WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
KUNJUNGAN DS ANWAR KE PAHANG 07 JAN - JANGAN ADA PIHAK CUBA MENCARI PASAL Posted: 02 Jan 2012 08:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS KUNJUNGAN terakhir DS Anwar ke Pahang sebelum beliau diputuskan bersalah atau tidak di dalam kes Fitnah II pada 09 Jan nanti akan disambut dengan besar-besaran oleh rakyat Pahang pada 07 Jan ini. Sudah tentu DS Anwar akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh pencinta keadilan di negeri ini dan samada itu adalah amanat terakhir sebelum beliau dikorbankan ke penjara, Allah jua yang mengetahui. Diberitakan kunjungan Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang itu ke Pahang akan cuba diganggu oleh pihak-pihak tertentu yang kita semua tahu siapa di belakang puak tersebut. Dikhabarkan, kumpulan pengacau ini telah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 07 Jan ini mulai jam 3 petang iaitu waktu ketibaan DS Anwar ke Kuantan. Mereka berkumpul untuk menunjukkan kononnya rakyat Pahang tidak menerima kehadiran DS Anwar. Perlu kita peringatkan kumpulan ini, Pakatan Rakyat Pahang dan beberapa NGO juga telah bersedia untuk berdepan dengan kumpulan pengacau berkenaan. Sekiranya kami melihat kumpulan tersebut benar-benar hadir untuk melakukan sesuatu bagi mengganggu ketibaan DS Anwar di Lapangan Terbang tersebut atau di lokasi DS Anwar akan berucap, kami tidak gentar untuk menjadi perisai kepada DS Anwar. Justeru itu, amat bijak jika pihak berkuasa mencegahnya dari awal melainkan sememangnya mereka mahu melihat sesuatu yang tidak baik berlaku. Saya menyeru kepada semua rakyat Pahang termasuk dari NGOs atau pertubuhan-pertubuhan yang cintakan keadilan, agar dapat hadir menyambut ketibaan DS Anwar. Tiada sebarang perhimpunan yang dirancang sekadar hadir menyambut bakal PM ke 7, iaitu DS Anwar Ibrahim ke Pahang, InsyAllah. AMK Pahang, SAMM Pahang, Jingga 13 Pahang dan Unit Amal di antara yang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan-kumpulan ini akan memantau sekitar Lapangan Terbang tersebut pada waktu ketibaan DS Anwar, sekiranya terdapat kehadiran puak-puak pengacau ini di situ, pihak kami akan bertindak untuk mengawal keselamatan DS Anwar. Seandainya benar mereka mendakwa bahawa populariti atau pengaruh DS Anwar kini semakin merudum di bawah Najib, lojiknya mereka tidak perlu untuk menghalang ketibaan DS Anwar. Tetapi, jika mereka memikirkan sebaliknya, mereka juga perlu memikirkan akibat dari kesilapan yang akan mereka lakukan nanti. Mereka boleh upah seberapa ramai untuk hadir membuat kekecohan atau provokasi, namun bagi kami provokasi seperti itu sudah lali buat kami. DS Anwar dijangka tiba dengan pesawat pada jam 3.10 petang. Beliau akan mendengar taklimat di Ibu Pejabat PKR Negeri, Beserah selepas itu dan kemudiannya akan menyampaikan amanat penting beliau di Balok Putra mulai jam 5. petang. Selepas itu, beliau akan meneruskan jelajahnya ke Terengganu pula. Ayuh, kita raikan kehadiran DS Anwar di samping kita mendoakan agar beliau terhindar dari kesan fitnah yang tidak pernah putus oleh rejim yang hampir pupus itu./wfauzdin.blogspot.com |
BENARKAH PIHAK POLIS SENSITIF DENGAN FITNAH? Posted: 02 Jan 2012 10:59 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS NAMPAKNYA terlalu pantas pihak Polis memberi amaran kepada Blogger untuk menyiasat Blogger yang kononnya membuat fitnah terhadap pihak Polis berkaitan isu Mahasiswa yang dikatakan dikasari oleh Polis sewaktu membuat demontrasi di UPSI baru-baru ini. Ertikata lain, pihak Polis amat `sensitif' dengan perbuatan menfitnah ini dan ianya mungkin amat serius pada perkiraan mereka. Kita mahu bertanya pihak Polis, adakah pihaknya tahu bahawa akhbar pencacai Utusan adalah akhbar paling kuat melakukan fitnah bahkan kadangkala memainkan isu perkauman yang lagi merbahaya? Beberapa bulan dahulu, Utusan pernah menyiarkan berita bahawa Negara ini akan menjadi sebuah Negara Kristian yang kononnya dibincangkan di dalam persidangan Paderi-Paderi. Paling memalukan sumber yang diperolehi dari Utusan tersebut adalah dari sumber Blog sahaja. Berita yang disiarkan oleh Utusan itu amat merbahaya kerana terbukti berita itu palsu dan boleh menimbulkan hura-hara di negara ini. Apa tindakan Polis terhadap akhbar dan Blogger berkenaan? Terbaru, dan ianya ada kaitan dengan isu Mahasiswa baru-baru ini khususnya dengan Adam Adli. Fitnah juga dimainkan oleh akhbar Utusan pencacai nombor Wahid itu. Di dalam sebuah beritanya, akhbar yang semakin bankrap tersebut menyiarkan kononnya Adam Adli turunkan bendera Najib di hadapan PWTC, kemudiannya memijak-mijak bendera berkenaan. Sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian. Sumber berita tersebut dijadikan asas oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Reezal Naina Merican untuk mengapi-apikan rakyat menentang Mahasiswa tersebut. Apa tindakan yang diambil ke atas akhbar yang terang-terang melakukan fitnah tersebut? Baca di SINI. Jika dikatakan fitnah amat dimusuhi oleh pihak Polis, maka sewajarnya semua kaki fitnah tersebut diambil tindakan. Mengapa hanya bertindak secara berpilih-pilih? Jika terkena ke atas batang hidung, fitnah dianggap amat bahaya, tetapi jika ke atas orang lain terutamanya terhadap Pembangkang, tidakkah merbahaya? Sekarang, rakyat semakin lama semakin kenal dengan Polis. Rakyat tahu setakat mana tahap profesionalisme pasukan di bawah Hishamuddin ini. Justeru itu, apa jua yang pihak Polis lakukan, rakyat sudah `set' di dalam pemikiran mereka bahawa Umno/Bn mesti dikuburkan agar imej Polis di masa akan datang lebih bersih, adil dan telus./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan