ALHUSSEYN |
Hasan Ali Pun Boleh Jadi PM .... Posted: 05 Jan 2012 08:03 AM PST Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang. Itu kena tengoklah dulu – Adakah TGNA atau TGHA bertanding dan menang di Parlimen.Kemudian kena tengok pula kedudukan bilangan ahli Parlimen. Apasal Hasan Ali nak mandai-mandai cadangkan dua nama tersebut? Ha! ha! Hasan Ali takut kalau-kalau Lim Kit Siang atau Karpal Singh jadi PM. Hoi! Berapa kerusi parlimen yang DAP akan bertanding? Inilah perkiraan matematik yang Hasan Ali cuba ketepikan. DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang. Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 nak jadi PM? Hasan Ali kata, "Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah. Kalau kita kaji ayat Hasan Ali diatas itu, memang kita semua perlu sokong. Cuba kita lihat, adakah ciri-ciri tersebut ada kepada Najib Razak yang jadi PM sekarang ini? Adakah keluarga Najib bagus? Adakah sesiapa pernah kata isteri Najib bagus, anak-anak Najib bagus ? Kita semua tahu jawapannya itu semuanya tidak bagus. Oleh itu kita mesti tumbangkan Umno/BN untuk tumbangkan PM Najib yang track rekodnya terbukti tidak bagus. Jawapannya hanya ABU! Sesiapa yang akan menggantikan Najib dari kalangan Pakatan Rakyat tentunya akan lebih bagus dari Najib dan Rosmah. Sebab itu, misi pertama 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara! Pas akan terus maju tanpa Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. DAP akan terus maju tanpa Lim Kit Siang atau Karpal Singh. PKR akan terus maju tanpa Anwar. PR akan terus maju tanpa Anwar!!! Yang penting rakyat sedar kebobrokan UMNO/BN. Yang penting rakyat sedar tanpa BN, Malaysia tetap bertambah maju!!!!! Siapa akan jadi PM dan buat perkara serupa Najib atau mana-mana PM Umno/BN yang haprak itu akan kita tumbangkan semula. Sama ada TGNA atau TGHA. Tidak kira siapa sahaja. Hasan Ali sendiri pun boleh jadi PM kalau track rekodnya dengan 'Harakah' dapat diupdate jadikan bagus. Hutang kalau tidak dibayar , bukan cetti sahaja yang marah.Bukan along sahaja yang marah. Nabi pun marah! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan