Sahih Hasan Akdiah Dipecat Dari PasBekas Pesuruhjaya Pas Selangor Hasan Ali alias Hasan Akidah yang ke belakangan ini bertindak tidak mesra parti dan ada kalanya kontras dengan keputusan jemaah sah dipecat dari Pas.
Tindakan memecat Hasan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa Pas yang diadakan pagi ini dan berakhir lewat tengah hari.
Menurut kenyataan ringkas presiden Abdul Hadi Awang tindakan itu diambil mengikut Fasal 82(9).
Dengan pemecatan ini diharap Hasan Akidah tidak lagi menjadi masalah kepada Pas. Hendaknya juga tidak ada mana-mana pemimpin Pas baik diperingkat pusat, negeri dan kawasan serta sayap-sayapnya menyatakan simpati bertujuan membela Hasan Akidah atas apa juga alasan.
Dalam pada itu Hasan Akidah diberi peluang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Saya yakin Hasan tidak akan berbuat demikian dan mungkin beliau sendiri gembria dengan keputusan itu. Pemecatan itu melepaskan Hasan terbelit dengan lfaz ikrar dan ba'iahnya sebelum yang berjanji akan bersetia dengan parti.
Dengan tidak lagi menjadi ahli Pas Hasan bebas untuk memilih wadah baru atau membentuk wadah baru bagi meneruskan perjuangannya untuk menegakkan akidah ummah.
Sebelum ini Hasan dikatakan berminat untuk menyertai pertubuhan bernama Perkasa(m) yang dikatakan bersesuai dan sejiwa dengannya yang berjuang berasaskan tiga R, - Agama, Bangsa dan Raja.
Dalam pada itu malam ini sudah tentu media eletreonik penjilat buntut akan memberi liputan penuh dan kemungkinan juga mendapat ulasan dari perdana menteri Najib Razak yang kini berada di Afrika Selatan. Media juga akan mula membuat hebuh dan taboo kononya akan ada beberapa orang tokoh Pas akan bertindak keluar parti kerana menyokong dan simpati dengan Hasan.
Ahli Pas yang belum faham dengan tindakan Pas ini hendaknya bersabar dan mendengar penjelasan sebenarnya tindakan itu dari pemimpin Pas sendiri sekiranya mereka gagal melihat tindak tanduk Hasan ke belakangan ini yang tidak dapat keluar dari jerat dan perangkap Umno yang sengaja dimasukinya.
Persoalan yang timbul kini ialah mengenai kedudukan Hasan Akidah sebagai Exco Agama Selangor. Apakah beliau gentlemen akan melepaskan jawatan itu bagi diisi oleh muka baru atau pun Hasan akan bertegas tidak akan melepaskannya.
Kalau Hasan tidak malu dia akan terus memegang jawatan itu dan akan menggunakan alasan pihak Istana tidak mahu beliau melepaskan jawatan berkenaan atas alasan ianya dilantik oleh Sultan. Sesungguhnya tindakan hari ini akan menguji sejauh mana kejantanan Hasan dan apakah menambahkan bukti tuduhan sebelum ini terhadapnya yang beliau adalah tali barut Umno.
Di bawah ini adalah kenyataan ringkas oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengenai pemecatan Hasan Akidah.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PASSetelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
[wm.kl.3:04 pm 08/01/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan