Khamis, 5 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Lamaran DITOLAK di depan Orang Ramai

Posted: 05 Jan 2012 07:34 AM PST


 P/s: Sesetengah blog mempertikaikan ketulenan lamaran itu kerana pasangan ini pernah dilihat membuat persembahan dalam perlawanan hoki ais dan bola keranjang pada masa lalu. Jika lamaran itu benar bukan lakonan, situasi yang dihadapi oleh lelaki ini memang benar-benar memalukan!


Safwan Anang: “Saya ada video yang menunjukkan anggota polis itu mencederakan saya dalam insiden di depan bangunan UPSI pada malam tahun baru lalu,”

Posted: 05 Jan 2012 06:15 AM PST


Saya petik:

KUALA LUMPUR 5 Jan: Muhammad Safwan Anang, Mahasiswa yang dipukul polis dalam himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1 Januari lalu, mendakwa  mempunyai rakaman video berkenaan.

"Saya ada video yang menunjukkan anggota polis itu mencederakan saya dalam insiden di depan bangunan UPSI pada malam tahun baru lalu,"

"Rakaman video yang ditunjukan polis kepada umum itu adalah rakaman sebelum kejadian sekaligus bukan gambaran sebenar kejadian malam itu," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Safwan yang masih berkerusi roda, diiringi peguamnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, aktivis mahasiswa dan angggota keluarganya.


Menurut Safwan, fakta sebenar kejadian ialah anggota polis berkenaan menumbuk mulut beliau di bahagian kiri dengan kuat sehingga berdarah.

"Anggota polis itu juga menggunakan lututnya dengan menghentak di rusuk kanan saya sehingga saya sukar bernafas dan tidak sedarkan diri.

"Saya hanya sedar semasa berada di klinik kesihatan Tanjung Malim lebih kurang sejam selepas itu dan saya juga ada menyimpan video mengenai anggota polis itu," katanya.

Safwan juga mendakwa dipaksa polis agar menandatangani surat agar mengaku kononnya cedera kerana merempuh cermin klinik bagi menutup kesalahan polis pada malam kejadian itu.

"Saya percaya tindakan polis itu adalah kesalahan jenayah serius terhadap orang awam dan boleh disabitkan salah di bawah kanun keseksaan," katanya. 



P/s: Polis ada keluarkan kenyataan "Tengoklah di Youtube, nilaikanlah sendiri". Jadi, jika video yang dimaksudkan belum dimuatnaikkan ke You Tube, saya berharap lekas-lekaslah berbuat demikian kerana pihak polis menyuruh kita menonton dan menilainya.



[PANAS] Hassan Ali Sifatkan Perhimpunan 901 Bebas Anwar Hanya SIA-SIA, Tidak Hadir, Seru Ahli PAS Jangan Hadir !

Posted: 05 Jan 2012 03:48 AM PST


Saya petik:

[Bernama] Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali menolak perhimpunan haram 'Bebaskan Anwar 901' pada 9 Jan ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata anggota Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.


"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang," katanya dalam sidang akhbar di sini Khamis.

Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Beliau turut membidas Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman yang katanya membuat kenyataan dengan membelakangkan pemimpin Pas pusat berhubung pendirian parti itu mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.

Abdul Rani dalam laporan akhbar semalam dipetik berkata Pas Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901' dan mengajak anggotanya menyertai perhimpunan itu dengan alasan ia merupakan hak asasi mereka.

Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Hasan berkata hanya ada dua calon yang layak iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



P/s: Selepas kenyataan demi kenyataan yang menguntungkan UMCO diungkap oleh Hassan Ali, PAS masih mahu menyimpan pemimpin seperti ini. Kali ini Hassan Ali menunjukkan pendirian sebenarnya terhadap kes fitnah liwat DSAI. Kenyataannya di media dan TV langsung tidak menunjukkan rasa simpati kepada rakan seperjuangannya dalam PR. Orang seperti HA memang tidak pernah berpegang pada peribahasa "cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit" dalam isu ini.

Dalam kenyataannya, dia menggesa rakyat Malaysia khususnya golongan muda agar tidak turun menyatakan sokongan pada 9 Januari nanti. Malah, dia menyeru ahli PAS agar tidak turun menyatakan sokongan kepada DSAI. Walhal dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Sinar, Presiden PAS ada menyatakan sokongan kepada kempen ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan di TV3, HA menyatakan bahawa mahkamah Malaysia telah memberikan ruang dan peluang kepada DSAI untuk membela diri. Rupa-rupanya, selama ini HA tidak pernah rasa ragu-ragu terhadap sistem perundangan Malaysia terutamanya membabitkan musuh politik UMCO. Agaknya, HA tidak pernah membaca pendedahan yang dibuat oleh bekas pegawai kanan PDRM, Mat Zain Ibrahim tentang Drama Liwat I. Dalam kenyataan yang sama, HA menegaskan bahawa calon PM PR mestilah orang yang bermoral dan bla-bla. Maksudnya, dia cuba memberitahu penonton TV pencacai itu bahawa dia selama ini percaya Anwar benar-benar ehem-ehem jubur Sayfool.

Bagi DCM, jika HA tidak mahu terlibat, diam-diam sahajalah. Selama hari ini pun kita tidak pernah nampak muka dia memberikan sokongan untuk menegakkan kebenaran dalam kes ini. Jadi, tidak timbul soal dia mahu pergi atau tidak. Lebih baik, dia jangan menyibuk urusan orang lain. Orang yang mahu memberikan sokongan pada 901 dijamin haknya dalam Perlembagaan. Selagi mereka tidak melakukan kesalahan jenayah, mereka bebas menyatakan sokongan kepada DSAI.


[Wajib Baca] Isu Surau Salihiah: Surat Kebenaran Majlis Fatwa & Wawancara Bersama dengan Mufti Kedah

Posted: 04 Jan 2012 11:51 PM PST

Saya petik dari blog Kedahlanie. Kalau mahu melihat paparan yang lebih jelas, sila klik sini.

Surat Kebenaran Majlis Fatwa

 

Wawancara dengan Mufti Kedah (Sinar Harian)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/379077_10150465637537157_319981142156_8760210_1128489363_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/403727_10150465637792157_319981142156_8760213_1184659092_n.jpg
Klik untuk besarkan imej.



[Gambar] Haji Najib MenCERUT

Posted: 04 Jan 2012 10:05 PM PST



P/s: Agak-agaknya kepala Haji Najib mesti "pening" kerana lazimnya cerut lebih "kuat" daripada rokok. Nyaris Hajah Rosmah tidak mencerut bersama dengan suaminya. Kalau tidak suami isteri "pening" bersama!

Opss, mencerut itu bukan mencarut!!!




[Salut] Anwar Ibrahim: Saya Tidak Akan LARI ke Negara Lain!

Posted: 04 Jan 2012 07:00 PM PST


Saya petik:

[SH] PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetahui keputusan kes liwat keduanya Isnin ini menegaskan, beliau tidak akan lari ke luar negara seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara jiran.

Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, beliau akan terus kekal di negara ini dan melawan pihak-pihak yang menindas dan bertindak zalim ke atas rakyat, selain menjadi barisan hadapan menjana perubahan politik dan sosioekonomi negara.

"Ramai sahabat-sahabat saya mencadangkan saya supaya lari ke luar negara, tetapi tindakan ini tidak pernah terlintas di fikiran saya.

"Bagi saya dengan melarikan diri tidak akan menyelesaikan perkara ini.

"Saya tahu risiko jika saya terus tinggal, maka berkemungkinan saya akan dipenjara, tetapi apa yang saya mahu beritahu, risikonya bukan sahaja dipenjara, malah banyak perkara lain lagi yang mungkin menimpa diri saya,"
katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online semalam.

Selain itu, Anwar turut menegaskan, kempen PR yang cuba membawa seramai mungkin penyokong ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin depan bukanlah mewujudkan revolusi ala 'Arab spring' ke Malaysia.

"Pada hari tersebut, pihak kerajaan dan polis harus membenarkan penyokong PR turun menandakan sokongan dan mendengar amanat saya, jika tiada provokasi maka perhimpunan ini pasti akan berjalan dengan lancar.

"Jika segalanya bergerak lancar, kami akan arahkan semua yang datang bersurai secara aman, balik ke kawasan masing-masing dan bekerja keras menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya.

Ditanya kedudukan PR sekiranya masih gagal menawan Putrajaya pada PRU13, Anwar bertegas pilihan raya umum nanti milik PR dan yakin rakyat akan bangkit menentang kerajaan sedia ada yang didakwanya sebagai korup.

"Saya yakin PR mampu ke Putrajaya, PKR adalah parti perjuangan bukannya individu. PR juga pernah menghadapi keadaan yang paling lemah pada pilihan raya umum 2004 tetapi bangkit pada tahun 2008, dengan itu kami mampu ke Putrajaya pada PRU13.

"Sekiranya PR masih gagal menang, maka kami akan terus mempertahankan gabungan sedia ada seperti pada hari ini," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menasihatkan penyokong dan pengikutnya agar segera meninggalkan kawasan mahkamah selepas keputusan diketahui pada Isnin ini.

"Selesai mendengar keputusan kes saya nanti, penyokong hendaklah bersurai serta-merta," kata beliau kepada penyokongnya yang ingin menyertai kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini.

Sehubungan itu, beliau juga meminta pihak polis memberi kerjasama dengan hanya mengawal tanpa melakukan sebarang kekerasan terhadap penyokong demonstrasi yang ingin berhimpun secara aman.

Katanya, Malaysia negara yang berdemokrasi, kempen 901 hanya untuk mengekspresikan himpunan rasa rakyat dengan cara yang aman.

"Saya boleh beri jaminan tidak akan berlaku sebarang pergaduhan semasa penyokong saya berhimpun, justeru polis harus jaga kewibawaan, jangan terus menerus melakukan kekasaran terhadap mereka.

"Kepada penyokong yang menyertai demo juga saya nasihatkan bersurai terus selepas mendengar keputusan mahkamah dan terus bekerja kuat untuk kalahkan politik zalim," katanya.


P/s: SALUT!

[Salut] Anwar Ibrahim: “Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah.”

Posted: 04 Jan 2012 06:25 PM PST


Saya petik:

[SH] PETALING JAYA - "Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah," tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama.

Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam.

Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini.

Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama.

"Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah.

"Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar," katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online.

Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam.

"Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah.

"Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam," katanya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku "Qazab" untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah.

"Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat.

"Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun," katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan.


P/s: Salut dengan pendirian tegas DSAI. 


Bilionair China Mati Dipercayai Selepas Makan Daging KUCING Rebus

Posted: 04 Jan 2012 05:45 PM PST


Saya petik:

[BH] BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China menyebabkan penyiasat polis tertanya-tanya sama ada punca kematiannya atau pembunuhannya disebabkan dia makan daging kucing.

Long Liyuan, 49, menemui ajal pada 23 Disember di wilayah Guangdong selepas berkongsi makanan istimewa bahagian selatan negara itu iaitu hidangan daging kucing rebus dengan dua lagi lelaki dalam majlis makan tengahari perniagaan.

Seorang lelaki itu yang juga pegawai tempatan, Huang Guang, ditahan Jumaat lalu kerana disyaki memasukkan racun herba ke dalam periuk mengandungi daging itu.

Pihak polis mensyaki Huang mempunyai motif membunuh Long kerana mereka terbabit dalam pertelagahan perniagaan.

Huang yang juga Timbalan Pengarah Pertanian pekan Bajia, Guangdong disyaki memasukkan racun herba 'Gelsemiun elegans' ke dalam periuk itu, lapor blog mikro penyiasat polis.

Tumbuhan beracun itu didapati dalam banyak kawasan hutan di beberapa tempat di China. Tiga lelaki itu jatuh sakit tetapi Long menemui ajal kerana dia paling banyak makan herba itu.
 
Long dan Huang bertemu untuk membincangkan kontrak perniagaan. Long yang mempunyai syarikat perhutanan di Guangdong mahu memajak tanah hutan dan membangunkannya, lapor Nanfang Daily, akhbar utama Parti Komunis, kelmarin.

Lelaki ketiga, Huang Wen yang juga rakan rapat Long berkata dia hanya makan sedikit selepas mendapati rasa masakan itu pahit daripada biasa.

Long yang makan lebih banyak pening dan sakit. Dia segera dihantar ke hospital dan diserang angin ahmar dan menghembuskan nafas terakhir.

Pada awalnya polis menahan pemilik restoran kerana mengesyaki menghidangkan makanan tidak bersih.

Ahli keluarga ahli perniagaan itu enggan mempercayainya ia kes keracunan makanan dan mendesak polis menyiasat lebih lanjut dan menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM49,702) bagi maklumat kematiannya. –AP





Salam Cara Gengster

Posted: 04 Jan 2012 04:36 PM PST


Saya petik:

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.

PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
[HM] KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

"Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak," katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.


Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.



P/s: Selepas pendedahan ini, kumpulan gengster taik kucing mungkin akan menukar cara bersalam!


Tiada ulasan: