Ahad, 15 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pakatan Mendapat "kerjasama" Dalaman Umno Buat Pemimpin Umno Meroyan

Posted: 15 Jan 2012 05:52 AM PST

Kenyataan Mat Sabu satu pembohongan

SHAH ALAM 15 Jan. - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang hanyalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan itu tidak benar sama sekali dan tiada bukti menunjukkan ada anggota BN yang dikesan memberi sokongan kepada pakatan itu.

"Dia berbohong dan saya menafikan kenyataan itu. Jika ada sokongan dari pihak BN, saya minta dia tunjukkan senarai siapa orang BN yang menyokong Pakatan Rakyat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang ada pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri yang menawarkan sokongan untuk menumbangkan BN sekali gus membantu Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Mat Sabu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakayat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah, semalam.

Ahmad berkata, apa yang diucapkan atau dikatakan oleh Mat Sabu itu tidak boleh diguna pakai.

"Ia adalah sama seperti mana kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sedangkan Mat Indera itu merupakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan itu sudah pun terbukti," katanya. - BERNAMA

Live! Mat Sabu Dan Lim Kit Siang Di Gemas

Posted: 15 Jan 2012 05:38 AM PST

Pakatan mahu kenaikan gaji dan pangkat adil untuk guru, kakitangan awam

Posted: 15 Jan 2012 03:35 AM PST

ALOR SETAR, 15 JAN: Perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sangat ketara kerana guru DG44/DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji 0.07 peratus atau dua ringgit satu sen sahaja!

Ini bererti gaji guru tersebut naik daripada RM2,982.99 kepada RM2,985 selepas menukar daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA.

"Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan gaji guru DG54/DG1-6 sebanyak RM1,857.46 (bersamaan 35.94 peratus), iaitu daripada RM5,167.64 kepada RM7,025.00," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan telah membentangkan kertas kerja untuk memartabatkan perkhidmatan awam di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini semalam.

Katanya, kajian yang dibuat menunjukkan pengiraan SBPA akan menyebabkan berlakunya peningkatan gaji guru yang tidak adil.

Tambahan juga, menurutnya, terdapat guru dalam gred berbeza menikmati gaji yang sama.

"Contohnya, seorang guru P1T10 yang menikmati gaji bulanan RM2,509.90 dalam SSM, selepas menerima SBPA, gajinya sama dengan guru P1T9 sebanyak RM2,615 sebulan.

Husam menjelaskan bahawa sewaktu Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaik pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun kelapan dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4).

Tetapi, mengikut SBPA, pihak yang terlibat harus menunggu tahun kesembilan atau menggenapkan perkhidmatan selama lapan tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan lapan tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara 'time-based' ke DG1-4, jelas beliau lagi.

Selain itu, beliau berkata, di bawah SPBA yang dicadangkan, masih terdapat kakitangan awam yang menerima gaji di bawah RM900 sebulan seperti Gred N5-1 (SSM – N11) RM850 – RM2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80) dan Gred N4-1 (SSM – N17) RM955 – RM2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95).

Sebaliknya, tambah beliau, kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C dijangka menerima kenaikan hampir 45 peratus pada peringkat permulaan gaji berbanding SSM.

"Kumpulan Premier 1 mendapat kenaikan sehingga RM60,000 sedangkan gaji mereka sebelum ini hanya sekitar RM30,000. Sementara itu, kakitangan awam biasa hanya menerima kenaikan gaji 7-13 peratus selepas menerima SBPA.

"Pengumuman penangguhan SBPA oleh Perdana Menteri membuktikan terdapat begitu banyak kelemahan dalam skim ini. Soalnya, kenapa kabinet meluluskan pelaksanaannya tanpa benar-benar menelitinya?" soal beliau.

Menurut Husam, Pakatan Rakyat mencadangkan bukan sahaja SBPA ditangguhkan, malah satu tawaran alternatif berasaskan prinsip akauntabiliti dan kecemerlangan perkhidmatan awam akan dibentangkan dalam tempoh 60 hari akan datang.

Katanya, dengan mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan melaksanakan usaha reformasi perkhidmatan awam dengan prinsip:

* Mendekatkan jurang pendapatan akan diguna pakai bagi tawaran alternatif PR kepada perkhidmatan awam negara;

* Mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang telah lama berkhidmat atau 'seniority' bagi memastikan kenaikan gaji golongan tersebut adalah sepadan;

* Menetapkan elaun khas profesional bagi kakitangan awam yang mempunyai pengiktirafan profesional seperti jurutera (Ir), juru arkitek (Ar), juruukur tanah (Sr) dan seumpamanya; dan

* Menghentikan serta-merta kecenderungan dan amalan mengguna pakai tenaga perunding antarabangsa yang penuh dengan pertikaian dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang, dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan. – Roketkini.com

Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut'

Posted: 15 Jan 2012 03:27 AM PST

Jimadie Shah Othman

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

Mursyidul am PAS berkata, tindakan Dr Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada Dr Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

Dr Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Dr Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Bharu Khamis lalu, mengenai nasib Dr Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu.

"Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu.

'Nasha sudah akil baligh, ikut dialah'

Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri.

"Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat (gelaran) datuk, harta banyak, juga bercerai.

"Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda daripada parti itu.

"Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. "

azlanSementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (kiri) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal".

"Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh.

"Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya.

Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Dr Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat.

Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Dr Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama.

Hasan bayangkan tak merayu

Dalam perkembangan berkaiatan, Dr Hasan dilapor membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang sehingga 7 Februari depan.

Dr Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian itu selepas merasakan perjuangan dalam PAS dikhianati oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, lapor Sinar Harian.

"Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," beliau dipetik sebagai berkata dalam Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Kuala Lumpur.

Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.

Pas tidak pernah tunduk pada DAP

Posted: 14 Jan 2012 08:21 PM PST

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

ALOR SETAR - Pas menegaskan pihaknya tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala permasalahan diselesaikan dengan baik.

Menurutnya lagi, konsep ini berlainan dengan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya dikuasai oleh Umno.

"Mereka kata kita berpakat dengan DAP yang kononnya anti-Melayu, tetapi Umno pun berpakat dengan MCA yang terang menolak hudud dan MIC.

"Kita tidak tunduk-menunduk antara satu sama lain, tidak seperti MCA yang tunduk kepada Umno, Umno tunduk kepada MCA dan MIC yang tunduk kepada Umno dan MCA," katanya ketika berucap pada program Rapat Rakyat sempena Konvensyen PR kali ketiga di sini semalam.

Katanya lagi, Umno yang mewakili umat Melayu Islam dan memerintah negara ini sejak merdeka seharusnya menunjukkan sifat-sifat pemerintahan Islam.

"Mereka seharusnya menjadi contoh pemimpin Islam unggul, tapi ada pemimpin Umno yang buruk perangainya," katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendesak kerajaan supaya memperkasakan bahasa Melayu serta menjadikan kelebihan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai daya saing tambah negara.

"Bahasa Melayu terus dihimpit, sepatutnya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara ini dan jadikan bahasa lain sebagai aset, tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza," katanya.

Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas

Posted: 14 Jan 2012 06:26 PM PST

Oleh: SYAIRI SHAARI

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

"Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.

Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.

Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.

"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan 'parasit' ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

"Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," katanya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.

"Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara," katanya.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu.

Mufti Perak kecewa Pas pecat pejuang Islam

Posted: 14 Jan 2012 04:46 PM PST

RUZY ADILA IDRIS


SHAH ALAM – Tan Sri Harussani Zakaria, antara personaliti yang cuba mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno selepas pilihan raya umum 2008, kesal kerana Datuk Dr Hasan Ali yang memperjuangkan Islam dibuang parti.

Menurut Mufti Perak itu, sebagai pejuang Islam yang sejati, Hasan tidak sepatutnya berputus asa, sebaliknya perlu meneruskan perjuangannya.

"Ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh pendakwah Islam dalam menyebarkan Islam.

"Sejarah dunia telah membuktikan bahawa orang kafir memang tidak pernah suka dan setuju dengan Islam, begitu juga dengan orang munafik.

"Jadi mengapa orang Islam sendiri perlu ikut kata mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ketika diminta mengulas tentang pengguguran Hasan sebagai Exco Selangor dan tindakan Pas memecat Hasan dari parti itu, Harussani bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Selepas pilihan raya umum 2008, Harussani dilaporkan menggerakkan usaha mengadakan perundingan dengan kepimpinan Pas dan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan khususnya di Perak dan Selangor.

Kerjasaman Umno-Pas yang dicadangkan Harussani itu berteraskan Melayu dan Islam.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu atas alasan melanggar kepentingan parti.

Tiada ulasan: