DUNIACACAMARBA |
- [PANAS] Pemuda "Indonesia" Mengaku Ditawar RM1 Juta Selepas Diliwat DSAI, Adakah DRAMA LIWAT III Sedang Berjalan?
- Mahasiswa Ugut BOM Helikopter Najib Disoal Siasat
- Komen TG Nik Aziz tentang Nasharuddin: "Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak."
- Sah, PopeGomo dan ParpuKari Kena SAMAN
- [Gambar] Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3: Lautan Manusia di Rapat Rakyat Perdana
- Seorang Kata Ikut Tema, Seorang Kata Ikut Kehendak Skrip
- Sah, Hasan Ali Tidak Akan Buat Rayuan
- Penganalisis Dakwa PAS, PR Rugi Singkir Hasan Ali, Jika Begitu Minta UMCO Lamar HA
Posted: 15 Jan 2012 06:15 AM PST Minggu lepas atau lebih tepatnya 10 Jan lalu, saya ada menyalin dan menampal paparan skrin blog pencacai kononnya mendakwa seorang pemuda "Indonesia" mengaku diliwat oleh DSAI. Yang kantoinya, lenggok bahasa pemuda itu langsung tidak menunjukkan bahawa dia warganegara Indonesia. Saya yakin akaun itu akaun palsu untuk mengelirukan orang ramai. Saya kira lawak bodoh itu berakhir setakat itu! Rupa-rupanya tidak! Hari ini, blog pencacai yang sama, menampal pengakuan pemuda itu yang kononnya diliwat oleh DSAI di Hotel Nikko Jakarta pada 6 Jun 2010. Dalam pengakuan itu, pemuda itu turut mendakwa ditawarkan wang RM1 juta oleh DSAI. Seperti yang saya katakan sebelum ini, fitnah jahat pencacai UMCO ini memang melucukan dan sekali imbas sudah nampak tempangnya. Lihatlah lenggok bahasanya, lihatlah gaya tulisannya. Persoalan yang mahu saya timbulkan di sini, adakah Drama Liwat III sudah berjalan? -DCM P/s: Lahanatlah kamu kaki fitnah! | ||
Mahasiswa Ugut BOM Helikopter Najib Disoal Siasat Posted: 15 Jan 2012 05:16 AM PST Berita Bernama melaporkan bahawa seorang pelajar USM ditahan kerana menulis kenyataan berunsur ugutan di blognya. Berdasarkan paparan skrin di atas, mahasiswa itu sebenarnya menulis kenyataan itu di dinding FBnya sekitar jam 3:00 petang semalam. Terjemahan mesej itu ialah "Najib akan datang ke kampus kita, mari kita letupkan helikopternya." Berdasarkan maklumat yang saya baca di Pulakdah!, pihak polis mengesahkan mahasiswa tersebut telah dibawa untuk disoal siasat, walau bagaimanapun polis menafikan khabar bahawa mahasiswa itu ditahan. OCPD Asst Comm George Town Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Patani Road untuk disoal siasat sekitar 1:30 petang tadi. "Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dikesan berada di kampus Nibong Tebal." Dalam kalut-kalut polis menyoal siasat mahasiswa itu, apa perkembangan kes samseng yang sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh TG Nik Aziz? Kalau terakhir saya dengar cerita tentang budak ini, dia disoal siasat oleh polis. Apa jadi selepas itu? -DCM
P/s: Walaupun mahasiswa ini mungkin tidak mempunyai niat untuk meletupkan helikopter itu, tetapi tindakan "bodohnya" itu telah memberikan modal kepada jurublog UMCO untuk mengaitkannya dengan PR dan seterusnya memburuknya imej PR dalam tulisan mereka. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa! | ||
Posted: 15 Jan 2012 04:06 AM PST Saya petik: 'Nasha sudah akil baligh, ikut dialah' [MK] Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri. "Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat (gelaran) datuk, harta banyak, juga bercerai. "Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda daripada parti itu. "Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. " Sementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (kiri) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal". "Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh. "Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya. Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Dr Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat. Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Dr Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama. | ||
Sah, PopeGomo dan ParpuKari Kena SAMAN Posted: 15 Jan 2012 02:23 AM PST
Cerita fasal jurublog mesra UMCO ini bakal disaman oleh Abdul Razak mula diperkatakan di sini. P/s: Harap ada lagi orang yang menjadi mangsa dua orang kaki fitnah ini akan mengemukakan saman untuk membersihkan nama dan membuktikan kebenaran. | ||
[Gambar] Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3: Lautan Manusia di Rapat Rakyat Perdana Posted: 14 Jan 2012 11:54 PM PST Saya petik: [HD] Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi. Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium. Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu. "Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya. Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini. Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang. Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali. Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong. Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi. | ||
Seorang Kata Ikut Tema, Seorang Kata Ikut Kehendak Skrip Posted: 14 Jan 2012 09:24 PM PST Haram tetap haram. Pusing macam mana pun aksi dan perbuatan artis ini tetap haram. Tidak payahlah kita ulas panjang-panjang kerana jelas haramnya. Alasan-alasan artis ini boleh anda baca di HM, di sini dan di sini. Mungkin alasan-alasan itu juga akan digunakan oleh mereka di depan Allah nanti. P/s: Lembaga Penapisan Filem belum lagi dimansuhkan, baru terdengar ura-ura bahawa badan itu akan dimansuhkan mulai tahun ini, tetapi filem kita sudah berlumba-lumba dengan filem Indonesia/Barat dalam memaparkan aksi berahi, ganas, dan seumpamanya. Jika benar LPF dibubarkan, cuba bayangkan kandungan filem kita pada masa akan datang! | ||
Sah, Hasan Ali Tidak Akan Buat Rayuan Posted: 14 Jan 2012 08:41 PM PST Saya petik: Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas [SH] SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan. Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain. "Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur. Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel. Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang. "Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan 'parasit' ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti. "Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," katanya. Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu. "Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara," katanya. Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu. | ||
Penganalisis Dakwa PAS, PR Rugi Singkir Hasan Ali, Jika Begitu Minta UMCO Lamar HA Posted: 14 Jan 2012 08:14 PM PST |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan