Khamis, 12 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Wanita Miliki 2 Vagina, Hilang Dara 2 Kali

Posted: 12 Jan 2012 06:30 AM PST


Hazel Jones, 27, mendedahkan bahawa dia memiliki dua vagina dengan bentuk yang sempurna. Hal ini bermakna dia juga telah hilang keperawanan sebanyak dua kali.
 
Hazel memberitahu  hos rancangan This Morning ITV1 Holly Willoughby dan Phillip Schofield tentang dirinya berusia 18 tahun sebelum didiagnosis uterus didelphys.
 
Selebihnya sila tonton video di bawah ini:






[Video] Tentera Marin AS Kencing di atas Mayat Anggota Taliban

Posted: 12 Jan 2012 04:54 AM PST

 
Sebuah klip video pendek memaparkan empat askar marin AS kencing di atas 3 mayat yang dipercayai anggota Taliban tersebar di Youtube dan TMZ. Salah seorang askar itu berkata: "Have a great day, buddy." Satu suara berkata, "You got it on the video?", seorang lagi memberikan respons, "Yeah." Seorang lagi kedengaran berkata, "Golden, like a shower."





P/s: Lahanat!!!!


[PANAS] Aziz Bari SAMAN Zul Kulim dan Utusan Malaysia

Posted: 12 Jan 2012 04:12 AM PST

 
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Jan — Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari telah memfailkan saman hasutan ke atas Ahli Parlimen dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Abdul Aziz menamakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifili Noordin, yang merupakan seorang peguam dan Ketua Editor Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, dan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Messrs Mohamed Hanipa & Associates kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 22 Disember tahun lalu.

Salinan laporan tersebut hanya dikemukakan kepada media hari ini.

Peguam Abdul Aziz (gambar), Azhana Mohd Khairudin, memberitahu pemberita, timbalan pendaftar mahkamah, Norhatini Abdul Hamid telah menetapkan 10 Febuari untuk pengurusan kes selepas pertemuan hari ini.

Plaintif mendakwa, pada 17 Oktober 2011, Zulkifli telah mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadapnya yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia keesokan harinya.

Abdul Aziz mendakwa perkataan tersebut merujuk dengan jelas kepadanya kerana namanya disebut di dalam artikel berkenaan.

Katanya, maksud perkataan tersebut adalah dia merupakan antara profesor undang-undang dan individu yang biadap dan tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.

Aziz menuntut kerugian am, tauladan, dan ganti rugi teruk yang menuntut permohonan maaf serta penarikan balik kenyataan tersebut daripada defendan.



P/s: Terkucil dalam seluor le Yop kaki gebang!




Bekas Duta AS di Malaysia Jangka PRU 13 Paling Kotor, Mengapa?

Posted: 12 Jan 2012 04:02 AM PST


Saya petik:

[MK] Pilihan raya umum ke-13 dijangka "paling kotor" kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

NONEDalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya  dilihat terpalit dengan rasuah.

"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.

"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.

Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani  amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya.



[PANAS] Rafizi Kemukakan BUKTI Suami Sharizat Cuba Rasuah SPRM, Polis

Posted: 12 Jan 2012 02:07 AM PST


Saya petik:

[KD] PETALING JAYA 12 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bukti Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail, cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohamad Salleh ialah suami Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang didakwa menyelewengkan sebahagian dana NFC berjumlah RM250 juta.

Menurut Rafizi, beliau menerima emel dari ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang mendakwa bertemu dengan seorang peguam mewakili Salleh, ketika satu makan malam, 22 Disember lalu.

Peguam berkenaan, kata Megat, memberitahu tentang perihal Salleh sebagai 'kaki penipu', 'bermulut manis' dan memberikan wang supaya Datuk Shamsubahrin Ismail, mempengaruhi polis dalam siasatan NFC.

Shamsubahrin ialah individu yang didakwa atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat berjumlah RM1.755 juta, hujung Disember lalu.

Rafizi sebelum ini mendakwa wang berkenaan sebenarnya digunakan Salleh untuk menyogok pegawai penyiasat SPRM dan Polis melalui Shamsubahrin.

"Ia bukanlah wayang. Sekarang Dato' NFC kita terdedah kepada dakwaan bersubahat di dalam cubaan merasuah polis. Sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis," email berkenaan dipetik.

Justeru itu, kata Rafizi, SPRM harus mengambil tindakan segera ekoran keterangan peribadi Megat yang mendedahkan wujudnya dakwaan Salleh cuba merasuah pihak berkuasa.

"Keterangan peribadi yang dibuat oleh Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ini perlu diberi perhatian serius oleh SPRM.

"Apatah lagi apabila beliau menyatakan pendapatnya bahawa ada unsur rasuah dan keterbabitan Datuk Salleh di dalam cubaan merasuah polis yang membolehkan SPRM mengambil tindakan segera ke atas perkara ini," katanya.

Ekoran itu, katanya KEADILAN akan tampil membuat laporan SPRM berkenaan perkara tersebut pada 12 Januari ini.

"KEADILAN akan membuat satu laporan SPRM berkenaan perkara ini pada jam 3.30 petang ini di pejabat SPRM Shah Alam, agar siasatan boleh dijalankan segera," ujarnya.



P/s: Terburai lagi!

Bila Sharizat nak angkat kain menjawab isu ini?




Drama Liwat II Belum Berakhir....

Posted: 12 Jan 2012 01:00 AM PST


Saya petik:

Pihak pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.

NONEDalam laporan berita Buletin Utama, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.

Isnin lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.

Pada peringkat akhir pembelaan, katanya, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.

Menurut Mohamad Zabidin, meskipun mahkamah menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, namun mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.

azlanSemalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Sebelum ini, beberapa peguam kes jenayah memberitahu Malaysiakini bahawa hak untuk membuat rayuan terletak di tangan Peguam Negara yang mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.




P/s: Saya sudah kata, Drama Liwat II belum berakhir...Tunggu dan lihat!



[PANAS] Exco Pulau Pinang Isytihar HARTA Secara TERBUKA. Bila Kabinet Malaysia Mahu Isytihar Harta?

Posted: 12 Jan 2012 12:00 AM PST


Saya petik:

[MK] Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

NONE"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.

Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya  menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

NONESelain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Paling mencururi tumpuan adalah ahli exco dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.

"Rumah saya kepunyaan isteri kerana dia bekerja. Saya kini tinggal di sebuah rumah sewa. Rakan-rakan saya melawak bahawa sekiranya saya bergaduh dengan isteri saya, maka saya akan tidur di kereta," katanya.


P/s: TERBAIK!!!

Ustaz Ismail Kamus Anggap Tidak Cantik Dikatakan Bersekongkol dengan Hasan Ali, Mahu Saman Media

Posted: 11 Jan 2012 11:47 PM PST


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

"Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

"Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan," kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.

Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan," terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam.


P/s: Isu kehadiran tokoh-tokoh PAS ini dimainkan oleh blog-blog UMCO yang kini bertungkus lumus membelas Hasan ALi. Sesuatu yang pelik apabila pemimpin pembangkang menerima pembelaan yang luar biasa daripada blog dan media pencacai. Kalau sudah begitu situasinya, apa tandanya?

Hanya NASHARUDDIN MAT ISA yang sokong Hasan Ali.


Tuan Mufti: Penggunaan Wang Zakat untuk Kos Guaman MENENTANG Qazaf Ikut Syarak dan Fisabilillah? Biar Betul!!!!????

Posted: 11 Jan 2012 08:50 PM PST

Tuan Mufti

Saya petik:

Penggunaan Wang Zakat Untuk Kos Guaman MAIWP Ikut Hukum Syarak - Mufti WP

[Mstar] KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pada Rabu menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Bernama melaporkan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP.

Wan Zahidi berkata:

"Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.

"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Oleh yang demikian, saya berpendapat tidak terdapat penyalahgunaan dalam isu yang dibangkitkan itu," katanya.

Pada tengah hari Rabu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang akhbarnya mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit dalam penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guaman beliau.

Beliau turut mendedahkan bukti set dokumen yang menunjukkan Jamil Khir menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi pembayaran kos guaman dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukti juga mempunyai dokumen yang merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Nik Nazmi turut menegaskan menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.


P/s: Penjelasan Tuan Mufti ini membuktikan bahawa Jamil Khir memang menggunakan wang zakat untuk mendahulukan kos guamannya. Harap-harap Jamil Khir menarik semula penafiannya sebelum ini.

Kedua, kenyataan Tuann Mufti bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman MAIWP mengikut hukum syarak di bawah asnaf fisabilillah agak mengejutkan kerana kes itu melibatkan usaha menentang/menghalang tuntutan qazaf yang dikemukakan oleh DSAI. Adakah "halal" bagi MAIWP menggunakan wang zakat untuk menentang usaha DSAI menggunakan hukum Allah? 
 
 Cuba baca maksud fisabilillah dalam konteks yang dinyatakan: segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.
 
Ingat Allah, Tuan Mufti, jangan ingat UMCO sahaja!!!!


Baru Berkenalan Sebulan Melalui SMS, Gadis Diperkosa Teman Lelaki pada Pertemuan Pertama

Posted: 11 Jan 2012 06:04 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu 'kekasih SMS' buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini.

Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.

"Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih," katanya.

Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.

Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


 P/s: Seperti biasa, perkara yang mahu saya tulis ialah "mudahnya perempuan kena tipu!" Dalam kes ini, benarkah wanita ini dirogol, atau dia membuat laporan polis selepas teman lelaki sebulannya itu enggan bertanggungjawab?




Isteri Orang Kemaruk Pengkid: Original Kurang Mantap, Cari Plastik dan...

Posted: 11 Jan 2012 05:22 PM PST


MAN...naluri sukar berubah
MAN...naluri sukar berubah 
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Biarpun sudah bersuami dan memiliki dua anak, seorang suri rumah tetap tewas kepada godaan nafsu songsang apabila menjalin hubungan sulit dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Lebih mengaibkan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 38, tanpa silu mendedahkan dia berbuat demikian kerana berasa pasangan songsangnya itu lebih hebat di ranjang berbanding suaminya.

"Suami saya sudah mencecah 50 tahun dan layanan seksualnya terhadap saya biasa saja, tetapi kekasih pengkid saya lebih hebat," katanya.

Lisa berkata, kekasih songsangnya yang dipanggil Man, 43, dikenalinya sejak enam tahun lalu dan mereka mula menjalin hubungan intim selepas pengkid itu lebih banyak memberi perhatian kepadanya berbanding suami yang dikahwininya selama 13 tahun.

"Sebelum ini, saya tidak pernah curang pada suami, tapi segala-galanya berubah apabila saya mula bosan dengan sikap suami yang bukan saja sibuk bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada saya termasuk dalam hubungan seks.


P/s: Siapa kata seks tidak penting?


Tiada ulasan: