Ahad, 15 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakatan batal penyenaraian Felda jika tawan Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 10:05 PM PST

KEADILAN DAILY




ALOR SETAR : Penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) adalah bertentangan dengan semangat asal penubuhan FELDA malah mengkhianati kedudukan peneroka sebagai tuan tanah.

Justeru, Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan penyenaraian kontroversi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) apabila mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua Biro KEADILAN Felda dan Orang Asal, Suhaimi Said di Konvensyen Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya penyenaraian itu kerana ia menindas peneroka.

"(Felda) yang dibangunkan atas kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham,"katanya.

Felda Global Venture Holding (FGVH), bahagian komersial Felda, dijadualkan untuk disenaraikan kepada umum pada pertengahan tahun ini sebagai entiti perladangan dunia yang terbesar.

"Masanya telah tiba untuk mengembalikan FELDA dam konsep rancangan tanah Persekutuan kepada semangat asalnya, iaitu menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada peneroka serta membasmi kemiskinan tegar 60 peratus," kata Suhaimi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan penyenaraian itu dalam ucapan Bajet 2012 tahun lepas.

Namun, cadangannya ditentang PR terutamanya Persatuan Anak-anak peneroka Felda (Anak), yang mendakwa penyenaraian tersebut merupakan penipuan peneroka Felda di seluruh negara.

Di bawah cadangan penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka dalam Felda Holdings — yang memperoleh keuntungan sebanyak RM760 juta tahun lepas ,kepada kepentingan 61 peratus dalam FGVH, yang menyaksikan subsidiari antarabangsanya itu kerugian RM500 juta sehingga 2010.

Suhaimi turut menerangkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai 'Janji Palong' bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Janji Palong yang dilancarkan KEADILAN mengandungi 6 elemen penting dalam membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.

Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.

Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.

Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.

Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.

Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.

Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda.

Beku akaun NFC bukti pendedahan KEADILAN benar

Posted: 14 Jan 2012 10:00 PM PST

Oleh: Ahmad Fadli KC

ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan membekukan akaun NFC seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bukti bahawa pendedahan yang dibuat KEADILAN selama ini adalah benar dan bukan fitnah mahu pun manipulasi fakta.

"Mereka kata fitnah-fitnah akhirnya hari ini beku. Kalau fitnah, beku buat apa?" kata Anwar.


Anwar berkata demikian dalam respons kepada pengumuman Najib hari ini bahawa aset NFC dibekukan buat masa ini.

Najib juga dilaporkan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar untuk meneliti bagaimana penyelewengan itu boleh diselesaikan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini membuat pendedahan bersiri penyelewengan NFC yang menerima pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan tanpa sebarang jadual pembayaran balik.

Rafizi juga bertanggungjawab mendesak agar akaun NFC dibekukan sementara menunggu siasatan ke atas NFC berlangsung.

Anwar selanjutnya berkata kelambatan pentadbiran Najib masuk campur dalam penyelewengan wang oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti jelas Umno tidak boleh diharap menjaga kekayaan negara.

"Umno tidak boleh diharap jaga khazanah negara," kata Anwar.

Anwar juga berkata tindakan membekukan aset NFC itu tidak akan dibuat Najib jika tiada desakan bertubi-tubi daripada KEADILAN.

"Saudara, bayangkan tanpa suara anak muda Pakatan Rakyat, apakah mungkin akan ada sedikit pun tindakan? Tidak akan berlaku," kata Anwar.

MB : Najib Terdesak Untuk Tawan Balik Selangor

Posted: 14 Jan 2012 09:58 PM PST

Oleh Afix Redzuan dan Naeem Raffi


SUNGAI PETANI: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin rancak turun bertemu rakyat di Selangor bagi meraih sokongan untuk Barisan Nasional disifatkan sebagai usaha terdesak di mana BN "hanya bermimpi dan mengigau".

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selama lebih 50 tahun BN mentadbir Selangor mereka gagal untuk memberi keselesaan kepada rakyat namun kini mereka merayu kepada rakyat untuk kembali menyokong BN.

"Ramai pemimpin BN mengigau dan mimpi sampai PM (Najib Razak) terpaksa turun untuk minta undi BN demi perubahan. Buat apa undi semula BN, ini kerja bodoh," katanya.

Jelas Abdul Khalid, sebagai pentadbir negeri, perkara utama adalah melaksanakan janji yang disebutkan dan bukan hanya pandai berkempen semata-mata.

"Jangan cakap banyak, kempen banyak tapi yang penting kita kena lakukan gerak kerja," katanya di satu ceramah di Pengumpulan Hasil Pertanian, Lembah Jerai di sini malam tadi.

Mengulas lanjut katanya, pengenalan dasar 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' bukannya satu slogan semata-mata sebaliknya merupakan gerak kerja yang perlakukan untuk keselesaan rakyat.

MES yang dilaksanakan sehingga kini berjaya memberikan manfaat kepada rakyat melalui program pemberian air percuma 20 metre padu, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan beberapa program lain.

Katanya, gerak kerja telus yang diamalkan pimpinan Pakatan ternyata mengakibatkan kroni Umno 'sakit perut' kerana gagal untuk mendapatkan projek dengan jalan mudah.

Manakala Naib Presiden Pas, Husam Musa berkata tiada alasan untuk rakyat menidakkan kekuatan Pakatan bagi mentadbir negara selepas pilihanraya umum akan datang.
"Ini bukan kempen kosong, tetapi ini telahpun dibuktikan di Selangor,"

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata rakyat perlu mengubah kerajaan persekutuan
dan melihat sejauh mana kematangan BN mengambil alih tugas pembangkang.

"Kita ubah pada PRU-13 ini. PM Malaysia Anwar Ibrahim, Najib pula Ketua Pembangkang. Kita lihat mampu atau tidak dia menggalas tugas itu.

"Sejak pembebasan Anwar dari tuduhan karut yang direka BN, ramai antara pemimpin Umno yang bercadang untuk menyertai kita (PR), pintu kapal yang dinahodai Anwar sentiasa terbuka sebelum PRU, selepas PRU baru insaf mahu sertai perjuangan kita, ia sudah terlambat, pintu kapal sudah tertutup, biar mereka lemas dalam lautan," katanya sambil menerima tepukan gemuruh.

Manakala, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw pula berkata dalam merialisasikan hasrat Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, rakyat perlu bersiap sedia dengan mentaliti yang teguh sebagai perisai menangkis usaha jahat Umno-BN untuk mengekalkan kuasanya.

"Penduduk Selangor dan Kelantan harus diambil contoh, mereka tidak menolak pemberian gula-gula politik dari Umno-BN, tetapi apabila tiba masa pilihanraya, mereka tetap pangkah (mengundi) Pakatan Rakyat.

"Mentaliti ini membuatkan Perdana Menteri hilang idea bagaimana untuk menawan kembali negeri-negeri bawah kepimpinan Pakatan Rakyat, kerana rakyat lebih celik dan cerdik hari ini,"

Azmin Ali : Pakatan Rakyat Miliki Pemimpin Berintegriti

Posted: 14 Jan 2012 09:57 PM PST

Oleh Afix Redzuan


ALOR SETAR: Pakatan Rakyat (Pakatan) perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang kini bangkit bagi menuntut sebuah negara yang adil dan sejahtera untuk semua.

Menurut Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dalam ucapan pembukaannya berkata, konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 ini adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang memberikan fokus utama terhadap permasalahan rakyat yang selama ini terhimpit dengan kekangan kehidupan dibawah regim Barisan Nasional.

"Kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh UMNO. Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia," katanya.

Jelas beliau, Pakatan tidak lagi membicarakan persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga sebaliknya penonjolan pimpinan berkaliber untuk membawa negara ke satu fasa yang lebih dinamik dan ke hadapan merupakan kunci keyakinan untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13.

"Kita juga sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara. Kita mempunyai pemimpin yang amanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat," katanya.

Mengulas lanjut katanya, 'Reformasi' yang dilaungkan selama ini bukan hanya sekadar untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional semata-mata sebaliknya kata keramat tersebut merupakan agenda pembebasan rakyat selain memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.

"Agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat. Insha Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa," katanya.

Tegas beliau, kesediaan Pakatan untuk menerajui tampuk pemerintahan negara jelas melalui dasar pengenalan Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang diperkenalkan sebelum ini yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.

Ambiga: PR Perlu Pastikan Proses Peralihan Kuasa Lancar

Posted: 14 Jan 2012 09:51 PM PST

Oleh Mat Zahari Bin Ali


ALOR STAR: Kerajaan Umno/BN yang menerajui negara telah gagal dalam memahami kehendak dan inspirasi rakyat pelbagai kaum bagi melahirkan sebuah negara demokrasi tulin yang memakmurkan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata indeks persepsi rasuah (CPI) Malaysia yang berada ditangga 60 dari 182 negara membuktikan amalan rasuah masih gagal ditangani secara sihat.

"Kerajaan telah gagal dalam pelbagai polisiyang membabitkan pentadbiran yang baik, undang-undang yang adil, ketelusan dalam perkhidmatan awam dan swasta menyebabkan rasuah terus meningkat dan membimbangkan.

Katanya, sebanyak US291 bilion (Lebih RM 1 trilion) yang telah dibawa keluar dari negara perlu diselamatkan.

"Saya berharap Pakatan Rakyat juga harus memikirkan bagaimana untuk membawa asat dan wang yang keluar ini untuk dibawa kembali kedalam negara . Ini adalah wang rakyat yang boleh dikembalikan kepada rakyat bagi meringankan bebanan rakyat." jelas beliau yang juga bekas Presiden Majlis Peguam.

Selain itu menurut beliau Pakatan Rakyat juga perlu menggariskan rancangan teratur bagi memastikan proses peralihan kuasa berlaku secara baik dan meyakinkan rakyat.

Katanya sikap dan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang dua hari lalu yang mendedahkan aset pemimpin-pemimpin tertinggi di negeri tersebut haruslah di puji.

"Kita juga mahukan supaya Akaun Petronas dan lain-lain syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan negeri dan persekutuan juga di dedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat melihat ketelusan dan keterbukaan.

Beliau juga kesal dengan isu yang membabitkan warga asing yang diberi taraf kerakyatan.

"Rakyat sebenarnya mahukan sebuah siasatan bebas diwujudkan supaya segala pengkhianatan terhadap negara ini dapat dihentikan serta merta.

"Pakatan rakyat harus memberi penekanan untuk mengatasi isu yang telah lama berleluasa berlaku melalui pelbagai saluran termasuk di Parlimen.

Katanya lagi, penglibatan wanita semakin mencabar dan memerlukan lebih ramai dikalangan gander tersebut terlibat dan diberi tempat dalam bidang politik.

Ini disebabkan kaum wanita juga mempunyai peranan tersendiri dalam menangani isu-isu membabitkan kekeluargaan dan lain-lain bidang.

Menurut beliau pengundi dalam pilihanraya akan datang adalah pengundi yang amat dahagakan pembelaan tanpa ada sebarang diskriminasi ras, bangsa dan agama.

"Saya harap pengundi akan tolak politik kotor, tolak calon yang tak integriti, tolak calon yang rasis dan tolak calon yang pentingkan diri sendiri," jelas beliau yang menerima tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati diKonvensyen PR hari ini.

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

Posted: 14 Jan 2012 09:49 PM PST

Oleh Afix Redzuan


ALOR SETAR: Anak muda melontarkan peringatan keras kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) supaya memberikan tumpuan kepada suara anak muda sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Putrajaya dalam PRU-13.

Wakil anak muda, yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Akram Ikrami dalam ucapannya berkata, anak muda kini tidak lagi mahu mendengar laungan retorik semata-mata dalam usaha menarik perhatian anak muda terutama mahasiswa.

Katanya, kebebasan mahasisiwa dan professional akademik perlu diutamakan memandangkan banyak campur tangan dalam pentadbiran universiti sehingga mengenapikan golongan yang layak.

"Mereka bekerja tidak seronok sebab sekatan oleh kerajaan. Idea dan pandangan hanya untuk mengejar ranking universiti tanpa ruang untuk mereka menyumbang. Terhadap mahasisiwa pula sebagai contoh, apa guna belajar sains politik sekiranya ditangkap seperti kes UKM-4," katanya.

Beliau menambah, soal kestabilan politik, monopoli kekayaan dan jurang kekayaan yang luas menjadi punca utama mengapa ramai golongan profesional lebih gemar untuk menabur khidmat di luar negara.

Selain itu, Pakatan juga perlu mencari mekanisme penyelesaian yang mampan dalam usaha membantu mahasiswa yang dibebankan dengan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

"Kita menyeru PR jangan menyedari mahasiswa terbeban sahaja. Sehingga kini belum ada yang mengemukakan idea bagaimana menyelesaikan beban hutang.

"Mahasisiwa dikejar tuntutan hutang sehingga dalam selimut. layanan terhadap mahasiswa lebih buruk daripada banduan di penjara. Selesaikan persoalan PTPTN," katanya.

Akram turut mendesak agar Pakatan Rakyat memandang serius isu Akta Undang-Undang Kolej dan Universiti yang sehingga kini masih belum diselesaikan selain menyediakan platform besar untuk anak muda menyalurkan pandangan mereka dalam usaha memantapkan negara

"Kita mahu AUKU dimansuhkan, bukan dipinda. Ada suara anak muda untukk mereka sumbangkan kepada kerajaan. Kalau perlu ada suara di Parlimen masukkan di Parlimen," katanya.

Katanya lagi, kehadiran beliau di Konvensyen PR berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti.

"Saya tetap memberanikan diri dan mengambil risiko ini disebabkan tidak ada ruang untuk kami anak muda dan mahasiswa untuk meluahkan hasrat kami anak muda.

"Saya juga berharap Umno juga akan memberi ruang dan menjemput kami untuk memperjuangkan kehendah kami yang mahukan sesuatu hak dan kebebasan sebagai seorang anak muda dan mahasiswa." kata beliau.

Umno-BN 9 Negeri lwn Pakatan 4 Negeri, Pakatan Tetap Menang

Posted: 14 Jan 2012 09:30 PM PST

Oleh Afix Redzuan


ALOR SETAR: Tindakan Umno-Barisan Nasional menciplak beberapa dasar Pakatan Rakyat jelas mencerminkan realiti sebenar disebalik momokan dan tomahan yang kerap dilemparkan gagasan perkauman itu terhadap Pakatan.

Tindakan meniru dasar Pakatan seperti lima hari bekerja bagi penjawat awam yang dimulakan di Kelantan dan program Jom Shopping di Selangor, menunjukkan Umno-BN sebenarnya akui kehebatan pentadbiran Pakatan.

Prestasi cemerlang Pakatan berbanding dengan BN juga ketara dari segi pelaburan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di dalam ucapannya di konvesyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

"Sungguhpun kita tidak berpenglaman, dari segi pelaburan, empat negeri PR mengatasi 9 negeri BN. Kalau lawan 9 dengan 4, sudah tentu empat kalah. Tetapi kali ini yang menang PR.

"Kita pun juga tiada pengalaman rasuah macam BN. BN is not resolution but BN is problem, PR is the solution," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir.

Bagi meneruskan prinsip membela rakyat dan menghapuskan kroni, Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata Pakatan perlu fokus kepada tiga jika mentadbir Putrajaya.

Ini adalah memberikan bantuan tambahan kepada rakyat, menghapuskan tol dan paling utama, menurunkan hara minyak.

"Untuk meringankan beban rakyat, konsesi lebuh raya sudah mencapai keuntungan lebih RM 18.3 billion. Maka, PR akan hapuskan tol untuk kesejahteraan rakyat.

"Kita juga akan hapuskan kroni BN. MCA tidak pernah faham terutamanya Chua Soi Lek. Tidak mengapa, kita hantar CD untuk bagi faham. Harga minyak turun dan kos sara hidup perlu ditangani," katanya.

Beliau turut mengingatkan aktivis Pakatan bahawa pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan jaminan utama kemenangan PR dalam pilihanraya akan datang. Sebaliknya kerja keras perlu ditingkatkan untuk meraih sokongan rakyat.

"Jangan ingat kerana Anwar bebas kita akan menang. Tidak ada jaminan. Kebebasan Anwar akan tambah semangat dan perpaduan untuk mengahadapi PRU-13. Kerja dengan amanah dan berpasukan untuk menang," katanya.

Umno Sudah Tidak Layak Mengurus DEB

Posted: 14 Jan 2012 09:28 PM PST

Oleh Afix Redzuan


ALOR SETAR: Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh pentadbiran Umno-Barisan Nasional merupakan contoh paling ketara kegagalan mereka untuk menggunakan kekayaan negara untuk mengangkat martabat komuniti Melayu.

Ini kerana, perlaksanaan DEB oleh Umno-BN didorong prinsip pengagihan peluang dan pinjaman perniagaan kepada segelintir kroni tanpa kerpertanggungjawaban. Ini mengakibatkan peluang-peluang tersebut disia-siakan dan duit rakyat dihabiskan tanpa menguntungkan negara mahupun orang Melayu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pengurusan DEB oleh Umno-BN selama lebih tiga dekad telah hanya menguntungkan segelintir tauke perniagaan Melayu yang juga merupakan kroni mereka.

"Kita tidak lagi memerlukan Umno untuk menguruskan Dasar Ekonomi Baru. Kita juga menyatakan penswastaan tidak boleh menjadi asas DEB kerana ianya mencengkam rakyat.

"Kita tidak mahu lagi cara pentadbiran dikuasai oleh politik pengagihan kroni," kata Abdul Khalid ketika membahaskan ucapan Tawaran Jingga dengan tajuk "Anti-monopoli" di konvesyen Pakatan Rakyat di sini hari.

Menurutnya, pentadbiran Pakatan yang sekarang sudah menguasai empat negeri dan bakal mengambilalih Putrajaya perlu menghapuskan program yang tidak mementingkan rakyat sebagai usaha membetulkan kesalahan pentadbiran Umno-BN.

Beliau juga berkata ekonomi negara perlukan pertumbuhan supaya keuntungan yang diperolehi dapat diberikan kepada rakyat dan bukannya membebankan rakyat dengan hutang negara.

"Perkara terpenting dalam pengurusan ekonomi ialah membetulkan yang salah dan mengutamakan yang betul.

"Bererti kalau program itu salah dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat kita hapuskan dan tidak membiarkan ia berlaku. Melalui perkara ini pemberian terus kepada rakyat dapat dilakukan.

"Kalau tiada pertumbuhan kita akan memberikan hutang dan hanya menambahkan masalah. Konsep yang diutarakan membangun negara supaya lebih mewah dengan asas kemewahan diagihkan kepada rakyat bukan mengambil harta orang lain dan berikan kepada orang lain," katanya.

Tawaran Jingga

Posted: 14 Jan 2012 09:23 PM PST

Pakatan Rakyat


Dasar FELDA Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah


1. FELDA yang ada sekarang telah menyimpang dari matlamat asalnya iaitu untuk membantu rakyat termiskin memiliki tanah dan menjaga kepentingan peneroka dengan menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada mereka agar berdaya saing dan mendapat pulangan terbaik dari tanah dan tanaman mereka.

2. Sekarang, peneroka dilayan seolah-olah mereka pekerja ladang yang bermajikan sebuah konglomerat perladangan besar.

3. Masanya telah tiba untuk mengembalikan FELDA dan konsep rancangan tanah persekutuan kepada semangat asalnya; iaitu FELDA menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada peneroka sebagai tuan tanah agar mereka mendapat pulangan terbaik dari tanah dan tanaman mereka.

PR akan menghentikan penyenaraian FELDA Global Ventures

1. Penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) adalah bertentangan dengan semangat asal penubuhan FELDA dan mengkhianati kedudukan peneroka sebagai tuan tanah.

2. Kumpulan FELDA kini mempunyai 137 syarikat yang aktif dalam pelbagai perniagaan. 47 adalah anak syarikat atau hakmilik FELDA Holding Berhad (FHB) manakala 90 lagi ditubuhkan di bawah FGV.

3. Bagi tahun kewangan 2010, FGV mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM366.37 juta sementara FHB mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM760.10 juta.

4. Sejak FGV ditubuhkan dalam tahun 2007, FHB terus mencatat keuntungan yang jauh lebih baik berbanding dengan FGV yang banyak rugi dengan pelaburan di luar negara yang diragui ketepatan nilai pelaburannya.

5. Kedua-dua syarikat FGV dan FHB ditubuhkan dan dibina di atas kekuatan kewangan hasil sumbangan peneroka-peneroka FELDA yang menjadi pelanggan kepada syarikat-syarikat ini.

6. Melalui penyenaraian, pegangan bersih peneroka dan kakitangan FELDA di dalam FHB (yang lebih menguntungkan) akan berkurangan seperti berikut:

7. Oleh yang demikian, penyenaraian kesemua syarikat perniagaan di bawah FELDA melalui suntikan ke dalam FGV yang akan disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur wajib ditentang kerana:

Pegangan bersih peneroka dan kakitangan FELDA dalam FHB

Sebelum penyenaraian 51%
Selepas penyenaraian 42.6%

a. Bertentangan dengan konsep asal FELDA yang menjunjung hak peneroka sebagai tuan tanah, bila mana syarikat-syarikat yang dibina di atas kekuatan kewangan hasil keringat peneroka diperjudikan di pasaran saham;

b. Penstrukturan entiti perniagaan FELDA di bawah FGV dan FHB yang dilakukan melalui penyenaraian bermakna peneroka terpaksa menanggung risiko kerugian syarikat-syarikat yang kurang berdaya saing yang kini berada di bawah FGV;

c. Penstrukturan itu juga bermakna peneroka dan kakitangan FELDA akan kehilangan lebih banyak pegangan di dalam syarikat-syarikat penting yang untung di dalam FHB, sebagai pertukaran kepada pegangan di dalam FGV;

d. Penyenaraian bermakna tanah-tanah yang diambil atau dibangunkan atas nama peneroka akan hilang dari pegangan peneroka apabila ia menjadi milik syarikat awam yang majoritinya bukan peneroka dan kakitangan FELDA.

PR akan menghapuskan ketidakadilan dan penganiayaan berterusan peneroka oleh FELDA

1. Setelah sekian lama menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara, masih ramai peneroka FELDA yang sengsara dengan pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan berhadapan bebanan hutang berpuluh-puluh tahun.

2. Manipulasi peneroka oleh pihak berkuasa berlaku secara meluas melalui dua cara:
a. Pembayaran yang tidak telus dan menipu peneroka melalui peratusan kadar perahan (KPG) yang lebih rendah dari sepatutnya;
B. Tidak ada ketelusan dari segi pendapatan yang dijana oleh peneroka melalui penanaman semula bila mana mereka diberikan penyata hutang tetapi hasil pendapatan disembunyikan dari peneroka. Seluruh laba hasil dari kenaikan harga komoditi dibolot oleh pihak berkuasa.

3. Oleh itu, Pakatan Rakyat berjanji akan merombak kedua-dua sistem ini untuk memastikan sistem agihan keuntungan yang adil dan telus kepada peneroka, kerana merekalah tuan tanah yang memiliki hasil tanaman mereka, bukannya pekerja ladang yang makan gaji dengan pihak berkuasa atau syarikat-syarikat FELDA.

Empat Tawaran Jingga Pakatan Rakyat kepada Peneroka FELDA

1. Konsep FELDA Plantations diperluaskan, tanahnya dibuka kepada warga FELDA.
Pengubahsuai Konsep FELDA Plantations untuk merangkumi keturunan peneroka FELDA akan menyaksikan 830,000 ekar tanah dibuka kepada peneroka baru yang terdiri dari generasi kedua dan ketiga FELDA.

2. Bebanan hutang peneroka dikaji semula dan keuntungan dikongsi bersama

Sekian lamanya warga peneroka dibebankan dengan hutang sedang keuntungan hasil penat lelah mereka disembunyikan. Beban hutang ini akan dikajisemula. Segala penyata pendapatan peneroka juga akan dikemukakan bersama dengan kos sara hidup dan kos pembangunan.

3. Skim perumahan selesa warga FELDA diperkenalkan

Pakatan Rakyat menjunjung hak rakyat memiliki perumahan mampu milik yang selesa. Keluarga yang bahagia bermula dari rumah yang selesa. Skim perumahan selesa untuk warga FELDA akan menjadi mercu tanda anjakan ekonomi dan sosial warga FELDA dengan memberi tumpuan kepada hak perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA.

4. Warga FELDA tidak ditindas dengan penipuan hasil dan kiraan KPG yang belot

Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan amalan kiraan kadar perahan gred (KPG) yang menipu warga FELDA. Reformasi menyeluruh untuk menukar sistem KPG akan dibuat selaras dengan perjuangan KEADILAN selama ini yang membela hak warga FELDA mendapat KPG sehingga 28%; seperti kemenangan kes di FELDA Kemahang 3.

Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah

1. Salah satu gejala krisis ekonomi yang terus membelenggui rakyat dan negara ialah Inflasi. Inflasi membawa bencana kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat dan pengguna. Kelompok yang paling terhempit dengan kenaikan kos saraan hidup ialah golongan berpendapatan rendah.

2. Pelbagai akibat penarikan balik subsidi sekaligus mengakibatkan harga komoditi tersebut tinggi (Cost Push), atau kerana memang permintaan tinggi sementara barangan atau perkhidmatan tersebut terhad (Demand Pull).

3. Antara yang mencetuskan kenaikan kos barangan dan servis (perkhidmatan) ialah amalan Monopoli tajaan kerajaan Barisan Nasional dalam pemberian lesen perkhidmatan, pengimportan, pengilangan serta mengawal seluruh rantaian bekalan (monopolise the entire supply-chain) dan sekaligus tidak menggalakan bahkan menyekat Persaingan (Competition) sihat dalam pasaran.

4. Pemberian lesen kepada pihak kroni atau terkadangkali kepada syarikat kaitan kerajaan kerajaan (GLCs) mengakibatkan pengherotan pasaran (market distortion) dan menjadikan pasaran tidak efisien (inefficient market). Ini juga serentak akan mencetuskan kenaikan kos tidak munasabaha mengikut kehendak pembekal produk atau perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan akan turut terjejas.

5. Kartel juga dalah amalan pihak monopoli yang berpakat dan bergabung mengepong dan mengherotkan pasaran sekaligus mencekik rakyat dan pengguna dengan kos servis atau kualiti produk yang tidak mempedu- likan kepentingan rakyat dan pengguna.

Contoh-contoh amalan monopoli terkini:

1. Monopoli dalam pemberian lesen mengimport dan mengedar beras kepada syarikat Padiberas Nasional Berahd (BERNAS) milik kroni. Amalan memberikan subsidi kepada BERNAS dan bukan petani secara langsung menjadikan petani tidak mendapat menafaat secara terus. Begitu juga kedudukan semua barang kawalan - "Control Item" seperti gula, minyak dan tepung.

2. Amalan monopoli pada perkhidmatan "last mile" oleh Telekom Malaysia (TM) yang mengamalkan pemberian perkhidmatan "last mile" Kepada syarikat telekomunikasi (Telcos) secara tunggal (samada Maxis, Celcom dsbnya) lantas menghalang persaingan dalam perkhidmatan.

3. Monopoli perkhidmatan televisyen satelit oleh Astro dan penguasaan monopoli Media Prima yang kini memilikki TV3, 8TV, kumpulan New Straits Times, Channel 9 dan NTV7.

4. Monopoli pemberian lesen teksi kepada pihak kroni dan bukan kepada pemandu dan pemilik teksi.

Tujuh Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk Menamatkan Monopol
i

1. Import lesen dalam monopoli beras dihentikan dan lesen permit import diberi secara tender terbuka. Import lesen ataupun Approved Permit (AP) untuk barangan lain termasuk kereta juga akan diberi secarat tender terbuka.

2. Pemberian subsidi diagih terus kepada petani dan tidak diberikan kepada BERNAS atau pihak orang tengah.

3. Pengedaran dan seluruh rantaian bekalan peruncitan dibuka bagi menggalakkan persaingan.

4. Satu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil dan bertentangan dengan kepentingan umum khusus di sektor utiliti seperti penjana tenaga bebas dan perjanjian pembelian tenaga yang jelasnya berat sebelah dan menguntung pihak pemilik konsesi serta mengorbankan kepentingan awam dan pengguna.

5. Akta ini juga wajar menilai semula perjanjian dalam pensawastaan sektor air dan konsesi tol-lebuhraya. Sektor-sektor kritikal lain juga seperti Telekomunikasi, Kesihatan, Perolehan Pertahanan dan Pengangkutan Awam juga perlu dikaji bagi menjamin kemaslahatan umum dan pengguna.

6. Sistem Tender Terbuka yang lebih bermakna untuk perolehan kerajaan yang mesti dilakukan secara lebih profesional dalam penentuan harga oleh kumpulan berkepakaran bagi menjamin "value-for-money" Untuk dana awam dan mengelakkan perunutkan bajet tidak menasabah dan menyekat ruang amalan rasuah.

7. Akta Persaingan 2010 yang akan dilaksanakan tahun 2012 ini akan diperluaskan kepada semua sektor ekonomi termasuklah syarikat telekomunikasi, perkhidmatan televisyen berbayar dan sektor media, sektor pernerbangan dan sektor tenaga yang paling banyak mengalami gejala pengherotan pasaran dan harga akibat monopoli dan amalan kartel.

Dasar Pengukuhan Federalisme Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah

1. Malaysia pernah dikatakan sebagai sebuah "Negara Persekutuan Berpusat", disebabkan kuasa luas yang dinikmati oleh Kerajaan Persekutuan berbanding dengan kerajaan-kerajaan negeri. Apabila ciri- ciri sebuah negara persekutuan pusat digabungkan dengan kepimpinan yang bersifat autoritarianisme, ia menghasilkan sebuah sistem birokrasi pusat yang makin luas cengkamannya. Kebertanggungjawaban dalam perbelanjaan akan terhakis dan peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri juga makin berkurangan. Sebagai contoh, belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 adalah RM191 bilion berbanding dengan hanya RM16.6 bilion, iaitu jumlah majmuk belanjawan kesemua negeri-negeri dalam persekutuan.

2. Kerajaan BN di peringkat persekutuan telah menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati sistem federalisme terutama sekali dalam hubungan dengan kerajaan-kerajaan negeri yang bukan di bawah tadbir mereka. Kerajaan Negeri Kelantan, yang telah dikuasai PAS sejak tahun 1990,telah dinafikan royalti minyak sebanyak RM800 juta setahun sejak tahun 2005. Kerajaan Negeri Terengganu yang pernah dikuasai PAS dari tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menerima pembayaran royalti minyak 5%, yang merupakan 80% dari jumlah belanjawan negeri. Sebaliknya, wang tersebut telah disalurkan sebagai "wang ehsan" melalui ahli-ahli politik UMNO di negeri itu untuk membolehkan mereka memenangi semula Kerajaan Negeri. Sampai sekarang, 8 tahun selepas mengambil balik pucuk pimpinan negeri Terengganu, royalti minyak di sana masih lagi diklasifikasikan sebagai "Dana Khas", dan kerana itu tidak tertakluk kepada proses-proses biasa seperti audit dan penelitian lain.

3. Baru-baru ini, dana pembangunan untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor (dan Perak sebelum dirampas) telah disalurkan melalui Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) yang berada di bawah arahan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri. Dalam erti kata lain, kerajaan-kerajaan negeri tersebut tidak mempunyai kuasa ke atas dana pembagunan negeri-negeri mereka sendiri.

4. Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, hak-hak dan kuasa negeri bukan sahaja akan dikembalikan tetapi diperkukuhkan. Semangat federalise yang mengiktiraf hak dan tanggungjawab kerajaan negeri akan diluhurkan. Di bawah Pakatan Rakyat, sebahagian besar hasil serta tanggungjawab-tanggungjawab pengawalseliaan dan penguatkuasaan akan diluaskan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dengan matlamat untuk memperkasakan masyarakat tempatan dalam pelaksanaan kemudahan prasarana dan perkhidmatan awam. Ini akan menjadi dua teras utama Kerajaan PR untuk mengukuhkan sistem federalisme.

Lima Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk Pengukuhan Federalisme

1. Sebahagian hasil yang dikutip di peringkat pusat akan diperuntukkan kepada negeri-negeri, serentak dengan penyerahan kuasa untuk menggunakan hasil tersebut mengikut budi bicara negeri. Pakatan Rakyat akan memastikan belanjawan kerajaan-kerajaan negeri akan ditingkatkan melalui geran perkapita dan geran pembangunan ekonomi di samping royalti minyak dan gas. Sebahagian daripada peruntukan itu akan diasingkan untuk keperluan pembangunan dan sosial khusus bagi negeri-negeri tertentu yang memerlukan pembangunan infrastruktur yang lebih seperti Sabah dan Sarawak serta rancangan pembasmian kemiskinan di Terengganu dan Kelantan. Tambahan pula, dana khas petroleum akan ditubuhkan di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk menstabilkan aliran hasil dan perbelanjaan di negeri-negeri tersebut. Ini penting memandangkan rizab minyak dan gas akan merosot pada masa depan. Wadah dana khas ini adalah serupa dengan Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) tetapi akan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

2. Pakatan Rakyat juga akan memastikan kebertanggungjawaban perbelanjaan dengan mempertingkatkan bidang kuasa dan peruntukan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Ketua Audit Negara supaya dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang diperlukan. SPRM juga akan diperkasakan dengan kuasa pendakwaan bebas.

3. Tambahan pula, Pakatan Rakyat akan mengagihkan kuasa pusat dalam tanggungjawab-tanggungjawab yang sepatutnya berada di bawah bidang kuasa negeri dan kerajaan tempatan. Salah satu bidang utama yang akan diagihkan adalah dalam pengangkutan awam yang sedang dimonopoli beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang kurang memuaskan.

4. Pakatan Rakyat akan mengkaji semula semua undang-undang yang melindungi monopoli kerajaan dan menyekat perdagangan antara-negeri dan antarabangsa. Undang-undang seperti Dasar Kabotaj Kebangsaan di Sabah dan Sarawak telah mengakibatkan kenaikan harga barang yang secara langsung meningkatkan kos sara hidup rakyat di sana.

5. Akhir sekali, Pakatan Rakyat akan mengiktiraf kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak serta menegaskan semula komitmen untuk mendukung dan mengukuhkan Perjanjian 18/20 Perkara dengan Sarawak dan Sabah. Khususnya, PR akan meningkatkan perwakilan Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam di kedua-dua negeri tersebut, di samping meningkatkan autonomi dalam bidang pendidikan.

Sebagai kesimpulan, pengagihan kuasa pusat atau desentralisasi di bawah Pakatan Rakyat akan mengambil lima pendekatan berikut:

(i) Desentralisasi dalam hasil dan perbelanjaan.
(ii) Perluasan bidang kuasa SPRM dan Jabatan Ketua Audit Negara di peringkat tempatan.
(iii) Desentralisasi dalam tanggungjawab-tanggungjawab strategik kepada peringkat tempatan.
(iv) Mengkaji semula monopoli kerajaan dan sekatan dalam perdagangan antara-negeri dan antarabangsa.
(v) Mendukung dan mengukuhkan Perjanjian 18/20 Perakara dengan Sarawak dan Sabah, terutamanya dalam perkhidmatan awam dan pendidikan.

Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah

1. Campurtangan politik yang berleluasa merupakan hakikat di dalam Perkhidmatan Awam negara pada masakini. Ini menyebabkan banyak pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terganggu. Kakitangan awam menjadi keliru dengan arahan politik yang bercanggah antara satu sama lain, atau bercanggah dengan dasar sedia ada di dalam perkhidmatan awam, dan kadangkala bercanggah dengan kepentingan negara dan urustadbir ke- wangan yang baik.

2. Perkhidmatan awam yang terlalu berpusatkan kepada Perkhidmatan Tad- bir dan Diplomatik atau "PTD-centric" sehingga seolah-olah memberikan gambaran bahawa perkhidmatan awam itu hanyalah PTD dan PTD itulah sahaja perkhidmatan awam.

3. Kenaikan gaji yang jauh tidak sejajar dengan kenaikan kos sara hidup dan tidak seimbang jika dibandingkan antara pelbagai kategori di dalam Perkhidmatan Awam. Bahkan di dalam SBPA yang diwarwarkan baru-baru ini pun, golongan berpendapatan rendah dari kategori perkhidmatan sokongan adalah merupakan golongan yang diberikan kuantum kenaikan yang paling rendah berbeda dengan kumpulan-kumpulan lain, sedangkan golongan inilah yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang lain.

4. Perkhidmatan Awam adalah merupakan paksi yang strategik kepada sistem penyampaian (delivery system) kerajaan kepada rakyat jelata. Sistem Penyampaian yang baik adalah penting bagi menjamin kelancaran pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Lantaran itu, Pakatan Rakyat komited kepada usaha untuk mewujudkan satu Perkhidmatan Awam yang berwibawa dan berintegriti. Bagi mencapai tujuan ini, Pakatan Rakyat akan mempastikan bahawa Perkhidmatan Awam sentiasa dibela dan diberikan sokongan padu oleh kerajaan bagi mempastikan jentera Perkhidmatan Awam dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh dedikasi, berkesan dan cekap.

Enam Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk Memperkasakan Perkhidmatan Awam

1. Memberikan pengiktirafan kuasa yang sewajarnya kepada Perkhidmatan Awam dengan menolak sama sekali sebarang campur tangan politik. Memartabatkan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah entiti yang memberi khidmat professional mereka kepada "government of the day".

2. Mewujudkan satu model perkhidmatan awam yang saksama atau "equitable" untuk semua kategori perkhidmatan termasuk professional dan pengurusan, badan berkanun, perkhidmatan tadbir negeri, perkhidmatan sokongan dan separa professional dan lain-lain lagi supaya semua penjawat awam merasakan bahawa perkhidmatan mereka di hargai dalam menyumbang untuk pembangunan negara.

3. Mengurangkan pertindihan tugas di dalam pelbagai kementerian danAgensi kerajaan dengan cara mengadakan suatu penjustifikasian semula supaya sumber-sumber yang bertindih dapat diagihkan semula ke agensi-agensi yang memerlukan gunatenaga mereka dengan tidak mewujudkan "redundancy" di dalam skop tugas dan bidangkuasa kakitangan awam.

4. Mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak bersifat "PTD-centric".

5. Membuka ruang seluasnya untuk kenaikan pangkat secara "merit" dan telus. Bagi tujuan ini, satu mekanisma yang sistematik akan diwujudkan supaya kelayakan, kemahiran dan pengalaman kakitangan awam dapat dipertingkatkan secara konsisten bagi tujuan ini.

6. Menyemak semula pelaksanaan SBPA supaya sistem penggajian sektor awam bersifat lebih saksama kepada semua golongan kakitangan awam, terutamanya kategori perkhidmatan sokongan dan separa profesional.

*Buku Tawaran Jingga oleh Pakatan Rakyat, sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Kedah pada 14 Januari 2012.

Adam: Berbaloilah tiga sem kena gantung sebab pelajar UPSI telah bangkit!

Posted: 14 Jan 2012 09:20 PM PST

Lim Hong Siang


Tidak kurang yang terbeliak dengan keberanian mahasiswa, berikutan beberapa kejadian baru-baru ini, terutamanya apabila satu himpunan solidariti untuk Adam Adli di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal tahun 2012, berakhir dengan pertembungan berdarah antara polis dengan siswa.

Dalam satu forum berjudul "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", semalam, Adam Adli berkongsi pengalaman dirinya yang sarat dengan jenaka, dan titisan air mata yang terharu, bersama lebih 150 orang hadirin.

Beliau menafikan dakwaan bahawa himpunan pada awal pagi 1 Januari 2012 di UPSI adalah untuk menghantar memorandum. Sambil berseloroh Adam berkata, sudah dua kali SUHAKAM menerima memorandum daripada mahasiswa, malah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah mungkin membaca memorandum mereka setiap hari. Maka tiada makna untuk mereka teruskan dengan penyerahan memorandum.

"Kita berkumpul pada malam itu untuk menyambut tahun baru cara aktivis!" katanya, sebelum meneruskan, "Aktivis ni dia lain, instead of going to KLCC, untuk tengok bunga api ataupun (pergi) i-City untuk bersalaman dengan Najib, kita duduk dekat pagar UPSI tu, kita nak ambil gambar, kita nak baca puisi, kita nak menyalakan lilin, tanda solidariti."

"Sebab malam tu memang niat ni. Saya puji rakan-rakan mahasiswa kerana mereka... Seorang jatuh, ratus akan bangun. Itu adalah prinsip yang dipegang," kata Adam, yang diberi notis untuk menghadap Lembaga Disiplin UPSI pada 9 Januari 2012, berikutan perbuatannya menurunkan bendera berwajah Najib di PWTC pada 17 Disember 2011.

"Pada malam itu, tidak ada salahnya kalau mereka ada solidariti untuk Adam Adli, kerana saya sendiri juga, kalau sesiapa sahaja yang jatuh lepas ini, kita akan naik sama-sama. Tak ada masalah!"

Tak dapat kubu AUKU, siswa pula dikuburkan!

Adam berkata tiada senjata dibawa oleh siswa pada malam itu, untuk "aktiviti countdown" selama 16 jam sebagaimana yang dirancangkan. Beliau berkata itu adalah kebebasan mahasiswa, selagi tiada jenayah dilakukan. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa mereka sebenarnya membawa satu keranda AUKU, yang ingin dikuburkan oleh siswa. Niat asal mereka adalah membaca talkin untuk AUKU, akta zalim yang bakal dikuburkan. "Tak dapat kubur AUKU, siswa pula dikuburkan!" katanya sambil berjenaka.

Adam mendakwa bahawa banyak yang dirinya belajar, lantaran daripada peristiwa berdarah itu. Antaranya kesabaran, cara berdepan dengan polis dan sebagainya. Malah beliau mencerita, bagaimana salah seorang tahanan perempuan ditahan kerana "ditipu" polis, kononnya polis berkata "ada orang nak jumpa cik di dalam (balai polis)", maka perempuan itu mengikut polis, dan kemudiannya diberitahu pula bahawa dirinya sebenarnya "ditahan".

Bagaimanapun, Adam berkata dirinya terkesan dengan ulasan Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR, selepas peristiwa berdarah itu berlaku. "Kalau tak mampu tunaikan tuntutan pelajar, buat apa pukul?" Ayat yang sangat dalam maksudnya untuk Adam Adli, yang sepanjang ini terlibat dalam perjuangan mahasiswa.

Adam turut mengimbas perasaannya ketika melawat rakan seperjuangannya, Safwan Anang di hospital. Menurut Adam, Safwan berbisik kepada Adam, sebelum Adam beredar, "'Adam, aku nak kongsi sakit dengan semua orang'. Saya (Adam) tak tahu nak cakap apa. Dia (Safwan) minta maaf, kepada kawan-kawan yang masuk lokap. 'Aku tertua tapi tak sampai nak jaga kau orang'."

Tapi untuk Adam, Safwan telah menaruhkan nyawanya pada malam itu, apabila diganasi sehingga darah terkeluar dari mulutnya.

Faham tuduhan=Mengaku salah?

Adam Adli sempat berkongsi pengalamannya ketika masuk ke "mahkamah universiti" pada 9 Januari 2012, duduk berseorangan dalam kamar tertuduh berdepan dengan lapan orang panel yang mengadilinya. Setelah dibacakan tuduhan oleh pendakwa, Adam ditanya Naib Canselornya, juga ahli panel yang mengetuai perbicaraan, "Jadi, Adam, awak faham ke tak tuduhan?"

"Saya kata, ya saya faham. Dia pandang pendakwa, dia senyum, dia cakap, okay, tertuduh dah mengaku bersalah. Ni apa benda ni?" persoal Adam, mencetus gelak dari bawah pentas.

"Saya terkejut. Saya bangun dan kata 'ni apa ni?'" Namun mengikut logik ahli panel, faham tuduhan bermakna tertuduh dah mengaku salah. "Kat situ I dah fed up, saya cakap that's it, saya layan dia orang macam dia orang layan saya! So, saya cakap, 'Saya faham, memanglah saya faham, tapi saya mengaku saya tidak bersalah.' Lepas tu dia tergelak-gelak, kata 'tak apalah, kita baca dulu tuduhan kedua, ya?'"

Menurut Adam lagi, Zainal Kling selaku panel pemerhati, membawa keratan print screen dari internet, mendakwa menurut kajiannya, terdapat 242 ribu carian di Google, bawah nama Adam Adli Abdul Halim, cukup untuk membuktikan bahawa Adam telah mencemarkan nama universiti. Zainal Kling adalah ahli akademik yang mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Malaya tidak pernah dijajah.

"Saya gelak terus. Saya kata 'Tuan, itu bukan mencemar nama universiti, itu bukti saya dah famous-lah (terkenal) tu!" Adam sempat menyindir dalam tepukan dan gelak ketawa, bahawa beliau faham Zainal Kling terpaksa berbuat demikian kerana kontraknya sudah tamat dan perlu disambungkan. Adam mendakwa dirinya malas untuk berdebat dengan panel, melihat keadaannya sebegitu. Beliau meminta untuk tunggu di luar sementara keputusan dibuat, dan beliau kemudian dipanggil masuk dan dibacakan hukumannya selepas 15 minit.

Bagaimanapun, sesuatu di luar jangkaannya menunggu beliau di pintu UPSI, apabila melihat kira-kira 400 orang berkumpul di sana. Adam mendakwa dirinya masih keraguan sama ada kumpulan orang itu penyokong atau orang yang memusuhinya. Apabila ketibaannya disambut dengan sorakan, dan beliau diminta berucap, beliau dengan yakin berkata, "Berbaloilah tiga sem kena gantung sebab pelajar UPSI telah bangkit!"

Turut hadir sebagai panelis adalah aktivis seni Fahmi Reza dan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, BEBAS Muhammad Safwan Anang. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu dipengerusikan oleh Syukri Razab dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Aunty BERSIH, Anne Ooi, dan bekas aktivis siswa yang pertama menyaman kerajaan kerana AUKU, Soh Sook Hwa juga hadir untuk memberi sokongan.

Baca: Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM"

Baca: Siswa dipuji Tengku selepas patahkan tiang bendera Filipina, tahun 1968

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

70 peneroka dan generasi 2 Felda berhimpun bantah Felda

Posted: 14 Jan 2012 09:19 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Mereka tidak setuju langkah Felda mahu menggadaikan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).



PETALING JAYA: Tujuh puluh peneroka dan generasi kedua Felda Tenang di Besut membantah tindak tanduk Felda yang tidak lagi membela nasib mereka.
Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai solat Jumaat semalam di Felda Tenang.

Perhimpunan dijalan secara aman, tanpa mengira fahaman politik dan dipantau oleh pihak polis, kata seorang peserta.

Mereka tidak setuju langkah Felda mahu menggadaikan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

"Susah senang peneroka terutama Felda Tenang dapat saya rasai, hampir 100 orang generasi ke-2 (terpaksa) tinggal bersama keluarga dan hanya bekerja sebagai buruh ladang, pengait buah, pemandu lori, meracun rumput dan menoreh getah,
"sepatutnya tanah yang masih ada (di kawasan Felda) dibahagikan kepada generasi ke-2 yang hidup tak menentu di seluruh negara," katanya.

Kerja kilang

Peneroka, tambahnya tiada hala tuju kerana tidak ada tanah sendiri dan menumpang hidup dirumah ibubapa mereka walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai anak.

Katanya, sebahagian dari mereka terpaksa bekerja di luar , di kilang-kilang, kerana tidak ada peluang dan jaminan kerja yang berhampiran dengan tempat tinggal.
Beliau berkata, himpunan itu juga, mengutuk perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF sekaligus mengenepikan pengerusi sedia ada.

"Kita bimbang konspirasi ini akan merugikan masa dep[an peneroka dan generasi ke-2, FGV mempunyai rekod yang buruk……jangan perjudikan masa depan peneroka,"tegasnya.

Jangan terpengaruh `PAS itu Islam, tidak mengundi PAS tidak Islam’

Posted: 14 Jan 2012 09:18 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Pembangkang cuba menyempit dan mengelirukan pandangan rakyat dengan menyebarkan dakyah bahawa perjuangan Umno bukan untuk memartabatkan Islam, kata Pengerusi Umno Kelantan.



KOTA BARU: Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan rakyat negeri itu tidak terus terpengaruh dengan anggapan "PAS itu Islam, kalau tidak mengundi PAS tidak Islam". "Pembangkang cuba menyempit dan mengelirukan pandangan
rakyat dengan menyebarkan dakyah bahawa perjuangan Umno bukan untuk memartabatkan Islam.

"Sebenarnya Umno bawa perjuangan Islam lebih baik daripada PAS, dan terbukti membawa faedah kepada umat Islam di Malaysia

"Kita dukacita dengan pihak yang menyempitkan pandangan rakyat ini," katanya kepada Bernama malam tadi. Tokoh veteran Umno Kelantan itu berkata, harapan rakyat kepada kerajaan PAS adalah tinggi, banyak perkara yang mereka mahu kerajaan negeri laksanakan tetapi jelas mereka tidak berpuashati kerana kerajaan negeri gagal memenuhi kehendak mereka maka sekarang ini mereka mengharapkan kepada Umno," katanya.

Agenda anak muda

PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu.

Mustapa berkata menjadi keutamaan Umno dan BN untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa tanpa dihimpit dengan pelbagai masalah yang disebabkan kelemahan kerajaan PAS mentadbir negeri.

"Yang penting bagi kami ialah kita BN menyediakan satu agenda untuk masa depan antaranya agenda untuk menyatupadukan rakyat Kelantan. "…agenda untuk menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi, agenda untuk membangunkan umat Islam dan agenda untuk anak muda," katanya lagi.

Umno laung rampas negeri Pakatan

Posted: 14 Jan 2012 09:08 PM PST

Jentera pilihan raya parti mesti berada di gear lima dan bukan lagi gear tiga dan empat seperti tahun.



PETALING JAYA: Umno yakin menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13, kata ketua penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, jentera pilihan raya Umno bergerak secara berterusan mendekati rakyat di negeri-negeri berkenaan.

"Pemimpin Umno pusat dan negeri selalu turun ke bawah bertemu rakyat dan mendengar sendiri keluh kesah mereka," katanya.

Berikutan itu, Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri mengarahkan jentera pilihan raya parti berada di gear lima dan bukan lagi gear tiga dan empat seperti tahun lalu.

Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008 manakala Kelantan sejak 1990.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda Umno berkata, parti tidak mahu terperangkap dengan permainan pembangkang.

Kata Ketua Penerangan Datuk Reezal Merican Naina Merican dalam perang saikologi politik mereka boleh muncul dalam pelbagai wajah.

Tidak layan pembangkang

"Tetapi rakyat tidak bodoh, mereka melihat dan membuat pilihan, rakyat menolak politik cara yang merugikan mereka" katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengatakan orang dalaman Umno akan membantu Pakatan Rakyat menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.

Tokoh popular PAS itu berucap di konvensyen Pakatan Rakyat ke tiga di Alor Setar hari ini.

Reezal menegaskan, Umno tidak mahu apa yang dikatakan oleh pembangkang dan apa yang terjadi kepada mereka.

Sebab tu, tambahnya Umno tidak mengambil apa yang berlaku terhadap bekas pemimpin PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat baru-baru ini.

"Bagi kita (Umno) rakyat yang penting. Jadi kita berharap pembangkang dalam perjuangan mereka jangan mengabaikan rakyat," tambahnya.

Pakatan akan hapuskan tol jika tawan Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 09:07 PM PST

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan akan diambil terhadap syarikat konsesi tol dan kroni BN yang mengaut keuntungan berlebihan.



PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

"Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

"Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa'

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

"Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata "walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya."

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.

"Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat," kata tokoh veteran DAP tersebut.

Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Majoriti setuju kenaikan sewa Kompleks PKNS

Posted: 14 Jan 2012 08:59 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

"Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor.



PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor menegaskan mereka yang menentang kenaikan kadar sewa kompeks PKNS di Shah Alam bukan penyewa.

"Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya.

"Di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?" kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini.

Sebenarnya, kata bellau 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini.

Penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran, tambahnya.

Faekah mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks itu semalam.

Najib dilaporkan sebagai berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.

Hero filem Tamil

Faekah menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil.

Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak, katanya.

Sebaliknya beiau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

" Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

"Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.

"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan," kata Faekah..

Anwar cabar Najib berdebat

Posted: 14 Jan 2012 04:57 PM PST

Aziz Muda,

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat secara terbuka dengannya tentang dasar negara.

Perdebatan tersebut boleh diadakan pada bila-bila masa jika dipersetujui oleh Najib bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai dasar negara ini.

Menurut Anwar, negara ini kini ternyata sedang berhadapan dengan sistem nilai dengan satunya dibawa oleh BN dan satu llagi yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sistem nilai yang dibawa oleh BN ternyata terarah kepada penindasan terhadap rakyat, manakala Pakatan Rakyat pula untuk membawa negara ini keluar dari dasar-dasar seperti itu.

"Disebabkan pertembungan sistem nilai itu, bidang kehakiman di negara ini tetap tidak bebas dari campur tangan pihak pemerintah," katanya ketika berucap pada sesi Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.

Walaupun beliau telah dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu, ia tidak boleh dijadikan lambang kebebasan bidang kehakiman di negara ini.

"Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan saya itu hanyalah satu keputusan kecil. Ia bukan lambang bagi seluruh sistem kehakiman di negara ini," tegasnya.

Begitu juga, tambah beliau, dengan cengkaman dan penindasan Umno BN terhadap rakyat dalam aspek-aspek lain selama ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Umum PKR mendesak Najib membuktikan kebenaran di atas kenyataannya bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi terbuka dengan memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa Najib memberikan kebebasan kepada media agar tidak menjadikan media di negara ini tidak seperti media di Mesir ketika berada di bawah pemerintahan Mubarak.

"Najib juga mesti memastikan institusi pemerintahan di negara ini termasuk bahagian pencegahan rasuah, polis, jentera kerajaan berwibawa dan profesional," tegasnya.

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – ‘Bersihkan Malaysia’

Posted: 14 Jan 2012 04:52 PM PST

Dr Dzulkefly Ahmad,

Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.

Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, 'brain-drain' tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem 'delivery' berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden.

Lebih parah lagi kerana krisis ini bukan sahaja menyinggung aspek ekonomi dan kewangan akan tetapi melingkungi seluruh dimensi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kebrentakan ini terpapar jelas dengan pelbagai pola-pola persengkataan yang semakin tajam dan mendalam, di segi pertentangan ras-perkauman, tuntutan kelompok pendukung agama secara sempit dan kelompangan atau 'lacuna' bidang kuasa legal dan perundangan yang kerap disemarakkan api kefanatikan dan kejumudan politik perkauman.

Sementara itu fungsi institusi-institusi kritikal terus terkorban dari berperanan menjadi penyemak-imbang utama yang berkesan kerana terlalu tunduk dan dibelenggui penguasa Eksekutif yang angkuh dan rakus memusatkan dan merampas bidang wewenangan kuasa cabang Judisiari dan Legislatif yang terus dimandulkan.

Tegasnya seteru politik kita, Umno-BN telah merosakkan dan menodai institusi-institusi kritikal negara –"An Assault on the Nation" yang sekaligus telah menatijahkan "Kereputan Sistem" atau "Systemic Rot" secara menyeluruh.

Suasana ini cukup ngeri dan amat menakutkan, andainya ia berterusan kerana pastinya bakal menggagalkan usaha gigih pelbagai pihak untuk mendayakan negara supaya mampu bersaing dalam arus persaingan global dan serantau yang semakin sengit sekaligus mengancam kesinambungan negara sebagai yang bermaruah, berdaulat dan punya daya-juang dan daya saing yang tinggi.

Berdepan dengan lingkaran krisis yang tidak berhujung ini dan setelah menekuni serta mengenalpasti punca-sebab gejala kebrentakan ini, maka Pakatan Rakyat tampil dengan satu 'Tawaran Jingga' untuk mengundang seluruh rakyat dan pemilik penting-'critical stakeholders' negara ini, agar turut bersama-sama dalam satu gagasan "Membersihkan Malaysia" dari pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan Umno-BN supaya akhirnya kemakmuran dan sumber kekayaan negara mampu dikecapi, dinikmati dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat di negara bertuah ini.

Inilah ertinya 'Merakyatkan Kemakmuran Untuk Semua" dalam satu permufakatan mulia, perkongsian murni dan persefahaman mendalam tuntutan kepelbagaian agama dan budaya agar mampu menghayati sunggguh-sungguh slogan - "Sharing The Nation" – "Bersama Mengecapi Kemakmuran Negara" .

Tawaran Jingga – Huraian Pendekatan

Sesungguhnya, pembentangan 'Tawaran Jingga' ini hanyalah satu prelude kepada 'Tawaran Manifesto' Pakatan Rakyat. Tawaran Jingga ini sekadar menerangkan perbezaan pendekatan Pakatan Rakyat berbanding Umno-Barisan Nasional.

Pendekatan pihak lawan yang bersifat menampilkan ungkapan pelbagai akronim ajaib yang sebenarnya mengusutkan fikiran bermula dengan NKRA, NKEA, PTK (GTP), SRI, NEM (MEB), ETP, EPP dan panjang lagi kalau dimasukkan agensi-agensi pelaksananya MAMPU, Pemandu, Pemudah, kini TERAJU yang kesemuanya boleh dibawa kepada satu lagi yakni ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) ketika sakit dan nazak.

Saya yakin keseluruhan akronim ini dan tindih-tindannya tidak difahami sendiri oleh ramai menteri termasuk YAB PM, kecuali dua menteri pintu belakang (senator) di Jabatan Perdana Menteri itu..yang sentiasa bersedia memberi kuliah yang panjang ketika ditanya sikit oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan (dan juga BN) di Dewan Rakyat. Inilah dia Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sangat dihajati oleh PM Najib.

Sesungguhnya tidak akan dapat dilakukan Transformasi kecuali dirancang, dilaksana dan diurus program 'Reformasi Menyeluruh' dalam menangani 'kereputan sistem' yang dirobek dan dinodai regim Umno-Barisan Nasional.

Tawaran Jingga kami pula merumuskan pendekatan "Political Economy"[1] atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini dalam menggarap tuntutan Politik.

Ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana "keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes" atau dengan kata lain mudahnya "Perubahan Ekonomi atau 'Economic Changes' hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan 'Reformasi Politik'. Sebaliknya pula bagaimana cita-cita "Transformasi Ekonomi" akan gagal dihambat oleh "Kekangan Realiti Politik" sperti yang jelas berlaku dalam pemerintahan Umno-BN.

Ini jelas apa yang telah berlaku dalam pendekatan BN yang masih terus tercari-cari pendekatan yang konsisten. Sebab itu Najib selalu berbolak-balik atau flip-flopping atau 'zigg-zaging'. Najib hampir dinobatkan sebagai the "Father of Flip-Floppers" justeru kerana sikapnya yang kerap tidak tetap. Terlalu banyak contoh yang boleh dibariskan termasuk hal urusan ekonomi seperti EOC dalam MEB (NEM) atau menangani BERSIH 2.0 dan banyak lagi.

Sebab itu dalam NKRA dan PTK (GTP), Najib tidak langsung memberikan kepentingan kepada asepk reformasi politik. Bila baru celik kepentingan Reformasi Politik dan Perlembagaan? Bila digempur dek BERSIH2.0! Hanya selepas 709 BERSIH2.0, Najib terhegeh-hegeh bercakap tentang menangani tuntutan Politik Baru dan membatalkan 3 Ordinan Dharurat (1966, 1969 & 1977), membatalkan Akta Hukuman Buang Daerah 1959; dan mula bercakap tentang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tembelang Najib terdedah apabila cakap-cakap menteri JPM mendahului beliau apabila mereka menyebut tentang mengantikan ISA yang dua-kali lima juga akalu tidak lebih drakormian lagi.

Maka sebagai pendekatan Pakatan Rakyat, kami cenderung untuk mengambil pendekatan ini yang mengiktiraf bahawa masalah ekonomi akan hanya dapat digarap bersekali dengan reformasi politik. Seteru politik kita pada asalnya tidak mahu mengiktiraf ini. Hanya mutakhir setelah serik kita berpekik baharulah mereka faham.

Tegasnya 'Tawaran Jingga' adalah penyelesaian krisis negara secara bersepadu dan menyeluruh. Tawaran Jingga[2] adalah perumusan penyelesaian komprehensif bagi menangani segala krisis yang juga sifatnya 'menyeluruh dan sempurna' bukan sahaja dari aspek kebobrokan pengurusan fiskal dan ekonomi.

Sebab itu kebobrokan rasuah, salahguna kuasa dan segala kebejatan penguasa dan elit bisnes yang rakus mesti ditangani dengan reformasi politik, perundangan serta keinsafan moral dan agama. Umno- BN tidak faham atau buat-buat tidak faham. Sebab itu kebejatan rasuah dan salah guna kuasa kini dilambang dengan NFC-Lembu dalam Kondo persis membayangkan kegagalan Transformasi Kerajaan Najib!

Tawaran Jingga kami berkisar di sekitar mencapai Dasar-Dasar Bersama:

  1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat (Reformasi Politik)
  2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil (Reformasi Ekonomi)
  3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh (Reformasi Sosial)
  4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara (Government-Governance-Federalisme).

Sebagai prelude kepada Manifesto Pakatan Rakyat, Tawaran Jingga telah cuba mengingatkan semua bahawa pendekatan kami bukan sahaja menambahbaik kerosakan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh regim yang lalu.

Tawaran Jingga bakal didedahkan dari masa ke semasa yang akan memuatkan rencana dasar, polisi dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. Dalam Konvensyen ini, beberapa perkongsian awal tentang i. Dasar FELDA Pakatan Rakyat, ii. Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat iii. Dasar Pengukuhan Federalism Pakatan Rakyat iv.Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat

Oleh kerana tarikh PRU ke-13 masih sukar diramalkan oleh pundit politik, maka Manifesto Pakatan juga perlu dirahsiakan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.

Kami bersedia mendengar maklum-balas dari semua pihak agar perumusan penyelesaian kami dalam Tawaran Jingga dan Manifesto PR nanti akan menjadi lebih mentap dan padu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Jingga Pakatan Rakyat.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali-3.

Alor Star, Kedah.

14 hb Januari 2012.


[1] 'Political Economy' bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan bidang ekonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan 'seminal-agung' Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara "Political Economy" begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848).

[2] Tawaran 'Negara Berkebajikan' PAS memulakan paksi penyelesaian dengan premis peranan sebagai "Amanah kepada Tuhan sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan menganggap segala perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan adalah perlakuan dosa terhadap Allah dan kerosakan (Al-Khusraan) yang dilakuan oleh Penguasa yang rakus sebagai perbuatan fasiq dan khianat terhadap Amanah Allah dan Mandat Rakyat.

‘Senator Rosmah’ bantu Najib pulihkan ekonomi?

Posted: 14 Jan 2012 04:50 PM PST

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Percubaan oleh keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menempa nama di persada dunia korporat Malaysia telah dikritik hebat - seperti biasa, secara diam-diam oleh profesional bahagian pemasaran kerana takut kehilangan pekerjaan keselesaan yang mereka sedang nikmati.

Malah, penyokong setia BN juga berpendapat bahawa Wanita Pertama Malaysia Rosmah Mansor belum hilang dahaga untuk memainkan peranan yang lebih besar dan mungkin juga rasmi dalam ekonomi Malaysia. Ini akan menyebabkan pengkritik lebih menyampah peranannya tidak boleh sampai kepada itu kerana dia bukanlah eksekutif yang dipilih dalam pilihanraya.

"Melainkan Najib melantiknya sebagai Senator, beliau tidak mempunyai hak untuk berkata apa-apa dalam hal ehwal negeri kecuali berkongsi pendapat dan memberi nasihat kepada Najib secara peribadi. Selain daripada itu dia tidak perlu masuk campur," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu MalaysiaChronicle.

Siapa kita untuk melarang!

Tetapi Rosmah yang sudah berusia 60 tahun itu, bekas jurubank, tidak boleh menerima semua itu. Terkenal dengan sikap ala-ala Imela Marcos seperti tabiat berbelanja, dia dituduh memasuki pasaran saham melalui ahli korporat baru Deepak Jaikishan, bekas peniaga permaidani yang menjadi jutawan minyak dan gas.

Walaupun Deepak telah menafikan spekulasi yang dikatakan "penipuan oleh pembangkang" ini, Rosmah sekali lagi menyemarakkan spekulasi dengan menyeru sektor swasta untuk bekerja lebih keras untuk memandu ekonomi Malaysia walaupun setelah terkena tempias krisis ekonomi Eropah.

"Sektor swasta mempunyai tanggungjawab untuk menasihati kerajaan mengenai bahagian-bahagian di mana terdapat peluang-peluang pertumbuhan dimana kerajaan boleh menyediakan kemudahan dalam menjalankan perniagaan," Bernama juga melaporkan Rosmah persembahan Anugerah Usahawan 1Malaysia , yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Pemprosesan dan Pembungkusan Makanan Malaysia .

Rosmah: Kejayaan ETP bergantung kepada sektor swasta

Menurut Rosmah, sektor swasta mempunyai peranan yang penting dalam memastikan Malaysia mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Isteri Perdana Menteri itu berkata kerajaan telah, di bawah Program Transformasi Ekonomi, meletakkan penekanan kepada peranan sektor swasta untuk memacu ekonomi negara,di mana 92 peratus daripada pertumbuhan pembiayaan perlu dijana oleh sektor swasta.

Menyedari bahawa negara-negara yang paling berdaya saing di dunia telah diterajui oleh sektor swasta yang kukuh di dalam bangunan pasarandan ekonomi, beliau berkata: "Kejayaan- kejayaan yang seterusnya akan datang dari pencipta dan usahawan".

Menjadikan Finland sebagai contoh, dia berkata negara itu boleh menjadi salah satu daripada negara-negara yang paling berdaya saing di dunia hari ini, dengan menggunakan bakat sendiri dan melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan, walaupun mempunyai sumber asli yang terhad.

Beliau juga berkata bahawa cabaran Malaysia bukan kerana kurangnya bakat tetapi dalam keupayaan rakyat untuk mengenal pasti, melatih dan melatih semula bakat untuk bersaing mengikut peredaran masa.

"Penekanan dan komitmen kita dalam melatih pemimpin muda untuk menakluki pasaran dan melatih semula orang-orang yang matang untuk memperbaharui pasaran akhirnya akan menentukan kejayaan sektor swasta kita," kata Rosmah.

Keluarga Najib masuk…dan keluar!

3 bulan yang lalu, anak Najib yang berusia 28 tahun hasil daripada perkahwinan pertama , Nazifuddin - yang mula-mula menimbulkan kemarahan dengan agresifnya mengumumkan akan memasuki Harvest Courts sebuah firma kayu yang bermasalah baru sahaja keluar dari status itu.

Nama keluarga Nazifuddin segera melonjakkan harga saham Harvest. Di tengah-tengah seruan untuk tadbir urus yang lebih ketat dan telusan, Naziffuddin telah meletak jawatan daripada Harvest tetapi berikrar untukmenjaga kepentingan beliau disitu.

Bagi Deepak, yang sekali dilabel sebagai 'budak mainan' Rosmah kerana kesanggupan beliau untuk membantu dia keluar keadaan yang tegang, dia lebih dikenali sebagai orang yang menyelamatkan pasangan utama Malaysia itu atas tuduhan-yang terkandung dalam perisytiharan berkanun yang diberi oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mereka terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya yang berprofil tinggi.

Benar atau tidak, Deepak baru-baru ini telah mengejutkan dunia korporat apabila beliau tiba-tiba muncul dengan pegangan sebanyak 5% dalam Envair, sebuah syarikat penapis air. Deepak juga memberi jaminan bahawa beliau akan membantu menghidupkan Envair melalui firma perkhidmatan minyak dan gas. Tetapi dalam masa kurang daripada 2 minggu, Deepak berpaling pula dengan mengumumkan beliau telah menjual semua saham Envair tetapi akan kembali memasuki pasaran melalui cara lain pula.

Keluarnya Deepak secara tiba-tiba telah mencetuskan desas desus bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad membantah kemasukan Najib ke dalam sektor minyak dan gas tempatan, yang bergantung kepada syarat Petronas. Setakat ini penerima kontrak- kontrak utama daripada Petronas termasuk Scomi, syarikat yang dimilikil oleh anak bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Kencana, yang dimiliki oleh anak-anak Mahathir.

"Ada cakap-cakap yang memberi maklumat bahawa Mahathir tidak puas hati. Pertama, beliau tidak mahu berkongsi gula-gula Petronas dan orang-orangnya juga memberitahu bahawa beliau tidak berfikir bahawa Najib patut mendapat apa-apa kontrak kerajaan melalui Petronas," pengurus pelaburan di firma bursa saham tempatan memberitahu Malaysia Chronicle. Malaysia Chronicle

Nazri mengaku halang guna dakwat kekal pada 2008

Posted: 14 Jan 2012 04:43 PM PST

Jimadie Shah Othman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.

Turut terlibat dalam forum anjuran kerajaan Kelantan itu bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kanan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.

"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.

"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."

Bagaimanapun, tambahnya, selepas jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya membincangkannya, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan dan peguam negara berkata ia tidak menyalahi perlembagaan, tindakan itu akhirnya dilakukan.

"Jadi, itu sebabnya pada 2008 kita tidak buat," jelasnya lagi.

Nazri mengulas kenyataan Abdul Rashid dalam wacana yang sama bahawa beliau mahu melaksanakan pelbagai pembaharuan ketika menjadi orang nombor satu SPR, termasuk memperkenalkan dakwat kekal, tetapi disekat oleh pihak tertentu yang tidak dinamakannya.

Abdul Rashid juga berkata beliau pada masa itu mendapat surat daripada peguam negara yang menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal bertentang dengan Perkara 119 Perlembagaan Negara.

SPR bawah pimpinan Tan Sri Aziz Yusof baru-baru ini mengumumkan bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, setelah mempertimbangkang cadangan PSC – yang dibentuk selepas perhimpunan BERSIH 2.0 – dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga berkata ia boleh digunakan.

Sementara itu, berhubung fatwa membenarkan penggunaan dakwat kekal yang pernah dibuat pada 2007, Nazri berkata, kerajaan pada masa itu tidak tahu berhubung kedudukannya kerana ia tidak pernah diumum sebelum ini.

"Dua tiga hari lepas, majlis fatwa umum boleh pakai (dakwat kekal). Ini bermaksud tidak pernah umumlah," katanya sambil menegaskan hanya 19 negara di seluruh dunia memakai sistem itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan berleluasanya kes pengundi hantu di Sabah, Nazri menjelaskan perkara itu tidak berlaku, sebaliknya melibatkan "orang Islam Filipina" yang secara tradisinya berpindah randah antara republik itu dan Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan.

"Jadi apabila ada negara Malaysia, mereka tidak ada kad pengenalan. Apabila tidak dapat kad pengenalan, mereka tak dibenarkan mengundi. Tetapi mereka ada di negara ini sebelum Malaysia wujud dan sebelum merdeka lagi.

"Isunya ada orang marah di Sabah, ada yang tidak patut dapat kad pengenalan dapat kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi," katanya.

Katanya, sekiranya projek pengundi hantu benar berlaku di Sabah sehingga melibatkan70,000 pengundi seperti yang didakwa, sudah tentu BN akan melakukannya di negeri-negeri lain juga seperti Kelantan dan Selangor.

Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 peserta yang sering mengejek dan membuat bising terhadapnya, Nazri menyimpulkan bahawa pilihan raya yang bebas dan adil merupakan realiti di negara itu dan ia dibuktikan dengan kejayaan PAS menguasai Kelantan dan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

"Kita tanya diri kita sendiri, bila mengundi ada paksaan tak? Tidak ada. Kita mengundi ikut sukarela. Orang ramai ada keyakinan terhadap pilihan raya. Peratusan keluar mengundi tidak kurang daripada 28 peratus... puratanya 73 peratus," katanya.

Gangguan sistem 8 pusat pemutihan program 6P

Posted: 14 Jan 2012 04:40 PM PST

Bernama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan akibat gangguan sistem di lapan pusat setempat proses pemutihan Program 6P sejak Khamis lepas.

Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Mahmood Adam berkata gangguan tersebut dikenal pasti berpunca daripada kesesakan maklumat yang dimuat naik dalam kapasiti melebihi jangkaan.

"Ini akibat susulan tarikh akhir program tersebut dijadualkan 10 Januari lepas sebelum diumumkan sambungan secara pentadbiran untuk majikan menguruskan pekerja atau pendatang tanpa izin (PATI) yang berdaftar antara 1 sehingga 31 Ogos tahun lepas," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha membaik pulih gangguan tersebut secara maksimum dan keadaan dijamin kembali normal dalam tempoh 24 jam.

"Usaha pencegahan sedang diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang dan segala kesulitan yang dialami pelanggan amat dikesali," katanya.

Isteri dakwa penjara sebabkan kematian suaminya

Posted: 14 Jan 2012 04:36 PM PST

Isteri kepada pesakit buah pinggang yang meninggal dunia selepas pihak berkuasa Penjara Kajang didakwa menafikannya untuk mendapat rawatan, menuntut supaya tindakan diambil terhadap pegawai terbabit.

Ahli jawatankuasa pusat penaja Parti Hak Asasi Manusia Party (HRP), S Thiagarajan membuat laporan bagi pihak Norlailee Hamzah di Balai Polis Travers pagi ini.

Laporan itu juga menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail kerana didakwa "enggan mengambil tindakan" terhadap perkara itu.

"Kami meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani mendakwa mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah ini," kata Thiagarajan.

Menurutnya, bukti bahawa Mohd Adnan Razali yang berusia 43 tahun, meninggal dunia akibat tidak menerima rawatan dialisis, terdapat dalam sijil kematiannya yang menyebut punca kematian sebagai "Septicaemic Shock Secondary to Nosoconial Infection with underlying End Stage Renal Failure".

Atau kegagalan buah pinggang akibat jangkitan penyakit.

"Apabila ditahan di penjara Sungai Buloh, dia menerima rawatan dialisis tiga kali seminggu tetapi apabila dipindahkan ke Penjara Kajang selepas disabitkan pada 26 Mac 2010, dia hanya menerima rawatan sekali sahaja," kata Norlailee.

mohd azlan razali death in custody Norlailee Hamzah and her two kidsDitanya mengapa lewat membuat laporan polis, Norlailee berkata,
beliau pada mulanya dinasihati oleh "pihak-pihak tertentu" supaya jangan berbuat demikian kerana bedah siasat tidak disukai oleh orang Islam.

"Tetapi selepas memikirkan tentang anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini hari ini," katanya. Mohd Adnan meninggalkan dua orang anak lelaki yang berusia 15 dan 17 tahun.

Norlailee berkata, beliau melawat Mohd Adnan di Penjara Kajang di mana suaminya itu menjalani hukuman sepuluh tahun penjara bagi kesalahan berkaitan dengan dadah, seminggu sebelum kematiannya, dan suaminya yang kelihatan lemah, mengadu tidak menerima rawatan dialisis.

"Dia tidak boleh bercakap dan sangat lemah ketika kami melawatnya," kata Norlailee sambil menunjukkan keratan akhbar tahun 2010 yang menunjukkan suaminya kelihatan tidak bermaya dan terpaksa dibawa oleh dua orang lelaki.

Suaminya, tambah Norlailee, telah dimasukkan ke hospital pada 12 Jun 2010 sebelum meninggal dunia pada malam yang sama.

Sementara Thiagaran pula berkata pihaknya juga kecewa dengan keadaan penjara kerana mendakwa Mohd Adnan mendapat jangkitan di sana dan tambahnya, ia menunjukkan penjara itu tidak bersih dan pesakit lain seperti itu di penjara berdepan dengan risiko.

Thiagarajan berkata jika pihak berkuasa gagal mengambil tindakan selepas laporan polis itu dibuat, maka HRP akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Majlis Peguam ikrar terus tuntut hak demo jalanan

Posted: 14 Jan 2012 04:35 PM PST

Walaupun Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 telah diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negara, tetapi Majlis Peguam berharap akan ada ruang untuk demonstrasi jalanan.

NONEPengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee mengungkit kembali ucapan
Hari Kemerdekaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi jaminan untuk melaksanakan lebih banyak pembaharuan.

"Kami tidak akan putus asa untuk memujuk kerajaan mengubah fikiran dalam isu ini dan saya menggesa perdana menteri supaya berfikiran terbuka," katanya.

Lim menegaskan bahawa pendirian mereka tidak ada kaitan dengan politik, tetapi undang-undang, dengan menegaskan bahawa beberapa hakim di luar negara telah mentafsirkan kebebasan berhimpun termasuk perhimpunan jalanan.

Oleh itu, tegas Lim lagi, pihaknya akan terus memujuk kerajaan bahawa kebebasan berhimpun mesti termasuk perhimpunan jalanan.

Beliau menyuarakan keyakinan bahawa perdana menteri akan mengotai janjinya dalam ucapan Hari Kemerdekaan 2011 untuk demokrasi inklusif dan terus berfikiran terbuka mengenai isu tersebut.

Mengenai rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang pada akhir bulan ini, Lim ketika ditemui selepas majlis pelancaran tahun perundangan di Putrajaya oleh Ketua Hakim Negara hari ini, berkata apa-apa saja boleh berlaku kerana undang-undang itu boleh dipinda.

Peguam dan ahli parlimen pembangkang membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, terutamanya melarang demonstrasi jalanan atau apa Lim sebut sebagai perhimpunan jalanan.

NONEPeguam dan Majlis Peguam juga turut membantah pada 29 November
lalu dan berarak ke parlimen untuk menolak rang undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu telah diluluskan di Dewan Rakyat dan kemudiannya di Dewan Negara pada 20 Disember di dalam jangka masa yang singkat.

Menurut Lim lagi, rang undang-undang itu tidak konsisten dengan norma-norma antarabangsa seperti yang dijanjikan oleh Najib kerana kebebasan berhimpun termasuklah perhimpunan jalanan dan tidak hanya perhimpunan statik seperti perhimpunan di stadium.

Menurutnya, perhimpunan jalanan merujuk sebagai perarakan dalam Akta Polis dan digambarkan sebagai 'demonstrasi jalanan' dalam rang undang-undang tersebut, bukan sahaja mengambil hak perundangan di bawah Akta Polis tetapi juga melanggar perlembagaan.

Lim kemudian memetik beberapa undang-undang termasuk Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang mentafsirkan erhimpunan termasuk mengadakan perjumpaan awam, demonstrasi, perarakan, piket, tindakan besar-besaran dan rali.

"Di Hong Kong, Mahkamah Rayuan Akhir dalam kes Leung Kwok Hung & lain-lain lwn Wilayah Pertadbiran Khas Hong Kong mendapati berhimpun secara aman boleh terdiri daripada satu perarakan dan diiktiraf sebagai cara komunikasi yang berkesan kerana ia melibatkan penyataan pandangan para peserta kerana mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain. "

Lim juga menyatakan bahawa di Mahkamah Agung Zimbabwe merangkumkan kebebasan berhimpun termasuk perjumpaan statik serta perarakan awam.

Pakatan ikrar bentuk kerajaan bersih

Posted: 14 Jan 2012 04:32 PM PST

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menyatakan ikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha pakatan tersebut.

Pemimpin DAP, PAS dan PKR itu mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 2,000 orang penyokong mereka dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar.

Dalam ikrar tersebut, pemimpin berkenaan berkata asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia semakin dinafikan hak serta terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan," kata pemimpin parti itu ketika membacakan ikrar yang diketuai penolong setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pemimpin berkenaan menggariskan empat janji utama – mempertahan perlembagaan dan dasar bersama Pakatan, memperkukuh kerjasama antara anggota komponennya serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Pemimpin yang mengambil bahagian dalam upacara sumpah ikrar itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya Azmin Ali.

Turut sama dalam upacara itu ialah setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, penasihat parti itu Lim Kit Siang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Tiada ulasan: