Kelab Greenboc |
- Pimpinan PAS Akan Bincang Kes Hassan Ali Esok
- BERS✔H 3.0 Jika SPR Masih Berdolak- Dalik Tunai Tuntutan PSC
- Tan Sri Khalid Kepada Najib: Dapatkan Fakta Sebelum Memfitnah Kerajaan Selangor!
- Guna MIMOS Bersihkan Daftar Pemilih: PR Persoal Kenyataan Flip-Flop SPR
- Contengan Di Bangunan UMNO, Ada Pihak Cuba Burukkan Perhimpunan 901
- Ku Utuskan Mawar Merah Untuk Safwan Sebagai Rakaman Perhargaan - Koh Wee Sun
- Presiden PAS Hadir Perhimpunan 901, Salehuddin Minta Hassan Ali Patuh Arahan Ketua
- Adam Adli Dakwa Dinafikan Hak Diwakili Peguam Dan Diajukan Soalan "Pelik" [updated]
- 901: PAS Tidak Layan Hassan Ali, Akan Tetap Hadir Perhimpunan
Pimpinan PAS Akan Bincang Kes Hassan Ali Esok Posted: 07 Jan 2012 01:01 AM PST Pas buka semula kes Hasan Ali, bincang esok SHAH ALAM - Pas akan melihat semula kes melibatkan Datuk Dr Hasan Ali pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat parti, esok ekoran kenyataan terbaru Exco Kerajaan Negeri Selangor itu kelmarin. Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dilihat telah mengeluarkan kenyataan 'melawan arus' apabila meminta pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak menyertai perhimpunan 901, Isnin ini. Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara tersebut akan disentuh pada mesyuarat bulanan parti di ibu negara esok. Tuan Ibrahim berkata, pihaknya berpendirian bahawa isu melibatkan Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia sudah selesai selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu. "Kami beranggapan bahawa isu sebelum ini sudah selesai selepas pertemuan dengan Mursyidul Am dan Presiden (di Kota Bahru) baru-baru ini. "Sebaliknya, beliau terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan parti. Jadi, kami akan membincangkan isu ini esok," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Semalam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hasan ekoran kenyataanya meminta orang ramai khususnya pengikut dan penyokong PR tidak menyertai perhimpunan 901. Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam PR dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian. Menjawab kenyataan Azmin itu, Salahuddin berkata, "apa pun, biar kami selesaikan hal rumah tangga kami." Bagaimanapun jelas beliau, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan. "Setakat ini, apa yang saya boleh katakan sekarang ialah dalam satu dua hari ini, kita akan memutuskan isu ini," kata beliau. "Kita akan mengadakan mesyuarat bulanan, kami akan membincangkan isu ini. Itu saya boleh kata. "Kita akan membincangkan, akan melakukan sesuatu. Hal rumah tangga Pas, serahkan kepada kami untuk selesaikan... kami akan bincang dalam mesyuarat nanti, perkara seperti ini," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini. Kata Salahuddin, Pas merupakan parti politik yang sudah "terbiasa dengan isu-isu seperti ini." "Dan, kami akan membincangkan dalam mesyuarat kami," kata beliau lagi. Ketika mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menjelaskan, terdapat dua pilihan sama ada jawatankuasa kerja pusat sendiri memutuskan sesuatu tindakan ataupun merujuk Hasan kepada lembaga tatatertib. "Jadi, kami ada pilihan-pilihan ini. Mesyuarat akan putuskan salah satu pilihan," katanya lagi. Jelas beliau, mesyuarat esok hanya akan memfokus ke atas kenyataan-kenyataan dibuat Hasan dan tidak membabitkan bekas Timbalan Presiden Nasharudi Mat Isa. "Selepas pertemuan (28 Disember lalu), Nasharudin bertindak proaktif, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Jadi, fokus esok adalah isu melibatkan Datuk Hasan Ali," kata Tuan Ibrahim lagi. Laporan media sebelum ini menyebut Hasan dan Nasharudin telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din pada 28 Disember lalu untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti. Pertemuan itu berlangsung di JKR 10 dan perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Abdul Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS. "Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini. "Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya. Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan," kata Nik Abdul Aziz. -SH Kenyataan Hasan Ali menghina Presiden PAS, kata Mahfuz Omar PKR desak PAS bertindak atas keceluparan Hasan Ali |
BERS✔H 3.0 Jika SPR Masih Berdolak- Dalik Tunai Tuntutan PSC Posted: 07 Jan 2012 12:20 AM PST Bersih 3.0 jika gagal tunai tuntutan PSC PETALING JAYA, 6 Jan: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC), maka Bersih 3.0 akan dilancarkan. Beliau bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR Negeri Wilayah Persekutuan yang bercanggah dengan apa yang telah dibincangkan di peringkat pusat sebelum ini. "Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah SPR, Shafie Taib seperti mana yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. "Kita dari Pakatan Rakyat telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam PSC bagi memastikan pilihan raya negara ini berlaku secara bersih dan adil. "Saya tegaskan jika SPR gagal untuk menunaikan tuntutan PSC itu, maka mereka akan berdepan dengan Bersih 3.0 nanti," jelas beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR. Beliau mempersoalkan kenapa tidak ada keselarasan antara SPR peringkat pusat dan negeri sedangkan ia telah dipersetujui sewaktu perbincangan PSC dan juga SPR. "Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku di dalam SPR dan saya harap ada penjelasan dari mereka. "Perkara ini akan dibawa ke peringkat tertinggi Pakatan Rakyat untuk dibincangkan bagi mendapat tindakan selanjutnya," sambung beliau. Sebelum itu, Nurul Izzah memberitahu pertemuan Majlis Pimpinan Negeri PKR Wilayah Persekutuan bersama SPR Negeri telah mengejutkan pihaknya terhadap isu penggunaan dakwat kekal, isu pengundi awal dan pos serta isu syarikat MIMOS Sdn Bhd yang sepatutnya mengesahkan integriti senarai pengundi induk SPR. "SPR Wilayah Persekutuan mengatakan dakwat kekal tidak akan digunapakai untuk pengundi awal atai pengundi pos. "Sistem pengundian awal yang jelas belum ditetapkan terutamanya berkaitan waktu pengundian dan bagaimana undi-undi yang telah dibuang awal akan dikawalselia hingga hari mengundi," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Dalam pada itu, isu pengundi pos secara otomatik dijadikan pengundi awal dan sistem bagaimana pengundi awal boleh memilih untuk menjadi undi pos semula. Nurul Izzah juga menyatakan isu pasangan anggota tentera atau polis yang turut menjadi pengundi awal atau pengundi pos, walhal tiada keperluan bagi mereka memiliki status tersebut. "Malah yang paling mengejutkan makluman Ketua Pengarah SPR itu bahawa syarikat MIMOS tidak akan digunapakai untuk melakukan audit dan mengesahkan intergriti pangkalan data senarai pengundi induk SPR. "PKR dan Pakatan Rakyat seluruhnya berasa terkejut dan kecewa dengan perkara-perkara ini terutamanya isu MIMOS dan integriti pangkalan data senarai pengundi induk SPR lebih-lebih lagi kerana ianya merupakan satu cadangan khusus dari PSC yang diluluskan di Parlimen," tambah Naib Presiden PKR itu lagi. Pakatan Rakyat menyeru agar SPR terutamanya Pengerusi SpR dapat memberikan penjelasan sepenuhnya di atas isu-isu yang menimbulkan tandatanya itu. Turut hadir sidang media itu adalah Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan juga Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang. -HD |
Tan Sri Khalid Kepada Najib: Dapatkan Fakta Sebelum Memfitnah Kerajaan Selangor! Posted: 06 Jan 2012 10:05 PM PST Khalid : Najib Perlu Dapat Fakta Sebelum Memfitnah SHAH ALAM 6 JAN : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor. "Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid. Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri "Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman. "Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor. Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. "Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda. "Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya. Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri. -KD Janji tak ditunaikan: PM persalahkan k'jaan S'gor |
Guna MIMOS Bersihkan Daftar Pemilih: PR Persoal Kenyataan Flip-Flop SPR Posted: 06 Jan 2012 07:20 PM PST SPR sangkal dakwaan Nurul tidak guna MIMOS KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak akan menggunakan khidmat syarikat inovasi, teknologi dan maklumat (MIMOS Berhad) sebagai badan yang mengesahkan daftar pemilih disangkal oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Beliau berkata SPR tidak pernah menolak syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC). Malah satu perjumpaan diadakan baru-baru ini oleh pihak SPR bersama Mimos "SPR tidak pernah menolak syor PSC seperti yang didakwa. SPR telah pun berjumpa dan berbincang dengan MIMOS baru-baru ini," katanya melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada FMT. 'Tiada pembersihan daftar pemilih' Beliau yang enggan mendedahkan butiran itu berkata, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada PSC kemudian. Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa SPR tidak akan menggunakan khidmat MIMOS. Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Pilihan Raya Negeri, Shafie Taib itu semalam. Sementara itu, ahli PSC Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media hari ini pula mempersoalkan kekeliruan yang timbul sehingga wujud maklumat sedemikian di peringkat SPR pusat dan negeri. Anthony turut menyatakan kebimbangan beliau memandangkan keputusan bersama PSC sudah dimaklumkan, namun SPR negeri menyatakan yang sebaliknya. Timbul kekeliruan "Apa yang diberitahu SPR terhadap anggota PSC tidak diarahkan kepada SPR negeri sehingga ada kekeliruan. Adakah ini kekeliruan atau tiada arahan diberi kepada SPR negeri? "SPR Wilayah Persekutuan kata MIMOS tidak digunapakai itu tidak tepat. Timbul kekeliruan yang amat besar. "Segala keputusan bersama dilaksanakan dan diikuti. Kerisauan saya adalah perbincangan nampak cantik dalam kertas, ia perlu dilaksanakan. Jika tidak ia tidak mmbawa apa-apa makna," katanya yang juga ahli Parlimen Rasah. Nurul Izzah yang turut menyertai sidang media itu berkata, pihaknya hanya menuntut penjelasan dan mahu maklumat berkala berhubung isu ini. "Ada saksi yang ramai dengar pegawai SPR negeri berkata MIMOS tidak akan diguna khidmat mereka. Perkara itu berlaku ketika mesyuarat dalaman SPR akhir Disember. Kenapa tiada penyelarasan "Kami mahu kepastian. Pengerusi SPR perlu pastikan dan ia disambut oleh negeri-negeri kerana jika tidak ia akan wujud jurang besar. Maka perlunya maklumat berkala," katanya. Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata jika penggunaan dakwat kekal, isu pengundi awal dan pos serta hal MIMOS tidak diberi jaminan maka Bersih 3.0 tidak dapat dielakkan. Katanya keputusan MIMOS juga telah diputuskan oleh parlimen dan jika sebaliknya berlaku maka wujud percanggahan. "Keputusan untuk MIMOS telah diputuskan dalam parlimen. Usul telah diteruskan dan dipersetujui. Kenapa tiada penyelerasan? "Ini perkara serius yang kita akan bincangkan dan bawa kepada majlis tertinggi agar SPR jawab isu dakwat kekal,daftar pemilih dan MIMOS ini," katanya. -FMT PR Kesal SPR 'flib-flop' keputusan PSC klik untuk baca |
Contengan Di Bangunan UMNO, Ada Pihak Cuba Burukkan Perhimpunan 901 Posted: 06 Jan 2012 06:02 PM PST Bangunan Umno kena conteng ALOR SETAR - Perhimpunan 901 belum bermula, namun provokasi berhubung isu itu semakin berleluasa apabila beberapa bangunan milik Umno Kedah diconteng kata-kata nista menggunakan cat. Malah contengan pada Bangunan Tunku yang menempatkan Pejabat Perhubungan Umno Kedah turut memburukkan Perdana Menteri dan isteri. Kejadian dipercayai berlaku antara 3.30 hingga 5 pagi dan disedari pengawal keselamatan jam 5 pagi. Pengurus Bahagian Harta Umno Kedah, Salleh Saad berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada pengawal berkenaan pada jam 6.15 pagi memaklumkan bangunan berkenaan diconteng menggunakan cat. "Dua warna cat digunakan iaitu biru dan hitam. Berdasarkan tulisan berkenaan, kita percaya salah seorang suspek adalah orang yang sama melakukan perbuatan serupa sewaktu demo Bersih 2.0 lalu. "Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan laporan dibuat di Balai Polis Kota Setar pada jam 9 pagi," katanya kepada media di pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah, semalam. Salleh berkata, beberapa hari lalu cadangan untuk meletakkan kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) di Bangunan Tunku sudah dipersetujui, namun tidak sangka kejadian berkenaan berlaku lebih awal. "Selain di Alor Setar, bangunan Umno Padang Terap dan Kubang Pasu, Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab termasuk kenderaan awam yang disembur cat berwarna hitam dengan perkataan Bebaskan Anwar dan Gerakan 901. "Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadap dalang yang melakukan perbuatan berkenaan," katanya. Sementara itu, pengawal keselamatan bertugas, Chok Nun, 62, berkata, dia hanya menyedari kejadian pada jam 5 pagi sewaktu keluar dari bangunan untuk meronda kawasan, namun tiada sebarang bunyi mencurigakan ketika itu. "Ini kejadian kedua selepas Bangunan Tunku dibina pada 1983 dan secara kebetulan saya bertugas semasa kedua-dua kejadian," katanya. Lebih 10 kenderaan dan premis turut diconteng Kejadian sama turut berlaku pada premis dan lebih 10 kenderaan di Kubang Pasu, Padang Terap dan Alor Setar dengan kempen mempelawa ke demonstrasi Isnin ini. Pemilik kenderaan, Zainol Abidin Mohamad, 53, berkata, dia kesal tindakan seumpama itu kerana individu terlibat tidak sepatutnya melibatkan orang lain dalam kempen terbabit. "Saya baru selesai mengecat Kereta Perodua Kembara tiga hari lalu dengan kos RM3,000 dan terpaksa mengecat semula kerana tidak mahu ada pihak menuduh saya mempromosikan kempen demonstrasi itu pula," kata guru tuisyen di Pekan Jitra di sini, semalam. Manakala, pemilik restoran, Yee Kian Chin, 42, berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi dan dirancang kumpulan tidak bertanggungjawab. "Saya tidak dengar sebarang bunyi bising ketika tidur di tingkat atas restoran, namun seorang rakan memberitahu melihat kelibat orang mundar mandir di kawasan berkenaan," katanya yang turut memiliki Toyota Alphard. Tinjauan di pekan ini mendapati lebih 10 kenderaan dicat warna hitam tertera Anwar 901, jom KL. Antaranya melibatkan kereta seperti Toyota Alphard, Perodua Myvi, Kancil, Honda City dan lori. Tandas awam dan tempat duduk di hentian bas di pekan tidak terkecuali menjadi mangsa conteng. Pengangkutan dan tempat awam jadi sasaran Dalam pada itu, Pejabat Umno Padang Terap, pusat beli-belah Angsana dan restoran KFC, Kuala Nerang serta dua bas henti-henti serta kereta turut dicat kempen sama. Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dukacita dengan gerakan yang dipercayai dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Saya kesal tindakan mereka dan kumpulan terbabit turut menconteng kain pemindang sembah tahniah Yang di-Pertuan Agong," katanya. Menurut Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Umno Kedah turut membuat laporan polis di Kota Setar, Kuala Nerang dan Jitra. "Sekiranya mereka mahu menyuarakan sebarang tentangan terhadap Umno perlu dibuat secara bersemuka, bukannya dengan cara menconteng bangunan pada waktu malam," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Sentiasa nasihatkan penyokong berkelakuan baik Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, mereka percaya kejadian conteng premis dan kenderaan yang berlaku di beberapa daerah tidak mempunyai kaitan dengan penyokong dan pengikut mereka. "Kita selalu menasihatkan penyokong supaya tidak bertindak ganas serta sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan. Jangan buat sebarang tuduhan atau provokasi melulu kepada PKR berhubung insiden ini. "Tiada apa sebab kenapa kita perlu berbuat demikian. Kita serah sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan mereka," katanya. -SH Ulasan GB GB melihat insiden di atas sebagai satu perbuatan untuk memburukkan perhimpunan 901 sekaligus menggagalkannya. Ia adalah perbuatan lempar batu sembunyi tangan, yang merupakan sebahagian dari grand design pihak tertentu untuk menyalahkan dan memburukkan Pakatan Rakyat melalui provokasi. Mengambil kesempatan dengan percubaan untuk mencetuskan huru-hara, dan kemudian menghalakan tuduhan kepada PR melakukannya. Simbah cat, baling molotov coktail, rosakkan kenderaan awam, ugutan peluru melalui surat, letak kepala babi... adalah diantara kaedah yang digunakan. Ia seakan wujudnya skrip yang sama, berlaku di seluruh negara. Hubaya-hubaya! |
Ku Utuskan Mawar Merah Untuk Safwan Sebagai Rakaman Perhargaan - Koh Wee Sun Posted: 06 Jan 2012 03:47 PM PST Mengapa saya terfikir untuk memberikan bunga kepada Safwan? Mengapa 19 orang ibu atau sahabat saya ini terfikir untuk memberikan bunga kepada Safwan? Saya tidak berbicara tentang politik di sini. Saya hanya ingin berbicara tentang pendidikan. Kawan saya di sini (laman Facebook penulis) semua tahu, bahawa saya telah mengajukan dua soalan sejak anak sulung saya belajar di sekolah rendah, dua tahun yang lalu. Apa itu pendidikan, dan ke manakah anak kita dibawa dengan pendidikan kita ini? Ini kerana pengamatan saya mendapati, bahawa pendidikan di sekolah bukan untuk mencerahkan minda, bukan untuk mengajar bagaimana anak saya membezakan antara yang baik dengan buruk, bukan untuk mengajar mereka menganalisa, sebaliknya mengajar mereka untuk percaya kepada autoriti, akur sepenuhnya. Kanak-kanak bukan belajar bagaimana untuk menyelesaikan tugasan bersama, tetapi belajar bagaimana untuk mengatasi murid yang lain dari segi prestasinya. Namun, bukankah pendidikan seharusnya mendidik anak kita, bagaimana untuk berfikir dan menganalisa? Bukankah pendidikan kita seharusnya mengajar kanak-kanak bagaimana menjadi seorang insan yang baik? Mereka sepatutnya berkemampuan untuk membezakan, antara autoriti yang betul dengan yang salah - dan bukannya mempercayai autoriti sepenuhnya. Mereka boleh akur dan patuh, tetapi anda seharusnya memujuk dan meyakinkan mereka - apa perlunya mereka untuk mematuhi sesuatu? Ramai ibu bapa tidak memikirkan bahagian ini, lantas gagal menyedari di manakah masalahnya. Apabila kita mendapati ramai pelajar yang tidak tahu apa yang ingin dilakukan selepas Tingkatan Lima, atau mengisi ruang cita-cita dalam borang mengikut pandangan ibu bapa atau abang dan kakak - ianya masalah pendidikan, selain kawalan ibu bapa yang keterlaluan. Namun, kumpulan pelajar ini mampu berfikir, maka mereka menyedari mengapa pentingnya kebebasan akademik. Mereka menyedari bahawa sesuatu yang bernilai untuk mahasiswa dan mahasiswi telah hilang dengan kemunculan AUKU. Mereka tahu. Tetapi mereka bukan berteriak dalam kedai kopi, atau memaki dalam Facebook, atau mencemuh ketika berbual-bual dengan kawan. Mereka tampil ke depan dan meminta agar kerajaan memandang berat isu ini. Kemudian anda boleh lihat keberanian dan semangat setiakawan yang ada dalam diri mereka ketika membantu kawan mereka. Peristiwa pada awal pagi 1 Januari 2012 berlaku kerana mereka menyatakan sokongan mereka terhadap Adam Adli (yang dipanggil menghadiri prosiding lantaran perbuatannya menurunkan bendera berwajah Najib). Pada hari itu, ramai yang ditangkap kerana menyokong kawan mereka yang dibelasah polis. Mereka tidak meninggalkan situ sebab ketakutan, kerana yang dibelasah itu adalah kawan mereka. Sikap sedemikian gagal ditemui dalam dunia orang dewasa seperti kita. Apa yang saya nampak dari Adam dan Safwan adalah semangat ini - mereka mempunyai pandangan mereka yang tersendiri, mereka mampu berfikir, mampu menganalisa senario terkini, malah menterjemahkan pandangan mereka kepada tindakan. Semangat sedemikian telah lama hilang dalam diri kita. Sekarang saya mula nampak cahaya, walaupun belum pasti apakah makna di sebalik cahaya ini (maafkan saya, saya hanya seorang ibu, bukan pendidik, malah bukan penganalisa politik). Namun saya tetap ingin memberikan sekuntum bunga kepada anak-anak sebegini, untuk merakamkan penghargaan dari hati saya. Terima kasih kepada beliau dan rakan beliau - kerana menerokai satu kemungkinan halatuju reformasi pendidikan - demi anak saya atau rakan anak saya. -MerdekaReview *Koh Wee Sun ialah seorang suri rumah tangga, antara ibu yang memberikan bunga kepada Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), setelah beliau dikejarkan ke hospital lantaran keganasan yang berlaku dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi 1 Januari 2012. Bunga ini disampaikan melalui Chua Yee Ling (gambar kanan, baju hijau), ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. **Tulisan ini dipetik, diterjemah dan disunting dari Facebook Koh Wee Sun dengan kebenaran. |
Presiden PAS Hadir Perhimpunan 901, Salehuddin Minta Hassan Ali Patuh Arahan Ketua Posted: 06 Jan 2012 07:29 AM PST 901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini. Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily. Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar. "Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini. Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman. "Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily. Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur. "Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin. Bersama Presiden Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut. "Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya. Zalim kepada mahasiswa Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri. Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran. "Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI. "Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua. "Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya. -HD Kempen 901: Patuh keputusan parti, Salahuddin jawab Hasan Ali |
Adam Adli Dakwa Dinafikan Hak Diwakili Peguam Dan Diajukan Soalan "Pelik" [updated] Posted: 06 Jan 2012 05:43 AM PST Tatatertib UPSI: Saya dinafi hak diwakili peguam- Adam Adli KUALA LUMPUR 6 Jan: Pemimpin Mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim berkata beliau kesal kerana dinafi hak diwakili peguam pada sesi pendengaran tatatertib oleh pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 9 Januari ini. Ini kerana katanya, khidmat guaman itu tidak tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang memberi kuasa terlalu besar kepada pihak universiti membuat sesuatu keputusan. "Auku memberi kuasa yang terlalu luas kepada Naib Canselor Universiti dan mengikut akta ini juga, saya hanya boleh hadir seorang diri dan dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguam. "Situasi ini jelas bertentangan dengan undang-undang tertingggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan di mana seseorang itu mempunyai hak untuk membela diri dengan mendapatkan khidmat peguam," katanya pada sidang media di balai polis Dang Wangi hari ini. Mahasiswa UPSI itu dipanggil pentadbiran UPSI berhubung tindakannya menurunkan bendera yang memaparkan gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), 17 Disember tahun lalu. Menurutnya, beliau akan menilai terlebih dahulu keputusan yang akan diambil UPSI sebelum memutuskan tindakan susulan. "Jika ada unsur ketidakadilan terhadap saya dalam keputusan itu, tindakan susulan akan saya umum kelak. "Ketika ini saya masih menunggu dan saya pun tidak tahu apa keputusan universiti, Isnin ini," katanya. Pada 24 Disember lalu, dua kakitangan UPSI menghantar notis yang mengarahkan Adam diminta hadir ke universiti itu pada 3 petang, 9 Januari ini berhubung tindakannya menurunkan bendera yang memaparkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC pada 17 Disember 2011. Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama aktivis mahasiswa lain akan hadir pada hari itu bagi memberi sokongan moral terhadap Adam. -KD Turunkan bendera Najib: Adam diajukan 'soalan pelik' |
901: PAS Tidak Layan Hassan Ali, Akan Tetap Hadir Perhimpunan Posted: 06 Jan 2012 03:30 AM PST Mat Sabu: Ahli PAS boleh hadir 'Bebaskan Anwar' Ahli, pemimpin dan penyokong PAS boleh menghadiri perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu. Beliau mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini. "Itu kehendak dia. Presiden dan saya akan hadir... Setakat ini tidak ada arahan bertulis (daripada PAS Pusat). "Kalau presiden dan timbalan presiden hadir, maknanya ahli boleh hadir," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. "Ahli dan penyokong PAS, boleh mengiringi presiden dan timbalan presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini," kata Mohamad yang popular dengan panggilan Mat Sabu. Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (berserban) dilaporkan oleh Harakahdaily berkata bahawa terserah kepada ahli parti itu untuk menentukan sama ada untuk menghadiri perhimpunan aman berkenaan. "Saya akan hadir, terserah masing-masing," katanya yang disampaikan setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada organ rasmi parti itu. Pandangan peribadi Hasan juga semalam turut menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu. Pemimpin PAS yang rapat dengan Umno itu juga mempersoalkan kewajaran Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang mengarahkan ahli-ahli PAS supaya hadir dengan berkata bahawa ia adalah tidak sesuai, meskipun Abdul Hadi dan Mohamad telah mengesahkan kehadiran mereka. Hasan juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri jika ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didadapati bersalah pada perbicaraan kes liwatnya, Isnin ini. Hasan secara tidak langsung menyindir ketua pembangkang itu dengan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian. Mengulas keceluparan pemimpin PAS itu, Mohamad berkata ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS. "Beliau masih lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, beliau boleh mengemukakan (cadangan itu) dalam mesyuarat jawatankuasa. Beliau ada saluran dalam PAS. "Kemudian PAS akan mengemukan cadangannya itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Keputusan mesyurat (Pakatan) adalah pandangan yang sebenar. "Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu," katanya. Buta hati, buta mata Menurut Mohamad lagi, adalah lebih baik cadangan tersebut disalurkan melalui parti daripada terus diumumkan kepada umum. Tindakan Hasan itu juga mengundang keberangan daripada PKR. "Hasan Ali sudah buta hati dan buta mata. Hanya mampu mengulangi skrip Umno. "Ketika Hasan Ali mencerca Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa yang sama, 5 petang tadi (semalam) YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang meraikan Anwar di Kota Bharu," tulis timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali di twitter. Menjawab cadangan yang dikemukakan di twitter oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya Menteri Besar Selangor memecat Hasan, Azmin membalas "Apakah Umno bersedia menerimanya?" -malaysiakini Pas tidak 'kisah' Hasan Ali, tetap sertai 901 klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan