Sabtu, 7 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - Anwar

Posted: 06 Jan 2012 10:44 PM PST

PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.

Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.


Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya.


"BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas.

Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan.

Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya 'lawan tetap lawan' sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam.

"Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya.

Agak-Agak Siapa Yang Pakar Dalam Kerja Khianat Nie??

Posted: 06 Jan 2012 08:02 PM PST









... aku malas tuduh sape-sape la... korang teka la sendiri sape punye kerja...huhuhuhuhu.... sendiri makan sendiri tau laa beb...dulu depa lempaq batu dengan cat merah sampai pecah cermin kereta avanza haji nan... mai hari nie ada pulak dok contengnya...sendiri mau ingat laa... politik kat kedah nie bukan ada puak2 yg cerdik pon...sampai keputusan majlis fatwa pon bawak pie mahkamah tinggi..sendiri mau pikiaq laa...


Dipetik dari kedahlanie

GEMPAR - Tukar Tiub, Wan Ji At-ta'aduddi, Zainulfaqar Ditangkap Polis..

Posted: 06 Jan 2012 07:38 PM PST

Gua dapat berita subuh2 tadi geng sePerLepakan gua, Tukar Tiub, Wan Ji At-ta'aduddi, Zainulfaqar Yaacob geng Universiti Politik Bangsar merangkap Wartawan Suara KeADILan sedare Sidiqin Omar kena tahan dek Polis awal subuh buta tadi...


Sumber di sini

Surat terbuka dari PKR Selangor kepada Hasan Ali

Posted: 06 Jan 2012 05:55 PM PST

Penerangan KEADILAN Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap Hasan Mohd.Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini. Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga senak terasa di perut! Hendak dibuang "angin bimbang berbau busuk, hendak ditahan sakit sudah melata ke dada".

Saya percaya Hasan Ali (gambar kiri) adalah seorang yang istimewa. Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Hasan Ali mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas. Namun saya juga mempercayai bahawa Hasan Ali, dengan sesungguhnya tanpa ragu-ragu, mempercayai bahawa Hasan Ali sendiri terlebih-lebih istimewa. Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Hasan Ali sehingga kini, erutamanya apabila melihat isu pertelagahan "dalam kain" antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor.


Saya tidak begitu "berani" mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana "amat hormatkan saudara tua", namun apabila saya terlihat temubual Hasan Ali agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari "penultimate" Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan "perasaan menyampah sangat" dengan tindakan Hasan Ali.

Apakah siswa dan siswi akan secara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan keadilan? Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Hasan Ali telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya. Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini "justice is only available to those who could afford it" dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang Syari'ah kepada kedudukan "second-tier", apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka? Sekurang-kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepada mangsa fitnah berterusan!

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana "otak tanpa ruh Islam" akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Hasan Ali seolah-olah terperangkap dengan hujah "counter-intelligence" UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi. Sebenarnya Hasan Ali, isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Hasan Ali boleh mengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting. Namun tindakan Hasan Ali cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke Mahkamah. Apakah Hasan Ali sebegitu buta hati terhadap masalah Anwar Ibrahim (DSAI)? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Hasan Ali terhadap DSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Hasan Ali mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang akhirnya menjayakan Hasan Ali menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam? Inilah padahnya jika "terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan". Saya percaya Hasan Ali tertinggal semua taklimat penting hingga Hasan Ali tenggelam punca.

Tindakan Hasan Ali seolah-olahmenyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri. Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Hasan Ali juga sebegitu pasif dan naif dalam membuat kenyataan. Hasan Ali sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Hasan Ali bahawa pertemuan Hasan Ali bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf. Apabila kes diumumkan tutup, Hasan Ali tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat serangan selanjutnya. Apakah sebegitu dendam Hasan Ali sehingga sanggup membakar rumah sendiri? KEADILAN Selangor yakin Hasan Ali sudah "terkena sesuatu".

Hasan Ali, sama ada setuju atau tidak Hasan Ali kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Hasan Ali mungkin merasakan Hasan Ali berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Hasan Ali bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Hasan Ali benar-benar di pihak yang benar atau benar-benar keliru. Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Hasan Ali yang terkini, seolah-olah Hasan Ali menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar. Apakah Hasan Ali sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Hasan Ali? Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam. Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa di luar Negara kini.


Saya menyeru agar Hasan Ali jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Hasan Ali untuk menjadi Menteri Besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang "untuk berjiwa besar" dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah langkah Hasan Ali sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Hasan Ali lebih mengerti dengan maksud "kura kura dalam perahu".

Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Hasan Ali. Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Hasan Ali telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk Anwar dan keluarganya. Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

*Surat terbuka ini ditulis oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, merangkap ADUN Sri Muda.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12613


Dewan Negara jadi 'pintu belakang' menteri kalah

Posted: 06 Jan 2012 05:42 PM PST

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari menekankan keperluan membaiki sistem Dewan Negara yang didakwa menjadi "pintu belakang" kepada menteri yang kalah.

Tegasnya, Dewan Negara tidak akan berjalan dengan baik sekiranya amalan sama terus berlaku.

Berucap dalam ceramah jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya malam tadi, Dr Abdul Aziz membangkitkan isu wang zakat digunakan untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).


"Bukan salah lantik menteri kalah jadi anggota Dewan Negara. Tetapi janganlah ramai sangat.

"Ini yang ada dalam Dewan Negara sekarang ini," sindir bekas pensyarah undang-undang kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Sementara itu, Anwar pula dalam ucapannya berkata bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan dakwaan berlakunya penyalahgunaan wang zakat Jamil Khir akan didedahkan pada masa terdekat.

"Bukti pembayaran pun ada. Kita ada keluarkan dalam masa sehari dua lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir pada 31 Disember dilaporkan menafikan berlaku penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guamannya dalam kes tuntutan qazaf Anwar.

Sebaliknya, menteri itu mendakwa, wang yang digunakan bukan daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran kos guaman.

Manakala semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail pula berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Dr Muhammad Yamin berkata, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.

Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa undang-undang harus dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu.

"Islam tidak membezakan antara miskin dan kaya. Islam tidak membezakan kelas. Ini tidak, orang kaya terlepas, orang miskin dihukum," katanya.

Sambil membacakan laporan akhbar berhubung kes amil di Johor memulangkan wang zakat sebanyak RM19,510 dan dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan, Anwar mendakwa, wujud dua undang-undang di negara ini.

"Saya tak terima ini! Ini salah," katanya sambil menghempas akhbar itu ke atas rostrum menyebabkan orang ramai bersorak.

Turut berucap pada malam tadi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan aktivis Hishamuddin Rais.

http://www.malaysiakini.com/news/185931


Mengaku Polis Bukit Aman

Posted: 06 Jan 2012 04:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan pisau melarikan wang tunai RM30,500 dalam kejadian samun di Pantai Dalam, di sini pagi semalam.

Difahamkan, suspek turut mengacukan pistol di kepala mangsa berusia 28 tahun yang keluar dari bilik selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu, mangsa dikatakan mahu bersiap untuk keluar bekerja di pasar borong seperti biasa manakala empat rakan serumahnya masih tidur di dalam bilik masing-masing.


Menurut sumber, sebaik membuka pintu biliknya, mangsa ternampak empat suspek sedang menggeledah ruang tamu dan mengumpul beberapa peralatan rumah untuk dibawa lari. Seorang suspek yang ternampak mangsa terus mengacukan pistol dan memberitahu mereka adalah anggota polis dari Bukit Aman.


"Mangsa bertanyakan kepada mereka alasan rumah mereka digeledah, namun suspek hanya mengarahkan mangsa menurut semua arahannya," katanya.


Suspek merampas wang tunai yang disimpan dalam beg mangsa bernilai RM2,500 bersama sebuah telefon bimbit manakala tiga suspek lain meluru masuk ke dalam bilik penghuni lain sebelum lari bersama duit RM28,500.

"Tiga suspek terbabit turut merampas wang tunai berjumlah RM28,500, empat telefon bimbit dan dua keping kad bank.

"Difahamkan, sebahagian wang tunai dan dua kad bank yang dicuri itu adalah milik majikan seorang mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

harianmetro.com

Anwar: Saya akan survive dalam politik

Posted: 06 Jan 2012 04:04 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin akan terus survive dalam arena politik negara ini walau apa pun keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Ketua pembangkang itu berkata, pengalamannya sebelum ini mengharungi pelbagai pahit manis dalam politik membuktikan keadaan sedemikian.

"Saya pernah jadi pemangku perdana menteri, pernah duduk dalam lokap paling hina, pernah makan santapan diraja di semua istana...


"Syukur Alhamdulillah, kamu tahu apa (terjadi)? saya survive," katanya disambut laungan reformasi oleh kira-kira 800 hadirin malam tadi.

Bercakap dalam ceramah jelajahnya di Petaling Jaya menjelang keputusan mahkamah terhadap kesnya Isnin ini, Anwar berkata apa pun yang berlaku akan mematangkannya.

"Saya matang dalam proses itu. Saya tak sama lagi dengan dulu," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan fakta kes, beliau mesti dibebaskan tanpa syarat.

Bagaimanapun, tambahnya, walau apa pun keputusan mahkamah minggu depan, yang paling penting ketidakadilan mesti diubah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Penting untuk kita tawan Putrajaya. Saya yakin. Kita mesti berada di pihak yang benar dalam sejarah," tambahnya.

Terus optimis berhubung keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, beliau terus menyusun jadualnya seperti biasa, termasuk menghadiri pelbagai program prodemokrasi di luar negara pada minggu depan.

"Itu rancangan. Jadi tak jadi, tawakal. Kita mesti maju," katanya.

Anwar sekarang dalam rangka jelajah seluruh negara yang dilihat bertujuan untuk menggerakkan seramai mungkin rakyat menghadiri perhimpunan "Bebas Anwar 901" Isnin ini.

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, di mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadap ketua umum PKR itu akan diumumkan Isnin ini.

Sementara itu, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, orang ramai perlu hadir dalam perhimpunan menyokong Anwar Isnin depan kerana beliau merupakan "simbol keadilan".

"Terima kasih pada polis sebab beri permit, tapi tak beri padang (untuk berhimpun). Ramai nak hadir," katanya dalam ceramah yang sama.

http://www.malaysiakini.com/news/185928


Pekida beri amaran perhimpunan 901 jangan ganggu program di Masjid Wilayah

Posted: 06 Jan 2012 05:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 901 supaya tidak membuat kekecohan di kawasan Masjid Wilayah Kuala Lumpur di Jalan Duta ketika perhimpunan pada 9 Januari ini.

Menurut Ahli Majlis Tertingginya, Mohd Syahril Abdul Aziz, Pekida akan menganjurkan program dakwah dan Qiamullail pada hari yang sama perhimpunan tersebut dijalankan.

"Sekiranya kumpulan Anwar buat onar, Pekida Malaysia akan ambil tindakan, jangan melampaui apa yang telah dirancang.

"Pekida ada program dakwah, dan qiamullail di Masjid Wilayah, jadi jangan buat kacau, masjid tempat untuk orang berdakwah dan beribadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Menurut Syahril, berikutan cadangan perhimpunan yang dianjurkan untuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya turut dipanggil oleh pihak polis untuk memberi penjelasan berhubung program tersebut.

"Kami telah merancang program ini terlebih dahulu. Program ini bermula pada petang 8 Januari, dan tamat pada 9 Januari keesokan harinya.

"Kepada penyokong Anwar Ibrahim, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang turut hadir memberi penjelasan di ibu pejabat polis tersebut turut yakin polis akan bertindak bijak menangani perkara itu.

Abdul Rahman menjelaskan, dijangka seramai 2000 peserta daripada kalangan NGO tersebut akan menghadiri program itu.

"Saya yakin polis akan bertindak tegas, dan perhimpunan akan dapat dikawal sebaik mungkin,.

"Saya memberi jaminan ahli Perkasa tidak akan melakukan sebarang provokasi, kami akan hanya berada di kawasan masjid untuk program tersebut sahaja," katanya lagi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekida-beri-amaran-perhimpunan-901-jangan-ganggu-program-di-masjid-wilayah/


MB Khalid Sanggah Kenyataan Najib

Posted: 06 Jan 2012 04:26 AM PST

Tiada Permohonan Projek Perumahan Di Felda Gedangsa

Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri.

"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.


"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.

Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya.

Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.

"Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya.

Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Berita Berkaitan
Janji tak ditunaikan: PM persalahkan k'jaan S'gor

PKR Adakan Taklimat 901 Kepada Diplomat Asing

Posted: 06 Jan 2012 03:39 AM PST

TERKINI!! Menjelang 901:Taklimat Khas Kepada Diplomat Asing

Sebentar tadi telah berlangsung sesi taklimat khas kepada para duta dan diplomat negara asing mengenai hala tuju dan masa depan Pakatan Rakyat selepas keputusan perbicaraan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.

Taklimat yang dihadiri hampir kesemua duta dan perwakilan asing termasuk dari Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali dan singapura.

Taklimat disampaikan oleh Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken di hadapan puluhan hadirin dalam suasana kawalan ketat oleh pasukan keselamatan hotel.


Di samping itu, kelihatan puluhan anggota polis Cawangan Khas (SB) berpangkat kanan dilihat merayau-rayau di sekitar hotel dan juga di lobi.

William Leong yang menjelaskan berkata, Pakatan Rakyat tidak hanya ditadbir oleh seorang pemimpin sahaja, kerana pakatan itu berasaskan fahaman konsensus (muafakat) di antara ketiga-tiga parti yang berbincang kesemua isu sebelum mengeluarkan pendirian bersama.

Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua, para diplomat juga diberikan penjelasan berhubung sistim perjalanan Pakatan Rakyat termasuk struktur organisasi dan strategi perlaksanaan sebelum sesi soal jawab diadakan.

Ternyata para diplomat sangat mengikuti perkembangan Pakatan Rakyat termasuklah isu fitnah liwat Anwar Ibrahim yang bakal diketahui Isnin nanti.

Antara pemimpin lain yang hadir, Azmin Ali, Nurul Izzah, Sivarasa Rasiah dan Zuraida Kamaruddin.

Anwar turut meneliti fakta-fakta dan penerangan yang disampaikan khas kepada para perwakilan.

Kini, sedang berlangsung taklimat oleh Sivarasa yang juga peguam Anwar berkenaan perjalanan kes fitnah liwat yang berakhir bulan lalu.

Sivarasa mengupas bagaimana pertuduhan cacat dikenakan serta bukti yang sangat mencurigakan termasuk sampel air mani yang boleh diterima mahkamah walaupun lebih 96 jam berada di luar kawalan.

Kesemua yang hadir memberikan respon baik dan ada yang berbual dengan Ketua Pembangkang sendiri tentang kupasan isu dan lain-lain

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/01/terkini-taklimat-khas-kepada-diplomat.html

Tiada ulasan: