mohon maaf

Posted: 20 Jan 2012 04:10 AM PST

PASPB


Blogger pencacai, RBF Online telah memohon maaf kat Wardina seperti di laporkan di Sinar Harian.

Blogger RBF Online memutuskan untuk menamatkan kontroversi berhubung kejadian samun melibatkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah dan keluarganya, Khamis lalu dengan memohon maaf atas tulisannya.

Semalam, Wardina menjemput blogger RBF Online itu agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang dilalui keluarganya minggu lalu lakonan atau pun kisah benar.

Kecut perut jugak blogger pencacai nih... tidak sia-sia je.. silap-silap kena saman dengan Wardina. Lain kali jangan tabur fitnah dan mulut celupar, nanti makan diri sendiri. Kat bawah ni Addin sertakan petikan kata-kata berapi dari RBF online .. mujur ler Addin tak termuntah depan laptop..

"Atas dasar menghormati nasihat seorang pemimpin besar yang sampai ke pengetahuan saya melalui khalifah-khalifahnya, maka dengan ini saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tulisan saya berhubung kes pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina dan keluarganya,"

Kah..kah..kah.. khalifah yang mana satu nih??ADDIN

Isu Exco Agama Selangor, PAS Faham Serta Akur Kenapa Portfolio Itu Di Galas Oleh Tan Sri Khalid !

Posted: 20 Jan 2012 03:51 AM PST

PAHANG DAILY


SHAH ALAM - PAS Selangor faham dan akur mengapa portfolio Hal Ehwal Agama Islam digalas oleh Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan bukannya diberi kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad (foto) juga berkata portfolio itu tidak semestinya secara automatik disandang oleh pemimpin daripada parti Islam itu.

Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata keputusan yang diambil oleh Menteri Besar amat tepat dan relevan pada suasana menjelang pilihanraya umum.

"Dengan mengambil kira lebih kurang tiga atau empat bulan untuk menghadapi pilihanraya seterusnya, maka keputusan Menteri Besar untuk beliau sendiri memegang portfolio Hal Ehwal Islam itu relevan kerana sebarang perlantikan baru dijangkakan sukar dan menjejaskan perlaksanaan program yang dirancang sebelum ini,"
ulas Khalid.

Beliau turut memberitahu, exco Hal Ehwal Islam bukan sahaja menghadapai cabaran melaksanakan tugas berkaitan pentadbiran tetapi perlu berhadapan dengan mainan politik UMNO melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Sedangkan mantan exco sebelum ini pun tidak mampu untuk menangani permainan UMNO melalui kedua-dua badan agama ini.

"Jadi, Pas berpendapat lebih baik Tan Sri Khalid duduk di situ kerana percaya beliau lebih berpengalaman dan bijak menangani sebarang isu berkaitan," Khalid berkata.

Menurut Khalid lagi, portfolio hal-ehwal Islam merangkumi berbagai aspek pentadbiran.

"Jadi kepercayaan bahawa semestinya Pas menguasai kerangka jabatan agama Islam ini harus diperbetulkan kerana Islam itu wujud dan relevan dalam mana-mana cabang sekalipun sama ada pihak berkuasa tempatan, hal pendidikan, jabatan kerja raya atau lain-lain,"
ujar Khalid.

Mengulas tentang tindakan segelintir ahli PAS yang menentang keputusan Menteri Besar itu, Khalid dengan tenang mengatakan bahawa pandangan mereka itu tidak melambangkan pendirian pucuk pimpinan PAS keseluruhannya. Beliau berkata satu mesyuarat peringkat negeri akan diadakan pada hari Selasa ini untuk bincangkan perkara ini lebih lanjut.

[Keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan Hal Ehwal Agama yang pernah disandang oleh Dr.Hassan Ali itu kini dijadikan isu oleh media arus perdana dalam usaha mereka untuk melaga-lagakan pula PAS dan PKR.

Namun, dalam masa yang sama mereka harus ingat bahawa di negeri lain yang ditadbir oleh UMNO BN juga tidak memberikan portfolio itu kepada mereka yang sepatutnya. Misalnya di Pahang, Exco agama di pegang oleh MB sendiri biar pun beliau bukanlah arif sangat tentang hal ehwal agama.

Maka itu, isu MB Selangor galas jawatan Exco Hal Ehwal Agama tidak perlulah dijadikan isu panas yang boleh menggoncangkan kekuatan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Malahan, Exco agama bukanlah satu jawatan yang boleh mengeluarkan fatwa atau sebagainya. Oleh itu, semua pihak perlu terima ketetapan ini dengan hati terbuka demi perjuangan rakyat].

Polis tahan pelajar didakwa ugut PM dalam Facebook

Posted: 20 Jan 2012 03:49 AM PST

MALAYSIA KINI

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis kerana didakwa menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda, Kedah itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di Alor Setar malam tadi.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.

Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. Bernama

PRU13: Gerakan S'gor perkenal 80 peratus muka baru

Posted: 20 Jan 2012 03:48 AM PST

MALAYSIA KINI

Gerakan Selangor akan memperkenalkan 80 peratus muka baru sebagai calon parti itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata pengerusi Perhubungan Gerakan Selangor, Senator A Kohilan Pillay.

Beliau berkata mereka terdiri daripada golongan muda yang energetik dan mengikut aspirasi golongan itu serta boleh mendekatkan diri dengan rakyat.

"Kita mahukan calon yang bukan sahaja boleh turun padang tetapi boleh mendengar masalah rakyat serta dekat dengan rakyat," katanya dalam sidang media bagi Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai.

Beliau berkata ketua jentera pilihan raya bagi setiap DUN telah dilantik dan mereka telah mula menggerakkan jentera dan akan turun padang untuk memantau kesemua DUN berkenaan selepas Tahun Baru Cina ini.

"Persediaan pilihan raya dalam momentum yang bagus dan saya minta agar ini diteruskan...minta semangat berpasukan dengan kerjasama komponen BN supaya bertindak lebih proaktif dalam mendengar masalah rakyat," katanya.

Kohilan Pillay berkata dengan semangat serta kerjasama berpasukan dalam BN, beliau yakin akan memenangi kerusi yang dipertandingan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan berusaha merampas kembali empat kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen yang kalah di tangan pembangkang pada pilihan raya umum lepas, iaitu DUN Teratai, Bukit Lanjan, Kota Alam Shah dan Bukit Gasing serta Parlimen Puchong," katanya.

Sementara itu, Kohilan Pillay yang juga timbalan menteri luar berkata rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina bagi DUN Teratai akan diadakan pada 29 Januari dari pukul 3 hingga 6 petang di Dataran Pandan Perdana Lake Club.

"Kami menjemput orang ramai supaya memeriahkan rumah terbuka ini dan pelbagai persembahan menarik akan dipertontonkan.

"Saya anggarkan sekurang-kurangnya 3,000 hingga 5,000 tetamu akan hadir bagi memeriahkan rumah terbuka ini. Program ini lebih kepada program mengeratkan silaturahim antara rakyat dan pemimpin," katanya. Bernama

HIMPUN rancang perhimpunan di Pulau Pinang

Posted: 20 Jan 2012 03:47 AM PST


MALAYSIA KINI

Himpunan Pertubuhan Islam (HIMPUN) merancang meneruskan jelajah himpunan raksaksa sejuta umat yang ke-4 - kali ini di Pulau Pinang.

Berikutan itu, pengerusi jawatankuasa hubungan media HIMPUN, Mansor Ibrahim berkata, satu sidang akhbar akan diadakan Ahad ini mengenai butiran lanjut perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu, katanya, diadakan untuk memperkasakan Islam, mempertahankan artikel 153 perlembagaan, selamatkan akidah, cegah murtad dan jenayah homoseks serta menghapuskan usaha gerakan menegakkan kerajaan Kristian.

Menurut Mansor, HIMPUN disokong oleh NGO-Ngo Melayu/Islam dan lain-lain penyokong seperti pimpinan parti politik yang prihatin akan ancaman gerakan Kristian terhadap umat Islam.

Sebelum ini, HIMPUN telah mengadakan perhimpunan di Selangor, Perak dan di Negeri Sembilan.

Menurut pihak penganjur, himpunan sejuta umat di Pulau Pinang itu adalah untuk memperkasakan Islam, mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, menyelamatkan akidah dan mencegah murtad dan homosek.

Mahkamah: Penulis Buletin Rakyat mohon maaf pada Zaid

Posted: 20 Jan 2012 03:30 AM PST


MALAYSIA KINI

Penulis akhbar Buletin Rakyat, Mohd Sayuti Omar dan dua lagi hari ini membuat permohonan maaf kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim kerana menyiarkan artikel fitnah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof yang mendengar kes tersebut membenarkan permohonan maaf tersebut direkodkan sebagai perintah persetujuan.

Peguam yang mewakili Zaid, Nizam Bashir yang ditemui pemberita berkata Mohd Sayuti, pengarang akhbar Norzah Kepol dan penerbit yang juga pemilik akhbar itu, Kantung Network Sdn Bhd juga akan menyerahkan RM1,000 kepada Yayasan Kurang Upaya Kelantan yang dimiliki Zaid, sebagai salah satu persetujuan penyelesaian di luar mahkamah.

Nizam berkata ketiga-tiganya juga bersetuju menarik balik dan akan memastikan kenyataan fitnah itu tidak akan diulang serta menerbitkan permohonan maaf di dalam akhbar Buletin Rakyat selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Pada 9 Disember tahun lepas Zaid memfailkan saman terhadap ketiga defendan berikutan penerbitan artikel bertajuk "Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoannya".

Zaid mendakwa artikel tersebut telah memfitnah dan membawa maksud bahawa beliau memiliki moral politik yang rendah, seorang yang ego, bersikap autokratik, menggunakan kekayaan untuk memaksa orang tunduk kepadanya dan tidak memiliki ketinggian budi pekerti.

Beliau menuntut satu perintah menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah berkenaan di dalam akhbar dan internet, satu perintah supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadamkan kata-kata fitnah itu dan defendan perlu menerbitkan atau menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu secara berterusan selama dua bulan atau tempoh yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Beliau turut menuntut gantirugi am RM10 juta daripada setiap defendan, ganti rugi khas, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.- Bernama

'Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari'

Posted: 20 Jan 2012 03:22 AM PST

Pengerusi unit media baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti papagomo dan parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

NONEKatanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi.

Katanya penulis blog tersebut merupakan penyokong Umno tetapi menyifatkan diri mereka sebagai penulis blog bebas.

"Ada di antara mereka yang sangat membenci saya... mereka tidak menyukai saya, mereka tidak mahu diarah, dinasihat atau dikawal," katanya yang turut menjadi sasaran penulis blog berkenaan.

Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu tersebut tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya.

"Lainlah macam saya. Saya bertanggungjawab kepada parti," kata anggota exco pemuda Umno itu lagi yang turut mengendalikan blog tunfaisal.blogspot.com.

Dalam tulisannya di laman tersebut hari ini, Tun Faisal menjelaskan bahawa Umno tidak boleh meletakkan syarat ke atas penulis blog seperti parpukari dan papagomo kerana golongan itu bukan merupakan anggota jentera parti.

Walaupun dengan penetapan syarat tertentu, penulis blog dan 'Cybertrooper' itu juga mungkin mempunyai pendirian sendiri kerana "tidak ingin terikat dengan peraturan-peraturan tertentu."

"Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di Internet.

"Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN. Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?," soalnya lagi.

Katanya, Unit Media Baru Pemuda Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

ADUN PKR itu dilanda kontroversi apabila foto separuh bogel beliau tersebar di laman pro-Umno bermula Februari 2009.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tun Faisal menjelaskan, penulis blog seperti papagomo dan parpukari telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Katanya Umno telahpun jauh ketinggalan di belakang PAS, DAP dan PKR yang beralih untuk menyampaikan mesej mereka di ruang Internet apabila tidak lagi mendapat tempat di media arus perdana.

Kumpulan pro-pembangkang telahpun menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

azlanSemenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno dengan media baru supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya mempunyai lebih ramai pengendali media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

Turut hadir dalam program diskusi pada malam tadi ialah kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan juga timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Perbincangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengadakan dialog yang lebih membina di antara penyokong BN dan Pakatan di ruang Twitter.

Melayu Proto nenek moyang masyarakat dunia: Pengkaji

Posted: 20 Jan 2012 03:19 AM PST

Seorang pengkaji asal-usul bangsa Melayu, Zaharah Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini berkata kajian arkeologi dan genetik boleh menunjukkan bahawa golongan Melayu Proto yang tinggal di Pentas Sunda merupakan nenek moyang kepada masyarakat dunia hari ini.

Dalam pembentangannya di satu persidangan hari ini, Zaharah menunjukkan bahawa penduduk di Pentas Sunda itu berjaya menyelamatkan diri daripada letusan besar gunung berapi Toba pada 75,000 tahun dahulu.

Penduduk seramai kira-kira 10,000 itu dan berjaya menyelamatkan diri kerana berada di Pentas Sunda – yang kini membentuk Asia Tenggara.

Golongan berkenaan yang berhijrah dari Afrika itu kemudiannya terpaksa berpindah lagi ke India, China, Jepun dan Amerika dan juga ke seluruh pelusuk dunia, bermula 50,000 tahun kemudian akibat pemanasan dunia.

Pemanasan dunia itu menyebabkan Pentas Sunda berpecah kepada kepulauan, menurut beliau lagi.

Teori berkenaan sekali gus menafikan satu lagi teori yang timbul sebelum ini bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau dari kalangan penanam padi Taiwan yang berhijrah ke kepulauan ini.

Teori ini disokong oleh pakar antropologi genetik Stephen Oppenheimer yang menunjukkan bukti bahawa Orang Melayu dan Orang Asi berasal dari Asia Tenggara.

Kajian DNA yang dilakukannya ke atas masyarakat Melayu, Semang, Senoi dan Orang Asli lain menunjukkan bahawa 44 peratus daripada nenek moyang komuniti berkenaan telah tinggal di kawasan ini sejak lebih 25,000 tahun dahulu.

AG fail rayuan terhadap keputusan kes liwat II

Posted: 20 Jan 2012 03:17 AM PST

MALAYSIA KINI

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.

Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.

Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".

Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.

Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.

Sementara itu, menulis dalam blognya, Saiful berkata, dia bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang, adalah terlaksana.

"Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar. Kepada Allah saya berserah," tulis Saiful.

| Pakar `Moti-Basi' Meroyan - Hati Yang Busuk Terserlah

Posted: 20 Jan 2012 03:11 AM PST

Oleh WFAUZDIN NS


hassan ali PAKAR `Moti Basi' Hassan Ali tidak habis-habis meroyan lagi di media pencacai. Kita tidak sabar-sabar mahu melihat Pakar `Moti Basi' ini mengelilingi dunia dengan `Road Show'nya ala `Road-Show' Anwar Ibrahim sewaktu mantan TPM tersebut dipecat dari parti dan kerajaan.

Adakah Pakar `Moti Basi' yang kini popular dengan gelaran `Pelesit' bukan `Parasit' ini boleh menyamai `Road-Show' Anwar Ibrahim?

Hakikatnya, Hassan Ali lebih beruntung kerana beliau berpeluang `Road Show' melalui media pencacai seperti TV 3 suku, berbeza dengan Anwar dahulu. Setakat ini, tiada satu pun hujah dari Pakar `Moti Basi' ini melambangkan PHd beliau yang kelazimannya penuh fakta dan boleh diterima oleh golongan bijak pandai. Sehingga kini, usahkan golongan cendiakawan, golongan orang-orang tua yang tidak tahu membaca pun mentertawakan Hassan Ali. Siapa kata semua yang memiliki PHd itu cerdik? Buktinya, lihat lah Hassan Ali.

Mulanya bersikap ego, mahu tunjuk bijak lebih bijak dari Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS apabila si hidung kembang ini mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan PAS. Akhirnya, setelah di `brain wash', beliau memohon maaf dan mengakui secara tidak langsung kedunguannya itu. Tetapi, bila hati sudah busuk, beliau tidak serik selagi tidak boleh menjahanamkan PAS. Beliau berbunyi lagi dengan suara `terjerit-jerit dan mencerit' bagai anjing tersepit memperkatakan keburukan Anwar pula melalui media musuh Pakatan Rakyat. Sakitnya hati beliau terhadap Anwar tidak terkira mengalahkan bencinya Najib Altantuya kepada Anwar. Najib pun tidak melarang orang ramai hadir menyokong Anwar di mahkamah bahkan membenarkan mereka berhimpun secara aman, tetapi Hassan Ali dengan ego, bongkak dan sombongnya mengajak orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah pada 09 Jan yang lalu.

Egonya Hassan Ali ini sehingga beliau masih bertanya tentang kedudukannya di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor, sedangkan beliau sedar dan tahu bahkan tidak mahu merayu apabila beliau `dicampakkan' dari PAS. Ertinya apa? ertinya beliau masih sayang dan cinta kepada `kemewahan' kerusi Exco. Maka, berkatalah Pakar `Moti Basi' ini bahawa beliau seorang pejuang Islam tulin yang sanggup meninggalkan kerusi Exco yang berharga itu, demi Islam, kononnya. Hey, Hassan, kamu tidak meninggalkan kerusi Exco lah. Kamu dipecat dari PAS dan kerusi itu ditarik dari kamu, sedar atau tidak? Pengorbanan apa kejadahnya?

Seribu syukur atas nikmat Allah mencabutkan jasad Hassan Ali dari PAS. Jika tidak, boleh dibayangkan `Pelesit' ini akan bermaharalela dan merosakkan perjuangan PAS dari dalam. Orang yang hasad dengki, ego, bongkak lagi jahil tidak boleh bersama PAS, seadanya./wfauzdin.blogspot.com

Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Keselamatan Menteri?

Posted: 19 Jan 2012 09:00 PM PST

Staff Berita Semasa

harta menteri malaysia1 Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Keselamatan Menteri?


Pada mula kami mendengar usaha seperti ini, kami fikir ia merupakan satu langkah yang baik sebenarnya. Dan sepatutnya cadangan & pelaksanaan mendedahkan harta menteri Malaysia dimulakan sejak daripada awal lagi.

Ini akan membuatkan semua rakyat menjadi lebih selesa & yakin dengan barisan menteri Malaysia yang lebih bersih & tidak memanipulasi wang rakyat.

Bukan sahaja melibatkan harta Menteri Malaysia tetapi juga semua ahli parlimen, baik daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sepatutnya mengambil inisiatif mengemukakan & mendedahkan kekayaan & harta masing-masing kepada semua rakyat Malaysia. Hanya dengan cara ini sahaja mana-mana pemimpin yang telah diangkat oleh rakyat dan dilantik lebih berhati-hati menguruskan wang rakyat dan mengelakkan diri daripada menerima rasuah atau berbelanja menggunakan wang yang bukan milik mereka sesuka hati.

Bagi kami, ia adalah satu cadangan yang baik daripada pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset Menteri Malaysia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) :

  • supaya dapat memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan
  • isteri atau suami menteri, dan ahli-ahli keluarga menteri dalam pentadbiran Persekutuan juga akan diperlukan untuk melakukan perkara yang sama dengan mengisytiharkan semua aset mereka melalui akuan berkanun

Kami berharap ia tidak hanya terhenti setakat menyerahkan kepada SPRM semata tetapi "mesti" didedahkan kepada umum. Setakat yang kami ketahui, apabila melibatkan proses mengistiharkan harta ini hanya melibatkan beberapa perkara seperti :

Walaubagaimanapun, hari ini Datuk Seri Nazri dilihat tidak bersetuju dengan cadangan seperti ini. Bahaya katanya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi :

harta menteri malaysia 21 Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Keselamatan Menteri?

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri. Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan. "Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka," kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai 'bahaya' yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Takut orang luar (rakyat tahu) tahap kekayaan & aset yang dimiliki para menteri? Kenapa perlu takut datuk? Jikalau harta dan aset yang datuk-datuk, datin-datin miliki sekarang ini diperolehi melalui "jalan yang benar" & "bersih" dan tiada apa yang ingin disorokkan, mengapa tidak dedahkan sahaja kepada umum?

"Berani kerana benar, takut kerana salah"

Istiharkan sahaja harta menteri Malaysia. Barulah ini selaras dengan slogan 'kepimpinan melalui teladan'.

P/S : Tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau takut juga, mungkin ada "sesuatu yang tidak kena di situ"

PP/S : Siapa di sini yang bersetuju aset & harta menteri Malaysia didedahkan kepada umum? Jikalau hartan & aset mereka didedahkan kepada umum, keluarga menteri yang mana satu bakal menjadi perhatian anda kelak?

DAP Nafi Tekan Khalid Nafikan Pas Kerusi Exco Agama

Posted: 19 Jan 2012 08:59 PM PST

Post Pic



SHAH ALAM : Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menafikan partinya mengenakan sebarang tekanan untuk menafikan Pas kerusi EXCO Hal Ehwal Agama yang kini digalas oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Teresa membidas pihak yang cuba menyalahkan DAP di atas keputusan Khalid hanya memberikan portfolio Adat Melayu, Beliau dan Sukan kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

"Siapa cakap ini? Mana ada perkara macam ini berlaku. Saya membidas siapa-siapa yang membuat khabar angin dengan membuat cerita-cerita ini, kerana saya tidak pernah dengar perkara ini dan perkara seperti itu tidak pernah berlaku," kata Teresa.

Beliau adalah juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Teresa diminta mengulas pelbagai andaian mengenai keputusan Khalid untuk mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam dan bukan memberikannya kepada Yunus atau exco lain daripada Pas iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr Halimah Ali.

Khalid dituduh tunduk kepada tekanan DAP untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang syariah Islam tidak ditunjangi oleh seorang exco yang terlalu tegas.

Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Mohd Satim Diman berkata keputusanan Khalid itu adalah tamparan kepada Pas dan mencerminkan politik dalaman Pakatan Rakyat.

"Tanggungjawab menjaga agama Islam sepatutnya tugas Pas dan tindakan Menteri Besar mengambil alih tugas itu menunjukkan PKR dan DAP sudah hilang kepercayaan terhadap Pas," kata beliau.

Rombakan Exco oleh Khalid semalam diliht melemahkan kedudukan Pas sebagai pemegang amanah penduduk Islam di Selangor, lebih-lebih lagi dengan negeri ini dikatakan menghadapi isu murtad dan pemesongan akidah di kalangan umat yang semakin serius.

Portfolio Exco Hal Ehwal Agama disandang oleh Hasan Ali sejak Mac 2008 sehingga beliau dipecat oleh Pas kerana dikatakan bertindak membelakangkan kepentingan parti.

Pendirian tegas Hasan mengenai penjualan arak di Shah Alam, percambahan hotel bajet sebagai sarang maksiat dan isu murtad sebelum ini mencemaskan parti komponen dalam Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Exco Agama Selangor : Khalid Berhak Pilih Diri Sendiri, Kata Pemuda Pas

Posted: 19 Jan 2012 08:52 PM PST

Post Pic



KUALA LUMPUR : Pemuda Pas menegaskan ia tidak boleh campurtangan dalam keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih tugas sebagai Exco Hal Ehwal Agama yang dipegang sebelum ini oleh wakil parti itu.

Ketuanya Nasharuddin Hassan Tantawi berkata, Khalid berhak bertindak demikian dan pihaknya menerima keputusan untuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco baru semalam diberikan portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.

"Pada saya ini urusan kerajaan negeri Selangor, jadi pada saya kita pun tiada kuasa untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri," kata beliau kepada Antarapos.com.

"Sebab apa yang berlaku hari ini adalah bagi memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor," tambah Nasharuddin.

Timbalan beliau, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Pas tidak melihat jawatan itu sebagai hak eksklusif PAS.

"Bagi kita siapa pun yang mengambilalih portfolio tersebut, kita akan bergerak secara kumpulan," katanya.

Selangor semalam melakukan rombakan dengan Khalid mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Menurut Khalid, beliau mengambil alih portfolio agama kerana Yunus tidak berpengalaman dan tidak mempunyai masa untuk menyesuaikan diri kerana pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun pemerhati menganggap alasan itu remeh kerana Pas mempunyai tokoh-tokoh lain serta dua ahli Exco lain iaitu xxxxxxx dan Halimah Ali yang cukup berpengalaman.

Yunus dilantik Exco baru berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada parti dan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur.

Rasuah Taib Mahmud: Antarabangsa desak, SPRM membisu

Posted: 19 Jan 2012 08:50 PM PST

Oleh: Masdar Wahid

SARAWAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Krian, Ali anak Biju mempersoalkan sikap membisu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, pihak berkuasa masih gagal mengumumkan status siasatan ke atas Taib, meskipun kes itu menerima desakan di peringkat antarabangsa dan sekaligus menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.


"Ini sangat pelik, kalau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa pun mahu kes ini disiasat, mengapa SPRM Malaysia masih membisu," soalnya.

Menurutnya, kes rasuah melibatkan Taib dan keluarganya bukan sahaja berkaitan soal perundangan tetapi turut merangkumi kepentingan rakyat miskin di seluruh Sarawak.

"Kita tidak kisah Taib kaya tapi yang kita persoalkan ialah sumber kewangan itu dari mana, adakah kerana penyelewengan dan berunsur rasuah?

"Ini isu penting yang perlu disiasat dan kita berharap siasatan dijalankan segera kerana kekayaan Taib sangat luar biasa sekaligus menimbulkan persoalan," tegasnya.

Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain menulis sepucuk surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.

BMF dan NGO terbabit menggesa Malaysia menahan Taib dan ahli keluargnya kerana melakukan salahguna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.

Pada masa yang sama, polis antarabangsa Interpol, menyatakan siasatan mengenai jenayah membabitkan Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa Malaysia.

Sebelum ini, banyak laporan SPRM telah dibuat terhadap Taib dan keluarganya. Namun sehingga kini SPRM masih gagal mendedahkan status siasatan berkenaan

Anwar: Pakatan tegas menolak seks bebas, homoseksual

Posted: 19 Jan 2012 08:45 PM PST

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkompromi dengan isu seks bebas dan homoseksual serta tetap mempertahankan institusi perkahwinan di negara ini.

Beliau berkata demikian mengulas fitnah pihak tertentu terhadapnya ekoran satu wawancara dengan media luar negara, baru-baru ini.

"Sebagai muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan dan saya tidak akan mengambil sikap bermaaf dalam soal ini," katanya di majlis kesyukuruan di rumahnya semalam.

"Ini menjawab semua bahawa kita tidak mendokong seks bebas atau homoseksual atau lesbian," tegas beliau.

Anwar turut menyelar fitnah bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr hasan Ali kononnya beliau menyokong undang-undang homoseksual dilaksanakan di negara ini.

"Saya tegaskan dalam wawancara itu bahwa undang-undang liwat ini lapuk, jumud kerana ia diguna untuk fitnah orang, zalimi orang dan saya tidak pertahankan, tegas beliau.

"Kalau Hasan Ali kata wawancara Anwar tidak jelas dan kita minta supaya kita jelaskan tidak apa, tapi ini soal hukum dan beliau buat andaian kononnya kalau saya jadi perdana menteri saya akan sahkan undang-undang ini.

"Saya ulang bahawa undang-undang lapuk sedia ada ini memang lapuk kerana ia hanya alat pemerintah untuk zalimi dan fitnah orang demi kepentingan politik sempit mereka," tegas beliau.

Majlis kesyukuran berkenaan yang diadakan sempena pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari lalu, dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Antara yang hadir bekas imam Masjid Damansara, Shamsul Firdaus, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron,

Turut kelihatan hadir ialah bekas menteri Barisan Nasional, Tan Sri Dr Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

NFC: Rafizi, Zuraidah Sedia ke Mahkamah

Posted: 19 Jan 2012 08:44 PM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin sedia ke Mahkamah untuk membuktikan segala pendedahan yang dilakukan berhubung skandal NFC adalah benar dan bukan bermotif politik.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, Rafizi berkata berdasarkan laporan berita internet hari ini bahawa Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100 juta terhadap beliau dan Zuraidah.

"Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

"Oleh yang demikian, saya dan YB Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak." jelas beliau.

Katanya peluang ini memang telah ditunggu-tunggu supaya kuasa mahkamah boleh digunakan untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

"Dato' Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan
mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.

"Jika pimpinan Umno seperti Dato' Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar.

"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat." kata beliau.

Kaedah Efisyen Tangani Sampah di Selangor

Posted: 19 Jan 2012 08:43 PM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM : Negeri Selangor terus komited dan telus dalam usaha menguruskan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi yang lebih efisyen bahkan berupaya menjimatkan kos penyelenggaraan.

Ia terbukti menerusi pembinaan Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Shah Alam bagi tujuan pengumpulan sisa pepejal sebelum dihantar ke tapak pelupusan akhir sampah.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, stesen pemindahan ini akan bertindak sebagai pusat transit untuk sisa pepejal sebelum dilupuskan di tapak pelupusan yang terletak di Jeram, Kuala Selangor.

Menurut Ronnie, stesen pemindahan itu dilihat lebih efektif malah lebih menguntungkan kerana sisa pepejal dari lori kutipan akan dikumpulkan dan dimampatkan terlebih dahulu sebelum dipindahkan kepada jentera yang lebih besar muatannya untuk dihantar ke tapak pelupusan akhir.

"Keunikan stesen pemindahan ini adalah ia dapat mengurangkan perjalanan "compactor" ke tempat pelupusan sampah. Sebelum wujudnya stesen ini, semua "compactor" di Shah Alam hanya dapat menjalankan kira-kira 1.5 perjalan sehari ke tapak pelupusan sampah.

Ia amat efisyen di mana lori kutipan boleh menambah jumlah penghantaran sisa pepejal ke tapak pelulusan akhir kira-kira 3 kali sehari. Prosesnya amat mudah dan berkesan,"ujarnya.

Beliau berkata, stesen pemindahan itu setakat ini dilaksanakan di Shah Alam di bawah pengawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan akan diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya dalam masa terdekat.

Jelasnya lagi, stesen pemindahan yang dibina khusus untuk pengurusan sisa pepejal ini bersifat lebih murah malah menjimatkan masa untuk kutipan sampah.

Tambahnya, ia juga akan mengurangkan lalu lintas lori sisa pepejal di tapak pelupusan, mengurangkan perkhidmatan lori "standy" selain turut menjimatkan kos penyelenggaraan lori kutipan.

"Sekiranya kerajaan negeri boleh mendapat kerjasama daripada kerajaan pusat, kita ingin membina satu lagi stesen pemindahan sisa pepejal di kawasan lain seperti Ampang atau Selayang kerana kedua-dua kawasan ini menyukarkan lori kutipan untuk menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan memandangkan tempat itu agak jauh," katanya.

Ronnie berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21 di sini petang tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Stesen pemindahan tersebut telah siap dibina oleh WorlWide Holdings Berhad pada 2008 dengan menelan kos sebanyak RM77 juta dan telah beroperasi pada 10 Januari lalu.

Menerusi sistem ini, sisa pepejal akan dipindahkan secara terus ke dalam "silo" yang bersifat kedap air dan boleh membawa 22 peratus lebih sisa pepejal iaitu kira-kira 20 tan sehari.

Dalam sidang media sama, Ronnie turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kontraktor yang dilantik oleh setiap PBT tidak menjalankan kutipan sampah dengan konsisten sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk.

Jelasnya, setiap kontraktor yang dilantik menjalankan kerja kutipan sampah secara teratur iaitu tiga kali seminggu di setiap kawasan perumahan, empat kali seminggu di kawasan komersial dan setiap hari di kawasan pangsapuri kos rendah.

Beliau berkata, penduduk perlu memberi peluang kepada PBT dan kontraktor yang dilantik untuk membaiki perkhidmatan mereka supaya operasi kutipan sampah dapat berjalan lancar dan tidak lagi menimbulkan sebarang masalah.

"Pada permulaan, memang nampak sedikit kecoh tetapi penduduk perlu beri kita sedikit masa untuk memperbaiki perkhidmatan kontraktor kerana mereka masih baru dan belum mahir dengan kawasan itu untuk urusan kutipan sampah.

Tetapi kita ada beberapa cara untuk menangani masalah ini iaitu penduduk boleh menghubungi talian hotline yang disediakan di setiap PBT dan kerajaan negeri sendiri untuk membuat sebarang aduan sebelum boleh diambil tindakan," tegasnya.

Pemuda PAS menyelar KUIN guna AUKU gantung mahasiswa

Posted: 19 Jan 2012 08:39 PM PST


KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan sayap parti Islam itu berpendirian teguh untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), selari dengan kehendak kumpulan mahasiswa dan Pakatan Rakyat sambil menyifatkan keputusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan undang-undang itu menggantung pengajian lima mahasiswa bukan langkah bijak.

"Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik," kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan.

Dalam tulisan terbarunya di laman Facebook, Nasrudin berkata pihaknya serius untuk memansuhkan AUKU selain telah berulang kali meminta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan pengurusan KUIN agar tidak menggantung kelima-lima mahasiswa pusat pengajian tinggi itu.

"Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Pendirian ini bukan kepada kes-kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah kerajaan negeri Kedah dan ia ditadbir Pakatan Rakyat manakal menteri besarnya dari PAS.

"Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali saya kemukakan kenyataan kepada menteri besar sendiri, ataupun kepada KUIN menggesa bertindak wajar dan tidak menggantung lima mahasiswanya," katanya.

Pertengahan tahun lalu lima mahasiswa KUIN didakwa di bawah kesalahan AUKU kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Tempoh penggantungan empat mahasiswa yang digantung satu semester sudah tamat.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan mula disebut pada 12 Mac depan.

Kata Nasrudin, hasratnya untuk menyelesaikan konflik KUIN secara baik "tergendala" ekoran keputusan lima mahasiswa itu membawa kes ke mahkamah.

"Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa. Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah.

"Saya mengambil sikap jika itu adalah keputusan yang dianggap wajar oleh adik-adik mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mereka oleh pihak KUIN maka saya akur dan mendoakan agar mereka peroleh kejayaan," katanya.

Lebih gemar mengambil sikap tidak menghukum, Nasrudin berkata pengurusan KUIN dan lima mahasiswa itu pasti mempunyai hujah masing-masing semasa perbicaraan kes bermula.

"Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa lawan KUIN ini. Kerana pastinya kedua-dua belah pihak mempunyai hujah masing-masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ia diambil," katanya.

Semalam Azizan berkata AUKU akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan.

Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU," katanya menjawab gesaan kumpulan mahasiswa yang mahu mengetahui pendirian Azizan dalam isu AUKU sehari sebelum itu.

Qazaf: Peguam Anwar kemuka hujah 30 Jan

Posted: 19 Jan 2012 08:38 PM PST

Muhammad Faizal,

KUALA LUMPUR: Rayuan kes isu qazaf akan dihujah oleh barisan peguam yang mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Syariah pada 30 Januari ini, jam 9 pagi.

Penghujahan lisan itu ditetapkan apabila Notis Rayuan yang dikemukakan oleh peguam Anwar dibantah oleh peguam yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir dan dua lagi, Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali yang mohon agar Mahkamah Rayuan Syariah mengenepikan Notis Rayuan tersebut.

Salah seorang peguam yang mewakili Anwar, Dorina Abdullah (gambar) yang ditemui di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan pihaknya telah mengemukakan notis rayuan bagi meminta Mahkamah Rayuan Syariah meneliti kembali keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini, yang mana ianya telah difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

"Pihak kami telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah bagi meneliti semula keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah menolak permohonan untuk mahkamah memerintahkan supaya Ketua Pendakwa Syarie mendakwa Saiful Bukhari berhubung dengan kes qazaf.

"Namum belum pun lagi perkara itu diputuskan pihak peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka itu telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan Syariah agar menolak Notis Rayuan hanya terdapat kesilapan teknikal dari segi perkataan iaitu peninggalan perkataan "keseluruhan" di dalam notis rayuan itu," jelasnya yang mewakili Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi.

Tambahnya lagi isu pendakwaan qazaf terhadap Saiful ini masih jauh lagi tetapi sudah ada halangan awal.

"Belum lagi di peringkat pendakwaan sudah ada halangan, kita masih di peringkat awal. Kita akan meneruskan dakwaan qazaf ini walaupun terdapat halangan," sambungnya lagi.

Sebelum itu, Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahu atau kedua-duanya.

Anwar yang sebelum ini diwakili lima peguam yang diketuai oleh Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Lagi suara desak Gerakan keluar BN

Posted: 19 Jan 2012 08:36 PM PST

Aslani M | Foto Yusri Amin,


KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) tidak mampu lagi mempertahankan hegemoninya apabila pakatan pelbagai parti hampir 55 tahun dalam gabungan itu kini semakin rapuh.

Retak menunggu belah semakin jelas sekarang, lebih-lebih lagi Gerakan yang bergabung dalam BN selepas menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969, mulai berani mempersoalkan keikhlasan Umno.

Gerakan diasaskan Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas bersama Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A Peter, Tun Dr Lim Chong Eu, Prof Wang Gangwu dan V. Veerapan pada 1968.

Bagaimanapun hasil pujukan Tun Razak Hussin parti itu menyertai BN pada 1972 dengan alasan mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali.

Sejak itulah Gerakan mulai hilang identiti sebagai parti pelbagai kaum apabila lebih didominasikan kaum Cina.

Kini selepas hampir 40 tahun mimpi sebahagian pemimpin Gerakan dan Umno mulai berlainan, lebih-lebih lagi selepas Pulau Pinang terlepas ke Pakatan Rakyat pada Mac 2008.

Suara-suara muak dan kecewa semakin nyaring apabila ramai pemimpin menyuarakan mereka sekadar menjadi alat Umno bagi mencengkam kuasa politik Malaysia.

Sebulan selepas tsunami Mac 2008 Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon menjadi pemimpin kanan pertama keluar parti itu.

Pada 8 Mac tahun lepas seorang lagi pemimpin pusat Gerakan, Dr Hsu Dar Ren mengikut jejak langkah Kah Choon.

Beliau secara anak jantan menunding jari ke arah Umno yang mendominasi kuasa politik gabungan BN.

Tidak lama selepas itu pada 19 Oktober 2011 Setiausaha Gerakan Kedah yang juga Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye mengambil langkah serupa.

Suara-suara kecewa dan mendesak Gerakan bersendirian seperti sebelum 1972 bergema hebat apabila Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua (gambar) pada ucapannya di Mesyuarat Agung parti itu pada September tahun lepas secara terus terang mempersoalkan keikhlasan Umno.

"Pada peringkat awal Gerakan Kelantan mahu usul supaya Gerakan keluar daripada BN dimuatkan dalam usul peringkat pusat, namun mereka tolak.

"Namun saya tetap mahu berucap pada perhimpunan itu. Ekoran itu Setiausaha Agung meminta saya tidak menyebut perkataan mendesak keluar daripada BN.

"Saya memang tidak sebut permintaan itu, namun saya tanya kepada 2,100 perwakilan, siapa yang mengkhianati Gerakan, adakah DAP, PKR atau PAS, perwakilan menjawab tidak.

"Saya sebut lagi adakah Umno yang sabotaj Gerakan, tiba-tiba perwakilan dengan nada kuat menjawab ya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Chua bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bahagia, Kuala Krai tiga tahun lalu, memberi ingatan kepada Presiden, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya segera membawa keluar parti itu sebelum terlambat.

Menurutnya, Gerakan perlu bertanding secara bersendirian seperti sebelum 1972 sekiranya mahu parti kembali kuat, memandangkan sekarang mereka banyak disabotaj Umno.

Bagaimanapun katanya beliau amat kecewa dengan pemimpin di atas apabila enggan mendengar keluhan sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi.

Ekoran kedegilan Tsu Koon akhirnya pada 3 Januari lalu Cikgu Chua menghantar surat meletak jawatan sebagai Setiausaha Gerakan Kelantan yang disandangkan 21 tahun lalu.

Dan pada 14 Januari lalu beliau berceramah di pentas PAS di Wakaf Baru bagi menyedarkan masyarakat Cina dan Siam terhadap hipokrasi pemimpin Umno.

(Tunggu pelbagai pendedahan menarik Cikgu Chua dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Portfolio agama: Zaid beri amaran kepada anak buahnya

Posted: 19 Jan 2012 08:33 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Presiden parti Kita, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, beliau telah memberikan amaran kepada pemimpin partinya di Kedah yang selalu memperlekehkan Pakatan Rakyat.

Zaid melalui satu kenyataan yang dibuat melalui twitternya berkata, "Amaran telah diberi, tunggu dan lihat."

Zaid dipercayai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Kita Kedah, Wan Rosli Omar yang mendakwa PAS telah tunduk kepada PKR.

Dakwaan itu dibuat Wan Rosli ekoran tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Exco dari PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Dalam rombakan portfolio semalam, Khalid mengumumkan exco yang baru dilantik, Dr Ahmad Yunus Hairi menjaga portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Ekoran itu, satu laman web melaporkan, Wan Omar mempertikaikan sikap PAS itu.

"PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini," kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.

Khalid dalam twitter berkata, "KITA Kedah selalu memperlekeh Pakatan, FMT (Free Malaysia Today) beri ruang. Langsung tak sentoh BN. Amaran diberi , tunggu dan lihat."

Sebelum ini, para pimpinan PAS Selangor menjelaskan, susunan portfolio ini sudah dibincangkan dengan MB sebelum pengumuman itu dibuat.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman dilaporkan berkata, perkata itu sudah dibincangkan dan jaminan telah diberikan untuk berbincang dengan PAS jika ada isu-isu besar yang membabitkan Islam.

"Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad pula berkata, langkah itu perlu untuk membolehkan kerajaan negeri mengendalikan portfolio itu dengan baik.

"Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas," kata Khalid Samad dalam satu kenyataannya kepada media.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco kerajaan negeri, Iskandar Samad berkata, langkah MB memegang portfolio itu hanya sementara sahaja.

PEMUDA PAS MAHU JUMPA KHALID

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) akan mengunjungi Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung hal ini.

"Kami berhasrat untuk bertemu dengan Tan Sri Khalid berikutan perubahan portfolio daripada Ahli MMKN yang diwakili oleh PAS dan untuk mendapat penjelasan bagi portfolio baru yang diamanahkan kepada PAS Selangor.

"Dalam masa yang sama juga kami ingin mendapat gambaran penyusunan semula portfolio dan skop kerja bagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor selepas ini setelah berlakunya rombakan kecil portfolio yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid," kata Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Pemuda PAS mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

"Kami turut merakamkan ucapan tahniah kepada ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel).

"Manakala ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang turut dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang baharu yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid," kata beliau dalam kenyataan itu.

Hentikan biasiswa khianat kepada negara

Posted: 19 Jan 2012 08:31 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) kesal dengan ura-ura tindakan kerajaan memberhentikan biasiswa kepada pelajar sarjana dan PhD di beberapa universiti terkemuka dan dalam negara atas alasan kekurangan dana.

Ini kerana, bagi Abdul Hadi, pelajar terpilih ini merupakan aset penting negara yang perlu dibantu untuk maju dalam pelajaran mereka.

Namun, katanya, dipertengahan jalan, ianya terbantut disebabkan pemberhentian biasiswa oleh kerajaan.

Abdul Hadi berkata demikian dalam satu kenyataannya semalam.

Menurut beliau, PAS dimaklumkan bahawa pemberhentian biasiswa ini berkait rapat dengan usaha kerajaan mengecilkan dana kepada IPTA yang turut melibat sama pengecilan pengambilan kakitangan.

Ramai kakitangan diambil secara kontrak sahaja kerana IPTA kekurangan dana.
Bahkan ada yang sudah berkhidmat lebih lima tahun pun masih belum disahkan jawatan, katanya.

"Ia merupakan satu pengkhianatan dan penggadaian masa depan negara," kata beliau.

Dalam masa yang sama IPTA digalakkan berlumba 'ranking' di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh syarikat yang mempunyai kepentingan komersil tertentu.

PAS, katanya, tidak menolak usaha untuk meletakkan IPTA Malaysia di 'ranking' lebih baik di dunia, namun jika ia mengikat IPTA dengan syarat-syarat yang merugikan masa depan negara, ia perlu dihentikan.

Antaranya meluaskan pengambilan pelajar asing dan 'post-Graduate', dalam masa yang sama mengecilkan pengambilan pelajar tempatan di peringkat sarjana muda, kata beliau.

Tindakan ini, dakwa beliau, menyebabkan tempat untuk rakyat Malaysia belajar di IPTA terkemuka negara semakin mengecil dan tempat untuk warga asing pula terbuka luas semata-mata untuk penuhi syarat ditetapkan dalam perlumbaan 'ranking'.

Kesannya, dakwa Abdul Hadi, kerajaan berusaha untuk mengecilkan saiz jabatan-jabatan dan fakulti, mengecilkan pengambilan kakitangan dan pelajar di peringkat sarjana muda.

Lebih malang lagi, apabila pelajar diperingkat Master dan PhD yang sudah berada di semester kelima dan keenam dihentikan terus biasiswa yang merencatkan pembelajaran mereka.

"Oleh itu kita mendesak kerajaan, supaya mengembalikan skim biasiswa-siswazah kepada pelajar-pelajar tersebut dan menawarkan lebih banyak biasiswa di masa depan buat rakyat Malaysia," desak beliau.

Desakan ini, kata beliau, dibuat kerana di kala negara berhadapan dengan kemelut ekonomi yang meruncing ini, penjimatan sepatutnya dilakukan dalam hal lain khususnya melibatkan perbelanjaan pemimpin negara, kebocoran rasuah dan projek membazir, bukan dengan mengecilkan dana IPTA yang merupakan aset berharga negara.

Tiada ulasan: