Tukar Tiub |
- SHAHRIZAT JADI LEMBU KORBAN
- HASAN ALI KAKI REMBAT
- INI BUKAN KALENDER MAYA
- APA PERSAMAAN AZIZAN DENGAN SAIFUL
- UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CHINA
Posted: 19 Jan 2012 06:14 PM PST SATU LAGI PROJEK GEROMBOLAN KENYATAAN RESMI Salam Sdr/i Saya sertakan reaksi awal mengenai saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil hari ini untuk tindakan dan makluman. Rafizi Ramli Pengarah Strategi SKANDAL NFC: KEADILAN YAKIN UNTUK BERDEPAN DI MAHKAMAH Saya dimaklumkan melalui media internet bahawa pada hari ini, Dato' Seri Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100 juta terhadap saya dan YB Zuraida Kamaruddin atas penglibatan kami mendedahkan skandal NFC setakat ini. Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri. Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman. Oleh yang demikian, saya dan YB Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak. Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini. Pun begitu, Dato' Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini. Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah. Risikonya memang lebih berat di pihak saya dan YB Zuraida Kamaruddin yang berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, sedangkan Dato' Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya. Jika pimpinan Umno seperti Dato' Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar. Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat. Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 19 JANUARI 2012 --------------- SHAHRIZAT FAIL SAMAN RM100 JUTA – berita hairan KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, i Shahrizat Abdul Jalil memfailkan saman fitnah RM100 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Wanita PKR berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC). Ia difailkan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di sini, sebentar tadi. Saman fitnah itu difailkan terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..AKHIRNYA LEMBU MASUK PERANGKAP...kah kah kah.. kah kah kah..AKHIR LEMBU JATUH KE DALAM GAUNG... kah kah kah.. kah kah kah...AKHIRNYA LEMBU MINTA LEHER DIPENGGAL.... kah kah kah.. |
Posted: 19 Jan 2012 10:09 AM PST REMBAT PAS DIPIJAK ,JADI PAK TURUT: HASAN ALI - mstar PETALING JAYA: Hasan Mohamed Ali menyifatkan maruah PAS sebagi sebuah parti Islam telah dipijak dan parti itu kini hanya menjadi 'pak turut' kepada komponen Pakatan Rakyat di Selangor. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu, keputusan Menteri Besar Selangor, i Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandangnya dilihat ganjil dan pelik serta memberi tamparan hebat kepada imej dan kedudukan PAS bersama komponen PKR dan DAP. "Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada sekarang dilihat sebagai tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. "Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah dipijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...BAB PAS DIPIJAK INI BETUL... kah kah kah kah kah kah...INI KENYATAAN YANG SAHEH...kah kah kah.. kah kah kah...HASAN ALI REMBAT DUIT HARAKAH 900,000 RINGGIT... kah kah kah.. kah kah kah...HARAKAH INI AKHBAR RESMI PARTI PAS.... kah kah kah.. kah kah kah..KALAU REMBAT DUIT HARAKAH ERTINYA PIJAK PAS LAAAA... kah kah kah.. NOTA: ini namanya menangis tidak berlagu sesudah hilang jawatan |
Posted: 18 Jan 2012 10:12 PM PST SELAMAT DATANG 2012 Di Malaysia kita menyambut tahun baru ini dengan penuh ketidak tentuan. Apakah tahun 2012 ini tahun pilihanraya? Apakah Muhyiddin akan menyingkirkan Najib? Apakah Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru? Apakah Khir Toyo akan di penjara? Apakah Shahrizat akan di tangkap untuk bawa ke tingkat 14 pejabat SPRM? Apakah kes Najib di Paris akan di buka tahun ini? Apakah Rosmah akan cuba menurunkan berat badannya? Semua tidak menentu. Pada Jumaat lalu Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturunkan taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard&Poor – badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A. Sembilan buah negara Kesatuan Eropah telah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah untuk meminjam dan membayar hutang. Apabila taraf diturunkan bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bond – sebagai cara meminjam duit - kemungkinan bond ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk menarik si pembeli. Akhirnya mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini. Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland telah diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak. Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial – hospital, jalan raya , sekolah sebagai contoh merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik. Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah pada bulan September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya. Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal. Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain. Untuk meredakan keadaan , kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimilik negarakan. Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika telah meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika memiliki berpuluh-puluh kad kredit. Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya industri perumahan mengelembong. Suasana ini menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah. Hutang-piutang dari para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang ini dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia. Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual – bank dan juru jual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual asalkan mendapat untung. Justeru hutang piutang pun boleh dijual beli. Masaalah timbul apabilan bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang hutang ini berbilion bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang maka rumah dirampas oleh bank. Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika telah kehilangan rumah. Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah. Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong dana antarabangsa. Solomon Brothers gedung keewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung-gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang , menjual beli bond dan pinjaman meminjam. Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929. Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini dipanggil ransangan ekonomi. Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah ransangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini Obama dan Najib telah gagal untuk merangsang dan memberahikan ekonomi. Di Amerika bank besar dan gedung dana antarabangsa telah mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai. Manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu. Bayangkan jika Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merundum? Pastilah Mek Joyah ini akan menjawab : berjimat cermat dalam masa susah. Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, di Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion bilion dolar hangus dalam perang. Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih dari 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan – Presiden Obama masih mahu melancarkan perang. Pada minggu pertama 2012 ini telah lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang undang-undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongress Amerika. Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran maka harga minyak akan meledak naik. Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal. Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum-hukum dan syarat yang telah dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh. Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang telah dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup. Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia, ada yang bergerak dibawah tanah dan ada yang bergerak terbuka. Ada yang tersusun gelap dibawah Skull and Bones, Illuminati dan Free Mason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul dibawah lambang Neo-Con. Ada yang aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation. Secara gelap dan berahsia sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawa jemputan Bidelberg Group. Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Yang Baru. Tata Dunia Baru dimana semua rakyat dunia akan tunduk dibawah pentabiran mereka. Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak. Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia harin ini. Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud - mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia. Justeru, secara micro politik kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya. Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus di kacau bilaukan. Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal. TT NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru - sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45 |
APA PERSAMAAN AZIZAN DENGAN SAIFUL Posted: 18 Jan 2012 09:37 PM PST DUA DUA NAIK HAJI- 2 ORANG WARAK MB KEDAH : AUKU TETAP DILAKSANAKAN DI KUIN - minsider KUALA LUMPUR, 19 Jan — Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan. Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia boleh diselesaikan secara baik. Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada. "Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU. NOTA: anak anak muda pelajar dan mahasiswa fahamilah kenyataan ini sedarlah makna kenyatan ini bahawa: orang warak ke? parti isolam ke? to haji ke? datuk seri ke? semua tidak ada apa apa makna jika sistem ekonomi yang dipertahankan ialah sistemekonomi kapitalis malaon ini meruntuh bagunan warisan ratusan tahun malaon ini dua hari dahulu bergumbira kerana duit balak banyak masuk ke dlam dana anak muda dan pelajar jadikan ini satu ingatan waspada dengan kaum kapitalis yang memakai songkok dan jubah dan selalu pergi umrah! CUBA BEZAKAN NOTA: menteri kabinet gerombolan yang bernama saifudin menentang auku ketua pemuda gerombolan yang bernama khairy jamaludin menentang auku tikus dari gerakn juga menentang auku yang zalim telah mula sedar yang baru berkuasa dah mula zalim kah kah kah |
UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CHINA Posted: 18 Jan 2012 07:54 PM PST SELAMAT SAMBUT TAHUN NAGA tim tukar tiub sidang pengarang tim grapik tim teknikal mengucapkan selamat menyambut tahun naga kepada masyarakat china jika yamseeeng jangan memandu jika memnadu jagan yammmseeeng jika yamseng jangan lupa ajak kawan kawan yang sudah bersunat kah kah kah TAHUN NAGA TAHUN HURU HARA KALENDER MAYA RAMAL QIAMAT NOTA: kita tunnggu hari jumaat 21 disember ini betul ke kalender maya ini? kalau tak betul kita yamseeeng lagi kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan