Khamis, 12 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Live Dari Balai Islam Lundang. Wacana Perdana Khas

Posted: 12 Jan 2012 05:48 AM PST

Isu Tajuk Berita Merapu. Adakah Polis Ambil Tindakan Kat Utusan?

Posted: 12 Jan 2012 03:48 AM PST

Letupan: Polis perlu siasat 'sumber' Utusan, editor

Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 12 Jan: Pihak polis digesa menyiasat sumber diperolehi Utusan Malaysia yang menuduh insiden letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin lalu, berpunca dari peserta perhimpunan 901.

Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, laporan bertajuk "Peserta Bawa Bom" yang disiar di muka depan akhbar itu semalam, mendahului siasatan polis.

Ia juga ekoran kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh bahawa laporan itu adalah spekulasi Utusan semata-mata.

"Adalah sangat wajar pihak polis 'mengheret' wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut," kata beliau.

Menurut Xavier lagi, insiden letupan berkenaan juga dilihat amat serius dan memerlukan siasatan terpeinci dilakukan.

"Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di 'orkestra' kan dan telah dirancang terlebih awal oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ia bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa," ujarnya.

Katanya, hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan tertumpu membuat liputan kes mahkamah tersebut dan ia sedikit sebanyak menghakis kepercayaan pelabur asing terhadap pihak berkuasa.

"Letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orang ramai dan hartabenda, sekaligus 'merobek' kredibiliti dan 'ketidakupayaan' pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran," tegas beliau.

Pandangan sama disuarakan seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong yang turut mengecam laporan Akhbar Utusan Malaysia dan meminta pihak polis menyiasat dalang insiden letupan terbabit.

"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai.

"Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini. Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera," ujarnya.

Aziz Bari saman Zulkifli Noordin dan Utusan

Posted: 12 Jan 2012 03:21 AM PST

Bernama

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah.

Dalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, ketua pengarang kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 22 Disember tahun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.

Peguam Azhana Mohd Khairudin, yang mewakili Abdul Aziz, memberitahu pemberita bahawa timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abdul Hamid menetapkan 10 Februari ini untuk pengurusan kes itu semasa menemui pihak-pihak yang terlibat dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Aziz mendakwa Zulkifli (kanan) pada 17 Oktober tahun lalu telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia sehari selepas itu dalam satu artikel bertajuk "Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari".

Abdul Aziz mendakwa kata-kata fitnah itu adalah secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik dalam artikel itu.

Beliau berkata kata-kata fitnah itu di dalam makna asal dan biasa bermaksud beliau antara lain adalah seorang individu dan professor undang-undang yang kurang ajar dan biadab serta tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.

Pengarah Drama Erma Fatima Beri Ucapan Kepada Tok Guru Nik Aziz

Posted: 11 Jan 2012 11:43 PM PST

Baru sekejap tadi pengarah terkenal Erma mengucapkan selamat hari lahir untuk tok guru yang kita sayangi.

Alhamdulillah, sekarang orang ramai semakin mendekati golongan ulamak.

Allahuakhbar!

Gambar Tok Guru Nik Aziz Ditemuramah Wartawan Malaysiakini

Posted: 11 Jan 2012 09:47 PM PST

Terima kasih buat bro poji.

Ayuh kita ikut semangat Tok Guru untuk sama-sama jatuhkan umno!

Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam

Posted: 11 Jan 2012 07:41 PM PST

G MANIMARAN


SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya "amat kesal" kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

"Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini," kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Pelakon Dan Pengacara Wardina Dirompak

Posted: 11 Jan 2012 03:59 PM PST

Info yang diterima dalam twitter kami.

Pelakon dan pengacara Wardina dirompak manakala suaminya dipukul.

Gambar Bekas Pengarah Kastam Kedah Masuk PAS

Posted: 11 Jan 2012 03:48 PM PST

Gambar diambil melalui twitter Dato Mahfuz Omar.

Semua orang dah mula menyokong Islam. Ayuh, ajak kawan-kawan join.

Tiada ulasan: