Live Dari Padang Daerah Machang! DS Anwar Memulakan Ucapan Beliau Posted: 05 Jan 2012 07:17 AM PST DS Anwar baru hendak memulakan pidato beliau.
Baru sebentar tadi Dato Speker mengulas isu berkaitan takzir dan qisas.
DS Anwar mengulas berkaitan isu semasa, salah guna kuasa oleh BN Umno. |
Live Dari Padang Daerah Machang. #Bebas Anwar! Posted: 05 Jan 2012 07:08 AM PST Sedang berada di atas pentas ialah Dato Nasa. Speker Dun Kelantan.
Kehadiran penyokong semakin bertambah.
# Bebas Anwar. Pakatan akan terus berjuang bersama rakyat.
Allahuakhbar! |
Live! Ribuan Penyokong Hadir Padang Daerah Machang. Program Anwar Dan TG Nik Aziz Posted: 05 Jan 2012 06:59 AM PST Kehadiran yang begitu ramai.
Sokongan rakyat kepada Anwar tidak berbelah bahagi.
Cita-cita untuk kuburkan Umno semakin membara.
Umno akan pupus di Kelantan! |
Kemaskini: Gambar Selepas Pertemuan Sulit Antara TG Nik Aziz Dengan DS Anwar Posted: 05 Jan 2012 06:10 AM PST Ada tambahan gambar. Ni majlis jamuan ringkas selepas pertemuan.
Isi pertemuan adalah sedikit sulit dan merupakan salah satu strategi Pakatan Rakyat dalam menghadapi gelombang fitnah lawan.
Pihak dari PAS diwakili oleh Dato TMB, Dato Amar dan ada wakil lagi. Manakala PKR pula diwakili oleh DS Anwar, Saifudin dan beberapa orang lagi.
Semoga usaha kita untuk memampuskan Umno dan gengnya akan berjaya. Insya allah. |
Gambar Sekitar Pertemuan Sulit DS Anwar Dengan TG Nik Aziz Posted: 05 Jan 2012 05:53 AM PST Tok Guru sempat menitipkan beberapa nasihat dan semangat supaya DS Anwar lebih banyak bersabar dan tenang dalam apa jua situasi.
Allahukhbar! |
Terkini! Azmin Ali Tibai Hasan Ali Dalam Twitter Posted: 05 Jan 2012 03:27 AM PST Baru sekejap tadi Azmin Ali mengeluarkan amarahnya kepada Hasan Ali.
Mungkin disebabkan kenyataan pedas Hasan terhadap Anwar pada petang tadi.
|
Saya ada video polis yang tumbuk saya- Safwan Anang Posted: 05 Jan 2012 03:00 AM PST Keadilan Daily
(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 5 Jan: Muhammad Safwan Anang, Mahasiswa yang dipukul polis dalam himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1 Januari lalu, mendakwa mempunyai rakaman video berkenaan.
"Saya ada video yang menunjukan anggota polis itu mencederakan saya dalam insiden di depan bangunan UPSI pada malam tahun baru lalu,"
"Rakaman video yang ditunjukan polis kepada umum itu adalah rakaman sebelum kejadian sekaligus bukan gambaran sebenar kejadian malam itu," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Safwan yang masih berkerusi roda, diiringi peguamnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, aktivis mahasiswa dan angggota keluarganya.
Menurut Safwan, fakta sebenar kejadian ialah anggota polis berkenaan menumbuk mulut beliau di bahagian kiri dengan kuat sehingga berdarah.
"Anggota polis itu juga menggunakan lututnya dengan menghentak di rusuk kanan saya sehingga saya sukar bernafas dan tidak sedarkan diri.
"Saya hanya sedar semasa berada di klinik kesihatan Tanjung Malim lebih kurang sejam selepas itu dan saya juga ada menyimpan video mengenai anggota polis itu," katanya.
Safwan juga mendakwa dipaksa polis agar menandatangani surat agar mengaku kononnya cedera kerana merempuh cermin klinik bagi menutup kesalahan polis pada malam kejadian itu.
"Saya percaya tindakan polis itu adalah kesalahan jenayah serius terhadap orang awam dan boleh disabitkan salah di bawah kanun keseksaan," katanya. |
Hasan Ali cadang Nik Aziz, Hadi ganti Anwar jadi PM Posted: 05 Jan 2012 12:43 AM PST Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.
Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.
"Kita juga perlu melihat sekeliling, terutama sama ada keluarga mereka baik, isteri dan anak-anak yang baik. Ini kerana mereka umpama cermin kepada masyarakat."
"Atas sebab ini, orang yang paling layak memimpin Malaysia dan yang terbaik saya tahu adalah Nik Aziz."
"Jika umur adalah faktor, maka Abdul Hadi boleh. Mengapa Hadi tidak boleh? Kerana dia tidak terlatih di England atau Oxford atau Cambridge?" soal beliau.
Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidu, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.
"Jika saya mempunyai kuasa untuk membuat cadangan saya akan nama kedua-dua mereka sebagai calon perdana menteri yang berpotensi untuk menerajui negara," katanya. |
Sharizat cermin diri dulu sebelum kritik Himpunan 901 - Zuraida Posted: 04 Jan 2012 11:35 PM PST (Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 5 Dis: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mengeluar kritikan berhubung Himpunan Bebaskan Anwar, 9 Januari ini.
Zuraida menyifatkan Ketua Wanita Umno itu tidak layak memberi kenyataan sedemikian kerana keluarganya sendiri terpalit dengan kontroversi penyelewengan dana sebanyak RM250 juta oleh National Feedlot Corporation.
Beliau mengulas kenyataan Shahrizat yang menyatakan perhimpunan itu hanya membawa kekecohan dan menyokong perjuangan individu, malah meminta pihak polis mengambil tindakan.
"Sharizat tak perlulah memberi apa-apa kenyataan mengenai kempen 901 ini, kes nya pun tak habis lagi. Skandal NFC sebenarnya yang bersifat individu malah menipu duit rakyat," kata beliau kepada keadilandaily.
Ahli Parlimen Ampang menjelaskan kempen tersebut bertujuan memberikan sokongan dan mempertahankan pemimpin yang difitnah Umno- Barisan Nasional.
Dalam pada itu, Zuraida berkata, keengganan Shahrizat meletakkan jawatan berhubung skandal NFC, mempamerkan sikap memalukan.
Malah katanya, kenyataan Shahrizat itu seolah-olah mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sehingga masih enggan mengambil sebarang tindakan.
"Tindakan Shahrizat masih lagi tidak mahu meletakkan jawatan dan kononnya menyerahkan Datuk Seri Najib Razak untuk buat keputusan sebenarnya hanya mencabar PM. Sehingga kini, Najib pun tidak berani buat keputusan," ujarnya.
|
Banyak Kalau Dalam Keputusan 9 Januari Posted: 04 Jan 2012 10:52 PM PST A Kadir Jasin
PADA 3 Jan baru lalu, media massa melaporkan yang kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan ketua de fakto mereka, Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.
Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:
"Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario."
Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga.
Sebenarnya banyak "kalau" yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.
1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;
2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;
3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;
4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;
5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan "mati syahid" oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;
6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan
7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.
Itu adalah antara "kalau" yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang "kalau-kalau" lain kalau ada. Wallahualam. |
Anwar yakin perubahan besar berlaku meskipun dipenjarakan Posted: 04 Jan 2012 10:17 PM PST Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 5 Januari: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, apa sahaja keputusan mahkamah dalam kes fitnah yang dihadapinya, tidak akan menghalang perubahan besar berlaku pada pilihan raya umum akan datang.
Menyentuh mengenai keputusan pada 9 Januari itu, Anwar meletakkan tiga kemungkinan iaitu diputuskan tidak bersalah, bersalah dan diikat jamin atau berkemungkinan besar dipenjara.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu tidak penting, sebaliknya perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat untuk menumbangkan kerajaan sedia ada melalui proses pilihan raya.
"Saya yakin kemenangan akan berlaku, kalau tidak esok, dalam beberapa bulan lagi akan berlaku perubahan besar dalam negara kita.
"Biar dia (mahkamah) hukum saya dan kita doa rakyat akan hukum Umno dalam pilihan raya.
"Pada 9 Januari ini kita boleh dengar keputusan mahkamah tetapi fokus kita adalah pilihan raya," tegas dalam sidang media selepas ceramah di Bukit Baru, Melaka malam tadi.
Berhubung perhimpunan yang bakal dianjurkan Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut, ketua pembangkang itu memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kekacauan selagi tiada pihak yang membuat provokasi.
"Kita minta seperti biasa, perhimpunan kita bersih daripada semua perhimpunan yang dibuat sebelum ini, aman dan selesai dengan baik dan bersurai pun dengan baik.
"Yang penting jangan benarkan sesiapa menganggu termasuk tindakan polis supaya mengawal keadaan dan jangan ada provokasi," katanya.
|
Najib takut dakwa Taib Mahmud ke mahkamah Posted: 04 Jan 2012 08:31 PM PST (Oleh: Masdar Wahid)
SARAWAK 5 Januari: Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bergelumang dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, See Chee How berkata, ini kerana Najib masih menaruh harapan kepada Taib bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Najib sebenarnya takut, namun pada masa sama beliau masih percaya Taib akan membantu BN menang di Sarawak pada PRU akan datang.
"Namun, bagi kita, dengan kekalnya Taib sebagai Pengerusi BN negeri akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk menawan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan polis antarabangsa Interpol bahawa tindakan terhadap Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.
Ia ekoran pendedahan Dana Bruno Manser (BMF) dan 16 NGO yang menulis sepucut surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam lebih 400 syarikat di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.
BMF dan NGO itu, dalam suratnya menggesa kerajaan Malaysia menahan Taib dan ahli keluarganya kerana melakukan salahgunakuasa, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.
Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.
Mengulas lanjut, Chee How berkata, rakyat Sarawak sudah lama mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia itu.
"Buktinya, pada Pilihanraya negeri April lepas, kita berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihanraya sebelumnya dalam keadaan Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk memperkenalkan manifesto di media milik kerajaan.
"Respon rakyat sepanjang kempen itu ialah mengapa Najib masih mengekalkan Taib sedangkan jelas Ketua Menteri itu banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah sepanjang 30 tahun menjadi Ketua Menteri," tegasnya. |
Kenyataan Media Untuk Edaran Segera – Isu 901 Posted: 04 Jan 2012 06:34 PM PST Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.
Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.
KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.
KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.
Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN
|
901 Dan Agenda UMNO Posted: 04 Jan 2012 05:36 PM PST Merdeka Review Oleh Ooi Heng
Langkah demi langkah menuju tanggal 9 Januari 2012, apabila direnung kembali Deklarasi Permatang Pauh 1998, apa yang diperjuangkan oleh generasi reformasi masih relevan hari ini. Bahawa diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil. Bahawa gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang daripada dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Saya cintakan Malaysia. Kita semua cintakan tanah air kesayangan ini. Kita menghormati undang-undang dan sistem kehakiman yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua. Menghadirkan diri di mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang dan sistem kehakiman.
Sebaliknya, atas semangat cintakan perlembagaan, undang-undang dan sistem kehakiman negara, kita hadirkan diri untuk menyaksikan dengan kaca mata sendiri sejauh mana prinsip keadilan diangkat tanpa mengira perbezaan fahaman politik dalam kes fitnah II dan bukannya diperkosakan sistem kehakiman negara.
Sekian banyak berita yang terkandung dalam akhbar harian yang menjadi tatapan kita saban hari. Apakah akhirnya memenjarakan kita dengan ketidakupayaan memahami hubung kait sistem kehakiman dan kuasa politk yang dominan? Perhimpunan 901 bukan sekadar kerana seorang manusia berusia 65 tahun yang pernah ditelanjangkan, dibelasah sehingga mata berdarah, dipenjarakan dan diaibkan berkali-kali, tetapi berkait rapat dengan kerosakan sistem kehakiman dan institusi keadilan sehingga mampu memenjarakan kita dan memperdayakan kita dengan persepsi yang dilakarkan oleh jentera media kawalan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jangan kita lupa semasa membaca akhbar atau menonton berita televisyen, dalam dunia kontemporari, institusi media merupakan sebahagian daripada institusi keadilan.
Tanggal 9 Januari 2012 bakal dicatatkan sebagai lembaran sejarah hitam Malaysia berkenaan dengan sistem kehakiman. Sama ada dipenjarakan atau tidak, penganiayaan yang dilakukan melalui manipulasi proses kehakiman dan media terus-menerus melakar persepsi bahawa insan bernama Anwar Ibrahim melakukan kesalahan tidak bermoral dan tidak sesuai menjadi Perdana Menteri.
Penganiyaan melalui proses kehakiman bukanlah sesuatu yang mudah difahami. Sebab itu, orang ramai bergantung kepada laporan media, khususnya media cetak dan penyiaran untuk mengetahui perkembangan dari masa ke masa.
Kalau kita tidak naif, kita bukan sahaja faham bahawa hadirkan diri dalam perhimpunan 901 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang, kita juga faham bahawa keputusan pada 9 Januari 2012 merupakan sebahagian daripada agenda UMNO. Daripada laporan berita akhbar harian yang berulang kali memetik komen yang lebih kurang sama daripada sesetengah individu yang sama contohnya Zulkifli Nordin sekian lama, barang siapa yang pernah bekerja dalam industri media, fahamlah dia, pelaporan seumpama bercanggah dengan nilai berita yang proses produksinya profesional. Tidak kira apa motif "pelarian politik" Raja Petra (gambar kanan) berkenaan dengan komennya baru-baru ini, barang siapa yang pernah bekerja sebagai wartawan tahu benar apa itu agenda setting. Sama ada sedar atau tidak, komen Raja Petra memenuhi agenda UMNO. Tak apa komen seorang "pelarian politik" dijadikan sebahagian daripada agenda UMNO, yang penting kita sedar dan kita tidak naif sehingga mempercayai sistem kehakiman dan institusi keadilan dapat dipulihkan dengan melakarkan persepsi negatif berhubung tertuduh yang tidak melarikan diri.
Di mana berlaku ketidakadilan yang melampau sehingga menggeramkan rakyat terbanyak, di sana akan bangkit gelombang rakyat menuntut keadilan. Begitulah tatapan sejarah khalayak ramai yang juga menjadi topik diskusi di kedai kopi dan di sana sini.
Sejarah rakyat mengandungi elemen protes secara aman apabila institusi keadilan dilembukan oleh kuasa pemerintah. Sejarah rakyat mengandungi elemen memberontak apabila penganiyaan atau keganasan secara melampau dilakukan oleh pihak berkuasa.
Tetapi sejarah UMNO berbeza dengan sejarah rakyat. Dalam tatapan sejarah UMNO, rakyat tidak mampu bangkit asalkan manipulasi media cetak dan penyiaran dilakukan dengan bijak. Barang siapa yang pernah bekerja dalam kedua-dua media cetak dan media atas talian, fahamlah juga dia bahawa kewujudan internet dan kebangkitan media baharu khususnya media sosial tidak bermaksud media cetak dan penyiaran menjadi bebas secara semula jadi. Hakikatnya, beberapa konglomerat media UMNO-BN masih mengawal akhbar dan stesyen televisyen dan radio utama di Malaysia di samping media kerajaan yang juga didalangi agenda UMNO.
Pada ketika pemimpin UMNO memikirkan masa depan dan kepentingan diri, sama ada diri dapat bertanding pada pilihan raya akan datang, sama ada Najib akan merombak kabinet dan menukarkan pemimpi bertaraf menteri, dan sama ada diri dapat dinaiktaraf jadi menteri, biar kita memahami selok-belok media cetak dan penyiaran dalam konteks di mana media dilihat sebagai institusi kuasa yang juga merupakan sebahagian daripada institusi keadilan. Dengan kata lain, selain dikawal dengan undang-undang ketat, media cetak dan penyiaran juga dapat dimanipulasi saban hari untuk mencapai agenda UMNO.
Pemimpin UMNO lain mungkin tidak faham sejarah dan undang-undang, saya pasti Saifuddin Abdullah yang pernah berbicara mengikut gerak hati masalah-masalah negara faham, apa agenda sebuah parti politik yang kehilangan idealisme dan sedang berdepan dengan krisis kehilangan tampuk pemerintahan, dan sejauh mana sistem kehakiman dan institusi keadilan dimanipulasi untuk mencapai agendanya. Sebab itu, Saya yakin Saifuddin Abdullah yang menyokong hak berhimpun demonstran tidak akan membiarkan perhimpunan 901 secara aman dikucar-kacirkan oleh sesetengah pihak demi mencapai agenda tertentu.
Kalau kisah seorang insan berusia 65 tahun dianiayai berkali-kali tidak mampu menyedarkan kita berkenaan dengan kerosakan sistem kehakiman. "Biarlah orang tua masuk penjara, mati di penjara pun tak apa," kononnya. Harapan bukannya pada orang tua, tetapi bertapak atas kesedaran kita bahawa kebangkitan rakyat cukup mustahak dalam perjuangan demokrasi dan keadilan.
Semasa Internet mula bertapak di bumi Malaysia, masyarakat secara amnya digegarkan dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh seorang Perdana Menteri terhadap timbalannya. Kini sejarah berulang tetapi mungkin berakhir dengan perbezaan. Kalau dahulu rakyat berasa lega selepas Mahathir diundurkan tetapi UMNO kekal, kini rakyat hanya akan merasa lega kalau UMNO diundurkan dalam pilihan raya akan datang.
9 Januari 2012 bukan satu tarikh menyaksikan kelahiran seorang individu, kemudian menujum bila orang tersebut dipenjarakan dan sama ada orang tersebut mati dalam penjara atau di luar penjara, tetapi tarikh kita menterjemahkan kecintaan kita terhadap prinsip keadilan dalam kerangka undang-undang tertinggi dan sistem kehakiman.
Seperkara penting yang harus dikaitkan sebagai penutup. Tanpa kebebasan media cetak dan penyiaran, jangan kita mempercayai pembaharuan sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sahaja dapat menjamin proses pilihan raya yang adil. Sama ada proses kehakiman atau pilihan raya, institusi media merupakan asas kepada pembaharuan yang bermakna. Sebab itu, kalau media tidak memainkan peranan sebagai sebahagian daripada institusi keadilan negara, maka media akan dimanipulasi sebagai sebahagian daripada agenda UMNO.
|
Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang Posted: 04 Jan 2012 05:15 PM PST Oleh Haji Subky Abdul Latif
Telah berkembangan sekarang usaha penyokong Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi pada 9 Januari 2012 di persekitaran mahkamah yang akan menentukan hukuman untuknya dan tuntutan supaya dia dibebaskan.
Ia sudah dijadikan isu oleh penentang Anwar kononnya Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Maka banyaklah susulan demonstrasi sekitar 100 orang pra 9 Januari itu oleh pihak anti Anwar.
Isunya sekarang ialah Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Hujahnya, tidak wajar dan tidak bijak bagi golongan Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Umno dan kerajaan adalah berpihak kepada anti Anwar ini.
Majlis Peguam dalam kenyataannya tidak mengira gerakan membebaskan Anwar itu satu penghinaan mahkamah dan tiada gambaran dalam perlembagaan negara mengira ia satu perlanggaran undang-undang.
Memanglah undang-undang dan mahkamah tidak patut dipolitikkan. Tetapi adalah terhadap yang tidak berangkut politik.
Tetapi dunia pula tidaklah bebas dari kes politik. Banyak berlaku dakwaan politik. Adalah sukar memisahkan reaksi politik dari kes politik. Oleh itu politik adalah terbuka dalam kes-kes yang didakwa kerana politik.
Umno sendiri tidak bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah. Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam polemik politik atas isu kes dakwaan Datuk Harun Idris, Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor.
Berpecah Umno dan negara hampir terjerumus kepada ancaman kekacauan oleh isu itu.
Harun dituduh rasuah. Tun Razak bersetuju mendakwanya kerana dia enggan menerima tawaran menjadi Duta ke PBB. Kalau dia menerima tawaran itu dia dipercayai tidak didakwa.
Pendakwaannya itu dikira oleh setengah pemimpin tertinggi Umno sebagai kes politik. Mereka tidak menolak 100 peratus Harun bebas dari rasuah, tetapi pada mereka mana pemimpin dan ahli Umno yang tidak rasuah. Maka mengapa Harun saja yang didakwa?
Tan Sri Jaafar Albar, satu-satu ahli Umno bergelar Singa Umno, ahli Majlis Tertinggi Umno sejak sebelum merdeka adalah tokoh paling lantang menentang Harun didakwa. Dia disokong oleh seluruh Pemuda Umno.
Tunku, Khir Johari, Senu Abdul Rahman, Sulaiman Palestin adalah mengira ia kes politik dan kes politik tidak wajar dibawa ke mahkamah. Bertahun-tahun kes ini menjadi nanah krisis Umno.
Tun Razak tidak dapat menyelesaikannya hinggalah dia mati. Umno menggesa pula, Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan pemimpin Umno supaya menarik kes itu dari mahkamah dan selesaikan ia secara politik.
Hussein Onn berkeras untuk meneruskan kes itu. Penyokong Harun berkempen ke seluruh negara minta Umno menggugurkan kes itu. Hingga Harun digugur dari MB Selangor dan dijatuhkan hukuman penjara, krisis Umno mengenai Harun tidak selesai.
Pemuda Umno dan Umno Selangor lebih dari sehari mengepung kediaman Harun di Jalan Duta menghalang Harun jangan dibawa ke penjara. Harun dinasihatkan termasuk oleh Tunku supaya menyerah diri kepada penjara.
Kemudian penyokong Harun termasuk Tan Sri Onn Ismail, kemudiannya jadi Speaker DUN Selangor dan Pengerusi Tetap Umno Malaysia bergerak untuk pengampunan Harun. Albar menjadi Ketua Pemuda Umno yang baru berjumpa PM Hussein minta bertindak terhadap pemimpin Umno yang dikatakan terbabit dengan komunis dan minta isu Harun diselelesaikan.
PM Hussein setuju tindakan atas orang dikatakan agen komunis diISAkan tetapi tidak setuju pengampunan Harun.
Apabila Dr Mahathir memangku Perdana Menteri, dia menanda tangani pengampunan Harun. Ia dikatakan punca PM Hussein meletak jawatan.
Maka atas tindakan politik Dr Mahathir, Harun bebas jadi ahli Umno semula hingga dipilih menjadi Naib Presiden Umno.
Adakah Tun Razak yang setuju Harun didakwa bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah? Adakah Hussein Onn meneruskan tindakan itu bebas dari mempolitikkan mahkamah? Adakah Dr Mahathir yang membebaskan Harun tidak berpolitik?
Yang mendakwa pun mempolitikkan mahkamah dan undang-undang, yang menentangnya berpolitik begitu juga.
Isu Harun benar-benar selesai apabila semuanya mati. Tun Razak mati, Tun Hussein mati, Harun mati. Albar, Senu dan Tunku mati.
Isu politik yang dimahkamahkan, tidak dapat lari dari mahkamah itu dipolitikkan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan