Khamis, 19 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Suasana Di Rumah DS Anwar Sempena Majlis Kesyukuran

Posted: 19 Jan 2012 04:33 AM PST

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/402843_1818770524375_1693525944_924850_401606310_n.jpg


Mohd Sayuti Omar

Bacaan yassin di rumah Anwar Ibrahim. Beliau dan keluarga mengadakan kenduri kesyukuran atas pembebasan dari mahkamah tinggi Kl atas tuduhan menjijikkan pada 9 Januari lalu.

Saman dari Shahrizat: Kami cukup bersedia dan teruja- Rafizi

Posted: 19 Jan 2012 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,"

"Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak," tegasnya.

Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman," jelas beliau.

Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

"Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,"

"(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya.

Isu berkaitan Kononya PAS diperkudakan. Ini kenyataan Terkini TG Presiden PAS

Posted: 18 Jan 2012 08:10 PM PST

MB: Rombak exco turut ambil kira pilihan raya

Posted: 18 Jan 2012 05:19 PM PST

Jimadie Shah Othman

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rombakan portfolio exco – dengan beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama – dibuat dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

Katanya, sekiranya kerajaan negeri memberikan portfolio itu kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi, ia tidak adil kepada ADUN Sijangkang itu yang akan terpaksa mengambil masa untuk memahami sistemnya.

"Tetapi keputusan lebih daripada politikal. (Ia) termasuk (soal) pentadbiran dan bagaimana kamu menguruskan situasi, kerana kita tidak lebih setahun (sebelum pilihan raya). Itu maksimum.

"Melihat kepada spekulasi dan gosip, ia mungkin kurang daripada enam bulan. Jadi tak gunanya ada exco yang terpaksa bergelut untuk memahami sistem daripada fokus kepada penyampaian," jelasnya.

Selangor semalam melakukan rombakan dengan Abdul Khalid mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil alih portfolio itu kerana setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bercakap pada sidang media di ibu negara malam tadi, Khalid berkata, jika beliau tidak melakukan sebarang rombakan, sudah tentu ramai beranggapan bahawa beliau tidak rasional.

"Jadi saya rasa kita mesti ada kebijaksanaan," katanya sambil mempertahankan tindakannya sebagai munasabah.

"Saya patut fokus pada perkara yang mudah saya semak dan laksanakan," katanya lagi.

Tiada ulasan: