kalam Perantau |
Pasca Pemilihan PAS, Ulamak masih diperlukan Posted: 02 Jan 2012 06:13 AM PST Nota : artikel ini diterbit selepas pemilihan PAS muktamar Agung PAS pada bulan jun tahun lepas. semoga ada manfaatnya - moderator Oleh: Suhaimi Al-Maniri Dalam beberapa minggu ini, hiruk pikuk dalam media bahawa kepimpinan ulamak telah ditolak dalam pemilihan PAS pada Muktamar ke 57 yang lepas. Dalam ulasan saya berhubung dengan perkara ini pada minggu lepas dibawah tajuk Ulasan Muktamar PAS ke 57: Ada taktik dan Strategi, saya ada menyentuh secara ringkas berhubung dengan pemilihan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden. Pada kali ini, saya ingin membuat sorotan terhadap 18 orang ahli jawatankuasa dan 7 lagi yang dipilih berdasarkan jawatan, iaitu seorang Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan Presiden serta 3 Naib Presiden pada muktamar tersebut menjadikannya 25 orang semuanya. Berdasarkan pemilihan bagi Muktamar 57 lalu, didapati rata-rata perwakilan bersetuju, AJKnya adalah kombinasi lulusan agama (ulamak) dengan bukan ulamak (profesional + akademik) dan didapati lulusan agama hanya 9 orang dan bukan ulamak berjumlah 16 orang. Oleh itu, jumlah keseluruhan 25 orang Jawatankuasa PAS Pusat yang dipilih adalah dapat dibahagikan kepada:
Jika dibandingkan dengan pemilihan bagi sesi 2009-2011 pada Muktamar ke 55 di Shah Alam tidak banyak bezanya. Dari jumlah keseluruhan 25 orang Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipilih, adalah dapat dibahagikan kepada:
Demikianlah analisa keputusan yang dilakukan oleh seorang penganlisis politik yang melihat keputusan ini secara mikro. Berdasarkan pemilihan bagi Muktamar 55 lalu, didapati rata-rata perwakilan bersetuju, AJKnya adalah kombinasi lulusan agama (ulamak) dengan bukan ulamak (profesional + akademik) dan didapati lulusan agama hanya 11 orang dan bukan ulamak berjumlah 14 orang. Ini menunjukkan kombinasi ulamak dan bukan ulamak adalah majoritinya bukan ulamak. Maknanya, amalan kepimpinan PAS dengan tradisi 'kepimpinan ulamak' adalah bersifat kombinasi ulamak dengan bukan ulamak; dengan tradisi utama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja kalangan tokoh ulamak, sementara mojoriti jawatankuasanya adalah bukan ulamak. Rumusannya, kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2011-2013 hanya kekurangan 2 orang sahaja yang berkelulusan agama berbanding dengan pemilihan pada sesi 2009-2011 disebabkan tidak mengekalkan tradisi melantik seorang Timbalan Presiden dan Naib Presiden kalangan tokoh ulamak (lulusan agama). Sementara itu, ianya boleh dikatakan masih mengekalkan tradisi kepimpinan ulamak sejak 1983 sehingga sekarang dimana kalangan AJKnya adalah kombinasi Ugama, Profesional dan Akademik yang tidak banyak berubah dengan majoriti bukan ulamak. Sebagai pengukuhan kepada jawatankuasa PAS Pusat, perwakilan telah memilih ketua bagi ketiga-tiga dewannya, yakni Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diketuai oleh golongan ulamak (lulusan agama). Manakala dalam mengimbangi jawatankuasa harian yang dilantik oleh Presiden pun kombinasi ini juga tidak banyak berubah. Jawatan Setiausaha Agong terus dikekalkan oleh Dato' Haji Mustafa Ali. Kedua-dua Penolong Setiausaha Agong, Dato' Takiyuddin Hassan dan Ahmad Sabki Yusof dikekalkan dan ditambah dengan Syed Azman Syed Ahmad yang tidak bertanding dalam pemilihan baru-baru ini. Dr Hatta Ramli dan Dato' Abdul Halim Abdul Rahman bertukar posisi di mana Dr Hata mengambil alih Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dan Dato Halim dilantik sebagai Bendahari. Tempat Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan telah digantikan dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Ustaz Idris dan Ir Nizar Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan Naib Presiden baru ni telah dialntik sebagai AJK tambahan bersama dengan beberapa orang lagi AJK sesi lepas seperti Asmuni Awi (Perak) dan Anuar Tahir (Perlis). Dua muka baru yang dilantik sebagai AJK PAS Pusat iaitu Zulkifli Mohd Omar yang menggantikan tempat Taufek Gani yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Negeri Sembilan dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (calon PAS Beting Maro) yang dilantik menggantikan tempat Ahmad Dulah (Sabah) yang tidak dilantik semula pada kali ini. Jadual 1: Analisa Keputusan ! Perbandingan Kepimpinan PAS 2009 & 2011 Kepimpinan PAS 2009 -2011
|
You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan