Kelab Greenboc |
- 'Kalau Saya Ditembak...'
- Menconteng Bangunan Umno Usaha Burukkan Imej Pakatan Rakyat - Tian Chua
- Gadis Maut Dihempap Pokok
- Fayyadh, Pengawal Peribadi Wan Azizah Disuntik Racun
- [Video] Gempar!! Pembaca Berita TV3 Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri - updated
- Hassan Ali Ikut Rentak UMNO Mainkan Isu Agama & Perkauman - Bangkitkan Isu Injil Solar
- Presiden PAS: Ketepikan Dulu Soal Siapa PM, Fokus Menangkan Pakatan Rakyat
- Anwar Sahkan Pakatan Menang Besar Dalam PRU Jika Dia Dipenjarakan
Posted: 08 Jan 2012 01:45 AM PST Dalam satu sidang media, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengulas isu kepimpinan Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjara menyebut insiden beliau ditembak sebagai satu senario yang dibayangkan. Kata Anwar, sekiranya beliau dipenjara, mengalami kemalangan atau ditembak, PR sudah bersedia dengan semua senario itu. Sebelum ini, tindakan sabotaj terhadap Anwar pernah didakwa berlaku, seperti dakwaan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta yang digunakan pemimpin PKR itu. Ada pihak musuh politiknya mendakwa Anwar yang terdesak merancang insiden-insiden seperti itu untuk meraih simpati dan mencetuskan kekacauan. Menjelang tarikh 9 Januari dan keadaan yang akan tercetus selepas itu, dakwaan perbuatan khianat terhadap Anwar, termasuk senario beliau ditembak, semakin diberi perhatian, sehingga beliau sendiri menimbulkannya. Baru-baru ini, seorang pengawal peribadi presiden PKR, dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang didakwa hasil tindakan khianat. Senario beliau ditembak atau cuba dibunuh dapat dibayangkan memandangkan episod terbaharu politik yang kritikal dan menjadi penentu kepada ketua pembangkang itu. Senario itu berpotensi mencetuskan kemarahan besar terhadap pemerintah dan simpati serta sokongan untuk Anwar dan pembangkang. Dari segi manfaat politik, Anwar boleh mendapat lebih kesan positif hasil sekiranya sebarang tindakan khianat terhadap beliau berlaku, berbanding musuh politiknya. Sama ada benar atau tidak, sebarang insiden yang menimpa Anwar akan mudah dikaitkan kepada pihak pemerintah, yang kelihatan mahu melenyapkan tokoh PR itu daripada politik negara. Insiden yang berlaku juga akan menarik perhatian media dan kerajaan-kerajaan asing, yang dijangka akan turut bersimpati dan menunjukkan sokongan kepada Anwar. Apapun yang bakal diputuskan di mahkamah nanti, PR tidak wajar menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk seorang pemimpin, sedangkan PR mewakili isu yang lebih besar dan rakyat yang lebih ramai. Kes liwat Anwar ini telah lama mengheret seluruh ahli PR dalam menanganinya, menguji gabungan parti-parti pembangkang pesaing utama kepada Barisan Nasional itu. -siasahdaily |
Menconteng Bangunan Umno Usaha Burukkan Imej Pakatan Rakyat - Tian Chua Posted: 07 Jan 2012 11:30 PM PST Insiden bangunan milik Umno Kedah yang diconteng kata-kata nista menggunakan cat tertera perkataan "Bebaskan Anwar" dan "Gerakan 901" awal pagi tadi dianggap sebagai taktik kotor untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR Tian Chua meyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu sebagai satu konspirasi untuk menjatuhkan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mengaibkan Perhimpunan di depan mahkamah Jalan Duta yang akan berlangsung pada 9 Januari nanti. Menurutnya, Pakatan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu sekaligus menolak dakwaan bahawa kejadian itu mempunyai kaitan dengan Pakatan. "Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya jangan hilang fokus daripada isu pokok atau tujuan asal iaitu Perhimpunan 901 pada 9 Januari nanti. Ini kerana, ia adalah hari yang akan menentukan imej negara kita dalam membuktikan sama ada institusi kehakiman di Malaysia adil atau tidak selain bakal menjadi hari yang akan mendedahkan konspirasi dalam usaha memfitnah dan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu. Kejadian menconteng premis dan kenderaan di beberapa tempat di Kedah menggunakan semburan cat berwarna hitam itu dipercayai berlaku antara pukul 3.30 hingga 5 pagi dan hanya disedari pengawal keselamatan pada jam 5 pagi. Premis perniagaan dan lebih 10 kenderaan di kawasan Kubang Pasu, Padang Terap dan Alor Setar turut diconteng dengan kata-kata yang mengaibkan "Perhimpunan 901". Selain itu, Pejabat Umno Padang Terap, pusat beli-belah Angsana dan restoran KFC, Kuala Nerang serta dua bas henti-henti dicat dengan kata-kata yang sama. Ketika ditanya kemungkinan insiden-insiden tersebut merupakan usaha untuk sabotaj perhimpunan Pakatan, Tian berkata, ia terletak di bawah bidang pihak berkuasa untuk membuat siasatan terperinci ke atas insiden berkenaan. "Itu saya serahkan kepada pihak polis untuk siasat. Kita sudah dimaklumkan, bahawa laporan polis telah dibuat. Kita tidak mahu lari daripada isu pokok di mana semua yang berlaku ini adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar," ujarnya. -tvsnews klik untuk baca |
Posted: 07 Jan 2012 09:27 PM PST Johor Bahru - Seorang gadis maut selepas kereta dinaiki bersama rakan lelakinya dihempap sebatang pokok dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, di Persimpangan Jalan Gertak Merah-Jalan Dato' Menteri, di sini, semalam. Mangsa, Sintayana Abas, 25, yang juga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pontian, dipercayai dalam perjalanan dari Plaza Larkin Sentral untuk ke institut kemahiran berkenaan selepas pulang dari rumah keluarganya. Ibu mangsa, Tuminah Abu Yamin berkata, anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu pulang ke rumahnya di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi kerana bercuti dan tidak menyangka tragedi itu menimpa anaknya. "Makcik mendapat panggilan daripada kakaknya, Kartini Abas, memaklumkan Sintayana kemalangan. "Namun ketika itu, dia tidak memaklumkan bahawa adiknya itu telah meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam. Menurutnya, sebelum bertolak dari rumah, mangsa ada memberitahu, rakan lelakinya yang dikenali sebagai Farhan akan menghantarnya ke tempat dia belajar, sejurus tiba ke Johor Bahru dengan menaiki bas. "Mereka (Sintayana dan Farhan) memang sudah lama berkawan, malah dia pernah memaklumkan saya dan ayahnya, Abas Jantan, untuk berkahwin selepas tamat belajar," katanya. Sementara itu, Kartini ketika ditemui berkata, mangsa sempat pergi ke rumah semua adik-beradiknya termasuk yang tinggal di Kuala Lumpur ketika dia bercuti baru- baru ini. "Saya orang pertama yang mendapat berita tentang kematian Sintayana daripada rakan sekampung. "Rakan berkenaan mengetahuinya daripada seorang saudara yang tinggal di sini. Saya yang mendapat tahu berita itu terus menghubungi ibu termasuk ahli keluarga lain," katanya. Jenazah akan dikebumikan di tanah Perkuburan Felda Bukit Aping, Kota Tinggi, manakala Farhan yang cedera parah di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner, Zainuddin Yaacob mengesahkan kejadian terbabit dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut (SDR). Orang ramai atau saksi kejadian kemalangan terbabit diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. -SH |
Fayyadh, Pengawal Peribadi Wan Azizah Disuntik Racun Posted: 07 Jan 2012 07:35 PM PST Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi. Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun. Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu. "Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter. Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri. Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0. Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan. "Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun," katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian. -keadilandaily |
[Video] Gempar!! Pembaca Berita TV3 Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri - updated Posted: 07 Jan 2012 04:22 PM PST Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara! Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali. Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya! Dalam mesejnya di Twitter malam tadi, Nur Jamalina menulis: @JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap* @JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan* Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata: @JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan. @JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan. Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini. Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3. Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010. Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa! Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba! Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu! -jalanpulang Ulasan GB TV3, stesyen tv nombor 1 dalam negara yang kerap memfitnah dan memusuhi Pakatan Rakyat (PR). Akhirnya mereka sendiri akan "disilapkan" oleh Maha Pencipta. Berlaku bukan dengan kehendak mereka, tetapi kehendak Yang Maha Berkuasa. GB sudah tulis banyak kali, bahawa, begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mereka menyerang PR bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, ia akan memakan diri mereka sendiri. Sama seperti kes dua ahli UMNO yang menyertai DAP. Petikan: Melopong UMNO kali ini, apa tidaknya, Sakmongkol AK47 (Mohd Ariff Sabri Aziz) adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak. Masa depan Putrajaya, masa depan negara untuk Pakatan Rakyat. Yakinlah bahawa itu hakikatnya, itulah kebenarannya! |
Hassan Ali Ikut Rentak UMNO Mainkan Isu Agama & Perkauman - Bangkitkan Isu Injil Solar Posted: 07 Jan 2012 09:07 AM PST Injil tenaga solar dalam simpanan JAIS, kata Hasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bukti sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut 'Solar Powered Handheld Talking Bible' - yang didakwa digunakan untuk mermutadkan umat Islam - dalam milik mereka, kata ahli exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali. Apabila ditanya jika sama ada tindakan akan diambil berdasarkan bukti-bukti itu, ahli exco yang exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam itu enggan mengulas lanjut. "Bukti-bukti ini dimiiki JAIS. Setakat ini tiada tindakan lagi. "Sama seperti dalam kes DUMC, kami belum memutuskan apa-apa tindakan lagi," kata Hasan (kiri) pada sidang media selepas Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Seremban hari ini. "Tetapi bukti penting di sini ialah pengakuan orang-orang yang terlibat dalam cubaan memurtadkan umat Islam. "Saya terpasa kemukakan bukti daripada penduduk yang terlibat, tetapi saya tidak pasti jika saya akan berjaya atau tidak kerana orang-orang ini enggan tampil dan mengakuinya secara terbuka," kata Hasan. Walau bagaimanapun, Hasan engan melayan soalan lanjut wartawan berhubung ucapannya yang mendakwa bahawa orang-orang Kristian telah menyelinap ke masjid-masjid dengan memakai jubah dalam usaha untuk merapati umat Islam dan mengkristiankan mereka. Pemimpin PAS kontroversi itu meninggalkan majlis berkenaan secara tiba-tiba sebelum Malaysiakini sempat mengajukan soalan tambahan. -mk Ulasan GB GB pernah ulas isu ini. Petikan: Pendedahan Dr. Hassan Ali kononnya bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian mendedahkan kejahilan beliau sendiri di dalam dunia teknologi moden dan maklumat. |
Presiden PAS: Ketepikan Dulu Soal Siapa PM, Fokus Menangkan Pakatan Rakyat Posted: 07 Jan 2012 07:50 AM PST Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM KUALA LUMPUR, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri. Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah. "Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah," kata beliau. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara. "Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama," kata beliau. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. "Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman. "Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu," pesan Tuan Ibrahim. -HD |
Anwar Sahkan Pakatan Menang Besar Dalam PRU Jika Dia Dipenjarakan Posted: 07 Jan 2012 05:05 AM PST Anwar: Pakatan akan dapat lebih sokongan jika saya dipenjarakan PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN). Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini. "Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak (ke dalam penjara) tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara. "Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi. Kira-kira 2,000 orang telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan ketua pembangkang itu. Anwar (gambar) menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual. "Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya. "(Tetapi) jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku. Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan. "Berdasarkan pada fakta, undang-undang...Anwar perlu dibebaskan pada 9 Januari ini. Tetapi kita menggunakan undang-undang Umno," tambahnya yang kelihatan penat tetapi bertenaga. Beliau menambah "komited" untuk menentang demi reformasi dalam negara walaupun telah menerima tawaran dari beberapa negara asing yang mahu memberikan perlindungan. Kebanyakan orang ramai yang menghadiri ceramah itu merupakan penyokong-penyokong kuat Pakatan Rakyat dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkeyakinan Anwar tidak bersalah. "Individu seperi (Mohd) Saiful akan sentiasa ada. Perbicaraan pertama, kini yang kedua. Tiada bukti dakwaan Mohd Saiful. "Walaupun orang biasa apabila mereka membaca akhbar mereka akan memberitahu ia tiada asas," kata seorang ahli perniagaan berbangsa Punjabi yang mahu dikenali sebagai Jit. Jit berkata dia hadir ke ceramah itu kerana mahu memberikan sokongan kepada Anwar serta kerajaan negeri Selangor yang mana telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding ketika di bawah pentadbiran BN. "Sekurang-kurangnya kami tahu ke mana wang kami pergi." Seorang bekas tentera S.M Amin memberitahu dia memandu dari Klang bersama rakan-rakannya untuk mendengar ucapan Anwar. "Anwar ialah mangsa dalam sistem BN. Disebabkan itu saya memandu dari Klang untuk menunjukkan sokongan dan membuktikan rakyat berada di belakang Anwar, Pakatan Rakyat," katanya. Dia berkata kepimpinan BN gagal untuk menyedari bahawa mereka perlu membayar kembali dosa-dosa yang dilakukan selepas mati. "Sudah tentu, beliau tidak bersalah, rakyat sudah bosan sebab itu mereka berada di sini untuk menyokong Anwar, Pakatan Rakyat," kata seorang warga emas berumur 65 tahun yang mahu dikenali sebagai Ali. Ali percaya tuduhan terhadap Anwar patut digugurkan dan berkata akan menyertai perhimpunan 901 pada Isnin ini. PKR telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 9 Januari untuk menyokong Anwar di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan menambah polis telah memberikan kebenaran. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu semasa satu taklimat dan sidang akhbar bersama PKR selepas rundingan dengan parti itu. Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri. -TMI Ulasan GB Sebelum ini GB sudah membuat ulasan. Petikan: Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan