Khamis, 19 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video-Wajib Tonton] Perompak INSAF & PELUK Islam, Bagaimana Hal Itu Berlaku?

Posted: 19 Jan 2012 05:59 AM PST

Berdasarkan keterangan video, sebuah kedai di Long Island, New York dimasuki lelaki bersenjatakan kayu besbol. Walau bagaimanapun pemilik kedai itu, Mohammad Sohail tidak panik. Dia kemudiannya mencapai dan mengacukan senapang 9 mm ke arah lelaki itu. Tindakan pantas Sohail menyebabkan lelaki itu melutut lalu mengaku bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali merompak untuk membeli makanan keluarganya yang dikatakan sudah kelaparan sejak seminggu. Lelaki itu juga mengaku bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan dan menceritakan kesusahannya.

Sohail yang bersimpati dengan lelaki itu memberinya roti dan wang sebanyak $40. Beliau juga meminta lelaki itu berjanji agar tidak merompak lagi pada masa akan datang. Yang mengejutkan apabila apabila lelaki yang pada awalnya berniat untuk merompak kedai Sohail meminta beliau mengislamkan dirinya.

Cerita yang cukup mengujakan saya ini tidak berakhir di situ. Selepas beberapa ketika, lelaki tersebut mengirimkan sepucuk surat kepada Sohail. Di dalam surat itu ada duit $50, selain ucapan terima kasih, lelaki itu turut menjelaskan kehidupannya yang semakin baik sejak kejadian itu. 

"Saya dikurniai anak baru, memperoleh pekerjaan yang baik, menjauhi masalah/jenayah, dan menjaga keluarga saya dengan baik. Anda memberi saya empat puluh dolar dan terima kasih kerana membiarkan saya hidup. Disebabkan kejadian itu, anda telah mengubah hidup saya." -DCM





P/s:  Situasi seperti ini mungkin berlaku 1 dalam 1000, namun impaknya sungguh menginsafkan!


[Wajib Tonton- Video Luahan Ahli UMNO] Isu Pengusiran IKS dan Pengambilan Tapak Surau Al Jabbar Setapak Permai oleh Pemaju/DBKL

Posted: 18 Jan 2012 11:30 PM PST


Media mesra UMNO tidak mensensasikan isu ini kerana projek "meratah" kepentingan orang Melayu ini melibatkan DBKL/pemaju dan kawasan Parlimen BN. Surau bakal diroboh, kedai juga bakal diroboh.

Kalau isu ini berlaku di Pulau Pinang atau negeri Pakatan, anda tentu dapat melihat reaksi pemimpin UMNO, Perkasa, NGO, dan blog pencacai memanipulasi dan menghentam pihak yang mengambil alih tanah tersebut.

Cuba fikir mengapa media dan pemimpin UMCO mensensasikan isu surau di Kedah, mengapa mereka mendiamkan diri tentang isu IKS dan Surau Al Jabbar ini? Dari situ anda dapat menilai keikhlasan dan niat sebenar pihak yang mencacai untuk UMNO. Walhal isu IKS dan surau ini melibatkan tanah yang agak luas dan melibatkan mata pencarian golongan peniaga di kawasan yang terlibat. 

Kenyataan media kumpulan ini boleh di baca di sini.

Ikutilah luahan penyokong dan ahli UMNO di bawah ini:




P/s: Siapa yang "menjahanamkan" Melayu? 
PAS? 
DAP?
PKR?

Tolong jawab! 

Salah satu fakta menarik, ke mana perginya lebih 70 ribu hektar tanah rezab Melayu di kawasan KL? Siapa yang "melelongkan" tanah tersebut? PKR, DAP, PAS? 

Tolong fikirkan!


Bekas Wartawan Utusan Sertai DAP, HINDRAF Pula Sertai ABU

Posted: 18 Jan 2012 11:00 PM PST


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari diberitakan menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP. Berita selanjutnya boleh dibaca di sini.




Sementara itu, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini seperti yang dilaporkan TVS menyatakan secara rasmi penyertaannya dalam Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Koordinator Kebangsaan Hindraf, W. Sambulingam menyatakan pendirian Hindraf sejak awal penubuhannya bahawa Umno/BN seharusnya berkubur demi membawa pentadbiran negara yang lebih telus. Sambulingam turut berpendapat bahawa untuk menjatuhkan Umno/BN, ABU memerlukan kuasa -kuasa lain seperti yang berlaku sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lepas.

"Kami mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dan kami yakin dengan penggabungan ini, kita akan berjaya tawan Putrajaya dalam pilihanraya kali ini.

"Kami juga percaya bahawa ini akan membawa perubahan dalam skala besar untuk Malaysia,"
ujar Sambulingam dalam satu sidang media di Jalan Klang Lama pagi tadi.


P/s: Tahniah! 
Anda yang kemaruk menyokong UMCO bila lagi? Adakah situasi seperti yang digambarkan dalam video di bawah ini terjadi baru anda akan sedar?








Iran Persenda AS dengan Mengirimkan Mainan RQ-170

Posted: 18 Jan 2012 10:00 PM PST

RQ-170 Sentinel yang ditembak jatuh oleh Iran.

Saya petik:
[BH] TEHRAN: Iran berkata ia akan mengirimkan pesawat mainan menyerupai pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel kepunyaan Amerika Syarikat yang ditembak jatuh akhir tahun lalu ke Rumah Putih, sebagai memenuhi permintaan Washington yang meminta ia dikembalikan.

Kelmarin, stesen radio tempatan Iran, Radio Payam, melaporkan sebuah syarikat tempatan akan mengeluarkan versi mainan pesawat tanpa pemandu dan akan dihantar ke Rumah Putih.

"Satu upacara istimewa akan diadakan pada 1 Februari, bagi memperingati ulang tahun ke-34, kemenangan revolusi Islam di Ira dan pada hari itulah kami akan mengirimkan pesawat itu ke Rumah Putih," lapor stesen radio itu.

Pesawat mainan itu mempunyai saiz satu perlapan puluh lebih kecil daripada saiz pesawat sebenar dan dijual pada harga AS$6 (RM18).

Berita mengenai penghasilan pesawat mainan menyerupai RQ-170 Sentinel, dilaporkan untuk kali pertama di luar Iran oleh wartawan Mitrak Amiri yang secara kebetulan membuat laporan mengenai pengharaman patung Barbie oleh polis agama negara itu.

Laporan menyatakan bahawa pesawat mainan itu akan dijual dalam pelbagai warna, manakala laman web dari negara jiran Iran, Trend menyatakan bahawa pesawat itu berukuran 30 sentimeter lebar dan 40 sentimeter panjang, dihiasi kata-kata berbunyi; "Kami akan menginjak-injak Amerika".

Trend menyatakan bahawa sekumpulan belia Iran bekerjasama untuk mereka dan mengedarkan pesawat mainan itu, manakala agensi berita antarabangsa Associated Press melaporkan ada sebuah syarikat menghasilkan permainan itu.
 
Iran sebelum ini berkata, ia menembak jatuh pesawat tanpa pemandu itu pada 4 Disember tahun lalu. – Agensi 


P/s: Terbaik!

Telahan DCM Tepat, Media & Blog Pencacai Mainkan Isu MB Pegang Portfolio Agama Islam

Posted: 18 Jan 2012 08:15 PM PST

Sambung baca di sini.

Saya sudah bangkitkan isu ini semalam (Sila baca di sini.). Sejak petang semalam jurublog, tentera siber pencacai sudah memainkan isu ini dengan mempertikaikan kelayakan Tan Sri Khalid dan memperlekeh peranan, kemampuan,  serta kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor. Hari ini media perdana juga memainkan isu yang sama. 

Seperti yang saya tegaskan semalam, keadaan tentu berbeza jika MB Selangor tidak merombak dan mengambil alih portfolio itu (walaupun dari sudut pandangan politiknya, rombakan itu perlu dilakukan). Jika beliau mahu memantau JAIS dan MAIS, beliau boleh berbuat demikian dengan kerjasama exco yang sepatutnya memegang tanggungjawab itu. Tindakan beliau mengambil alih portfolio itu bukan sahaja memberikan ruang dan peluang kepada media pencacai memainkan isu ini, malah memberikan isu kepada Hassan Ali untuk siri jelajahnya.

Penjelasan pihak PAS bahawa tindakan MB itu untuk memberikannya kuasa memantau JAIS & MAIS dan meletakkan harapan agar portfolio itu diserahkan semula kepada PAS mungkin dipandang oleh sesetengah orang sebagai "cover up" untuk menutup isu ini. Penjelasan itu tidak meyakinkan mereka yang membuat andaian bahawa Tan Sri Khalid seolah-olah "tidak percaya" kepada exco yang baru dilantik. Tindakan itu juga menunjukkan bahawa beliau masih trauma dengan sikap HA ketika memegang jawatan itu.

Saya percaya isu ini akan dimainkan oleh pihak UMCO di pentas ceramah dan sedikit banyak akan memberikan impak kepada sokongan orang ramai terhadap PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor.



P/s: Segala-galanya cantik berkaitan dengan isu HA, kecuali rombakan portfolio ini. PRU13 sudah dekat, jangan bagi modal politik pihak seberang sana!




Insiden BALING KERUSI Semasa Majlis Penyerahan Wang BR1M PJU

Posted: 18 Jan 2012 07:06 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Penyerahan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia  Parlimen Petaling Jaya Utara  di  SMK Perempuan Sri Aman dekat sini  kecoh  selepas 150 pemohon yang layak tidak dapat  menuntut wang masing-masing kerana ketiadaan surat pengesahan.

Beberapa insiden baling kerusi dilaporkan berlaku menyebabkan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Rata-rata pemohon kesal dengan pihak penyelaras parlimen kerana gagal menyerahkan surat pengesahan  kepada 150 pemohon menyebabkan mereka  terpaksa menunggu lama.

Keadaan kecoh mula  reda selepas  pihak Bank Simpanan Nasional membenarkan pemohon menggunakan kad pengenalan untuk menuntut wang masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Penyelaras Dun Kampung Tunku Kelvin Chong memberitahu dia tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan surat terbabitkan melainkan ianya diuruskan oleh penyelaras parlimen.

"Kami faham penduduk marah tentang hal ini, jadi saya bagi pihak parlimen turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,"katanya

Menurutnya lagi, mereka yang menghadapi kesulitan boleh menghubungi pejabatnya selepas ini.

Difahamkan seramai 2948 pemohon BR1M Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Tunku layak menerima bantuan melalui permohonan yang dibuat dari 10 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.



P/s: Najib tampaknya begitu yakin bahawa program BR1M akan memastikan golongan berpendapatan rendah akan menyokong BN dalam PRU13 nanti, namun dia lupa bahawa program ini juga akan menyebabkan BN kehilangan sokongan kerana ada antara golongan ini dinafikan hak untuk menerima bantuan itu. Seperkara lagi, tidak semestinya penerima BR1M akan mengundi BN. Rakyat sekarang sudah bijak menilai!

BN bagi "gula-gula" ambil, tetapi undi tetap untuk PR!





[Video] Ceramah Anwar di Rapat Rakyat Perdana Kedah

Posted: 18 Jan 2012 06:39 PM PST




 


Samun dan Ucap Terima Kasih

Posted: 18 Jan 2012 06:25 PM PST


Saya petik:

[HM] Kuala Lumpur: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.

Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.

"Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.

"Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara 'percuma', suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.

"Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.

"Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan," katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.


Isu Robengah: Sharpshooter Diarah Bayar Rais RM300 Ribu

Posted: 18 Jan 2012 04:22 PM PST


Saya petik:

[Bernama] Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan satu keputusan yang memerintahkan seorang blogger membayar gantirugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.

Hakim Datuk Jefrey Tan Kok Wha, yang mengetuai tiga panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan blogger, Amizudin Ahmat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Tan yang mendengar rayuan itu bersama Hakim-Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa blogger itu bertanggungjawab kerana memfitnah berhubung artikel terhadap menteri itu.

Sambil membacakan sebab-sebab yang panjang lebar, Hakim Tan berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung jumlah gantirugi RM300,000 yang diberikan kepada menteri.

Beliau berkata ia mungkin kelihatan jumlah itu adalah tinggi dan itu merupakan tanggapan pertama mahkamah.

"Tapi sebaliknya bahawa responden (Rais) merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, manakala dakwaan itu adalah begitu rendah dan keji, oleh itu, kami dapati kuantum RM300,000 bukanlah satu jumlah yang tinggi," katanya.

Bagaimanapun, korum dalam menolak rayuan itu, mengurangkan kos perundangan yang perlu dibayar oleh blogger itu kepada menteri daripada RM100,000 kepada RM50,000 kerana mereka dapati ia adalah tinggi.

Beliau juga berkata mahkamah secara total bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pembelaan mengenai justifikasi penerbitan oleh blogger itu tidak direka dalam kes ini.

Hakim Tan berkata penerbitan artikel itu bukan pembelaan dan kebenaran mengenai dakwaan rogol.

"Satu-satunya kebenaran adalah mengenai siasatan terhadap rogol tetapi bukan kebenaran mengenai rogol," katanya.

Panel hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Rais, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan R.Sivarasa yang mewakili blogger itu.

Pada 19 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan seorang blogger membayar gantirugi RM300,000 kepada Rais kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.

Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Pada Januari tahun lepas, Rais, 69, menyaman Amizudin, yang juga anggota exco pemuda Parti Keadilan Rakyat, kerana memfitnah beliau menerusi satu artikel yang tersiar dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.




Tiada ulasan: